Posted by: bankwahabi | Disember 28, 2009

Malunya MAZA…

http://al-ghari.blogspot.com/2009/12/bila-tiada-hujjah.html

BILA TIADA HUJJAH…

Notis tuntutan peguam Asri yang mahu menyaman Us Zamihan kononnya menuduh beliau berfahaman Wahhabiy Ekstrem. Jika surat ini tidak dijawab dalam masa 48jam, Us Zamihan akan disaman 10 juta.
Membaca sesuatu tulisan atau mendengar sesuatu ceramah umum tidak semestinya menunjukkan seseorang itu menguasai disiplin ilmu atau layak digelar ulamak. Gelaran Doktor Falsafah @ Bekas Mufti juga tidak menjamin seseorang itu memiliki gelaran ulamak. Apatah lagi jika ‘trend’ menyerang Jabatan Agama, mentohmah ulamak sbg konservatif, para mufti dan menuduh umat Islam dinegara ketinggalan Islam yang tulin, melakukan bid’ah sesat, hidup dalam khurafat dan syirik yang tebal, fahaman Islam kita sempit, jumud..hanya beliau yang bersikap Tajdid dan mengemudi “Bahtera Perubahan Minda’..turut membuktikan seseorang yang bersikap begini hanya layak digelar sebagai ‘ekstremis agama’. Pada dasarnya, pemikiran beliau berteraskan prinsip Salafi Wahhabiy. Namun, takut digelar Wahhabiy dek sejarah hitam Wahhabiy sendiri, lalu beliau menjenamakan pandangannya sebagai Muslim Progresif. Bagi saya, kita jangan hanya terpesona dengan sesuatu jenama yang dibawa. Sebaliknya kita perlu memfokus terhadap metodologi pemikiran dan intisari fahamannya.
Apabila fahaman Wahhabiy dibongkar menerusi buku Salafiyyah Wahhabiyah Satu Penilaian oleh Us Zamihan Mat Zin al-Ghari pada 2001. Dr Mohd Asri kepanasan. Lalu beliau membuat pembelaan kepada fahaman Wahhabiy menerusi dua artikel di Berita Harian pada 30-31 Julai 2001. Dalam tulisan berkenaan, Dr Asri secara jelas membela fahaman Wahhabiy serta menuduh Us Zamihan berfahaman syiah. Diikuti pula, oleh beberapa pelampau Wahhabiy yang lain. Zamihan kemudiannya membalas kritikan Asri melalui bukunya MENJAWAB KRITIKAN TERHADAP FAHAMAN WAHHABIYYAH DI MSIA. Tetapi sampai sekarang tiada respon daripada Asri. Setelah beliau menjadi Mufti, beliau berceramah di Taman Sri Ukay membuat tuduhan yang sama.
Ditambah lagi dengan beberapa tuduhan bahawa Us Zamihan mengkafirkan Ibn Taimiyyah, mengkafirkan ulamak Saudi dan mengkafirkan penduduk Makkah dan Madinah. Rakaman ceramah berkenaan ada di dalam simpanan Us Zamihan. Asri sesekali tidak boleh menyelamatkan dirinya dari pembohongan besarnya terhadap Us Zamihan. Jelas beliau seorang pereka cerita. Atau layak diistilahkan sebagai ‘Waddhau’ al-hadith’. Takutlah balasan dari Allah SWT!
Apabila beliau menulis sesuatu yang bersifat kontroversi di dada akhbar, Us Zamihan tampil menjelaskan keraguan yang dicetuskannya. Apabila bila ditangkap JAIS, beliau menyalahkan JAIS. Padahal, terdapat beberapa siri ceramahnya menghentam JAIS dan mencabar JAIS agar menangkapnya pada tahun 2007 lagi. Bahkan beliau berjanji utk membuat roadshow seluruh negara jika JAIS menangkapnya dalam siri ceramahnya di Tmn Sri Ukay pada tahun 2007 lagi. Siapa pula yang berkali-kali menggunakan pendekatan politik : menghantar surat kepada Menteri Agama supaya Zamihan dipecat dari JAKIM. Anda sendiri telah mengaku melakukankan. Dan Malaikat mencatit semua perkataan dan perbuatan anda? Lihatlah, siapa sebenarnya yang bersikap samseng atas nama agama. Lihatlah nanti uqabah dari Allah ke atas penghuru-hara agama. Bi iznillah.
Terus terang saya katakan bahawa Dr asri tidak mempunyai metodologi yang jelas dalam mengetengahkan pemikirannya. Asasnya Wahhabiy, kemudian berkongsi bahtera dengan golongan Liberalisme Agama. Tidak hairanlah jika pemimpin Liberalis Agama tampil memberi sokongan padu kepada beliau ketika di Mahkamah Syariah Gombak Timur hari tu.
Apabila Us Zamihan membuat sedikit ulasan pada latarbelakang ijazah pertama beliau yang berteraskan Bahasa Arab dan Kesusasteraan, beliau kepanasan dan menjadi kan isu ‘syahadah’ sbg modal untuk menagih simpati pihak2 tertentu. Lebih nilai dari itu, beliau akhirnya menyaman Us Zamihan sebanyak 10 juta. Dokumen di atas membuktikan kepada kita bahawa..apabila beliau kehabisan hujjah..maka beliau menggunakan pula laras periwayatan dari mahkamah. Sama seperti Dr Azwira yang mencela habis-habisan Us Zamihan dan menyaman pula 1 juta. Dua beradik agaknya. Patutla mereka seangkatan dalam Majlis Fatwa Negeri Perlis.
Jangan sesekali anda berfikir Us Zamihan takut dengan kehadiran notis sebegini. Jika anda bersikap pengecut untuk bertarung di medan ilmiyyah. Zamihan juga tidak pernah gentar untuk berdepan hujjah di mahkamah. Kalau tidak bertemu di mahkamah dunia. Elok kita bertemu di Mahkamah. Hanya Allah yang lebih mengetahui siapakah yang memporak peranda umat Islam. Dan siapa pula yang memperkasakan mereka. Semuanya akan dibongkar Insya Allah.

Responses

  1. Allahu Akbar! Allah selamatkan Ustaz Zamihan dan ahli sunnah wal jamaah seluruhnya daripada syaitan-syaitan yang menyesatkan umat.

  2. Majlis Maulid Mingguan Masjid Baitul Aman, Jalan Damai Kuala Lumpur: http://wp.me/piAx4-11k

    Ceramah Isu Semasa Mengenai Fahaman Songsang WAHHABI Di Malaysia : http://wp.me/piAx4-11m

    Mencontohi Salafussoleh : http://wp.me/piAx4-11i

  3. kbenaran tetap kbnaran…aswj akn terus mng..syukran us zamihan

  4. Siaran Langsung Multaqa Ulama Bersama Habib Umar Bin Hafiz di Indonesia http://wp.me/piAx4-12i

    Pengajian Kitab bersama Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam : http://wp.me/piAx4-12d

    Penyelewengan Tauhid & Kalimah ALLAH : http://wp.me/piAx4-12a

  5. wahabi ajaran sesat yang disupport freemason bg menghapuskan umat Islam khususnya ahli sunnah wal jamaah !!!


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: