Posted by: bankwahabi | September 4, 2008

PERUTUSAN KHAS UCAPAN TA’ZIAH

UCAPAN TA’ZIAH OLEH MUFTI JOHOR ATAS PEMERGIAN SYEIKH AL-HARARI



PERUTUSAN KHAS UCAPAN TA’ZIAH DAN PUJIAN OLEH:
SOHIBUS SAMAHAH DATO’ ASY-SYEIKH AL-HAJ NOOH BIN GADOT MUFTI NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM DI ATAS PEMERGIAN AL-MUHADDITH AL-WALI SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI AL-HABASYI KE RAHMATULLAH

Ucapan Dato’ Mufti Johor:

” Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim. Siang hari Selasa bersamaan 2hb Ramadhan 1429H baru ini umat Islam dikejutkan dengan pemergian ke rahmatullah seorang tokoh ulama Islam yang berani mempertahankan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah beliau adalah Al-Muhaddith Al-Allamah Asy-Syeikh Abdullah Al-Harari terkenal dengan Al-Habasyi rahimahullah.
Dengan ini saya, keluarga saya, Jabatan Mufti Johor dan seluruh umat Islam di Negeri Johor memohon semoga Allah subhanahu wata’ala melimpahkan keampunan ke atas ruh Syeikh Abdullah Al-Harari dan menempatkan beliau bersama ruh muslimin, para syuhada’, para ulama, para muttaqin dan para ambiya’.
Ta’ziah juga saya ucapkan buat ahli keluarga, para penuntut dan anak-anak murid beliau yang gigih mempertahankan aqidah Islam dengan hujah-hujah yang kental. Saya sendiri mengenali dan mengetahui perihal Syeikh Abdullah Al-Harari Al-Habasyi dengan baik berdasarkan kitab-kitab dan karangan-karangan beliau yang cukup hebat. Kepakaran beliau dalam ilmu hadith pula membuktikan bahawa beliau merupakan seorang ulama Al-Muhaddith dan juga merupakan seorang wali dan pejuang yang mempertahankan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Semoga Allah merahmati beliau dan ditempatkan di dalam syurga Firdaus. Rahimakallah ya Syeikh Abdallah Al-Harari “.

* Sumber ucapan SS. Dato’ Mufti Johor tersebut dipetik daripada perutusan khas beliau sendiri secara bertulis dan berlisan juga mengunakan bahasa arab yang dituturkan oleh beliau sendiri kepada wakil rasmi Jam’iyyah Al-Masyari’ Al-Khoiriyyah Al-Islamiyyah Beirut Lubnan pada hari Khamis, 4hb September 2008, jam 11:00am waktu Malaysia.

http://al-ghari.blogspot.com/

PERUTUSAN KHAS UCAPAN TA’ZIAH & PUJIAN OLEH KETUA PENGARAH JAKIM


PERUTUSAN KHAS UCAPAN TA’ZIAH DAN PUJIAN OLEH:
DATO’ WAN MOHAMAD BIN DATO’ SHEIKH ABDUL AZIZ KETUA PENGARAH JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM) DI ATAS PEMERGIAN AL-MUHADDITH SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI AL-HABASYI KE RAHMATULLAH

Ucapan Ketua Pengarah JAKIM Dato’ Wan Mohamad :

” Al-Muhaddith Syeikh Abdullah Al-Harari merupakan insan yang soleh dan mulia, pemergian beliau juga pada bulan yang mulia (Ramadhan), benarlah ungkapan ‘orang yang mulia kembali kepada Allah pada bulan yang mulia’. Ta’ziah saya ucapkan untuk ahli keluarga, anak-anak murid dan seluruh pengikut Al-Muhaddith Syeikh Abdullah Al-Harari Rahimahullah.- Wan Mohamad KP JAKIM ” .

* Sumber ucapan dipetik daripada perutusan khas yang dihantar sendiri oleh KP JAKIM kepada wakil rasmi Jam’iyyah Al-Masyari’ Al-Khoiriyyah Al-Islamiyyah pada Rabu, 3hb September 2008, jam 11:07pm waktu Malaysia.

http://abu-syafiq.blogspot.com/


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: