Posted by: bankwahabi | November 2, 2008

ANCAMAN JUHALA’ WAHABI

ANDAIAN PANDIR

Penulis tiada sebarang sengketa peribadi dengan Mufti Perlis. Tetapi apabila beliau galak mengecam agamawan, penulis merasa terpanggil dan bertanggungjawab untuk memberi respon terhadap apa yang diutarakannya. Walaupun sudah confirm dipecat, Mufti Perlis masih lagi meneruskan hobinya mengecam para pendakwah dan agensi agama yang menjalankan misi dakwah. Jika tabiat buruk ini tidak dihentikan segera. Dia pasti akan mendapat bayaran ‘cash’ dari Allah hasil dari usahanya. Kali ini Beliau secara terang-terangan melakarkan seni kutukan yang tidak berperi keagamaan sama sekali. Berikut merupakan hasil wacana minda kotornya dalam Mingguan Malaysia Ahad bertarikh 12 Oktober 2008 :
Dr Asri menulis : “Umpamanya jika pengamal undang-undang berfikir bagaimana untuk menghasilkan wang semata sehingga mengenepikan soal keadilan. Atau jika ahli politik menganggap kegiatan politiknya untuk mengaut keuntungan sekalipun mengkhianati amanah rakyat. Atau jika penyampai dakwah Islam bertujuan memperoleh habuan dunia walaupun menjejaskan tujuan asal dakwah. Maka pincanglah alam, rosak imbangan dan musnah segala peraturan dan tujuan kehidupan. Namun inilah realiti yang sedang kita hadapi.
Ulasan :
1) Tulisan ini langsung tidak berpijak di atas landasan ilmiyyah. Bahkan bersifat andaian semata-mata. Ini kerana beliau banyak menggunakan perkataan JIKA dalam jajaran ayatnya. Kemudiannya memperakui dengan katanya : ‘namun inilah realiti yang sedang kita hadapi.’ Seolah kata : Dr Asri menggunakan ‘in syarthiyyah..dan “namun inilah realiti yang sedang kita hadapi..” adalah jawabnya. Mafhumnya..Mufti Muda ini seorang yang amat hebat kerna mampu menjadikan andaian dirinya sebagai sesuatu realiti.
2) Amat menarik juga apabila tulisan beliau turut memuatkan senario kehakiman dan ahli politik. Namun, adalah sangat kejam apabila beliau mengakhirkan tulisan ‘andaian’ ini dengan mencemuh golongan agama. Hal ini terbukti dengan katanya : “Atau jika penyampai dakwah Islam bertujuan memperoleh habuan dunia walaupun menjejaskan tujuan asal dakwah.”
Selain itu untuk memperlihatkan ‘kebejatan pendakwah Islam’ kepada awam, Dr Asri menyambung terus tulisannya dengan katanya : “Maka pincanglah alam, rosak imbangan dan musnah segala peraturan dan tujuan kehidupan. Namun inilah realiti yang sedang kita hadapi.” Ya..tidak dinafikan bahawa ada segelintir penceramah yang mengambil kira soal masyuk. Termasuk tuan Syeikh Sahibus Samahah pun. Tak ingat ke..persidangan ketua-ketua jabatan di Seremban hari tu. Tuan Syeikh ambil bilik hotel..tapi tak masuk mesyuarat. Bila diselidiki..Tuan Syeikh dikhabarkan pergi ceramah di luar. Kenapa kejar yang diluar dengan meninggalkan tugas utama. Tak kira masyuk ke? Pendek kata.. kes ni ada.. tapi segelintir sahaja yang terlibat..Takkan itu pun sudah dikira ‘menghancurkan dunia”. Bukankah masih ada sebahagian besar asatizah yang mengikhlaskan diri mereka di jalan dakwah. Soalnya, kenapa dipertontonkan kejelekan isu terpencil berbanding peranan sebahagian besar yang lebih utama.? Ingat Allah ya akhie.
3) Saya ingin pertanyakan beliau : “Apakah dengan faktor kehakiman, ahli politik dan pendakwah yang cintakan dunia benar2 menyebabkan alam ini menjadi pincang, rosak imbangan, musnah segala peraturan dan tujuan kehidupan. Nampaknya, Mufti Muda ini sendiri tidak mengetahui apa yang ditulisnya. Bahkan dia hanya pandai bermain kata untuk menyedapkan bait-bait ayatnya untuk menarik perhatian manusia.
4) Apabila kita mengambil kira faktor yang menyeluruh ternyata kepincangan alam, kerosakan imbangan dan kemusnahan peraturan serta tujuan kehidupan (idea Dr MAZA) hanya difokus dua perkara sahaja. Pertama : Kerana manusia tidak mengenal Allah @ Tuhannya (yg bukan Islam). Kedua : kerana Manusia menuruti apa sahaja kemahuan nafsu serakahnya. Singkaplah berapa banyak ayat dan hadis, anda pasti mampu mengubah persepsi anda yang menyeleweng itu.
5) Jika anda hanya mengambil kira peranan tiga sektor sahaja untuk menganggarkan kehancuran dunia..ternyata anda bukanlah seorang penilai yang bijak. Bahkan hanya seputar dan berputar kepada pemikiran jumud. Lebih memalukan apabila andaian dan anggaran itu datang dari seorang Sahibus Samahah. Nampaknya, tulisan dan sikapnya menjustifikasikan beliau sememangnya tidak layak untuk digelar Sahibus Samahah.
6) Pemerhatian mendalam kepada tulisan beliau juga menemukan kita satu hakikat bahawa tulisan beliau hanya omongan kosong belaka. Dan tidak begitu mudah untuk mempengaruhi generasi minda Ulul al-bab. Kecuali andaian Pandir ini berjaya menyemai rasa taksub dikalangan pengikut yang semetodologi dengannya. Beliau sepatutnya menerima pelajaran dari sebarang teguran yang matang. Semoga Allah jauhi kita dari pelampau dan bersikap melampau dalam agama.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: