Posted by: bankwahabi | Ogos 19, 2008

BUKTI KEJAHILAN SEORANG PENDAKYAH WAHABI MALAYSIA

MUBAHALAH (DrMaza)



(GAMBAR HIASAN) APA DIA BUAT DIBELAKANG KHAIRY TU? Soalan tiada bagiku jawapan.

MOHD ASRI MUFTI PERLIS PUNCA FITNAH MAKIN MELANDA KELAM-KABUT KIAN SERABUT

Sidang pembaca sekalian, MUBAHALAH dari segi Islam bukanlah sepertimana yang kita lihat berlaku sekarang pada kes tuduhan Saiful bahawa Anwar Ibrahim telah meliwatnya.Ianya adalah ‘terjemahan’ MUBAHALAH secara silap dan salah.

Apa Itu Mubahalah?

MUBAHALAH sebenarnya adalah dilakukan pada perkara agama seperti tuntutan Nabi Muhammad agar orang kristian dizaman baginda berMUBAHALAH dengan baginda pada perkara agama. Tidak harus dilakukan MUBAHALAH pada kes peribadi mana-mana insan juga tidak pada kes tuduh-menuduh.

MUBAHALAH sebenarnya bererti: Dua pihak berkumpul bersama ahli keluarga kemudian kedua-dua pihak memohon agar Tuhan melaknat sesiapa yang berdusta antara keduanya pada perkara yang mereka berselisih dalam hal agama.
Definisi MUBAHALAH tadi amat jelas dinyatakan oleh Allah ta’ala sendiri: (maksudnya) “Sesungguhnya bandingan (kejadian) Isa di sisi Allah adalah sama seperti (kejadian) Adam. Allah telah menciptakan Adam dari tanah lalu berfirman kepadanya: “Jadilah engkau!” maka jadilah ia. Kebenaran itu datang daripada Tuhanmu, maka jangan sekali-kali engkau menjadi di kalangan mereka yang ragu-ragu. Kemudian sesiapa yang membantahmu (Wahai Muhammad) mengenainya, sesudah engkau beroleh pengetahuan yang benar, maka katakanlah kepada mereka: “Marilah kita menyeru anak-anak kami serta anak-anak kamu, isteri-isteri kami serta isteri-isteri kamu, dan diri kami serta diri kamu, kemudian kita memohon kepada Allah serta kita meminta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang berdusta (iaitu:MUBAHALAH)”. (Surah Ali ‘Imran 59-61).

Baca betul-betul ayat al-Quran tadi akan jelas pada kita bahawa MUBAHALAH dilakukan pada perkara agama dan bukan pada perkara dunia atau tuduh-menuduh peribadi samaada berbukti atau tanpa bukti.
Amat jelas dari ayat tadi juga bahawa Nabi Muhammad memohon agar orang kristian berMUBAHALAH dengan baginda pada dakwaan berkaitan agama kristian kononnya Isa itu adalah berlainan ciptaanya dengan Adam dan Isa adalah anak Allah, itulah dakwaan kristian yang ditolak oleh Islam melalui hujjah Nabi Muhammad dan kemudian barulah baginda mencabar untuk bermubahalah.

Hakikat MUBAHALAH dari segi Islam amat jauh beza dengan MUBAHALAH yang ‘diterjemahkan’ dalam negara kita sekarang khasnya dalan kes Saiful-Anwar ini walaupun hukum MUBAHALAH yang disalah ertikan itu terbit dari lidah insan yang berjawatan dalam badan keagamaan seperti Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin dan selainnya. Kini apa yang berlaku disebabkan dia maka kucar-kacir dalam isu ini berlarutan. Belum lagi diceritakan aqidah Mufti ini yang mirip kepada ajaran Mujassimah. Lagilah masyarakat akan celaru.

Beza Antara SUMPAH Dan MUBAHALAH

Hakikatnya semua orang Islam sedar bahawa sumpah adalah lain dan MUBAHALAH pula adalah lain. Kedua-duanya tidak sama cara dan maksud. Sumpah disebut sebagai HALAF caranya seperti dimulakan kenyataan seseorang itu dengan dia menyebut perkataan Wallahi atau Billahi atau Tallahi (bersumpah dengan nama Allah) dengan maksud apa yang dinyatakana adalah benar (tanpa ada melaknat pihak yang lain).
Manakala MUBAHALAH adalah: Dua pihak berkumpul bersama ahli keluarga (jika ada) kemudian kedua-dua pihak memohon agar Tuhan melaknat sesiapa yang berdusta antara keduanya pada perkara yang mereka berselisih dalam hal agama.
Dan biasanya MUBAHALAH dilakukan pada perselisihan tegar antara pandangan kedua-belah pihak pada perkara berkaitan agama.
Tidak seperti sumpah, ianya lain dan lebih umum.

Malangnya yang berlaku sekarang ini rentetan dari pandangan misteri dan pelik lagi salah yang terbit dari seorang yang berjawatan mufti menyebabkan kucar-kacir dan pergaduhan juga tuduhan berlarutan dan berpanjangan lantas kedengaranlah sekejap ‘mubahalah’ sekejap ‘sumpah’ sekejap ‘junjung al-Quran’ dan pelbagai lagi berpunca dari fatwa ‘sesumpah jadian’ yang termakan ‘sumpahan wahhabi upahan’.

Kemudian apa yang berlaku sekarang ini dalan kes Saiful-Anwar yang mana Saiful telah mendakwa bersumpah dan kononnya BERMUBAHALAH juga tidak tepat dan bukanlah MUBAHALAH dari segi syariat Islam sebenarnya, ini kerana MUBAHALAH sebenar mestilah kedua belah pihak wujud dan ada dalam masjlis tersebut tidak boleh hanya wujud satu pihak sahaja.
Lebih malang lagi, mufti muda itu mengakui pula tindakan persendirian Saiful itu sebagai MUBAHALAH. Bertambah pening masyarakat termasuk jabatan agama yang hadir dalam majlis ‘mubahalah’ para juhala’ itu.
Subhanallaah!

Wassalam.

* Just satu soalan ditanya kepada saya yg sy tiada jawapan…
Benarkah ada mufti muda yang pernah terlibat dalam kes liwat sebelum ini diluar negara dan dalam negara?
Apa pula kaitan dengan idea ‘mubahalah’ nya?

http://abu-syafiq.blogspot.com/


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: