Posted by: bankwahabi | September 8, 2008

ULAMAK ADALAH NIKMAT KEPADA UMAT ISLAM (1)

Disediakan Oleh ;
Abu Lehyah Al-Kelantany
( 0133005046)
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله رب العالمين, مكون الأكوان, مدبر الأزمان, الموجود أزلا وأبدا بلاكيف ولاجهة ولامكان , والصلاة والسلام على محمد سيد الأنبياء والمرسلين, وعلى ءاله الطاهرين وصحابته الطيبين, اما بعد

Haji Abdul Qadir Al-Mandily

_____________________________________________


Segala puji bagi Allah yang menjadikan Ahlul Haq
[1] sebagai mejoriti bagi umat ini dan menjadikan bagi kami cahaya penglihatan hati untuk mengikuti kebenaran, memerangi mereka yang takabbur. Selawat dan salam ke atas nabi yang memberi syafaat kepada umatnya, keluarganya, sahabat-sahabatnya, dan siapa sahaja yang mengikutinya dalam menghidupkan As-Sunnah dan As-Syariat. Adapun ;

Sesungguhnya kitab (( At-Ta’aqqub Al-Hatsits ‘Ala Man Tha’ana Fima Shohha Minal Hadits)) dan kitab (( Nushrah At-Ta’aqqub Al-Hatsits ))[2] merupakan kitab karangan Tuan Syeikh kita, Al-Allamah yang amat dibangga-banggakan oleh Ahlus Sunnah Wal Jamaah iaitu Syeikh Al-Hafidz Abdullah As-Syaiby . Semoga Allah menjaganya dan memberi peluang kepada kita merasai nikmat dengan panjangnya umurnya[3] yang mana kewujudannya merupakan sebesar-besar kenikmatan kepada kami. Kedua-dua buah kitabya tadi membongkar kesesatan Al-Albaany, pengikut-pengikutnya[4] dan percanggahannya. Ini kerana, mereka menurut hawa nafsu mereka dan juga kerana sedikitnya pengetahuan mereka tentang Ilmu Hadits[5]. Adapun pensahihan ataupun pendaifan terhadap hadits-hadits Rasulullah yang dibawa oleh Al-Albaany ditolak dan tidak dikira, ini kerana kerja mensohihkan hadits dan mengatakan ianya daif adalah kerja yang dikhaskan kepada mereka yang bergelar al-hafidz di dalam bidang hadits[6], dimana al-albaany kalau nak dibandingkan dengan martabat hafidz yang tinggi ini??!

Semoga Allah Taala membalas syiekh kita, Syeikh Al-Hafidz Abdullah As-Syaiby dengan sebaik-baik balasan dan semoga Allah Taala memberikannya balasan yang baik di akhirat dengan dibentangkan hakikat kebenaran yang dibawanya dan yang kami dapat rasai. Dan hanyasanya Dialah yang Maha berkuasa di atas segala sesuatu.

Yang benar,

(HAJI ABDUL QADIR AL-MANDILY)

_________________________________


Footnote ;


[1] Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Wahabi dan ajaran sesat lain tidak tergolong dalam ASWJ.
[2] Kedua-dua kitab ini pernah mendapat pujian daripada Al-Hafidz Abdullah Al-Ghummary.
[3] Dikhabarkan kepada penulis umur Muhaddits Al-Syeikh Al-Allamah Abdullah Bin Muhammad As-Syaibi Al-‘Abdary Al-Harary ketika meninggal dunia ialah 105 tahun…subhanallah.
[4] Pengikut-pengikutnya kebanyakan berfahaman al-wahabiyah.
[5] Ilmu hadits ialah ilmu berkaitan dengan ilmu diroyah dan ilmu riwayah.
[6] Berkata imam As-Syuyuti di dalam Alfiyahnya “ ambillah ia sebagaimana dinashkan oleh al-hafidz * ataupun ambilah ia sekiranya terdapat kitab karangan al-hafidz yang yang dikhaskan pada pada menyatakan hadits itu sahih atau dhaif”. Maknanya kerja mensohihkan hadits dan mengatakan ianya daif adalah kerja yang dikhaskan kepada mereka yang bergelar al-hafidz di dalam bidang hadits.

Disediakan Oleh ;

Abu Lehyah Al-Kelantany

( 0133005046)

musufism_addeen@yahoo.com

http://abulehyah.blogspot.com/


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: