Posted by: bankwahabi | Oktober 25, 2008

PUAK TAKFIR: WAHABI KAFIRKAN Imam Ibnu Al-Araby SUFI

Imam Ibnu Al-Araby SUFI (Mangsa Takfir)

SYEIKHUL AKBAR MUHYIDDIN IBNU AL-‘ARABIY SEORANG ULAMA SUFI YANG MENJADI MANGSA TAKFIR

Oleh: Abu Syafiq

Ramai dikalangan penuntut ilmu yang mendapat maklumat kurang tepat mengenai Syeikh Ibnu Al-‘Arabiy atau juga dikenali sebagai Syeikh Ibnu ‘Arabiy (tanpa alif lam ta’rif AL), ini berlaku kerana permulaan bacaan dan maklumat mereka mengenai Syeikh tersebut diambil dari penulisan yang dibacaa sekerat-sekerat tanpa kajian yang mendalam terutama yang memfitnah Syeikh Ibnu Al-‘Arabiy sebagai berakidah HULUL dan ITTIHAD sedangkan Syeikh Ibnu Al-Arabiy tersangat jauh dari akidah tersebut.

Maklumat ringkas mengenai Syeikhul Akbar Sufi Muyhiddin Ibnu Al-‘Arabiy:

Beliau adalah Syeikhul Akbar Muhyuddin Ibnu Al-‘Arabiy Muhammad bin ‘Ali bin Muhammad bin Ahmad bin Abdullah Al-Hatimiy At-Toiy dari keturunan Abdullah bin Hatim saudara kandung kepada sahabat Nabi ‘Udaiy bin Hatim.
Digelar sebagai Muhyiddin dan diberi kunyah sebagai Abu Abdillah dan juga Abu Bakar. Dikenali dengan Al-Hatimiy, At-Toiy dan juga dikenali sebagai Ibnu ‘Arabiy (tanpa alim lam ta’rif AL) dan di Maghribiy beliau terkenal dengan kunyah Ibnu Al-‘Arabiy(dengan alim lam ta’rif AL). Terkenal juga dengan panggilan Sultan ‘Arifin dan Imam Muttaqin dan sebagainya dari gelaran yang sememangnya layak untuk beliau setelah pengkaji meneliti hakikat beliau sebenar.
Dilahirkan pada malam Isnin 17 Ramadhan tahun 560H di Andalusia. Meninggal pada tahun 638H Rahimahullah.

IBNU ‘ARABIY KE IBNU AL-‘ARABIY?
Kekeliruan pada gelaran beliau juga berlaku dan ini turut menunjukkan beberapa isi kandungan kitab karangan beliau juga tidak terlepas dari tokok-tambah dusta dan nista dari golongan Musyabbihah Mujassimah yg mahukan fitnah berterus terhadap umat Islam.

Gelaran atau kunyah untuk beliau setepatnya adalah IBNU AL-‘ARABIY
( ابن العربي ) iaitu dengan alif lam ta’rif, apabila ditulis terdapat AL pada permulaan perkataan ‘ARABIY menjadikan ejaan Al-‘ARABIY atau apabila disebut secara sambung (wasal) menjadi IBNUL ‘ARABIY. Ini kerana beliau sejak kecil lagi sudah terkenal dengan gelaran sedemikian ditambah pula kebanyakan bapa saudara beliau dan datuk-datuk beliau turut digelar sebagai AL-‘ARABIY. Begitu juga kitab-kitab karangan beliau sendiri menulis nama sebagai IBNU AL-‘ARABIY.

Ya, sememangnya disana ada seorang lagi ulama yang juga digelar sebagai IBNU AL-‘ARABIY iaitu Al-Qodhi Muhammad bin Abdullah IBNU AL-‘ARABIY Al-Ma’firiy Al-Malikiy lahir pada 468H pengarang kitab Qonun Ta’wil tetapi ia tidak menjadi penghalang untuk mengelarkan yang lain sebagai nama tersebut. Dalam Artikel ini hanya menceritakan Imam Ibnu Al-‘Arabiy atau Ibnu ‘Arabiy yang Syeikh Sufi tu atau lebih dikenali dengan Imam Muhyuddin Ibnul ‘Arabiy. Tidak ada masaalah sekiranya sekejap beliau digelar sebagai IBNU ‘ARABIY kemudian IBNU AL-‘ARABIY pula kerana kedua-duanya adalah gelaran bagi beliau.


HULUL DAN ITTIHAD BUKAN AQIDAH IMAM IBNU AL-‘ARABIY @ ‘ARABIY

Akidah Hulul adalah akidah sesat yang mendakwa zat Allah berada didalam diri makhluk dan makhluk berada didalam diri Allah. Akidah Ittihad pula adalah akidah sesat yang mendakwa semua yang ada ini makhluk dan Allah adalah bersatu antara satu sama lain. Kedua-duanya lebih kurang sama dan sesat.

Manakala tuduhan akidah hulul, ittihad dan pelbagai lagi akidah batil terhadap Imam Ibnul ‘Arabiy adalah satu fitnah yang membawa kepada pentakfiran antara satu sama lain dan fitnah yang besar sehingga ke hari ini. Ramai yang keliru termasuk beberapa para pengkaji dan ini penjelasan ringkas saya (Abu Syafiq) atas segala kekeliruan itu :

* Kebanyakan isi kandungan kitab-kitab Imam Ibnu Al-‘Arabiy sebenarnya telah ditokok tambah dengan pengisian yang terpesong dari ajaran Islam sebenar. Ia bukanlah tulisan Imam Ibnul ‘Arabiy bahkan beliau berlepas tangan dari segala itu.

Syeikh Abdul Wahhab Asy-Sya’roniy berkata dalam kitabnya berjudul Al-Yawaqit Wal Jawahir Fi ‘Aqoidil Akabir m/s 9:
” Segala isi kandungan kitab Ibnul ‘Arabiy yang bertentangan dengan syariat Islam dan bertentangan dengan jumhur ulama maka ketahuilah bahawa ianya adalah palsu, dusta dan ditokok-tambah oleh musuh-musuh Islam. Syeikh Sayyidy Abu At-Tohir Al-Maghribiy di Mekah juga telah memberitahu aku sedemikian dan beliau membawa kepada aku naskhah asal kitab Imam Ibnul ‘Arabiy yang berjudul Al-Futuhaat Al-Makkiyah yang diterima dari naskhah asal di Madinah Quniyyah maka aku dapati isi kandungannya tidak langsung terdapat akidah yang pernah aku lihat (hulul dan ittihad) dan ianya selari dengan apa yang aku telah ringkaskan dari kitab Al-Futuhaat “.

Bagaimana Imam Ibnu Al-‘Arabiy dikatakan berakidah Hulul atau Ittihad sedangkan beliau sendiri terkenal menolak akidah tersebut dan akidah-akidah batil yang lain dan beliau terkenal sebagai seorang yang menyebut kenyataan menolak kedua akidah batil tersebut dengan :
من قال بالحلول فدينه معلول، وما قال بالاتحاد إلا أهل الإلحاد

Maksud kenyataan Ibnu Al-‘Arabiy tadi :
“Sesiapa yang berakidah Hulul maka agamanya terpesong, dan tidak berakidah Ittihad melainkan orang itu mulhid”.
Rujuk kitab Al-Futuhaat AL-Makkiyah pada Bab Al-Asrar dan pada Bab Yang Ke 559 yang telah dinyatakan oleh Asy-Sya’roniy.
Amat jelas Imam Muhyiddin Ibnu Al-‘Arabiy menolak akidah Hulul dan Ittihad.

Maka segala fitnah terhadap beliau atas tuduhan berakidah Hulul dan Ittihad hendaklah dihentikan dan perlu dibezakan antara As-Sufi Imam Muhyiddin Ibnul ‘Arabiy dengan golongan yang mengaku sufi ataupun yang mengaku pengikut Imam Ibnu ‘Arabiy tetapi hakikatnya sufi dan Ibnu ‘Arabiy amat jauh dengan mereka.

DAKWAAN KUFUR TERHADAP IBNU AL-‘ARABIY
Sememangnya ada beberapa insan yang mengkafirkan Imam Ibnu Al-‘Arabiy ini atas salah anggap tulisan terpapar yang dibaca.
Pelik juga pentakfiran terhadap Imam Ibnul ‘Arabiy tidak terkenal berlaku pada zaman beliau tetapi selepas puluhan tahun kematian beliau. Berbeza dengan keadaan Ibnu Taimiyah yang mana ulama Islam menghukum Ibnu Taimiah sebagai kafir terkeluar dari akidah islam adalah dari kalangan ulama Islam yang hidup dizaman Ibnu Taimiyah sendiri bahkan para tuan kadi dari keempat-empat mazhab (Hanafi, Maliki, Syafie dan Hambali) telah menghukum kufur terhadap Ibnu Taimiyah dizaman Ibnu Taimiah sendiri.

Ini juga menunjukkan penghukuman kufur/sesat terhadap Imam Ibnu ‘Arabiy oleh sebahagian insan adalah tidak berbukti yang tepat, hanya sekadar melihat pada buku yang telahpun dicetak yang sememangnya telahpun ditokok-tambah oleh musuh Islam sedangkan naskhah asal kitab Imam Ibnu ‘Arabiy tidak tertera akidah sesat tersebut.

Lihat sahaja bagaimana mereka mengkafirkan Imam Ibnu ‘Arabiy atas dakwaan kononnya Ibnu ‘Arabiy berakidah manusia itu Tuhan Tuhan juga adalah manusia lantas menuduh Ibnu ‘Arabiy berkata “hamba itu adalah Tuhan” sedangkan apabila kita melihat naskah kitab asal beliau terdapat ayat yang amat berlainan pada syi’ir yang didakwa.

DAN SAYA (ABU SYAFIQ) TINGGALKAN KEPADA PEMBACA SEBAGAI BUKTI IMAM INI DIFITNAH…
DIBAWAH INI ADALAH TULISAN TANGAN NASKHAH ASAL KITAB IMAM IBNU ‘ARABIY BERJUDUL AL-FUTUHAAT AL-MAKKIYAH IAITU:

الرب حق و العبد حق فياليت شعرى من المكلف
إن قلت عبد فذاك ميت أو قلت رب أنى يكلف
Bermaksud: “Tuhan itu benar (wujud) dan hamba juga wujud, Sekiranya dikatakan hamba maka pastinya akan mati dan pabila dikatakan Tuhan maka tidak mungkin Tuhan itu dipertanggungjawabkan”.

Manakala tuduhan terhadap beliau telah dipalsukan isu kandungan kitabnya oleh sebahagian pengaku Salaf dengan dakwaan kononnya Ibnu ‘Arabi mendakwa:

الرب رب و العبد رب … إن قلت عبد فذاك حق
Tuduhan bermaksud: Tuhan itu adalah Tuhan dan hamba adalah Tuhan, sekiranya dikatakan kedua-duanya hamba maka ia benar”.

Demikian kenyataan palsu golongan pengaku Salaf terhadap Ibnu ‘Arabiy dan ini buktinya tuduhan itu adalah palsu:

Perhatikan pada perenggan yang ke 14&15 amat bercanggah dengan dakwan golongan yang mengkafirkan Imam Ibnu ‘Arabiy

Semoga Allah merahmati para ulama Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah sejati.
Kaji dan renung-renunglah…..

Disediakan oleh: Ustaz Abu Syafiq (012-28505578)

http://abu-syafiq.blogspot.com/


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: