Posted by: bankwahabi | Januari 29, 2009

Apakah Musibah/Malapetaka yg menunggu Anda?

MUFTI BARU PERLIS

KANGAR: Bekas Naib Mufti Sarawak, Dr Juanda Jaya, 37, akan dilantik sebagai Mufti Perlis yang baru, menggantikan Dr Mohd Asri Zainul Abidin, yang kontraknya ditamatkan pada akhir November lalu. Pelantikan Dr Juanda yang juga bekas Penolong Pengarah Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Sarawak, disahkan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu, semalam, sekali gus merungkai spekulasi mengenai calon Mufti Perlis sejak jawatan itu dikosongkan dua bulan lalu.
“Ya, Dr Juanda akan dilantik menggantikan Dr Asri sebagai Mufti Perlis yang baru. Malah, pelantikan beliau ke jawatan berkenaan juga sudah mendapat perkenan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail. “Berdasarkan kontrak, Dr Juanda dipinjamkan kerajaan Sarawak untuk mengisi jawatan Mufti Perlis bagi tempoh dua tahun dan beliau dijangka memulakan tugas awal Februari ini, selepas urusan pemindahan selesai dengan kerajaan Sarawak dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). “Saya berterima kasih kepada Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, yang sudi meluluskan peminjaman Dr Juanda untuk berkhidmat di Perlis,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.
Terdahulu, beliau menghadiri Majlis Tahun Baru Cina anjuran MCA negeri di Dewan Khoon Aik, di sini. Hadir sama Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Shahidan Kassim. Jawatan Mufti Perlis kosong apabila kontrak Dr Asri yang dipinjamkan Universiti Sains Malaysia (USM) kepada kerajaan negeri tamat tempoh pada 1 Disember lalu. Malah, Dr Asri sebelum berangkat ke England untuk membuat kajian berkaitan perbandingan mengenai tafsiran hadis antara fundamentalis dan orientalis di Lampetex, United Kingdom pernah menamakan beberapa calon, termasuk Dr Juanda yang dianggap sesuai sebagai pengganti beliau. Dr Juanda dari keturunan Melanau adalah lulusan Universiti Al-Azhar, Mesir dan mempunyai Ijazah Sarjana Syariah dengan pengkhususan Penggubalan Undang-Undang Keluarga Islam Malaysia daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Md Isa berkata selain diperkenan Tuanku Raja Perlis, pemilihan Dr Juanda untuk mengisi kekosongan jawatan Mufti Perlis berdasarkan kelayakan peribadi, terutama akademiknya yang tinggi serta sumbangannya kepada agama Islam. “Paling penting, beliau dianggap calon paling sesuai kerana begitu memahami mengenai Mazhab Sunnah Wal Jamaah yang selari dengan perlembagaan negeri,” katanya.
Ulasan :
1) Kenyataan ini pertama-tamanya memberi pengesahan kepada kita bahawa Jawatan Dr Asri sebagai Mufti terdahulu bukannya ‘meletak jawatan’. Akan tetapi ‘kontraknya ditamatkan’ hasil kontroversi yang dicetuskannya. Kini, Dr Asri tidak habis-habis dengan isu-isu kontroversinya seantero dunia. Nampaknya, dia lebih selesa mempopularkan dirinya dengan cara begitu.
2) Perlantikan Dr Juanda hanya meneruskan legasi Wahhabiy yang dicetuskan Dr Asri dan rakan-rakannya atas jenama perjuangan al-Sunnah. Hakikatnya, obor Sunnah yang diperjuangkan mereka hanya menurut persepsi Muhammad Abdul Wahhab sahaja. Tak percaya? Lihatlah, apakah ‘tajdid’ yang dilakukan oleh Dr Asri semasa menjawat jawatan Mufti Perlis dahulu. Berapa banyak pula keputusan fatwa Perlis yang bertentangan dengan Majlis Fatwa Kebangsaan? Dan siapakah yang membawa masuk geng2 Dr Asri seperti Dr Johari Mat, Dr Azwira Abd Aziz dan Dr Juanda sebagai Ahli Majlis Fatwa Perlis bagi memperkuatkan perjuangan Sunnah ‘ala masyrab al-Wahhabiyyah. Walaupun segelintir manusia yang ambil kira. Namun semua ini telah direkodkan Allah Azza Wa Jalla.
3) Benarkah Dr Asri ke UK untuk membuat kajian perbandingan tafsiran hadis antara fundamentalis dan orientalis? Atau sekadar bercuti disamping perabih duit kepada kuffar sahaja? Jika benar dia ingin mengkaji hadis..kenapa tidak dilakukan di negara yang dipenuhi dengan ulamak Islam. Berapa ramai orientalis yang menguasai ilmu Islam secara bersanad? Bolehkah kajiannya ditsiqahi? Apa yang pasti, Dr Asri bercuti sabatikal. Bolehkah penjawat yang bercuti sabatikal melakukan kajian? Dan badan mana pula yang menaja kajian beliau? Atau beliau hanya syok dengan kajian diri sendiri? Wallahua’lam. Semuanya mesti diperjelaskan.
4) Sebenarnya, tahap kelayakkan akademik Dr Juanda tidaklah terlalu tinggi Jika dibandingkan dengan orang lain yang lebih tinggi nilai taraf akademiknya berbanding beliau. Perlis bukan takdak ulamak yang hebat. Ada..tetapi, tidak diperkenankan oleh pemerintah. Lantaran itu, Kerajaan terpaksa mengimport calon luar sekali lagi bagi mengisi jawatan Mufti. Anak-anak Perlis seolah-olah tidak berdaya saing untuk mengisi jawatan berkenaan. Khabar dari Sarawak memberitahu penulis bahawa Dr Juanda sebenarnya telah di ‘reject’ dari Timbalan Mufti Negeri Sarawak dahulu disebabkan sikapnya yang suka membid’ah dan menyesatkan umat Islam Sarawak yang bertahlil, bertalkin, baca Ya`sin malam jumaat dan lain-lain. Sayangnya, diambil pula oleh Perlis kononya bagi meneruskan legasi Sunnah. Hakikatnya, sama sahaja dengan Mufti sebelumnya. Tak percaya. Sama-samalah kita saksikan nanti.
5) MB Perlis sebenarnya telah mendedahkan kepada kita syarat terpenting utk menjadi Mufti Perlis. Iaitu memahami mazhab Sunnah Wal Jamaah yg selari dengan perlembagaan negeri. Ya ka..Dato Seri MB? Betui ka? Kalau betul..kenapa Perlis acapkali memperjuangkan tafsiran Sunnah al-Wahhabiyyah? Selalu mengeluarkan pandangan yang bertentangan dengan Majlis Fatwa Kebangsaan? Nampaknya Sunnah pada mereka itu hanya Sunnah retorik sahaja. Tapi tidak secara berjamaah. Contoh terdekat, negeri Perlis masih menggunakan gelaran ‘Raja’ yang merupakan pengaruh hindu berbanding negeri-negeri lain yang menggunakan gelaran Sultan yang menampakkan syiar Islam.Bagaimana pula dengan keseluruhan pengurusan kerajaan Negeri.? Secara perbandingan congak minda : Mana yang sunnah? Kelantan ke Perlis?
Apapun kita lihatlah nanti bagaimana rentak tari Mufti yang baru ini. Saya percaya, Majlis Fatwa Kebangsaan ada pendekatan tersendiri dalam situasi ini. Kita mengalu-alukan sesuatu yang positif untuk umat. Namun begitu, menjadi kewajipan bagi kita untuk memperbetulkan keadaan jika syubhat dan tasykik yang ditimbulkan oleh beliau. Selamat bertugas dan Selamat perjuangkan Ahli al-Sunnah Wal Jamaah yang sebenar.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: