Posted by: bankwahabi | September 5, 2008

PERUTUSAN KHAS UCAPAN TA’ZIAH II

Assalamualaikum.

Adakah mereka ini Ahbash? Atau Mereka ini anti-Wahabi Sesat…

YADIM & DATO’ NAKHAIE: SYEIKH AL-HARARI SEORANG AL-MUHADDITH & TA’ZIAH BUAT PENCINTA ULAMA

PENGERUSI YAYASAN DAKWAH ISLAMIAH MALAYSIA (YADIM) AL-FADHIIL DATO’ MOHD NAKHAIE BIN HAJI AHMAD MENYIFATKAN SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI AL-HABASYI SEBAGAI AL-MUHADDITH DAN MENGUCAPKAN TA’ZIAH ATAS PEMERGIAN BELIAU KE RAHMATULLAH

Kenyataan Pengerusi YADIM Dato Nakhaie:


Kepada As Syeikh Husam Khorokirah
Jamaiyyah Al Masyarie Al Khairiah
Beirut
Lubnan

Tuan,

SEKALUNG TAKZIAH

Dengan penuh rasa kesedihan dan dukacita, kami telah menerima berita pemergian Al-Muhaddith Syeikh Abdullah Al-Harari Al-‘Abdary Rahimahullah ke rahmatullah pada tanggal 2 Ramadhan.

Bagi pihak Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), terimalah ucapan ta’ziah dengan sepenuh ikhlas dari kami.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau serta ditempatkan di dalam syurga bersama para ambiya dan solihin.

Yang benar,

DATO’ HAJI MOHD NAKHAIE HAJI AHMAD

Pengerusi,
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia “.

* Sumber dipetik dari perutusan khas rasmi dalam bahasa Inggeris yang dihantar oleh Dato Hj Nakhaie Bin Hj Ahmad Pengerusi Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia kepada wakil rasmi Jam’iyyah untuk diserahkan kepada Jam’iyyah Al-Masyari’ Al-Khoiriyyah Al-Islamiyyah Beirut Lubnan pada Khamis, 4hb September 2008, jam 1:46pm waktu Malaysia. (rujuk scan di atas)

MUFTI PAHANG MENGAGUNGKAN & MEMUJI PERJUANGAN SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI RAHIMAHULLAH

MUFTI PAHANG DARUL MAKMUR SOHIBUS SAMAHAH DATO’ HAJI ABDUL RAHMAN BIN HAJI OSMAN MEMUJI PERJUANGAN SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI AL-HABASYI, MENYIFATKAN BELIAU SEBAGAI AL-MUHADDITH DAN MENGUCAP SEKALUNG TA’ZIAH ATAS PEMERGIAN BELIAU KE RAHMATULLAH

Kenyataan Mufti Pahang SS Dato’ Abdul Rahman:

” Assalamu’alaikum Warahmatullah Wabarakatuh. Pada tanggal 2hb Ramadhan 1429H bersamaan 2hb Sept 2008M telah kembali ke rahmatullah seorang ulama bahkan pejuang Islam iaitu Syeikh Abdullah Al-Harari. Saya menyifatkan Syeikh Abdullah Al-Harari sebagai seorang ulama Al-Muhaddith pakar hadith yang sukar dicari ganti setelah pemergian beliau.Beliau merupakan ulama yang tidak gerun dengan musuh Islam dek kerana hujjah-hujjah dan dalil sentiasa berada dalam gengaman ulama seperti beliau. Saya sendiri dan mewakili seluruh umat Islam di Negeri Pahang Darul Makmur Malaysia merasai sedih dan mengucapkan ta’ziah kepada ahli keluarga dan anak-anak muridnya di atas pemergian As-Syeikh Al-Muhaddis Abdullah Al-Harari Al-Habasyi. Semoga Allah menempatkan beliau bersama para Ambiya’, syuhada’ dan solihin “.

* Sumber dipetik dari perutusan ta’ziah yang dihantar sendiri oleh SS Dato’ Abdul Rahman Mufti Negeri Pahang kepada wakil rasmi Jam’iyyah Al-Masyari’ Al-Khoiriyyah Al-Islam Beirut Lubnan pada hari Rabu, 3hb Sept 2008M, jam 12:52TGH-MLM waktu Malaysia.

PERUTUSAN KHAS UCAPAN TA’ZIAH & PUJIAN OLEH TIMBALAN MUFTI SELANGOR

PERUTUSAN KHAS UCAPAN TA’ZIAH DAN PUJIAN OLEH:
SOHIBUL FADHILAH DATO’ ABDUL MAJID BIN OMAR TIMBALAN MUFTI SELANGOR DARUL EHSAN MALAYSIA DI ATAS PEMERGIAN AL-MUHADDITH SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI AL-HABASYI KE RAHMATULLAH

Kenyataan Dato’ Timbalan Mufti Selangor:

” Saya sendiri amat berdukacita apabila mendapat berita tentang kembalinya Al-Muhaddith Asy-Syeikh Abdullah Al-Harari ke rahmatullah. Jasa beliau pastinya terlalu tinggi buat umat Islam zaman ini yang dahagakan ilmu Islam tulen. Syeikh Abdullah Al-Harari merupakan ulama Islam yang berjuang sehingga ke akhir hayatnya. Saya mohon kepada Allah agar mencucuri rahmat ke atas ruhnya. Ta’ziah juga diucapkan dari saya dan Jabatan Mufti Selangor amnya buat ahli keluarga beliau dan seluruh pendukung ilmu Ahli Sunnah Wal jamaah “.

* Sumber dipetik dari perutusan khas yang dihantar sendiri oleh Sohibul Fadhilah Dato’ Abdul Majid, Timbalan Mufti Selangor kepada wakil rasmi Jami’yyah Al-Masyari’ Al-Khoiriyyah Al-Islamiyyah pada hari Rabu 3hb September 2008 bersamaan 3hb Ramadhan 1429H, jam 12:43TGH-MLM.

SEKALUNG TA’ZIAH DARI JABATAN MUFTI TERENGGANU

SEKALUNG TA’ZIAH DI ATAS PEMERGIAN AL-MARHUM SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI DARI SELURUH WARGA JABATAN MUFTI TERENGGANU DARUL IMAN

Kenyataan Ta’ziah Jabatan Mufti Terengganu:

” Maka kami bersama kesemua kakitangan Jabatan Mufti Negeri Terengganu Malaysia mengutuskan setinggi-tinggi ucapan ta’ziah ke atas ahli keluarga dan anak-anak murid insan yang telah meninggalkan kita Al-Marhum Asy-Syeikh Abdullah Al-Harari semoga Allah memuliakan jenazahnya, kami turut mengucapkan ta’ziah buat kerajaan negara Lubnan, dan sesungguhnya dari Allah kita datang dan kepadaNya kita kembali. Kami semua mendoakan agar ruh Syeikh Abdullah Al-Harari bersama-sama para ambiya’, para syuhada’ dan orang-orang yang soleh.
Telah disemak perutusan sekalung ta’ziah ini di Jabatan Mufti Terengganu pada hari khamis bersamaan 4hb Ramadhan 1429H “.

* Sumber dipetik dari perutusan ta’ziah rasmi dari Jabatan Mufti Negeri Terengganu yang diwakili dan ditulis oleh Naib Mufti Negeri Terengganu Negara Malaysia Sohibul Fadhilah Ustaz Abdul Halim Bin Awang (arabic)diberi kepada wakil rasmi Jam’iyyah Al-Masyari’ Al-Khoiriyyah Al-Islamiyyah untuk dipanjatkan kepada ikhwah muslimin di Lubnan. Diterima pada Khamis, 4hb September 2008, jam 16:05pm waktu Malaysia.(lihat scan)

http://abu-syafiq.blogspot.com/


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: