Posted by: bankwahabi | Disember 19, 2008

Wahabi dan Babi Bersatu Teguh

Assalamualaikum,

Syukran Al-Fadhil Ustaz Zamihan Al-Ghari atas penjelasan terhadap golongan wahabi yang sentiasa menyibukkan diri mereka dalam menyesatkan Ummat Islam.

Merujuk pada link berikut https://bankwahabi.wordpress.com/2008/12/05/wahabi-kulit-babihafiz-firdaus-pakai-kulit-babi/

wahabi yang kononnya mendakwa golongan yang Islam sebenarnya, tetapi hakikatnya kelabu asap bahkan jauh tersasar dari jalan sebenarnya. Bacalah penjelasan yang diberikan oleh Al-Fadhil Ustaz Zamihan Al-Ghari di bawah.

PROTAZ PROMOSI BABI

Fahaman ekstrem Wahhabiy tanahair semakin ketara apabila salah seorang dari pendakwah yang mendakwa dirinya bermanhaj Salafi begitu mudah memberikan fatwa berkaitan dengan kepenggunaan barangan dari babi. Buktinya, di dalam emailnya, ketika menjawab soalan dari forumer berkaitan babi, beliau menukilkan kata-kata seperti berikut :

“Ya , saya ada guna produk khinzir…” Kemudian Juruterbang Salafi ini berkata lagi : “..saya tak tahu betul atau tidak. Kalau betul tak mengapa.” Seterusnya, beliau berkata lagi : “Demikian juga saya pernah makan menggunakan pinggan Noritake Bone White. Orang kata ia dibuat dari tulang khinzir….”

Ulasan :

1) Melalui keterangan diatas jelas kepada kita bahawa protaz yang mendakwa dirinya bermanhaj Salafi ini rupaya tidak tahu (jahil) hukum hakam agama berkaitan dengan najasah. Ketahuilah bahawa Babi dan anjing merupakan najis mughallazah (najis berat). Rujuklah kitab-kitab Feqah muktabar.

2) Beliau bukan sekadar tidak mengetahui status najasah berkenaan. Tetapi beliau turut jahil dengan kulit babi dan pinggan Noritake Bone White berkenaan. Jika kita mengikut paparan JAKIM anda akan jawapan seperti berikut :

KEMUSYKILANNYA: Adakah pinggan mangkuk bone china ini tergolong sebagai najis memandangkan bahan buatannya mungkin daripada habu tulang babi dan habu haiwan yang tidak disembelihkan. Adalah menjadi mustahil untuk samakkan pinggan mangkuk ini..

Jawapan : Panel berpendapat adalah lebih baik tidak membeli dan menggunakan pinggan atau mangkuk dan barangan yang diperbuat daripada bahan-bahan tersebut kerana jelas diperbuat daripada tulang babi atau tulang binatang yang tidak disembelih..

Status : Selesai – Paparan Web. . Nombor Rujukan : PANEL SJAI 220807 Tarikh Selesai : 22/08/2007 11:46 AM

Kesimpulannya, seorang protaz yang jahil perlu bertanya untuk menyelesaiakan urusan agama yang berkaitan dengan dirinya. Keadaan ini lebih baik bagi beliau dari terus mengeluarkan fatawa yang mengelirukan tentang kepenggunaannya sendiri. Apatah lagi sewenang-wenangnya menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah. Saya bukan hendak menuduh, tetapi menghalal apa yang diharamkan Allah yang boleh diketahui secara ma’lum min al-din bid dharurat. Ia tidak boleh dijahili oleh sesiapapun. Kejahilan kpd perkara asas ini tidak dimaafkan syarak.

3) Paling malang terhadap protaz ini ialah dengan kejahilannya dia ingin menetapkan hukum. Hal ini terbukti dengan katanya : “Kalu betul, tak mengapa.” Perkataan ini secara dilalah nasnya menerbitkan hukum. Hukum yang diterbitkan dari istilah ‘tak mengapa’ adalah harus. Ertinya menggunapakai kulit babi dan pinggan mangkuk yang diperbuat dari tulang babi @ binatang tidak disembelih adalah harus mengikut pendapatnya. Masya Allah. Bukankah tulang binatang yang tidak disembelih @ ain khinzir itu diharamkan secara ijmak utk diambil manfaatnya.

4) Kesan dari ‘keharusan’ pada produk babi ini juga menjustifikasikan kpd kita bahawa beliau secara selamba mengaku terlibat dengan kepenggunaan yang haram. Bahkan turut mempromosi kepenggunaan sedemikian dalam emailnya itu. Masya Allah. Inikah metod perjuangan Salafi yang dilaungkan. Bukankah anda sebelum ini bertugas sebagai juru terbang yang membawa pramugari yang bertelanjang dan arak ke serata dunia. Apakah dunia ini masih belum menginsafkan anda? Sepatutnya, anda sedar akan kesalahan ini. Kembalilah kepangkuan Allah dengan bertaubat serta mentahzirkan ummat ini dari terlibat.

5) Cuba saudara cari ayat-ayat al-Qur’an @ hadis, atsar mahupun amalan Salafus Soleh yang mengharuskan kita mengambil manfaat dari ain babi. Jika tiada, ternyata saudara sebenarnya bukan memperjuangkan prinsip salafi. Sebaliknya cuba mengelirukan ummat ini dengan jenama Salafi kerana saudara secara terang-terangan mengharuskan penggunaan ain babi. Sekaligus mempromosi sesuatu ketentuan yang bertentangan dengan Islam. Dan cuba melarikan ummat ini dari aperaturan jelas agamanya. Oleh itu, Saya kira, saudara masih tidak cukup syarat dari seorang juruterbang ingin menjadi Ustaz. Dan saudara tidak pula bermetod salafi sebenar dalam hal ini. Para pembaca pula perlu menjauhi pandangan ekstrem sebegini kerana ia bertentangan dengan prinsip kebenaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.

6) Saya sudah lama ingin bertemu secara langsung bagi membicarakan beberapa pertuduhan saudara ke atas saya. Jika saudara berkesempatan, hubungilah saya untuk kita berbincang dalam kes-kes yang saudara anggap saya sebagai syiah yang sesat, menyeleweng, wahhabiy dan sebagainya. Hubungi : Zamihan al-Ghari : 012 2465518.

http://al-ghari.blogspot.com/


Responses

  1. 6) Saya sudah lama ingin bertemu secara langsung bagi membicarakan beberapa pertuduhan saudara ke atas saya. Jika saudara berkesempatan, hubungilah saya untuk kita berbincang dalam kes-kes yang saudara anggap saya sebagai syiah yang sesat, menyeleweng, wahhabiy dan sebagainya. Hubungi : Zamihan al-Ghari : 012 2465518.
    ni semua cakap barua, tel tak angkat tutup 24 jam. cakap nak bincang, buat prog senyap2 puak kamu saja.

  2. aku dan dengar dan tengok kamu bercakap banyak lawa je cakap bebelit2 dalam your tube. cari makana katakan.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: