Posted by: bankwahabi | Disember 21, 2009

Tokoh Tajdid Dihukum Sesat Oleh Wahhabi

http://al-ghari.blogspot.com/2009/12/tokoh-tajdid-dihukum-sesat-oleh-wahhabi.html

Dalam akhbar mingguan hari ini 20hb Disember 2009, Dr Asri mengaitkan Tokoh Ma’al Hijrah 1431 Hijrah iaitu Dr Yusof Al Qardhawi dengan Ibnu Taimiyyah, Ibnu Qayyim melalui hujjah yang digunakannya di dalam kitab yang disebutkan dalam artikelnya di sini.

Bahkan, untuk menguatkan hujjahnya demi meraih sokongan juga dikeluarkan juga mengenai pengakuan Tokoh Ma’al Hijrah ini yang dituduh sebagai wahhabi.

Sekiranya mereka yang rajin mengkaji pemikiran dan fikrah Dr Yusof al Qardhawi tentunya akan sedar bahawa Dr Yusof al Qardhawi pernah mengkritik sendiri golongan yang kononnya melarang taqlid, tetapi mereka inilah sendiri yang taqlid pada ulamak mereka sendiri di dalam kitabnya Fiqh Awlawiyyat.

Bahkan juga menyelar golongan yang memerangi golongan yang bermazhab. Lihat sendiri kata-kata beliau :

Ada golongan yang memerangi konsep bermazhab, memerangi mazhab fiqh dengan melarang (bermazhab) walaupun daripada golongan awam untuk bertaqlid. Pada masa yang sama mereka bertaqlid dengan pandangan guru mereka maka jadilah ia mazhab yang kelima!

(Kitab: al-Sahwah al-Islamiyyah Min Murahaqah Ila al-Rusyd).

Sedarkah mereka yang hanya taqlid buta kepada Dr Asri, Pro Bahtera Perubahan, Tajdid (sebenarnya tajdid lapuk) tanpa mengkaji bahawa Dr Yusof Al Qardhawi sendiri ada membukukan kitabnya yang bertajuk : Al Fatwa Bayna Al Indibat al Tasayyub

Di dalam kitab ini, Dr Yusof Al Qardhawi mengajar dan mendidik agar mereka yang ingin berfatwa agar menguasai disiplin ilmu sebelum berani mengeluarkan apa-apa hukum dari al Quran dan Hadith. Ia telah dijelaskan di dalam blog ini di dalam tajuk : Jangan Segan Untuk Berkata Aku Tidak Tahu..


Bahkan mereka yang hanya belajar suka tebuk-tebuk, dan kemudian mengeluarkan hukum seolah-olah sudah menjadi mujtahid diselar dengan kata beliau :

Sesungguhnya ramai di kalangan golongan muda pada zaman sekarang yang hanya membaca beberapa kitab terutamanya di dalam ilmu hadis. Lantas merasakan mereka sudah pakar di dalam ilmu padahal mereka belum pun mengecapi permulaannya. Mendakwa mereka mampu berijtihad di dalam urusan agama, di dalam masa yang sama ilmu Bahasa Arab serta komponen-komponennya serta nahu dan saraf tunggang langgang. Seandainya anda menyoal mereka supaya irab sebaris ayat, mereka tidak mampu menjawabnya dengan baik. Mereka juga tidak mempelajari usul fiqh! Hanya meneka-neka sebarang dugaan kononnya mengetahui akan sebarang permasalahan. Hal ini menyebabkan mereka tidak mahir dengan ilmu fiqh apatah lagi untuk menyelami lautan perbahasan yang luas yang akan menjadikan mereka lebih mahir dan berkemampuan untuk memahami dengan baik. Sesungguhnya mereka ini sepertimana kata Imam Zahabi: Teringin untuk terbang tetapi tiada bulu.

(Kitab: al-Sahwah al-Islamiyyah Min al-Murahaqah Ila al-Rusyd).

Sekiranya diselusuri artikel, ceramah samada di dalam akhbar sebelum, semasa dan selepas menjadi mufti (bagi mereka yang benar-benar mengkaji dan rajin menyelidik) tentu ramai yang sedar apakah isu yang selalu dibawa oleh Dr Asri. Apakah yang dilekehkan oleh beliau secara halus dan terang. Apa pula kata Dr Yusof al Qardhawi mengenai hal ini ?

Menjadi satu bentuk pengkianatan terhadap umat pada hari ni dengan membawakan mereka tenggelam di dalam kancah perdebatan masalah-masalah furuk fiqh atau pinggiran akidah.

(Kitab: al-Sahwah al-Islamiyyah Baina al-Ikhtilaf al-Masyruk Wa al-Tafarruq al-Mazmum).

Jangan pelik, jika tokoh tajdid ini (pada pandangan Dr Asri) dijadikan hujjah pula untuk dijadikan sandaran kepada fikrah yang dibawanya.

Tokoh Tajdid Yang Dihukum Sesat Oleh Wahhabi

Jangan lupa, Dr Yusof al Qardhawi sendiri dihukum sesat oleh wahhabi sendiri. Sebenarnya telah dijelaskan sebelum ini. Tetapi memandangkan di dalam komen-komen yang ditulis oleh mereka yang taksub dan taqlid buta pada golongan dan individu tertentu ada yang malas hendak membaca dan mengkaji dengan fikiran yang rasional tidak melihat akan kebenaran yang telah dibuktikan.

Antara contoh penyesatan yang dibuat oleh tokoh Wahhabi :

Dalam Mukhtashar Muslim lil Hafiz al Munziri ketika berkomentar hadith no 2060 tentang turunnya al Masih alaihis salam di akhir zaman. Sheikh Albani berkata :

“Ini jelas menunjukkan bahawa Isa ‘alaihissalam akan berhukum dengan syari’at kita dan memberi keputusan dengan al Quran dan Sunnah, bukan dengan selain keduanya iaitu Injil atau Fiqh Hanafi atau yang seumpamanya”.

Pernyataan Albani ini telah dibidas oleh Dekan Fakulti Usuluddin Universiti al Imam Muhammad bin Su’ud al Islamiyah Riyadh iaitu Dr Ibrahim al Manshuri di Akhbar Harian ‘Ukkaz dalam tiga makalah yang ditampilkan bersiri. Beliau berkata :

“Bagaimana anda menyamakan mazhab-mazhab dengan Injil yang sudah tidak asli dalam hal kebatilan? Dan bagaimana pula anda menggolongkan para pengikut mazhab yang empat berada dalam kesesatan seperti Yahudi dan Nasrani dan bahawa semua itu adalah pengikut kebatilan sebagaimana sangkaan anda?

*Sheikh Albani menyamakan Fiqh Hanafi yang dalil dan hujjahnya adalah dari Al Quran dan Sunnah dengan Injil yang terang jelas sudah terpesong.

Pernyataan Albani di atas juga pernah dikritik keras oleh Dr Said Ramadhan Al Buthi dalam kitabnya : Allaa Mazhabiyyatu Akhtaru Bid’atin Tuhaddidu Asy Syariiata Al Islamiyyah. Persoalan yang perlu difikirkan : Bukankah tokoh di atas ini (diwarnakan merah) selalu juga digunakan oleh Dr Asri ?

Di dalam sebuah blog dimiliki oleh pengikut Rasul Dahri (Wahhabi tegar di Malaysia) terdapat satu fatwa dari Bin Baz seperti berikut :

Jawapan Syeikh Ibn Bazz rahimahullah: “Jamaah Tabligh dan Ikhwanul Muslimin termasuk tujuh puluh dua firqah yang sesat kerana barangsiapa berselisih dengan akidah Ahli Sunnah, ia akan masuk ke dalam tujuh puluh dua yang disebut oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam sebagai “umatku”. Maka yang dimaksudkan “umatku” adalah golongan yang masih menjadi umat baginda iaitu umat Islam”.

Beliau (Ibn Bazz) ditanya lagi: Apakah keduanya (Jamaah Tabligh dan Ikhwanul Muslimin) termasuk ke dalam tujuh puluh dua golongan tersebut?

Jawapan Ibn Bazz:

“Ya, (Ikhwanul Muslimin) termasuk dalam keumuman tujuh puluh dua golongan tersebut! Termasuk juga Murjiah dan Khawarij”.

(Lihat: Majalah as-Salafiyah. Hlm. 47. No. 7 tahun 1422)

Sila rujuk laman blog ini : http://bahaya-syirik.blogspot.com.

Dr Yusof al Qardhawi sendiri amat menghadami jalan Imam Hasan al Banna dan mengikuti pergerakan Ikhwanul Muslimin. Sebagai ulangkaji dari pendedahan bahayanya Wahhabi di Malaysia khususnya, kita sama-sama soroti hukuman sesat yang telah dibuat oleh golongan yang melampau ini :

1. Menghukum sesat kepada Prof Dr Yusof al Qardhawi, Imam Hassan al Banna, dan Jemaah Ikhwan Muslimin :

http://salafy.or.id/salafy.php?menu=detil&id_artikel=630

2. Menghukum sesat kepada Imam Hasan al Banna :

http://www.salafy.or.id/salafy.php?menu=detil&id_artikel=375

3. Menghukum sesat kepada golongan Asya’iroh :

http://www.salafy.or.id/salafy.php?menu=detil&id_artikel=715

Dalam risalah berjudul Minal Itsnain Wasab’iina Firqotan tulisan dari SHEIKH BEN BAZ, NASHIRUDDIN AL BANI, SYEIKH SOLEH FAUZAN dan SYEIKH BAKAR ABU ZAID cetakan 2001 halaman 14 : DI ANTARA FIRQAH-FIRQAH SESAT YANG MUNCUL PADA KEBELAKANGAN INI :

1. Firqah Hassan al banna (Al Ikhwaniyyah)

2. Firqah hasan al Turabi ( at Turabiyyah)

3. Firqah Sayid Qutub ((al Qutubiyyah)

4. Firqah Muhammad surur (as Sururiyyah)

5. Firqah Abdurrahman Abdul Khaliq (at Turatsiyyah)

6. Firqah Muhammad Ilyas (at Tablighiyyah)

7. Firqah Mahmud al Haddad (al haddadiyyah)

8. Firqah al Habsyi (al-Habasyiyyah)

9. Firqah Ahmad Yasin (al Hamasiyyah)

Adakah sama ‘tajdid’ yang dibawa oleh Dr Asri dengan tajdid yang dibawa oleh Dr Yusof Al Qardhawi ? Dr Yusof al Qardhawi banyak dalam kitab yang ditulisnya mengandungi pengajaran mengenai kepentingan adab, mengajak kepada kesatuan umat Islam dan tidak pula melekehkan ulamak muktabar dan sesama umat Islam.

Pesanan : Belajarlah menyelidik dan mengkaji, lihat tokoh mana yang selalu digunakan oleh pihak berkenaan. Sebelum memberi komen bacalah dan nilailah terlebih dahulu secara keseluruhan. Bukan hanya membaca sedikit dan terus buat kesimpulan. Bagi yang sebenarnya taqlid buta dan taksub pada Dr Asri, perlu difikirkan semula bahtera yang sedang dinaiki. Adakah ia dapat menguntungkan ataupun sedang membawa kepada perpecahan ?


Responses

  1. Jangan perasalah orang melayu nak jadi mujaddid.Ilmu agama ada kaitan rapat dengan kemampuan memahami bahasa arab.Jadi mujaddin,pengkomen fikir mujaddid 100 tahun seorang itu adalah dari orang Arab sahaja dan dari negeri-negeri Arab.Muhammad Abdul wahab adalah sesat dan menyesatkan.Ibnu Taimiyah tak boleh pakai pendapatnya.Ia ulama konterrversi.Ulama tulin tidak menimbulkan konterversi dan kacau bilau dalam badan umat Islam.Mereka membawa iman dan keamanan dan keselesaan dalam umat islam.

  2. Para wahabi ini sedang mengikis iman umat islam,mengikis amalan-amalan sunnah,mengikis agama islam supaya tinggal tempurung tanpa isi.Janganlah tenggelam dengan labu-labu wahabi,salafi ini dalam lautan islam yang luas saperti siluncai tenggelam dengan labu-labunya dalam lautan yang dalam cerita jenaka melayu.

  3. Kerajaan hendaklah bertegas di dalam membanteras wahabisme..

    Memang Dr Asri banyak menimbulkan kecelaruan umat Islam dalam akidah dan pengamalan beribadat pada masakini.

    Seharusnya kerajaan jangan memandang enteng terhadap wabak wahabi ini..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: