Posted by: bankwahabi | Julai 6, 2008

PADA PENJELASAN TOHMAHAN DAN FITNAH GOLONGAN (SESAT) WAHABI TERHADAP SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI: SIRI KEDUA

TOHMAHAN DAN FITNAH BESAR TERHADAP MUHADDITS SYEIKH ABDULLAH AL-HARORY AL-HABASYI DAN ANAK-ANAK MURIDNYA.


Di sediakan oleh ;
Abu Lehyah Al-Kelantany
0133005046
بسم الله الرحمن الرحيم


الحمدلله رب العالمين, مكون الأكوان, مدبر الأزمان, الموجود أزلا وأبدا بلاكيف ولاجهة ولامكان , والصلاة والسلام على محمد سيد الأنبياء والمرسلين, وعلى ءاله الطاهرين وصحابته الطيبين, اما بعد

Isu Ahbash kini mula diperbincangkan secara hangat di kalangan pegawai kerajaan, mufti, guru, ustaz, dan orang perseorangan di tanah air kita, Malaysia. Ini adalah ekoran daripada isu yang ditimbulkan di dalam majalah i yang sedar atau tidak sedar majalah tersebut sudah dipolopori oleh golongan Al-Wahhabiyah sejak sekian lama. Perbincangan yang tiada pro dan kontra itu, mengelirukan masyarakat kerana Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harory Al-Habasyi bukanlah terkenal sangat di tanah air, Malaysia. Sehinggakan sebahagiannya tidak mengenali beliau melainkan apa yang telah di nyatakan di dalam majalah i. Tetapi kalau kita lihat di Negara-negara lain seperti di Lubnan, Syiria, Jordan, Ethopia, Somalia, Negeria, Palestin, Turki, Mesir, Indonesia, Pakistan, Afghanistan, India sehinggakan di Saudi Arabia sendiri, beliau amat dikenali dengan keilmuan dan kekuatan hujahnya dalam menentang golongan Mujassimah Al-Wahhabiyah, Hizbut Tahrir dan Ikhwanjiah di samping memperjelaskan Al-‘Aqidah As-Sunniyyah yang dibawa oleh Nabi Muhammad Sollallahu ‘Alaihi Wasallam. Keilmuan yang tinggi yang dimiliki beliau sememangnya diiktiraf oleh ulama’-ulama’ serata dunia, kawan dan lawan.

Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harory Al-Habasyi adalah antara ulama’ yang bermetodologikan Asy’iroh dan bermazhab Syafi’ei. Beliau memperjuangkan manhaj yang dibawa oleh Imam Abu Hasan Al-Asy’ariy. Sebagaimana maklum, golongan Al-Wahhabiyah amat tidak menyenangi Asya’iroh dan sangat membenci sehinggakan mereka mengkafirkan Umat Islam yang mejoritinya bermanhaj Asya’iroh. Ini terbukti bila dilihat dalam kitab ((Min Masyahir Mujaddidin Fil Islam-Ibn Taymiyah Al-Harrany & Muhammad Abdull Wahhab)) karangan Soleh Fauzan pada muka surat 32; “ Asya’iroh dan Maaturidiyyah bercanggah dengan sahabat, tabi’in dan imam empat mazhab pada banyak permasalahan akidah dan usul agama, maka mereka tidaklah sekali-kali layak digelar sebagai ahlus-sunnah wal jamaah”. Begitu juga jika di lihat apa yang tertera di dalam kitab Fathul Majid Syarahi Kitab Fathul At-Tauhid, karangan Abdul Rahman Bin Hasan ‘Aali Asy-Syeikh. Kitab ini dirujuk, disahihkan, dan dita’liq oleh Abdul Aziz Abdullah Bin Baz (Ibn Baz), Cetakan Pertama tahun 1992 Bersamaan 1413 H, dicetak dengan Percetakan Dar Al-Faiha’ Dan Maktabah Dar As-Salam, m/s 32 : “ Sesungguhnya Jahm Bin Sofwan dan sesiapa yang mengikutinya, mereka mendakwa sesungguhnya perkara tersebut tidak menunjukkan sifat yang ada pada Allah Taala. Dan telah mengikuti mereka puak-puak dari golongan Muktazilah, Asya’iroh dan selain mereka kerana itulah ahlus sunnah (ala za’mihim) mengkafirkan mereka”.
Sebagaimana yang di ketahui ramai di Malaysia, Umat Islam semenjak kedatangan Islam sehinggalah ke hari ini mejoritinya bermetodologi As-Sya’iroh. Manakala Abu Jahal dan Abu Lahab yang disepakati umat Islam tentang kekafiran mereka, disisi golongan Al-Wahhabiyah mereka berdua beriman kepada Allah dan mentauhidkan Allah bahkan mereka mengatakan Abu Jahal dan Abu Lahab lebih mentauhidkan dan lebih ikhlas imannya daripada orang muslim. Ini jelas disebut oleh golongan wahhabi ini di dalam kitab mereka konon-kononnya berjudul “ KAIFA NAFHAM AT-TAUHID” (ala za’mihim), karangan Muhammad Ahmad Bashmil, Cetakan Keempat Arab Saudi 2415H m/s 16 : “ Abu Jahal dan Abu Lahab serta mereka yang berada di dalam agama orang mushrik, mereka beriman kepada Allah dan mentauhidkan Allah” seterusnya mengatakan “Abu Jahal dan Abu Lahab lebih mentauhidkan dan lebih ikhlas imannya daripada orang muslimin yang mengatakan la ilaha illallah muhamadarrasulullah!”. Jadi orang yang Islam di sisi golongan al-wahhabiyah adalah kafir, malangnya orang yang kafir disisi Umat Islam, pada tanggapan golongan al-Wahhabiyah ini adalah Islam yang lebih ikhlas imannya..Subhanakallahu Buhtanun Adzim.

Kerana perasan dengki yang membuak-buak dan mahu kebenaran Ahlus-Sunnah Wal-Jamaah dibinasakan, dalam masa yang sama mereka melihat antara ulama’-ulama’ yang mendapat tempat disisi mufti-mufti dan masyarakat Islam ialah Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harory Al-Habasyi, lalu mereka cuba memikirkan cara untuk menyekat pengaruh beliau supaya tidak tersebar di serata dunia. Sehinggakan kerana bimbang dengan pergerakan Ahlus-Sunnah Wal Jamaah dalam menerangkan akidah yang sahih lagi benar mereka mereka-reka cerita dan membuat provokasi kepada mana-mana pihak supaya akidah Ahlus Sunnah dan kebenaranya tidak tersebar. Kalau kita lihat golongan Al-Wahhbiyah yang bertapak di Saudi Arabia sekarang ini, mereka membuat satu subjek khusus untuk menentang kebenaran yang dibawa oleh Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary Al-Habasyi. Bersubjekkan “ahbash” mereka mengajar anak muridnya membuat fitnah dan tohmahan kepada mana-mana para ulamak Ahlus Sunnah Wal Jamaah, termasuk Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary Al-Habasyi sendiri. Tetapi amat malang sekali, kajian mereka tidak berharga dan tidak berjaya menemui kesilapan di dalam kitab-kitab syeikh. Hanyalah apa yang mampu diutarakan adalah fitnah dan tohmahan yang direka-reka khas untuk orang awam yang tidak membuat kajian dan kepada mereka yang jenis “baca dan terima” tanpa selidik terlebih dahulu kitab-kitab dan muka suratnya yang telah dipalsukan. Tidak hairanlah perkara ini di bawa-bawa oleh Aizam Bin Mas’ood, bekas pelajar Madinah, yang sekarang ini cuba memasukkan sillibus berteraskan wahhabi di Jabatan Islam Jakim.

Pembohohongan ini sebenarnya diambil dari sebuah kitab seorang rakyat saudi yang pengarangnya sendiri mengakui ketidaktepatan apa yang telah beliau utarakan setelah di bongkarkan penipuannya. Kitab ini dinamakan :
الموسوعة الميسرة في الأديان و المذاهب و الأحزاب المعاصرة



Kitab ini ditulis oleh seorang wahhabi yang berperasan dengki dan tiada hujah untuk menentang dan mengkritik kitab karangan Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary Al-Habasyi. Hanyalah apa yang dapat dibuat adalah tohmahan yang bertubi-tubi agar ketulinan dan kelestarian isi kandungan kitab tersebut dapat dipertikaikan. Kitab ini kemudiannya di ceduk balik oleh Abdul Rahman Al-Dimasqiah dan di sebarkan melalu web sitenya :


Abdul Rahman Al-Dimasqiah, Seorang warga Syiria yang telah dibuang daripada University Al-Azhar Cawangan Lubnan kerana telah melakukan jenayah liwat. Pembuangan beliau daripada University Al-Azhar Cawangan Lubnan adalah sesuatu yang sabits. Beliau membuat satu web khas untuk menentang Ahlus Sunnah Wal Jamaah (ASWJ). Dan beliau menyimpan perasaan dendam terhadap Ahlus-sunnah Wal Jamaah kerana beberapa kali kecundang dalam sesi perdebatan dengan salah seorang anak murid Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary Al-Habasyi. Kemudian Ariff Nazri yang merupakan bekas pelajar UIAM berminat isu ini selepas mendapat maklumat dari wahhabi di Saudi lalu menterjemahkan kitab;

الموسوعة الميسرة في الأديان و المذاهب و الأحزاب المعاصرة


ini kepada bahasa Malaysia di dalam ceramahnya di UIAM yang dibuat secara HARAM tanpa pengetahuan Pihak Universiti Taman Ilmu dan Budi. Akhirnya tanpa segan silu, anak murid kesayangan Ariff Nazri , Khairul Anwar menghebohkan pembohongan dan tohmahan ini di majalah i dengan memakai nama sebagai Abu Syu’aib. Pembohongan ini kemudiannya di sokong pula oleh Muftin Perlis Muftary, Mohd Asri Zainul Abidin. Manakala Mustaqim Mohd Zariff, Universiti Sains Islam Malaysia pula memainkan isu yang sama yang telah di bawa oleh Abu Syu’ib. “Rantaian bersalut Fitnah” yang bertali arus ini adalah kerana Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harory Al-Habasyi dan anak muridnya adalah antara yang paling hebat membongkar jenayah Ilmiyah yang dilakukan oleh golongan Al-Wahhabiyah.

Antara Tohmahan-Tohmahan Kairul Anwar Dan Fitnah Rekaan golongan al-Wahhabiyah :
1. Menuduh Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harory Al-Habasyi dan anak-anak muridnya sebagai Jemaah Takfir. (rujuk majalah I, pada m/s 16). Kenapa? wahhabi takut untuk mengutarakan kenapa @ apakah sebab Ahlus Sunnah Wal Jamaah mengatakan wahhabi Mujassim kafir ? Takut jatuh tembelang? kalaulah kerana mengkafirkan mujassimah didigelar sebagai jemaah takfir..nah! Imam Syafie pun ahbash kerana mengkafirkan Mujassim! IMAM HANAFI pun Ahbash kerana mengkafirkan Mujassim! IMAM MALIK pun Ahbash kerana mengkafirkan Mujassim! IMAM ASY-SYAFIE pun Ahbash kerana mengkafirkan Mujassim! IMAM AHMAD pun Ahbash kerana mengkafirkan Mujassim! Jadi, IMAM EMPAT MAZHAB Ahbash kerana mengkafirkan Mujassim! ABU HASAN AL-ASY’ARI pun Ahbash kerana mengkafirkan Mujassim! AL-BAQILLANY pun Ahbash kerana mengkafirkan Mujassim? IBN FURAK pun Ahbash kerana mengkafirkan Mujassim! ALQURTUBI pun Ahbash kerana mengkafirkan Mujassim! IBN HAJAR AL-HAITAMY pun Ahbash kerana mengkafirkan Mujassim. Dan berlambak lagi yang jadi ahbash pada sisi golongan Al-Wahhabiyah!Sebab itu mereka hanya berani mengatakan Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harory Al-Habasyi mengkafirkan wahhabiyah tapi mereka tidak berani mendedahkan kenapa@apakah sebab pengkafiran tersebut. Tetapi perlu di ingatkan disini, bukan semua golongan wahhabi itu keluar daripada Islam sebagai mana penulis terangkan pada penjelasan yang telah lalu.

2. Mengatakan anak-anak murid Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harory Al-Habasyi menamakan diri mereka sebagai Ahbash. (rujuk majalah I, pada m/s 16). Sebenarnya golongan Al-Wahhabiyahlah yang menggelarkan gelaran sedemikian supaya orang menyangkakan ahbash adalah bukan Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

3. Menggelarkan Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary Al-Habasyi sebagai Al-Fattan atau Syeikh Al-Fitnah. (rujuk majalah I, pada m/s 17). Ini jelas menunjukkan kebusukan hati wahhabi yang merasa kepanasan dengan hujah yang kuat yang dilontarkan oleh Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harory Al-Habasyi. Pada hemat penulis, Khairul Anwar yang mengelarkan dirinya sendiri sebagai Abu Syu’ib wajib kaji balik makna Fattan itu. Adakah Kitab Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary Al-Habasyi yang penuh dengan nukilan para ulamak dikira sebagai fitnah? atau sebab Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary Al-Habasyi menakalkan kata berlambak ulamak termasuk Imam As-Subki mangkafirkan Ibn taymiyah Al-mujassim? atau kerana mereka takut sumber hukum mereka (Ibn Taymiyah) diketahui masyarakat islam sebagai fattan yang sebenar? Gelaran al-Fattan dan Syeikh Fitnah ini ibarat meludah ke langit”.

4. Abu Syuaib mensifatkan Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary Al-Habasyi sebagai al-Jahmiyyah, (rujuk majalah I, pada m/s 17). Kemudian mendifinisikan Jahmiyah sebagai golongan menafikan sifat Allah Taala. Tuduhan ini tanpa rujukan dan tanpa muka surat yang boleh membuktikan sesahihannya.

Padahal Syeikh mengatakan sebaliknya, golongan Jahmiyah ini menurutnya keluar daripada Islam dan ada bab khusus menentang kesesatannya. Rujuk kitab “Sorih Al-Bayan Fir Roddi ‘Ala Man Khalafal Quraan” Bab “Bida’aah Al-Jahmiyah” m/s 281, Izdhar al-‘Aqidah As-Sunniyah Syarah al-‘Aqidah At-Thahawiyyah” m/s 324, syeikh mensyarahkan Al-‘Akidah Thohawiyah yang menyebut beberapa golongan-golongan sesat yang bercanggah dengan Ahlus-sunnah Wal-Jamaah termasuk golongan Al-Jahmiyah, bahkan Syeikh mendifinisikan mereka sebagai suatu kumpulan yang dinisbahkan kepada Jaham Bin Sofwan yang mengatakan : sesungguhnya Allah Taala adalah sebenarnya udara ini, bersama-sama dengan segala sesuatu dan berada di atas segala sesuatu, golongan ini juga mempercayai bahawa neraka dan syurga akan binasa kelak. Selain itu sila rujuk Kitab “Bughyah At-Tholib Li Ma’rifatil Ilmi Ad-Deenil Wajib“ m/s 23-24, 50-51 dan juga kitab Mukhtasor Bughyah m/s 8-9, 21, Syeikh dalam membahaskan “makna Al-Qayyum” (“Bughyah At-Tholib Li Ma’rifatil Ilmi Ad-Deenil Wajib“ m/s 23-24, Kitab Mukhtasor Bughyah m/s 8-9) danBeriman Kepada Kewujudan Neraka” (“Bughyah At-Talib Li Ma’rifatil Ilmi Ad-Deenil Wajib“ m/s 50-51, Mukhtasor Bughyah m/s 21) , mengatakan : “golongan Jahmiyah bercanggah dengan nash Al-Quran, As-Sunnah dan Ijma’ Umat Islam kerana beri’tikod neraka dan syurga akan binasa”. Kemudian Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary Al-Habasyi mengatakan : ” Ibn Taymiyyah Al-Harrany dalam “Kitab Minhaj As-Sunnah An-Nabawiyyah” mengkafirkan golongan Jahmiyah secara ijma’ ulama’ tetapi malangnya Ibn Taymiyyah Al-Harrany sendiri mengambil separuh iktikod golongan Al-Jahmiyah ini lalu mengatakan neraka sahaja akan binasa dan tidak akan kekal seorang pun di dalam “Kitab Minhaj As-Sunnah An-Nabawiyyah” selepas mengkafirkan Jahmiyah. Perkara ini dikuatkan lagi, bila anak murid kesayangannya sendiri, Ibn Qayyim Al-Jauziyyah menukilkan kata-kata Ibn Taymiyah Al-Harrany ini dalam kitabnya “Hadi Al-Arwah Ila Biladil Afrah”. Menurut Syeikh Ahlus-sunnah wal jamaah mengatakan kedua-duanya pandangan Jahmiyah ataupun Harrary, kedua-duanya keluar daripada Islam kerana menafikan apa yang telah qath’i di dalam al-quran dan sunnah dan ijma’ umat Islam. Cuba lihat firman Allah di dalam surah Al-Ahzab ayat ayat 64-66 :

“Sesungguhnya Allah mela’nati orang-orang kafir dan menyediakan bagi mereka api yang menyala-nyala (neraka), ((64)) mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; mereka tidak memperoleh seorang pelindungpun dan tidak (pula) seorang penolong. ((65)) Pada hari ketika muka mereka dibolak-balikan dalam neraka, mereka berkata: “Alangkah baiknya, andaikata kami taat kepada Allah dan taat (pula) kepada Rasul. ((66)).

Mereka berdua yakni Ibn Taymiyyah dan Jahm bin Sofwan bercanggah dengan firman Allah mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; mereka tidak memperoleh seorang pelindungpun dan tidak (pula) seorang penolong. ((65))”.Imam As-Subki menentang Ibn Taymiyah Al-Harrany dalam masalah ini lalu menamakan Kitabnya (( Al-I’tibar Bi Baqoo-Il Al-Jannah Wan-Naar )). Kami mencabar Abu Syuib membawakan perkataan Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary Al-Habasyi yang membuktikan dakwaan beliau tersebut. Jika tidak dapat membuktikannya sila tarik balik dakwaan anda secara terang-terangan seperti mana yang anda membuat tuduhan di majalah i ataupun anda lebih selesa bersemuka di padang mahsyar yang lebih adil dan saksama? Inilah jadahnya sekiranya hanya menterjemahkan web site berteraskan fitnah dan rekaan tanpa kajian terlebih dahulu. Ahlus-sunnah Wal-Jamaah tidak seperti mereka. Kajian dibuat secara teliti, ditentukan buktinya baru memberi fakta yang tepat serta maklumat yang sukar anda khuatiri.
5. Menuduh Muhaddits Syeikh Abdullah al-Harory Al-Habashi berfahaman Murjiah. (rujuk majalah I, pada m/s 17). Tuduhan ini tanpa rujukan dan tanpa muka surat yang boleh membuktikan sesahihannya. Amat melucukan bila penulis mendengarnya, golongan Murjiah juga ditentang keras dengan panjang lebar oleh syeikh dalam kitab “ Izdhar al-‘Aqidah As-Sunniyah Syarah al-‘Aqidah At-Thahawiyyah”. Miskin betul dalil golongan wahhabi ini..
6. Memfitnah Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary Al-Habasyi berakidah Jabariah. (rujuk majalah I, pada m/s 17). Tuduhan ini tanpa rujukan dan tanpa muka surat yang boleh membuktikan sesahihannya. Bahkan syeikh perpandangan sebaliknya.

7. Mendakwa Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harory Al-Habasyi berfahaman Syiah dan Rafidhah. (rujuk majalah I, pada m/s 17). Tuduhan ini tanpa rujukan dan tanpa muka surat yang boleh membuktikan sesahihannya.

8. Wahhabi mengatakan Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary Al-Habasyi mengatakan Ummul Mukminin Aishah telah bermaksiat kepada Allah. (rujuk majalah I, pada m/s 17). Kata-kata Abu Syuiab tetap tidak mempunyai bahan rujukan, Perkara ini ditimbulkan supaya mengelirukan orang awam. Cuba rujuk sikap amanah Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary Al-Habasyi dalam menukilkan nash ulama’ulama’ dalam masalah ini. Tengok “ Izdhar al-‘Aqidah As-Sunniyah Syarah al-‘Aqidah At-Thahawiyyah” m/s 314 : (( sesungguhnya Al-Faqih Al-Mutakallim Ibn Fuwrak dalam kitab Maqoolaat Al-Asy’ary (m/s 187-188) menukilkan kata-kata Abu Al-Hasan Al-Asy’ary tentang orang berselisih dengan Ali Bin Abu Tholib-semoga Allah meredhoinya- lalu berkata sebagaimana nashnya : (( dan adalah-iaitu Al-Asy’ary- berkata tentang perkara yang berkaitan dengan orang yang berselisih dengannya (Ali Bin Abu Tholib) dan orang yang ingkar akan kepimpinannya, sesungguhnya kesemuanya berada dalam kesalahan dengan apa yang telah mereka lakukan, iaitu mereka mengingkari kepimpinannya dan keluar daripadanya. Beliau pernah mengatakan tentang ‘Aisyah –semoga Allah meredhoinya-bahawa dia (‘Aisyah) telah berniat untuk keluar ( dari kepimpinanan Ali Bin Abu Tholib) semata-mata untuk mengishlahkan (memperbaiki di antara dua pihak yang bertelagah supaya berdamai dan reda di antara keduanya. Adapun Thalhah, zubir, maka kedua-duanya keluar dari (kepimpinan Ali Bin Abu Tholib) Ini adalah kerana mereka melakukan perkara tersebut berdasarkan takwilan mereka yang mujtahid berpandangan ….))seterusnya syeikh memberitahu bahawa (( “ ini adalah nash yang terang dan jelas daripada Syeikh kepada ahlus-sunnah wal-jamaah iaitu Abu hasan al-asy’ary tentang setiap yang memeranginya itu telah melakukan maksiat. Dan sesungguhnya Thalhah dan Zubir, Ai’syah bertaubat daripada perkara tersebut secara pasti (jazam)”)).

9. Kerana Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harory Al-Habasyi menekan ilmu tauhid dan beramalan kesufian mereka mengatakan inilah sebab boleh membawa perpecahan dan memecahbelahkan umat Islam. (rujuk majalah I, pada m/s 17). Saudara sendiri pasti tahu apa jawabnya, memang kebiasan wahabi mengatakan ilmu tasauf adalah bukan dari ajaran Islam. Padahal ilmu tersebut hanyalah seperti ilmu-ilmu lain, mengalami proses pengisthilahan baru. seperti mana Ilmu Hadits dan ilmu Fiqh. Akan tetapi teras dan asasnya memang sudah wujud di dalam al-Quran dan diajari oleh nabi dan sahabat tanpa mengishtilahkannya sebagai ilmu tasauf.

10. Mendakwa Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary Al-Habasyi tidak akan mengiktiraf keislaman seseorang kecuali kepada mereka yang tunduk dan mengakui akidah yang dibawa oleh syeikh mereka sahaja. (rujuk majalah I, pada m/s 17). Ini amatlah bercanggah dengan apa yang selalu Muhaddits Syeikh Abdullah al-Harory selalu utarakan. Beliau dengan rendah diri mengakui ” Kita adalah satu kumpulan (fi-ah) daripada kumpulan-kumpulan ahlus-sunnah wal-Jamaah”. Jelas menunjukkan yang syeikh dengan sifat tawadhuknya berpesan kepada anak muridnya bahawa Ahlus- Sunnah wal jamaah adalah ramai dan mereka adalah mejoriti umat Islam itu sendiri. Padahal golongan wahhabilah yang minoriti inilah yang sebenarnya tidak menerima keislaman seseorang itu sekali-kali melainkan seseorang itu mengiktiraf iktikod mereka ” Allah duduk bersemayam di atas Arasy”.

11. Wahabi mengatakan Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary Al-Habasyi mentakwilkan sifat-sifat Allah, antara contoh yang Abu Syuib bagi (selepas di copy paste dari Abdul Rahman Al-Dimasqiah) mentakwilkan kalimah istiwa kepada istila’ iaitu berkuasa. Menurut Abu Syu’aib sebab itulah Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary Al-Habasyi bukan bermazhab syafie dalam fiqh dan akidah. (rujuk majalah I, pada m/s 17). Ini adalah ekoran daripada kaedah yang direka oleh wahabi itu sendiri ” At- Takwil hua At-Taa’thil”. Kaedah bida’ah ini rekaan Ibn Taymiyah al-Harrany yang kemudiannya diikuti secara taqlid buta oleh golongan al-wahhabiyah. Padahal takwil itu sendiri wujud di zaman salaf lagi, bukan takwilan secara ijmal sahaja, bahkan telah wujud takwilan secara tafshili sebagaimana yang dilakukan oleh Imam Bukahary, Sufwan Atsaury, Imam Ahmad dan sebagainya. Al-Hafidh Murtadho Azzabidi dan ulamak-ulamak muhadditsin dan fiqh yang lain juga mentakwilkan istiwa kepada “istila”. Apa yang wahhabi akan hukumkan sekian ramai ulamak yang mentakwilkan ayat-ayat mutasyabihaat?

12. Mentakwilkan kalimah istiwa kepada istila’ iaitu berkuasa hanyalah kepercayaan muktazilah. (rujuk majalah I, pada m/s 17).

13. Mendakwa Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary Al-Habasyi mengatakan al-Quran merupakan lafaz jibril. Abu Syu’Aib seterusnya mengatakan syeikh mengatakan al-Quran bukan kalamullah. (rujuk majalah I, pada m/s 17).Siap bagi muka surat palsu lagi, beliau mengatakan perkara tersebut boleh dirujuk dalam kitab Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary Al-Habasyi, “ Izdhar al-‘Aqidah As-Sunniyah Syarah al-‘Aqidah At-Thahawiyyah” m/s 51. kemudiantempat yang lain beliau mengatakan perkara ini terdapat pada m/s 591”.

Bohoong….!!
Setelah mengkaji kitab-kitab Syeikh Al-Habasyi termasuk kitab Izhar al-Aqidah al-Sunniyyah pada setiap halaman didapati tiada satupun kenyataan seperti yang dituduh dalam mana-mana karangan Syeikh Al-Habasyi sama ada secara lafaz ataupun makna.Tetapi yang wujud amat berbeza dengan apa yang dituduh, yang pastinya kenyataan Syeikh Al-Habasyi bahawa al-Quran adalah Kalam Allah banyak terdapat dalam kitab karangan beliau dan ini teks-teksnya:-

فقول المؤلف ( الامام الطحاوي ) و ان القرءان كلام الله منه بدا بلا كيفة قولا معناه أن القرءان من الله بدا أيظهرأي انزالا على نبيه
“ Kenyataan Imam At-Tohawi : ‘ al-Quran itu merupakan Kalam Allah daripadaNya bada kata-kata tanpa berbentuk’ maknanya al-Quran itu daripada Allah bada iaitu terbit bererti diturunkan ke atas nabiNya ”.
فقولنا القرءان كلام الله “Erti: “ Maka kenyataan kita al-Quran adalah Kalam Allah ”.
Kedua-dua kenyataan Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary Al-Habasyi di atas tadi tertera dalam kitab beliau , “ Izdhar al-‘Aqidah As-Sunniyah Syarah al-‘Aqidah At-Thahawiyyah” cetakan ketiga Da Al-Masyari’ tahun 1417H-1997M pada halaman 83.Ini membuktikan bahawa dakwaan si penuduh adalah dusta.
Begitu juga di dalam kitab Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary Al-Habasyi berjudul Bughyah At-Tholib Li Ma’rifatil Ilmi Ad-Deenil Wajib cetakan ketiga Dar Al-Masyari’ tahun 1416H-1996M pada halam 18 tertera kenyataan Syeikh yang amat bercanggah dengan apa yang difitnah oleh si penuduh dan ini dia teks Syeikh Al-Habasyi:-
Teks Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary Al-Habasyi (1)
: -“القرءان والتوراة والإنجيل والزبور وسائر كتب الله إن قصد بها الكلام الذاتي فهي أزلية ليس بحرف ولا صوت وإن قصد بها اللفظ المنزل الذي بعضه بلغة العرب وبعضه بالعبرانية وبعضه بالسُّريانية فهو حادث مخلوق لله لكنها ليست من تصنيف ملَك ولا بشر”.
Erti: “ al-Quran, Taurat, Injil Zabur dan seluruh kitab-kitab Allah, sekiranya semua itu dimaksudkan dengan Kalam Allah Yang Zatiy (sifat Kalam Allah) maka ianya adalah azali tiada permulaan dan bukan berhuruf dan tidak juga dengan suara, dan sekiranya di maksudkan semua itu dengan Lafaz al-Munazzal (lafaz yang diturunkan) yang mana sebahagiannya berbahasa Arab,Ibraniyah dan Suryaniyah maka ianya adalah ciptaan Allah tetapi perlu diingatkan bahawa (al-Quran, Taurat, Injil, Zabur dan seluruh kitab Allah) bukanlah dari karangan mana-mana malaikat dan bukan juga karangan manusia”.

Teks Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary Al-Habasyi (2) : –
فهي عبارات عن الكلام الذاتي الذي لا يوصف بأنه عربي ولا بأنه عبراني ولا بأنه سرياني وكلٌّ يطلق عليه كلام الله”
Ertinya: Lafaz al-Munazzal itu adalah menunjukkan kalam Allah Yang Zatiy ( sifat Kalam Allah ) yang mana sifat Kalam bagi Allah itu tidak harus dikatakan sebagai bahasa Arab atau bahasa Ibraniy atau bahasa Suryani dan ketahuilah bahawa kedua-duanya adalah kalam Allah.
Kenyataan Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary Al-Habasyi tersebut amat jelas beliau beraqidah bahawa al-Quran itu adalah kalam Allah, tidak kiralah apa yang hendak dimaksudkan samaada sifat kalam Allah ataupun Lafaz al-Munazzal, al-Quran tetap kalam Allah.
Berkata Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary Al-Habasyi lagi pada hal ini seperti termaktub dalam kitab beliau berjudul Syarhul Qawim Fi Halli Alfaz Sirotul Mustaqim” cetakan pertama Dar Masyari’ tahun 1419H-1999M halaman 128 teksnya:
صفة الكلام القائمة بذات الله تعالى يقال لها كلام الله واللفظ المنزل الذي هو عبارة عنه يقال له كلام الله والإطلاقان من باب الحقيقة
Erti: “ Sesungguhnya sifat kalam bagi zat Allah ta’ala dinamakan sebagai Kalam Allah dan begitu juga Lafaz al-Munazzal yang menunjukkan kepada sifat kalam Allah dinamakan sebagai Kalam Allah, sandaran kedua-dua itu sebagai Kalam Allah adalahdari segi hakikat kebenaran”.
Kenyataan di atas merupakan pembuktian bahwa dakwaan penuduh kononnya Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary Al-Habasyi dan anak-anak murid beliau mendakwa al-Quran adalah ibarat daripada kalam Jibril (rujuk tuduhan nom 2) merupakan tuduhan yang palsu kerana amat jelas Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary Al-Habasyi mengatakan al-Quran itu juga adalah ibarat yang menunjukkan kepada Kalam Allah dan bukan kalam Jibril.
inilah pula jawapan daripada Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary Al-Habasyi rentetan tuduhan daripada Abdul Rahman Al-Dimashqiyah :

ادعى عبد الرحمن دمشقية على الشيخ عبد الله الهرري ادعاءات تردها مؤلفات الشيخ ، واليك ذلك:أولاً: ادعى عبد الرحمن دمشقية أن الشيخ يقول إن القرءان ليس كلام الله :-وإليك ما قاله الشيخ عبد الله في كتابه الدليل القويم على الصراط المستقيم في فصل وجوب الكلام لله تعالى: وأما تسمية اللفظ المنزل كلام الله ، فلأنه يدل على الكلام الذاتي لأنه عبارة عن الكلام الذاتي ولأنه ليس من تأليف جبريل ولا من تأليف محمد . أنتهى كلام الشيخ، وقال في كتابه بغية الطالب:أي أن صفة الكلام القائمة بذات الله يقال له كلام الله ، واللفظ المنزل الذي هو عبارة عنه يقال له كلام الله ، فتبين أن القرءان له إطلاقان : الأول إطلاقه على الكلام الذاتي _الأزلي الأبدي_ الذي ليس هو بحرف ولا صوت ولا لغة عربية ولا غيرها ، والثاني إطلاقه على اللفظ المنزل الذي يقرؤه المؤمنون. انتهى كلام الشيخ ، ومثل ذلك تجده في كتابه شرح العقيدة الطحاوية، فانظر يا طالب الحق إلى هذا الإفتراء المحض
14. Abu Syuib mengaitkan Syeikh dengan Murjiah dalam masalah Iman dan Jahmiyah sekali lagi. Abu Syu’Aib mengatakan sebab dia berkata demikian kerana Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary Al-Habasyi memisahkan antara Iman dan amal. (rujuk majalah I, pada m/s 17). Kemudian Abu Syu’Aib memperincikan masalah ini lalu beliau mengatakan amalan seseorang tidak ada kena mengena dengan iman. Maka seseorang itu beriman disisi mereka walaupun meninggalkan solat. Sekali lagi muka surat palsu di kemukakan oleh Abu syu’Aib iaitu di dalam kitab Al-Dalil Al-Qawim: m/s ; 7 dan Bughyah Tholib m/s 51. Rujukan ini tidak terdapat langsung di dalam kitab Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary Al-Habasyi.
Abu Syu’Si bohooong lagi…
Kitab Bughyah At-Tholib m/s 51 : Syeikh mensyarahkan pada muka surat tersebut tentang “beriman kepada kewujudan neraka dan azabnya, dan tentang Keimanan kepada Siroth”.Tiada kaitan dengan persoalan pemisahan iman dan amal, juga tiada kaitan orang yang meninggalkan solat. Apa yang boleh difahamkan disini, Abu Sya’Aib telah mengkafirkan orang yang meninggalkan solat. Inilah kejahilan dan kedangkalan dalam memahami hadits. Lihat!!! inilah sikap wahabi..orang ni kafir..orang tu kafir..saudara,apa puncanya? Puncanya ialah ; mereka jahil murakkab, hadits tidak difahami tapi beriya-riya mengaku muhaddits..memalukan..

15. Mendakwa Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary Al-Habasyi mengatakan “ sesiapa yang mengucapkan La ilaha illallah walaupun sekali dalam seumur hidup tetapi tidak berhukum dengan hukum Allah, tidak melaksanakan kefarduan yang telah ditetapkan, tidak menjauhi kemaksiatan mereka di kira sebagai Islam yang beriman. (rujuk majalah I, pada m/s 17). Abu Syu’Aib berkali-kali memberi rujukan palsu, Al-Dalil Al-Qawim m/s 9-10, Bughyah At-Tholib m/s 51.

Bohoong lagiiii…..
kitab Bughyah At- Tholib m/s 51 ; sekali lagi hamba tegaskan muka surat tersebut berkisar tentang ” Beriman kepada kewujudan neraka dan azabnya dan tentang beriman kepada adanya Siroth” Tiada kaitan pun dengan dakwaan dan tuduhan Abu Syu’Aib”..ya Allah ada juga orang macam Abu Syu’aib.


16. Sekali lagi menuduh Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary Al-Habasyi sebagai berakidah Jabariyyah. (rujuk majalah I, pada m/s 17,18).

17. Mereka mengatakan Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary Al-Habasyi mengatakan Allah lah yang menolong seorang kafir di atas kekufurannya. Katanya kalu tidak kerana Allah maka tidaklah seorang itu menjadi kafir. (rujuk majalah I, pada m/s 18). Abu syuAib mengutarakan perkara ini ada di dalam kitab Al-Nahju Al-Salim m/s 71.

18. (rujuk majalah I, pada m/s18). Yang ini amat menipu sekali, Abu Syuaib menuduh Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary Al-Habasyi dan anak-anak muridnya mengatakan sesiapa yang pergi menziarahi kubur dan memohon hajat disisi qubur, ahli qubur akan keluar dari kubur-kubur mereka mereka untuk menunaikan hajat orang yang memohon kepada mereka kemudian kembali kepada qubur semula. Lalu Abu Syu’aib menipu besar, beliau mengatakan Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary Al-Habasyi menyebutnya di dalam Al-Dalil Al-Qawim m/s 173, Bughyah At Tholib m/s 8, dan sorih al-Bayan m/s 57,62.

Bohooong…!!
Padahal muka surat tersebut syeikh membincangkan perkara yang tiada kaitan langsung dengan tuduhan Abu Syuiab. konon-kononnya nak tunjuk ilmiyah, tapi buat jenayah ilmiyah. Sikap wahhabi turun-temurun ini yang diwarisi secara bersanad daripada Muhammad Abdul Wahhab dan Ibn Taymiyyah al-Harrany.
cuba lihat ;

Kitab Bughyah Tholib m/s 8, membicarakan tentang muqaddimah kitab atau pengenalan kitab ini dan tidak ada kaitan langsung dengan tuduhan As-Syu’iab al-Kazzab.

kitab Shorih Al-Bayan m/s 57, membicarakan tentang penentangan terhadap golongan Muktazilah tiada kaitan langsung dengan tuduhan tersebut. Pada m/s 62, Syeikh membahaskan tentang Takwil di dalam Al-Quran Dan Hadits tiada kaitan langsung degan tohmahan tersebut. Penipu betollah si abu syuAib ini…

Kitab dalil Al-Qawiim tiada pada simpanan penulis. Penipuan ini sudah cukup untuk mengatakan tohmahan ini tidak berasas sama sekali.

19. Mendakwa Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary Al-Habasyi dan anak-anak muridnya mensahihkan hadits yang lemah. Abu Syu’Aib tambah lagi Syeikh Abdullah Al-Harary Al-Habasyi dan anak-anak muridnya mensahihkan hadits yang palsu. Selain itu juga menurut Abu Syu’Aib, Syeikh Abdullah Al-Harary Al-Habasyi melemahkan hadits sekiranya bercanggah dengan beliau. (rujuk majalah I, pada m/s 18). Abu Syu’Aib mengatakan ini ada dalam kitab Al-maulid an-nabawi..Kali ini Abu Syu’Aib tidak berani menyebut muka surat.Tohmahan ini adalah merujuk kepada diri mereka sendiri. Inilah adat kebiasaan wahhabi menshohihkan hadits palsu dan hadits dhoif ,mendhoifkan hadits sohih sebagaimana yang dilakukan oleh Al-Albaany Al-Mujassim.

20. Mendakwa Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary Al-Habasyi mencela para sahabat. Kemudian sahabat yang di maksudkan itu adalah Muawiyyah bin Abi Sufian. (rujuk majalah I, pada m/s 18). Tohmahan ini tiada sebarang bukti ataupun muka surat.

21. Mendakwa Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary Al-Habasyi mencela Aisyah. (rujuk majalah I, pada m/s 18). Tohmahan ini tiada sebarang bukti ataupun muka surat.

22. Mendakwa Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary Al-Habasyi mencela Khalid bin Al-Walid. (rujuk majalah I, pada m/s 18). Tohmahan ini tiada sebarang bukti ataupun muka surat.

23. Mendakwa Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary Al-Habasyi berkata sesiapa yang tidak bersama pemerintahan Ali mati dalam keadaan jahiliyyah. (rujuk majalah I, pada m/s 18). Tohmahan ini tiada sebarang bukti ataupun muka surat. Mereka lupa Ibn Hajar al-Asqolany dalam kitab Ad-Durarul Kaminah telah mengatakan Ibn taymiyah mengkafirkan Imam ali Bin Abu -Tholib dan mendakwa Ali Bin Abi Tholib tidak sah imannya serta mempersalahkan Imam Ali Bin Abu Tholib dalam 17 permasalahan agama bercanggah dengan kitabullah..na’uzubillah.

24. Mengatakan Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary Al-Habasyi mengkafirkan Ibn Taymiyah. (rujuk majalah I, pada m/s 18). Syeikh menukilkan di dalam Kitab “Maqoolaat As-Sunniyyah fi kashfi Dholaalaat Ahmad Taymiyyah” berlambak ulamak Muhadditsin, Fiqh dan Tasauf mengkafirkan Ibn taymiyah kerana beliau mengkafirkan umat islam dan menjisimkan Allah dengan makhluk. Pengkafiran kepada mujassimah adalah pandangan Imam Abu Hanifah, Imam Maliki, Imam Syafie,dan juga Imam Ahmad.

25. Mengatakan Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary Al-Habasyi mengatakan kewajipan pertama bagi setiap mukallaf mengiktiraf kekufuran Ibn Taymiyah Al-Harrany. (rujuk majalah I, pada m/s 18). Kedangkalan Abu Syu’aib dan terpapar jelas kerana syeikh mengatakan dalam “kitab Muktasor Abdillah Al-Harory Al-Kafil bi ‘Ilmi Ad-Deen At- Tdhorury” selepas Muqaddimah sebaliknya tidak sebagaimana tuduhan Khairul Anwar Al-Kazzab. Kitab ini biasanya di ajar kepada Mutadi’ (orang yang baru belajar). Berkata Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary Al-Habasyi :

(( “Wajib bagi semua mukallaf untuk memeluk agama Islam, meyakininya untuk selamanya dan melaksanakan segala hukum-hukum yang diwajibkan atasnya. Di antara hal yang wajib diketahui dandiyakini secara mutlak, dan wajib diucapkan dalam kadar yang paling segera jika memang dia (mukallaf) kafir, atau jika tidak (Muslim) maka wajib mengucapkannya dalam shalat, adalah dua kalimat syahadat: yang maksudnya ” aku bersaksi tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benar melainkan Allah dan Nabi Muhamad itu pesuruh Allah ” Makna أشهد أن لا إله إلا الله : aku mengetahui, meyakini dan mengakui (dengan ucapan) bahwa tidak ada yang disembah dengan hak (benar) kecuali Allah, yang Esa, tiada sekutu bagi-Nya.))
Bohooong..
Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harory Al-Habasyi berkata sebaliknya. Rujuk kitab“Sorih Al-Bayan Fir Roddi ‘Ala Man Khalafal Quraan” Cetakab Darul Masyari’ m/s 482, bab ;
Penjelasan hukum pengharaman bersalam-salaman lelaki dan perempuan ajnabiyah tanpa pelapik”. Barangsiapa mencari kebenaran dan membaca dengan teliti serta mengkaji nescaya akan terserlahlah kebenarannya itu.
30. Mengatakan Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary Al-Habasyi membolehkan wanita keluar rumah dalam keadaan bertabarruj dan memakai wangi-wangian walaupun tanpa keizinan dan keredaan suami. rujuk majalah I, pada m/s 18). Abu SyuAib menuduh tanpa rujukan.

31. Abu SyuAib memfitnah Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary Al-Habasyi membolehkan berjual beli anak yang merdeka. (rujuk majalah I, pada m/s 18). Abu Syuib menuduh tanpa rujukan.

32. Abu SyuAib Mengatakan Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary Al-Habasyi mengharuskan memakan hasil riba. (rujuk majalah I, pada m/s 18). Abu SyuAib menuduh tanpa rujukan.

33. Mengatakan Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary Al-Habasyi membolehkan bersolat dengan pakaian yang bernajis. (rujuk majalah I, pada m/s 18). Kali ini ada rujukan, kata Abu Syu’aib dakwaannya ini ada dalam Bughyah At Tholib m/s 99.

34. Mengatakan Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary tarikat rifaeyah dan naqsyabandiyah. Bagi Abu Syui’ab torikat adalah menyeleweng. (rujuk majalah I, pada m/s 18). Ini pun tanpa rujukan.

Mohamad Abdul Qadir Bin Ishak

Beliau juga membawa methodogi dan fakta yang sama dengna khairul anuwar. Antara tohmahan yang bolah disimpulkan di sini :

1. Beliau mendakwa university al-azhar tidak mempunyai sebarang bentuk pengiktirafan atau kerjasama dengan Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary Al-Habasyi dan juga muridnya. Seterusnya beliau dengan suka hati menegaskan “jika ada pengiktirafan ataupun sebarang surat,ia tidak ada asas sama sekali dan palsu”.ini bermakna beliau jika dibuktikan dengan seribu bukti orang jenis macam ini tidak akan terima bahkan apa diingini kebenaran yang di bawa oleh Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary Al-Habasyi di haramkan di Malaysia. (rujuk majalah I m/s23).
Sebagai makluman perbuatan melobi universiti al-Azhar adalah dari pihak wahabiyah. Kebangkitan ASWJ amat dicemburui dan mereka bimbang univeristi Al-Azhar menjadi suatu tempat yang menolak fahamn Mujassimah dan golongan al-wahhabiyah sepertimana dahulu. Lalu dirasuah beberapa individu yang berkepentingan dengan mengunakan taktik dan politik kotor. (rujuk majalah I m/s23).
2. Beliau seperti Abu Syuib mengatakan Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary Al-Habasyi mengkafirkan Ibn Taymiyah dan muridnya Ibn Qayyim Al-jauziah. Tetapi dan sengaja menyembunyikan sebab kenapa berlaku pengkafiran kepada Harrany? Tulisan yang begitu condong untuk mentajrihkan seseorang individu ini adalah tidak asing dan sememangnya tabiat tradisi turun-temurun yang diwarisi mereka yang bergelar wahhabi. Persoalannya kenapa isu tajsim atau menjisimkan tuhan tidak ditimbulkan?padahal itulah yang menjadi pokok perbincanagan kenapa Ima As-Subki dan ulamak-ulamak lain mengkafirkan Ibn taymiyah.golongan wahhabi yang biadap kepada Allah ini berani mensifatkan apa yang tidak Allah dan rasul sifatkan. Mensifatkan sifat yang tidak sabit di dalam Quran dan hadits kemudaian mendakwa inila daripada quran dan hadits. Subhanakallau buhtanul ‘adzim. (rujuk majalah I m/s22).
3. Sekali lagi ditimbulkan Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary Al-Habasyi mengatakan Alquran itu adalah kalam malaikat jibril bukan kalam Allah. Tabiat yang sama wahhabi menguatkan hujah dengan rujukan palsu, Izdhar al-‘Aqidah As-Sunniyah Syarah al-‘Aqidah At-Thahawiyyah” m/s 84-86.

MUHAMMAD MUSTAQIM MOHAD ZARIFF,
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

1. MUSTAQIM mengatakan Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Har0ry Al-Habasyi BERFAHAMAN SESAT kerana mentakwilkan nash alquran. Tetapi tidak dipaparkan yang mana yang ditakwilkan. Tanpa di sebut rujukannya.
2. Menuduh Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary Al-Habasyi sebagai berfahaman syiah. Tanpa di sebut rujukan dan dimanakah hujah mengatakan Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary Al-Habasyi sebagai syiah.
3. Mustaqim mendakwa Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary Al-Habasyi sesat sebab melibatkan diri dengan Tasawuf.
4. Mustakim mendakwa Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary Al-Habasyi dan anak-muridnya menggunakan taktik ugutan dan kekerasan sekiranya ada yang mempersoalkan pemikiran Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary al-Habasyi secara terbuka. Ini juga perbualan kosong tanpa bukti.
5. Mustakim mendakwa lagi syeikh Nizar Al-halabi dibunuh akibat kelancangan dan kesesatan fatwa-fatwanya. Padahal yang membunuh beliau adalah golongan Al-wahhabiyah. Menyembunyikan pembunuhan adalah kerja pengganas wahhhabi.
6. Mendakwa Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary Al-Habasyi mencaci Muawiyyah bin Abi Sufyan tanpa meletakkan sebarang rujukan.
7. Menuduh Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary Al-Habasyi menggalakkan orang ramai menyembah berhala tanpa meletakkan sebarang rujukan.
8. Mengatakan Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary Al-Habasyi mencemuh Aisyah dan Khalid Al-Walid tanpa meletakkan sebarang rujukan.
9. Mendakwa Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary Al-Habasyi menghukum sahabat yang terlibat dengan peperangan siffin menentang Saidina Ali B. bin Abu Talib adalah mati dalam keadaan jahiliyah tanpa meletakkan sebarang rujukan.
Sebagaimana yang telah dijelaskan oleh penulis sebelum ini golongan wahhbi tidak akan ilmiyah bila menghukum. Al-Quran dan Hadits ditafsir mengikut hawa nafsu tanpa kaedah yang dibenarkan oleh syarak. Pelbagai rekaan terbaru dalam agama, lontaran bid’aah kepada Ahlussunnah bertalu-talu, sedangkan dalam akidah mereka meletakkan bid’aaah sebagaiasas akidah mereka. Akidah mereka diambil daripada yahudi ((Allah duduk bersemayam di atas arasy)) kemudian dimodifiedkan supaya nampak islam dengan nash-nash syarak yang disalah gunapakai.

Disediakan oleh :
Abu Lehyah Al-Kelantany

0133005046

http://abulehyah.blogspot.com/


Responses

  1. Sedikit tashih maklumat: Aizam Mas’ud tidak pernah belajar di Madinah. Dia adalah lulusan usuluddin Jami’ah Al al-Bayt, Jordan.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: