Posted by: bankwahabi | Februari 6, 2008

Boleh Percayakah Maklumat Di Al-Ahkam.net dan Majalah i Atau Hanya Fitnah Agama Wahabi

CAHAYA AHLI SUNNAH WAL JAMAAH BERSEMARAK DI JOHOR

JOHOR DARUL TAKZIM NEGERI PERTAMA BANGKIT
MEMPERTAHANKAN KEBENARAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH
Kerajaan Negeri Johor melalui Jabatan Mufti Negeri telah menganjurkan Multaqa Penjelasan Isu-isu Aqidah & Syariah pada 2 Zulhijjah 1428H bersamaan 12hb Disember 2007M di Pusat Islam Iskandar, Johor Bahru. Majlis ini dirasmikan oleh SS YB Dato’ Noh Gadut, Mufti Kerajaan Negeri Johor Darul Takzim dengan kehadiran kira-kira lebih 4000 perserta terdiri dari Dif-dif Kehormat DALAM & Luar Negara, AJK Fatwa Negeri, Pegawai & Kakitangan Kerajaa Negeri, Nazir Masjid, Para Imam, Guru-guru Takmir Negeri, Ngo Islam dan individu tertentu. Multaqa ini diserikan dengan sesi soal jawab dan resolusi sebagai tindakan pihak Jabatan Mufti Negeri Johor, Jabatan Agama dan Majlis Agama Islam negeri Johor Darul Takzim.
Antara Panel Pembentang :
1) Dr Muhammad Uthman el-Muhammadi (Fellow Amat Utama ISTAC)
2) Us Hj Zamihan Hj Mat Zin al-Ghari (Pen Pengarah ILIM)
3) Us Hj Mahfuz Muhammad (Pengarah Urusan Middle East Global Sdn Bhd)
4) al-Shaykh Dr Abd Rahman ‘Amasyh (Bayrut, Lubnan)
Seminar ini amat berjaya dan rata-rata peserta berpuas hati dengan tahap kualiti akademik pembentang dan pengurusan Jabatan Mufti Negeri Johor.
“SYABAS DAN TAHNIAH BUAT KERAJAAN JOHOR”

Responses

  1. Tapi sayang, kalau kita ke kedai-kedai buku di Johor Baru – khususnya Pustaka Azhar dan Badan Cemerlang dah masuk pun buku-buku Wahabi, bukan saja dari dalam Malaysia ( umpamanya keluaran Jahabersa dan Telaga Biru ) tetapi juga dari Indonesia terutamanya dari penerbit Aqwam dan Pustaka Imam Syafie.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: