Posted by: bankwahabi | Julai 22, 2008

UIAM SARANG WAHABI? SALAH SIAPA…KE MANA DAI’E YG MAHU MEMBASMI WAHABI DAN JANGAN TAHU MENUNDING JARI

SURAU UIA KUANTAN DAN KOLEJ UIA GOMBAK APA DAH JADI?


Sewaktu baru-baru ini kami turun ke Kuantan dalam siri penjelasan isu-isu aqidah dan syari’at bersama Jab Mufti Pahang mendengar kami dengan beberapa berita yang agak menyedihkan.Diantaranya kami didatangi oleh beberapa orang rakan-rakan yang menberitakan katanya di Surau Uia Kuantan ni lain pesen ..langsung kami tanyakan apa yang lain pesen tu? Mereka kata sembahyang berjamaah, Tok Imam dia tak baca basmalah(bismillah) dan kalau sembahyang subuh pula tak berkunut.Uhhh mazhab pa pulak la tu..nak katakan Hanafi… orang Melayu..
Tak cukup dengan itu,kalau ada sesiapa pelajar yang duduk sebentar selepas sembahyang berzikir..pasti ada pelajar yang menegurnya sebagai amalan bid’ah.Inilah perkembangan baru di Kuantan.
Kemudian kami memberi kuliah pula di sebuah masjid dan memperkatakan isu-isu bid’ah.Ramai yang hadhir.Dalam sessi soal jawab ada yang bertanya,bagaimanakah hukum membasuh telinga dengan air basuhan kepala?dan telinga tidak boleh dibasuh lebih dari satu kali?
Uhhh..pelik tetapi benar.Kami tanyakan dimana dia belajar amalan begitu?beliau menyatakan belajar di Kolej Uia Gombak.Kami tanyakan siapa yang mengepalai amalan sebegitu rupa?beliau menjawab diantaranya Ust Fauzan.
Selepas isya’ dalam kami makan bersama-sama jamaah masjid ,kami didatangi seoarang ibu,dan beliau menyapa kami, alhmdulillah sedar dia Ustaz malam ni.Kami dah puas menasihati dia namun dibid’ahkan kami semua.Begitu rupanya wahabi mengajar anak-anak kurang ajar hatta kepada dua ibu bapanya sendiri.
Terkejut kami amalan Abu Bakar Asy’ari pengembang ajaran Kaum Muda di tahun 30an di Perlis kembali mendapat tempat semula.
Persoalannya apa dah jadi dengan Uia dan Kolej Uia? Dimanakah mereka yang bertanggung jawab? Atau setengah mereka yang bertanggung jawab telah diresapi fahaman yang ma’ruf di Malaysia sebagai aliran Wahabi?
Kami rasa pehak yang berwajib kena intai-intai gelagat wahabi-wahabi moden yang mula berkeliaran dimerata tempat.Rasanya ibu bapa mengharapkan anak-anak mereka menjadi anak yang terbaik,sebaliknya lain pula jadinya..

Awas dan cegah sebelum parah !!!

Abadi

http://al-subki.blogspot.com/


Responses

  1. Assalamualaikum
    Saya agak confuse dengan pendapat2 antara ahli sunnah wal jamaah dan wahabi.
    Jika melihat tapak al-ahkam.net kita melihat wahabi menceritakan tentang amalan2 yang hanya sunnah drpd rasulullah dan menentang segala bentuk bidaah.Jika dalam ahli sunnah bidaah terbahagi 2 hasanah dan dholalah.Mengapa Islam berpecah belah kadang kala membincangkan persoalan yang dah berlalu sekian lama seperti masalah qunut dan sebagainya.Senario ini menjadi masalah kepada golongan seperti saya yang mempunyai ilmu agama tak banyak mana.Kita nak beramal ibadah pun kadang jadi takut.Seorang sahabat saya pelajar UIA turut mengatakan tentang WAHABI .Mereka hanya mengamalkan sunnah Rasulullah.Perkara ini membuatkan saya bingung.

  2. Assalamualaikum,
    Untuk makluman saudara2 sekalian, fahaman wahabi ini bukan sahaja sudah menular di institusi2 pengajian tinggi, tapi fahaman ini sudah mula merebak di tempat kerja saya iaitu salah sebuah bank perdagangan tempatan.

    Saya kasihan kerana terdapat beberapa rakan2 saya mula mempercayai fahaman ini dengan mudah tanpa melakukan rujukan atau penilaian terlebih dahulu.

    Berhati-hatilah saudara2 sekalian dengan propganda wahabi ini,semoga kita semua dilindungi Allah S.W.T. dari dakyah songsang ini.

  3. org2 wahabi suka prtikai hal2 furu’ krana mereka nk pecah belahkan islam,mereka ditaja oleh puak2 yahudi(ni ada bukti,bukan main ckp).hal2 cam qunut tu dah dibahas oleh para mujtahid yg memenuhi kriteria mujtahid yg bleh mngeluarkan ijtihad bukan ustaz2 taraf rendah puak sesat wahabi yg entah hafiz quran ke tidak apatah lg nk mnghafaz 600ribu hadis sanad sahih trus kpda nabi mcm 4 imam mazhab tu.derg senang2 je langgar ftwa 4 mazhab.mcm bgus je derg tu.mohon hidayah utk derg,pgglah kuat2 ajaran salafus soleh n mazhab masing2,wat bodo je dgn wahabi perosak ni.

  4. Assalammualaikum Warahmatullah..
    Tuan-tuan yang dimuliakan oleh ALLAH SWT.
    ana yang haqir ini sekadar menambah.
    kekeliruan di kalangan ummah kini adalah natijah usaha biadab pemuka wahabbi.
    selain daripada ::kemalasan:: ummah mendalami ilmu usul Islam. telalu menumpu perihal dunia.
    justeru, ana anjurkan setiap jiwa yang merasa keliru, sudah tahu atau buat-buat tahu(wahabbi) kita anjurkan majlis-majlis ilmu perihal wahabbi…

    ini add nya: http://docs.google.com/View?docid=dgthd68m_1nwkc2hc4
    atau
    http://www.al-subki.blogspot.com

    Tuan berhubung terus kepada Al-Fadhil Ustaz Haji Mahfuz.
    Usah tunggu orang lain menggerakkan usaha. Mulakan dari diri Tuan2.
    Wallahu’alam..

    al-Haqir illa ALLAH

  5. Aku sekadar ingatkan kawan -kawan dengan amaran dan peringatan Allah dalam Quran terhadap mereka yang terpengaruh dengan ajaran muhammad abdul wahab dari najd ni yang dulu disebut orang badwi (arab dusun )dan a’rabi mengikut bahasa Quran .Amaran tersebut jelas dalam surah al Taubah ayat 97-98 dan dalam surah al Hujurat ayat 14disokong dengan sejarahnya yang diceritakan ulama, serta bukti amalan sikap dan tindakan mereka yang duk melawan kuasa Islam pada masa itu dan mengkafirkan kebanyakn ulama dan umat Islam didunia hari ini yang tak sama engan fahaman mereka itulah tanda puak khwarij ni seperti kata tok guru tersohor tok fahim . berhti-hatilah saudarau!

  6. Mereka dan musauh Islam tahu mengikut kajian dan firasat mereka , yang mana nusantara kita inilah tanah yang subur untuk melahirkan Islam pada zaman kemajuan ini , kerana nagara arab sendiri tak habis-habis dengan permusuhan sama sendiri sahingga sekarang .Jadi merek halakan pula serangan kearah nusantara ini dengan fahaman karut yang boleh melahirkan api permusuhan sesama sendiri supaya umat Islam ters menerus lemah bodoh dan tak mampu mengangkat kepala seperti disebelah lain didunia ini , sedarlah sebelum terlambat .


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: