Posted by: bankwahabi | Jun 17, 2008

PENUTUPAN BLOG BANKWAHABI

SALAM.

SAUDARA PEMBACA,

PENGENDALI BLOG INI BERCADANG MENUTUP BLOG INI SELEPAS HAMPIR 3 TAHUN BEROPERASI. SAYA MEMOHON PANDANGAN PARA PEMBACA. BUAT MASA INI PENGENDALI BLOG INI TIDAK AKAN MENGEMASKINI BLOG INI SEHINGGAKAN KEPUTUSAN MUKTAMAD DIBUAT.

SEKIAN,

BANKWAHABI

ASADULLAH


Respon

  1. Salam, jangan tutup lae,
    jihad tetap diteruskan.
    orang kafir mesti diperangi,
    takkan dah mengaku kalah kot.

  2. saya cadang teruskan penulisan tuan…kenapa naktutup pula

  3. salam saya berharap agar pihak tuan blog nie tidak menutup blog ini..ini adalah kerana blog ni dpt memberikan manfaat yg bnyk kpd umat islam ari ini..saya berharapa agar pihak tuan tetap meneruskan usaha ini..jazakallahu khairan khathira…

  4. Saya akan kehilangan satu laman yang amat penting dan berguna sbgi rujukan utk mendepani krisis dan propaganda wahabi.

  5. salam tuan blog.saya berharap blog ini tidak akan ditutup.teruskan wpun tak dpt menulis.teruskan paparan artikel2 dr blog yg lain.manfaat byk dikongsi bersama
    syukran

  6. Eloklah blog ini ditutup, kerana setelah saya amati dan teliti kandungannya tidaklah berfaedah sangat kepada orang ramai terutama orang awam dalam bidang agama.

    Isu Wahabi ni isu basi dan lapok dimana nenek moyang kita dulu dok bergaduh mengenainya. Tapi kita lihat apa kesudahannya dimasa mereka, Umat Islam tetap dijajah dan kedudukan mereka ketinggalan. Eloklah ditumpukan kepada perkara lain yang lebih berfaedah untuk Umat Islam di Malaysia ini yang semakin terpinggir dalam hampir semua bidang.
    Kalau satu hari nanti kita benar-benar terpinggir, apakah nanti yang wahabi ke atau yang anti wahabi dapat menyelamatkan umat ini nanti.
    Isu ini kalau dipanjangkan akan menyebabkan kita sesama umat islam semakin jauh dan renggang ikatan persaudaraan kita.
    Oleh itu eloklah TUTUP saja blog yang tak berfaedah ini………fikirkanlah!!!!

  7. cakap banyak tak nak;

    kalau kau tutup blog ni, maka kau dah memenangkan orang jahat dan sesat berleluasa

    kalau kau tutup blog ni, ini maknanya kau membiarkan orang2 yang mencari kebenaran hilang salah satu sumber asbab kebenarannya

    kalau kau tutup blog ini, kau memang tak bertanggungjawab, kau ingat kerja dakwah ni memain ker?

    kalau kau tutup blog ni, kau tak malu dengan Allah dan Rasul ker? ikut suka-suki kau jer?

    cadangan aku, kau tak payah tutup blog ni. kalau kau malas atau sibuk sangat nak update, kau biar jer la tak payah update. at least artikel2 yang dulu masih boleh jadi sumber rujukan. atau kau lantik orang lain uruskan blog ni.

    kau pun tahu, setan dari najd ini sangat berleluasa. at least kalau kau tak nak angkat pedang lagi, janganlah pedang yang dah sedia ada kau musnahkan!

    pikir beb! pikir!

  8. saya tak setuju, harap pihak tuan terus mengendalikan blog ini. amar makruf nahi mungkar…jgn mengaku kalah, teruskan perjuangan menegakkan kebenaran.

  9. minta izin kawan saya ganti boleh ???

    dia baru belajar memblogkan diri sekarang ni utk umat Islam ASWJ.

    ni alamat dia…

    http://warkah2umat.wordpress.com

    http://warkah2umat.wordpress.com

  10. Mike dah abih pikio ke yob! Takkan sampe nak tutup. Puak wahabi depa terus dengan usaha depa. Mike ada masa nak buat rujukan kitab2. Keme-keme ni mana ada masa. Itu le peranan mike. Senang keme nak cari bahan rujukan yang berkaitan.

    Moga2 Allah beri mike kekuatan untuk teruskan.

  11. Bagus…web ini isi kandungannya memfitnah ulama pejuang dan pengamal sunnah dan membela amalan bid’ah dalam agama.
    Tidak ada bahan yang berfaedah.
    Kalau orang baru nak masuk Islam lagi bertambah bengung dan keliru melihat golongan
    yang tahu agama Islam tidak sehaluan.
    Mengapa Allah membiar kan golongan sesat/kafir
    dibumi Mekah dan Madinah. Hadits sahih memberitahu Mekah dan Madinah tidak boleh dimasuki oleh orang Kafir. Tapi website ini tuduh
    Arab Saudi sesat….Setiap tahun umat Islam berimamkan orang sesat. Kasihan…mari kita
    berfikir dengar berpandu Quran dan Sunnah.

  12. Assalamualaikum..

    Masa saya masih belajar di Jepun, hampir tidak ada satupun web yg mempertahankan akidah ASWJ..kebanyakannya web yg membela wahabiyyah, seperti al-ahkam. Al-ahkam boleh dikatakan pada ketika itu laman web yg paling dihormati dari segi pandangan.

    Sebab tu tempat saya belajar, banyak halaqah2 usrah dipengaruhi sedikit sebanyak pemikiran wahhabi..hal ini termasuk dalam membidaahkan usaha tabligh, Ikhwan Muslimin dll..

    Saya pada ketika itu yg bergiat dalam tabligh, hampir2 terpengaruh..Ini kerana kami di Jepun, tidak ramai ulama dan ustaz yg mahir untuk menjawab kemusykilan2 kami..kami terpaksa bergantung kepada website2 dan di sinilah ramai yg terjebak.

    Selang beberapa tahun, mula muncul laman web lain seperti bank wahabi, pondok tampin, ustaz zamihan, raudhah dll. Barulah nampak sedikit sinar, pendedahan untuk yg mana benar dan yg mana salah.

    Saya tidak akan memaksa ustaz abu syafiq menutup blog ini. Tetapi saya ingin mencadangkan beberapa perkara:

    -Tubuhkan satu laman baru, berbentuk forum. Ini lebih baik. Sebab kita boleh bersoal jawab, berbincang secara online. Kepentingannya bukanlah untuk menentang wahhabi sahaja, tapi yg lebih penting web alternatif untuk perbincangan hukum hakam, pertanyaan dan perbincangan online, dan sekaligus mengetahui fatwa2 daripada ulama tsiqah. Bagi saya hal ini dapat mendekatkan/mengiklankan ilmu agama kepada masyarakat cyber macam kami, mungkin buat kali pertama melalui online, lama2 secara halaqah realiti.

    -Ustaz perlu bergabung tenaga dengan ustaz2 lain untuk jayakan hal ini. Saya ada melontarkan pandangan saya ini pada ustaz zamihan melalui web beliau. KIta tidak akan berdaya menntang kekufuran berseorangan. Nabi-nabi dibantu oleh pengikut2 mereka, ulama dibantu oleh murid2 mereka. Lidi sebatang senang patah, tapi lidi segenggam belum tentu patah. Dari segi kewangan, saya sendiri sedia sumbangkan sedikit yg mampu. Ustaz boleh hubungi saya di abu_yusuf82@yahoo.com .

    -Artikel-artikel yg telah ditulis harap disimpan dalam forum itu. Ia sangat bernilai. Terus terang saya katakan, ustazlah org yg dapat membahaskan kesesatan wahhabi dalam web berbahasa melayu yg pertama kali saya jumpa. Dan menyebabkan saya berani mengiklankan web ini pada org lain.

    Assalamualaikum.

  13. salam,

    tlg jangan ttp blog ni…wahhabi tetap kena tentang!!

  14. nak tutup ,tutup je lar.
    tak yah nak kecoh kecoh.

  15. SAYA SETUJU ! JIKA TIDAK SEMPAT SAYA BOLEH TERUSKAN TUGAS MENENTANG WAHABI JIKA DIPERKENANKAN.

    SAYA RASA DENGAN KELAPANGAN MASA YANG SAYA PEROLEHI SETAKAT SAAT INI, SAYA SUDI MENGHULURKAN BANTUAN MENGUPDATE BLOG INI JIKA TUAN TIDAK ADA MASA SANGAT.

    INI SATU SUMBANGAN SAYA UNTUK MENINGKATKAN KEFAHAMAN MASYARAKAT KITA BERKAITAN WAHABI DAN AJARAN AJARAN SESAT LAIN.

    SEKADAR MEMPELAWA DIRI UNTUK BERKHIDMAT !

  16. KALAU TUAN TIDAK ADA HALANGAN, LANJUTKAN BLOG INI, AGAR MENAMBAH KHASANAH DALAM KERANGKA BERFIKIR UMMAT.

    HINDARI HUJATAN, BERUCAP TANPA DALIL TETAPI PERTAJAM SISI ILMIAH, AGAR DAPAT DIHASILKAN TIMBANGAN BERIMBANG.

    TAK ADA YANG KITA INGINKAN, KECUALI ALLAH RIDHO DENGAN APA YANG KITA KERJAKAN.

    SEMOGA ALLAH TUNJUKI JALAN-JALAN HIDAYAH.

  17. Siapa yg menyokong penutupan blog ini adalah manusia yg tidak faham kepentingan aqidah malah tidak memahami bahaya fitnah wahabi kepada masyarakt Islam tanahair khususnya…..

    Sejarah mengajar kita akan bahaya wahabi yang menyebabkan kejatuhan kerajaan turki uthmaniyyah (sistem khlafah islamiah) setelah muhammad abd wahab bersekongkol dgn as saud bersama british di samping menerapkan pegangan sesatnya yg menghancurkan seluruh bangsa arab dari bersatu hingga ke hari ini.

    malah di malaysia umat islam mundur dan tidak bersatu boleh dilhat dr kaca ekonomi & teknologi yg dikuasai oleh non muslim adalah hasil drpd pergeseran ta’sub kepada wahabi.

    kejayaan umat islam dlm apa jua bidang perlu diasakan dgn kesatuan aqidah terlebih dahulu (Rasulullah membentuk aqidah selama 13 tahun & seterusnya – Makkah-kepada kaumnya dan utuh umat islam selepas itu sehingga jatuhnya kerjaan turki akibat tanjuk syaitan ini)

    Bagaimanakah Allah akan menerima do’a jika kita tidak faham kepentingan aqidah & berpegang sekuat2nya…. .

    Berpegangalah kepada aqidah ahl sunnah wal jamaah (asyairah) yg menjadi majoriti umat islam hari ini. bukan wahabi yg sekecil2 kelompok yg menyesatkan kita memporakporandakan dari hal furu’ hingga aqidah sejati kita. Renungi sejarah bukan kata2 kesat fitnah… rujuk ulama thiqah terdahulu… jauhi ulama kontroversi wahabi utk selamat & jgn ta’asub sesungguhnya jika terkena fitnah/termakan wahabi ini hanya Allah sahaja mampu memberi hidayah utk kembali ke pangkal jln…

    usaha blog ini sangat ilmiah malah tiada pun radd ilmiah drpd wahabi mendangkal blog ini melainkan sekadar fitnah , memburuk2kan manusia seperti mereka (wahabi) yg seburuknya seperti tanduk syaitan ar rajiiim.

    satu kejayan dlm usaha utk islahkan kembali/ berdakwah akn bahaya wahabi sebagai angkatan seleweng risalah islam (ASRI).

  18. Rilek dulu,jgn tutup.Tolonglah kitorg lwn kadet2 baru wahabi yg menular di klgn pelajar2 U.

  19. Teruskan perjuangan ini, sokongan kami 100% atas laman web ini… tegak kebenaran, tumbangkan ke batilan.

    Laman ni patut wujud dan diteruskan, dan serta dengan kepelbagaian blog dan laman yang berkaitan dgn usaha ini..

    Cadangan penubuhan jawatankuasa virtual dalam membantu pergerakan ini dan usaha murni ini.

  20. Dapatkan info ttg bahaya wahabi ini dari seluruh dunia. Ada sebuah buku yang dikarang oleh seorang rakyat muslim barat tentang “bahaya wahabi dan kenapa patut ditentang”. Harap Dengan koleksi maklumat yang pelbagai dan banyak , boleh kita memperluasankan fungsi Bank WAHABI ini.

  21. Assalamualaikum,

    Ustaz, berpegang kepada pepatah orang melayu “berani kerana benar, takut kerana salah”

    Jika ustaz rasa blog ini dapat menyelamatkan umat islam di Malaysia daripada pengaruh dan propaganda Wahabi, adalah amat baik sekali jika ustaz meneruskan perjuangan ini demi menyelamatkan kemurniaan agama islam yang syumul.

    Saya akan tetap akan menyokong ustaz!!!

  22. pesal nak tutup lak. patutnya lagi banyak laman web cam ni, lagi baguih. nak lawan wahhabi mana boleh sorang2. depa kaya, tokey minyak, boleh cetak kitab2 free, dan derma duit ke universiti2. kita apa ada?

    tu macam2 cadangan ditulis. ada yg sanggup tawarkan diri tolong kelola laman ni. ada yg ajak buat kutipan duit, untuk bayar sewa server. ada yg cadang buat kerjasama dengan blogger2 antiwahabi yg lain.

    tak payah la tutup. seronok puak2 wahabi tu nanti.

  23. xperlu tutup.
    knp semua blog sealiran hendak ditutup?

    ada baiknya blogger2 ni bergabung dan wujudkan satu laman utk menentang dakyah wahabi


Tinggalkan Jawapan kepada Muawiyah89 Batal balasan

Kategori