Posted by: bankwahabi | Ogos 15, 2007

WAHHABI MENGINGKARI KENABIAN ADAM

WAHHABI MENGINGKARI KENABIAN ADAM

(Satu Jawapan Ilmiah Ringkas Berlandaskan Al-Quran, Al-Hadith Dan Ijmak )

Oleh: Abu Syafiq (012-2850578)

Assalamu’alaikum.
MUQADDIMAH PENTING

Sesungguhnya kejahilan golongan Wahhabi terhadap asas akidah islam mendorong mereka lebih jahil dalam permasaalahan islam yang lain.
Selain Wahhabi di Malaysia berpegang dengan akidah Yahudi iaitu “Allah Bersifat Duduk Dan Betempat” mereka turut menyebarkan fahaman bid’ah sehingga memecah-belahkan masyarakat islam di tanah air kita.

Antaranya mengenai kenabian dan kerasulan Adam ‘alaihissalam sehingga mereka mengingkari dan menafikan kenabian serta kerasulan Nabi Adam.
Subhnallah…! betapa juhala’nya Wahhabi ini.

( Lihat penafian kenabian dan kerasulan Nabi Adam oleh Wahhabi dalam kitab mereka berjudul Al-Iman Bil Ambiya’ Jumlatan oleh Abdullah Bin Zaid cetakan Maktabah Islami Beirut juga dalam kitab Wahhabi berjudul Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaa’ah oleh Tok Guru Wahhabi bernama Muhammad As-Soleh Al-Uthaimien cetakan Saudi Arabia mukasurat 18 dan banyak lagi dalam kitab-kitab rujukan utama Wahhabi menafikan kenabian Adam ‘alaihissalam)
Sebelum ini telah dijelaskan bahawa pasangan Nabi Adam selaku isteri baginda dan ibu kepada seluruh umat manusia iaitu saidatuna Hawwa’ merupakan seorang yang beriman kepada Allah dan tidak mensyirikkan Allah sama sekali.

Malangnya kesemua Wahhabi mengkafirkan ibu manusia ini dengan mengkategorikan saidatuna Hawwa’ sebagai perempuan musyrik.

(Rujuk: http://abu-syafiq.blogspot.com/2007/05/hobi-wahhabi-kafirkan-umat-islam.html)Subhanallah…! Mengapa ke tahap ini wahai Wahhabi?!

DALIL JELAS DAN NYATA ADAM ADALAH NABI DAN RASUL

Saudara seislamku, telah sedia maklum bahawa Adam merupakan bapa utama kepada seluruh manusia juga adalah seorang Nabi dan Rasul yang diutuskan oleh Allah bahkan diturunkan kepadanya hokum-hakam yang memperjelaskan lagi akan kenabian dan kerasulan baginda.
Ini amat diketahui oleh masyarakat islam kita di Malaysia dan selainnya, akan tetapi Wahhabi datang bertujuan memecah-belahkan ilmu agama islam demi merialisasikan impian Yahudi dan kuncu-kuncunya maka Wahhabi mengelirukan umat islam, sedangkan kenabian Adam ‘alaihissalam telah jelas merupakan satu ijmak sepertimana yang dinukilkan oleh Imam Abu Mansur Al-Baghdadi (429H) dalam kitabnya berjudul Usuluddin cetakan Istanbul m/s 187:

“ Telah berijmak kesemua para ahli sejarah islam bahawa nabi yang pertama adalah Adam ‘alaihissalam dan nabi terakhir adalah Nabi kita Muhammad ”.

Beliau turut menyatakan dalam kitab yang sama m/s 159 :

“ Muslimun telah bersepakat bahawa Nabi Adam adalah rasul yang pertama diutuskan”.
Maka jelaslah bahawa kenabian dan kerasulan Adam ‘alaihissalam merupakan ijmak dan diketahui akannya oleh para alim dan orang awam islam.

Atas dasar apakah pula Wahhabi menafikan kenabian Adam?! Ada ayat Al-Quran menafikan atau Hadith menolak Adam sebagai nabi?! Puas juga Wahhabi mencari dalil agar membenarkan penafian mereka tersebut.Sudah pasti mereka tidak menemuinya.
AL-QURAN & A-HADITH MENUNJUKKAN KENABIAN ADAM

Dalam surah Al-Maidah ayat 27,28 dan 29 merupakan dalil atas kerasulan Adam dan menunjukkan bahawa anak-anaknya ketika itu berada dibawah syariat yang diturunkan oleh Allah kepada baginda.Ini juga berdasarkan Hadith Nabi:

“ Tidaklah seseorang itu membunuh manusia secara zalim lantas ke atas anak Adam (Qobil) tanggungan dari sebahagian darahnya”.Hadith riwayat Bukhari dalam kitab Al-Janazah.

Sekiranya Nabi Adam tidak diutuskan maka bagaimana dicatat dosa keatas anaknya Qobil?Ini bererti bahawa Nabi Adam diutuskan sebagai nabi dan rasul.Lebih jelas lagi apabila Nabi Muhammad bersabda ketika ditanya oleh seorang lelaki:‘ Adakah Adam itu nabi?’ lantas baginda menjawab: “ Ya!( Adam adalah Nabi)..”.

Hadith riwayat Ibnu Hibban dalam Sohihnya juzuk 8 m/s 24.
Ibnu Hibban meriwatkan bahawa Abu Zar bertanya kepada Nabi Muhammad: ‘ Wahai Rasulullah siapakah rasul yang pertama?’ Lantas baginda menjawab:
“ Adam” dan Abu Zar bertanya lag:i ‘Adakah Adam merupakan nabi yang diutuskan?’ nabi Muhammad menjawab:“ Ya…”.

Rujuk Al-Ihsan Bitartib Sohih Ibnu Hibban juzuk 1 m/s 287-289.

Maka demikian amat jelas bahawa Adam adalah Nabi dan Rasul yang diutuskan oleh Allah taa’ala.
Perbuatan baginda memakan buah yang dilarang oleh Allah di dalam syurga ianya tidak menafikan kenabian mahupun kerasulan kerana para nabi dan rasul maksum pada perkara kufur, syirik, dosa besar dan dosa kecil yang jelas kejelekannya seperti mengintai aurat orang lain dan tersebut tidak dilakukan oleh nabi Adam.
Manakala firman Allah dalam surah An-Nisa ayat 164 dan surah Al-Ahzab ayat 7 langsung tidak menunjukkan penafian akan kenabian dan kerasulan Nabi Adam ‘alaihissalam kerana telah diketahui umum sebelum Nabi Nuh pun ada nabi Idris ‘alaihissalam.
Manakala pula kenyataan hadith dalam Hadith Bukhari diceritakan bahawa sebahagian manusia di hari kiamat kelak datang kepada Nabi Nuh lantas mereka berkata:

“ Engkaulau rasul pertama diutus kepada ahli bumi” ianya bermakna Nabi Nuh merupakan rasul pertama diutuskan kepada kabilah yang pelbagai dan para nabi sebelum baginda tidak sama seperti keadaannya dengan baginda.

Berkata Imam Ibnu Hajar Al-Asqolany dalam kitab beliau Fathul Bari juzuk 1 m/s 9:

“ Firman Allah dalam surah An-Nisa ayat 163 tidak menunjukkan bahawa Nabi Adam ‘alaihissalam itu bukan nabi bahkan hadith As-Syafaat akan diperjelaskan kenabian Adam”.
HUKUM MENGINGKARI KENABIAN ADAM

Sesiapa yang mengingkari kenabian Adam ‘alaihissalam adalah kafir terkeluar dari agama islam dan mesti merujuk dan kembali kepada agama islam serta-merta dengan mengucap dua kalimah syahadah.Nah! Keatas Wahhabi yang mengingkari kenabian Adam ‘alaihissalam perlu kembali kepada Islam!.
Hukum tersebut amat patut dan sesuai kerana Wahhabi yang mengingkari kenabian dan kerasulan Adam ‘alaihissalam telah bercanggah dengan Al-Quran, Al-Hadith dan Ijmak serta perkara yang ma’lum minaddin bidhoruroh ( diketahui umum ).

Demikian sebahagian ulama yang menyatakan kekafiran sesiapa yang menafikan kenabian Adam ‘alaihissalam :
1- Dalam kitab Fatawa Al-Hindiyah oleh Abu Al-Muzaffar ‘Alamakir cetakan Dar Ma’rifah Beirut dinyatakan: “ Jatuh kafir sesiapa yang ragu akan kenabian Adam”.

2- Dalam Kitab Al-Fiqh Akbar oleh Imam Abu-Hanifah pensyarahnya Mulla Ali Qori menyatakan: “ Nabi pertama adalah Adam ‘alaihissalam berdalilkan Al-Quran, Al-Hadith dan Ijmak, barangsiapa mengingkarinya maka dia telah kafir”.

3- Ibnu Hazim dalam kitab Maratibul Ijmak cetakan Dar Kutub Ilmiah Beirut juga ada menyatakan bahawa : “ Pengingkar akan kenabian Adam adalah disepakati akan kekufuran si pengingkar tersebut”.
Jelaslah bahawa Wahhabi bukan sahaja songsang dari segi asas akidah mengenai ketuhanan bahkan mengenai kenabian juga mereka turut jahil dan Wahhabi menyebarkan kejahilan tersebut sehingga menghuru-harakan umat islam.

Akan diperjelaskan nanti kejahilan dan kekufuran Wahhabi terhadap para sahabt Nabi pula. Wallahu ‘alam.
Semoga bertaubat wahai Wahhabi.
www.abu-syafiq.blogspot.com ( 012-2850578 )


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: