Posted by: bankwahabi | Februari 3, 2009

WA+HA+BI=JU+AN+DA

50 Sebab Kenapa JUANDA Tidak Layak Jadi Mufti

50 SEBAB MENGAPA JUANDA JAYA TIDAK LAYAK JADI MUFTI

Muqaddimah.

Setelah mantannya dibuang. Kini gantian dalam percalonan mantan itu sendiri mencuba nasib.

Pangkat Mufti pada asalnya adalah satu amanah dalam Islam yang besar kini menjadi di suatu tempat sebagai trend untuk mengkafirkan ulama Islam, membid’ah amalan yang ada dalil, menghina ulama Islam, menghukum sesat para ulama Islam, mencari kepopularitian, kemasyhuran, menyamakan Allah dengan makhluk, menyebarkan fahaman Tajsim Takfir Tabdi’ dan yang paling malang mengubah fakta ilmu agama Islam.

Juanda Jaya berbangsa Melanau berasal dari negeri Sarawak kini dengan jarum-jarum suntikan Wahhabi ke dalam satu barisan pimpinan dikatakan telah dilantik menjadi Mufti satu negeri yang bukan negeri SARAWAK. Amat pelik apabila dia (Juanda) diwar-warkan kononnya sebagai Naib Mufti Sarawak (pada hakikatnya tidak) sepatutnya menjadi Mufti Sarawak lah(tetapi mungkin tidak laku kerana suka bid’ahkan orang) kini menjadi mufti di negeri lain.

Sudah terlebih sangatkan kakitangan di Jabatan Mufti Sarawak untuk diagih-agihkan ke negeri lain diutara semenanjung menjadi pula Mufti di tempat tersebut? Jahil sangatkah ulama Islam dari negeri ‘utara tu’ sehingga tidak dilantik sebagai Mufti? Ker tunggu yang sorang tu siap PHD? atau disana tersirat taktik Mujassim Mukaffir Mubaddi’ yang telah lama ‘dibaca’ oleh pejuang Ahli Sunnah Wal Jama’ah sebenar. Apapun segalanya telah pun dijangka dan yang akan datang kita dapat ‘baca’ siapa pula gantian mereka. Yang pastinya kekesalan adalah pada institusi mufti jika dibiarkan trendnya begini akan lenyap kepercayaan umat terhadap mereka. Semua kena.

Wahai mereka yang ‘bergaji besar’. Selamatkanlah dan jaga amanah Islam ini. Anda telah merasai banyak kenikmatan. Sedangkan disana ramai yang memperjuangan Ahli Sunnah Wal Jama’ah Al-Asya’irah mempertaruhkan segala milik mereka mencampakkan segala nikmat dunia yang sementara ini, masa mereka, keluarga mereka, segala harta mereka gadaikan demi memperjuangan amanah Islam ini dengan ilmu mereka yang amat detail dan mantap.Jangan anggap mereka seperti insan-insan yang dungu, jangan samakan mereka dengan orang lemah yang pernah kamu temu. Hormati dan berdakwahlah bersama mereka. Bukan hotel untuk mereka duduki, bukan kereta besar untuk mereka miliki. Mereka hanya mengharap agar insan yang mempunyai autoriti dalam negara ini bangkit bertindak memerangi gejala Musyabbihah Mujassimah Mukaffirah Mubaddi’ah zaman moden ini.

__________

50 SEBAB MENGAPA JUANDA JAYA TIDAL LAYAK JADI MUFTI

Dipermulaan ini dinyatakan 25 sebab mengapa Juanda Jaya tidak layak menjadi Mufti. Ianya berdasarkan fakta & dalil dipetik dari kenyataan Juanda Jaya sendiri dan bukan satu tuduhan juga bukan fitnah.Sila rujuk pada nombor yang telah diberi sebagai bukti dimana kata-kata penyelewengan Juanda Jaya itu dipetik. Manakala 25 sebab lagi akan disiarkan setelah anda merujuk semua bukti yang diberi dan sila bagi respon pada halaman komen.

* PENTING. SILA RUJUK BUKTI BERDASARKAN NOMBOR YANG TELAH DIBERI.

– Rujukan (1): Kenyataan Juanda Jaya dalam pembentangan kertas-kerjanya bertajuk Feqh Munakahaat Dalam Masyarakat Di Malaysia.

– Rujukan (2) : Kenyataan Juanda Jaya dalam pembentangan kertas kerjanya bertajuk Ketokohan Muhammad Bin Abdul Wahhab.

– Rujukan (3): Kertas kerja Juanda Jaya berjudul Al-Syafi’e Antara Keaslian Dengan Salah Faham.

– Rujukan (4): Rakaman Perbualan dengan Juanda Jaya tahun 2008.

Kenyataan dibawah adalah dipetik dari lidah dan tulisan Juanda Bin Jaya:

1- Juanda Jaya mendakwa mazhab Syafi’e tidak adil (1).

2- Juanda Jaya mendakwa Undang-undang perkahwinan Islam Malaysia yang meletakkan perempuan yang berumur kurang dari 16tahun dan lelaki yg berumur kurang daripada 18 tahun agar meminta keizinan dari mahkamah untuk berkahwin…Juanda mendakwa ia bercanggah dengan hukum syarak Islam (1).

3- Juanda Jaya mendakwa undang2 keluarga Islam di Malaysia dalam mentafsir perihal KITABIYYAH adalah tertolak dan tiada dalil walaupun di ambil dari kitab AL-Umm karangan Imam Syafi’e (1).

4- Juanda Jaya mengkritik & mengkondem kitab AL-Umm karangan Imam Syafi’e (1).

5- Juanda Jaya mendakwa si isteri yang telahpun ditalak oleh suaminya masih lagi dikira sebagai isteri kepada lelaki itu secara sah walaupun belum ruju'(1).

6- Juanda Jaya mendakwa Talak Ta’liq tidak jatuh talak walaupun perkara ta’liq itu telah pun berlaku (1).

7- Juanda Jaya menyuruh wanita dilantik Hakim Mahkamah Syariah (1).

8- Juanda Jaya menuduh dalam “Marhaban” ada penyamaan nabi Muhammad dengan Allah (1).Sedang ia sebaliknya.

9- Menghukum Tokoh ulama sebagai sesat (4).

10- Juanda Jaya mengakui bahawa Muhammad bin Abdul Wahhab adalah pengasas & guru besar Wahhabi (2).

11- Juanda Jaya memunsing fakta kononnya Jazirah ‘Arabiah tiada ulama Islam tiba-tiba muncul Muhammad Bin Abdul Wahhab menyelamatkan bumi(2).

12- Juanda Jaya mendakwa Muhammad bin Abdul Wahhab belajar dengan Ibnu Taimiah dan Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah sedangkan kedua-keduanya telah mati lebih 500 Tahun sebelum kelahiran Muhammad bin Abdul Wahhab (2).

13- Juanda Jaya mendakwa orang awam yang bertaqlid dengan mazhab adalah sesat (3).

14- Melarang umat Islam mengenali Muhammad Bin Abdul Wahhab daripada kata2 orang lain sedangkan dia sendiri (Juanda) menukilkan kata2 orang2 lain kononnya memuji Muhammad Bin Abdul Wahhab (2).

15- Mendakwa pemikiran Tajdid Islam adalah diasaskan oleh Muhammad bin Abdul Wahhab (2). Sedangkan yang sebenarnya adalah sebaliknya.

16- Mendakwa Qubah di atas kubur itu adalah bid’ah sesat dan khurafat (2). Sedangkan di atas Maqam @ kubur Nabi Muhammad terdapat Qubah.

17- Mengutuk ulama Islam (2).

18- Mengakui Wahhabi menentang Daulah Khilafah Uthmaniyyah (2).

19- Melarang orang awam bertaqlid kemudian mewajibkan pula orang awam bertaqlid (3).

20- Melarang orang awam mengikut pandangan ulama kemudian mewajibkan ia pula (3).

21- Mengharamkan umat Islam mengikut pandangan ulama Mujtahid tanpa dalil waktu yang sama mewajibkan kepada orang awam permindahan ke mana-mana mazhab walaupun tiada dalil (3).

22- Mendakwa kononnya Jazirah Arab beragamakan Bid’ah ketika waktu Muhammad Bin Abdul Wahhab (2).

23- Mendakwa Wahhabi adalah bermazhab Hambaly, mazhab Hambaly adalah Wahhabi (2). Sedangkan hakikatnya Wahhabi mengharamkan mazhab.

24- Mendakwa kononnya seluruh umat negara arab beraqidah sesat ketika zaman Muhammad bin Abdul Wahhab (2).

25- Mendakwa Muhamad Bin Abdul Wahhab adalah kekasih pilihan Allah (2) dan Mendakwa kononnya Muhammad Bin Abdul Wahhab telah dilantik oleh Allah sendiri untuk melaksanakan misi Allah (2). Demikian adalah ghuluw dirinya (Juanda) mendewa-dewakan orang yang dia sendiri tidak kenal.

* Kenyataan-kenyataan yang keluar dari lidah dan penulisan insan sedemikian adalah tidak wajar dilantik sebagai Mufti kerana boleh mengucar-kacirkan keadaan seperti mana berlaku pada sebelum ini.

Nantikan 25 sebab lagi setelah anda menyemak bukti. Hubungi 006 012 2850578 jika ada kemusykilan.

Wassalam.

http://www.abu-syafiq.blogspot.com

02 February, 2009

CARA MUDAH JADI MUFTI

ANDA INGIN MENJADI ‘MUFTI’?

MUDAH SAHAJA.SEKACANG REBUS!
CARANYA SURUH ORANG LAIN BUAT TESIS PHD ANDA. KEMUDIAN BAIK DENGAN NEGERI YANG DIUTARA TU. PUJI SKET MANTAN MUFTINYA YANG KENA BUANG TU YANG DIA SEKARANG DOK SEBAR AQIDAH MUSYABBIH DAN TAKFIR DI EROPAH. KEMUDIAN JANGAN MISS BAGI TALK PASAL WAHHABI. PUJI-PUJI SKET DEPA. CERAMAH SKET2 DI SURAU SAMBIL PUJI SALAFI DAN MAKSUDKAN SALAFI ITU AJARAN WAHHABI.
HUKUM AMALAN MAULID, TAHLIL, BACA YASIN MALAM JUMAAT, KENDURI ARWAH DAN LAIN-LAIN YANG BIASA WAHHABI KATA IA BID’AH PASTU ANDA HUKUM BENDA ITU SEMUA SEBAGAI BID’AH SESAT MASUK NERAKA TAPI BIAR STAY BARU SKET DISERTAI LAWAK-LAWAK BODO.BUAT MACAM MUFTI BARU SEKARANG.

TAPI INGAT! SYARAT UTAMA MENJADI MUFTI WAHHABI ADALAH: SAMAKAN ALLAH DENGAN MAKHLUK DAN HUKUM ULAMA ISLAM SEBAGAI SESAT.

p/s: neraka ‘indah’ bg mrk semacam di atas.


Responses

  1. assalamualaikum..
    syeikh,mulia sungguh akhlak enta!

  2. Tidakkah anda tahu wahabi pernah bersekongkol dengan lawrence of arabia untk menjatuhkan kerajaan islam turki Uthmaniyyah?

  3. Macam mana Wahabi, yang bukan Ahlus Sunnah, dilantik jadi Mufti ?

  4. Assalammualaikum Tuan saya nak bertanya saya seorang Imam dan pelajar IPTS di Johor kami Imam Tauliah kerajaan Negeri Johor perlu memantau surau atau masjid kami berlandaskan mazhab Ahli Sunnah Wal jamaah

    Jadi salah seorang guru yang mengajar di surau kami saya ada sedikit ragu-ragu antara ciri-cirinya

    1.Kedudukan tangannya ketika solat yakni Qiam di atas dada seperti perempuan

    2.jari nya ketika Tasyahud bergerak-gerak

    3.Membaca surah ketika solat Tanpa Bismillah.

    4.Apabila bila tahlil dia buat zikir sendiri.

    5.Setelah solat apabila imam wirid dia ke belakang solat sunat.

    6 pernah dia tazkirah mengatakan mengapa perlu berebut-rebut menziarahi makam Rasulullah kan baginda dah wafat menurut bahasanya “Kan orang dah mati buat ape nak berebut-rebut .

    7.Tapi dia cakap bahwa dia mazhab Syafi’e rasa saya dia lain ape pendapat Tuan ?

  5. Wahabi boleh jadi mufti dinegeri yang diperintah kompolan wahabi juga , sebab tu di negeri aswj tak harus atau langsong tak ada wahabi yang dilantik sebagai mufti, sebab wahabi tu banyak sesat dan huru haranya.Kalau dia berkokok boleh kita dengar iramanya yang songsang tu , semuanya salah bid’ah sesat serba tak kena dan apa lagi? . lebih baik jadi mufti bisu saja.tidak menyakiti saudara kita.berkatalah apa yang sebenar atau berdiam diri .

  6. Wahabi boleh jadi mufti dinegeri yang diperintah kompolan wahabi juga , sebab tu di negeri aswj tak harus atau langsong tak ada wahabi yang dilantik sebagai mufti cuba lihat dinegeri -negeri lain disemenanjung ada tak macamtu? , sebab wahabi tu banyak sesat dan huru haranya.Kalau dia berkokok boleh kita dengar iramanya yang songsang dan melawan arus perdana tu , semuanya salah bid’ah sesat serba tak kena dan apa lagi? . lebih baik jadi mufti bisu saja.tidak menyakitkan hati saudara kita.”berkatalah apa yang baik-baik atau berdiam diri sahaja .sedangkan menyakiti saudara Islam itu, dosa salah dan sesat.

  7. Negeri sendiripun tak mahu terima mufti wahabi seperi itu , kalau negeri itu dari kompolan ahli sunnah, kerana budaya wahabi lain dari ajaran murni dan harmuni kompolan aswj, ulama lain yang lebih layak maseh ramai lagi .ulama pewaris Nabi.

  8. salam ustaz..waah..mantap lah artikel 50 sebab kenapa juanda tak layak jadi mufti…

    ‘krem’ perut terglak bila die banyak bercanggak pendapaat…adddeehh..jaunda²…Allah yaahdeek

  9. juanda bukan naib mufti sarawak, dia cuma penolong mufti saja. dia hampir di pecat kerana suka bersiul dengan lagu bidaah, syirik, kurafat.

  10. salam…sedang tunggu sebab k2 26 hingga 50. bila lagi?


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: