Posted by: bankwahabi | Julai 16, 2008

PADA PENJELASAN HUKUM KUFUR DAN DIGELARKAN DAJJAL BAGI MEREKA GOLONGAN WAHABI: OLEH ULAMAK NUSANTARA

Apa Kata Ulama Kita Mengenai Wahabi – 5

Syaikh Zainal ‘Abidin bin Muhamad al-Fathani atau lebih dikenali dengan panggilan Tuan Minal al-Fathani adalah merupakan seorang ulama terkenal di Tanah Melayu. Kitab karangannya yang sehingga kini masih dipelajari ialah kitab `Aqidatun Najin fi `Ilmi Ushuliddin [artinya – I’tiqad segala orang yang kelepasan daripada sesat dan bid’ah pada menyatakan ilmu usuluddin. Kitab ini selesai ditulis pada pada hari Sabtu, Jamadilakhir tahun 1308 H/1890 M]. Nama penuh beliau Syaikh Wan Zainal Abidin bin Wan Muhammad al-Fathani bin Wan Muhammad Dahan bin Wan Syamsuddin bin Wan Ja’far bin Wan Husein bin Ali. [Pertikaian pendapat, salasilah yang lain menyebut Wan Muhammad Dahan bin Syaikh Wan Muhammad Muhyiddin bin Syaikh Yahya bin Syaikh Ibrahim Hadhrami]. Berguru dengan ramai ulama.

Beliau termasuk salah seorang murid kepada ulama besar melayu di Mekah iaitu Shaikh Daud bin Badullah al-Fathoni. Dalam ilmu usuluddin, beliau belajar kepada Syeikh Muhammad Thaiyib bin Mas’ud al-Banjari al-Qad-hi (Kedah). Syeikh Muhammad Thaiyib al-Banjari al-Qad-hi mempelajari ilmu yang sama daripada Syaikh Ali al-Qad-hi (Kedah). Sanad beliau sampai kepada dua imam besar Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah, iaitu Imam Abu al-Hasan al-Asy’ari dan Imam Abu Mansur al-Maturidi. Beliau juga merupakan murid kepada Syeikh Abdur Rasyid al-Fathani, iaitu Abdur Rasyid Keramat Pulau Bidan. Ma’lumat tentang tarikh kelahiran dan kewafatan beliau tiada yang muktamad, namun secara umumnya masa hayat beliau adalah sekitar tahun 1820an – 1913M. Begitulah serba ringkas pengenalan mengenai Syaikh Zainal ‘Abidin bin Muhammad al-Fathani. InsyaAllah, nanti abu zahrah akan kumpulkan tulisan-tulisan mengenai biografi hidup beliau.

Tuan Minal menyebut di dalam kitabnya berjudul Irsyad al-‘Ibad ila Sabil al-Rasyad:

“ …… dan hendaklah kamu sahkan i’tiqad kamu dengan barang yang di I’tiqadkan dia oleh ahl al-Sunnah wa al-Jamaah yang tiada syubhat dan bid’ah padanya sekali-kali. Dan kamu belajar akan ‘ilmu yang sebenar daripada guru yang benar lagi masyhur ‘ilmunya dan sholahnya [kebaikannya] antara manusia lagi guru itu terpelihara ia daripada tamak akan harta dunia dan tiada dengki dan tiada takabbur kerana tiada berhimpun sekali-kali ‘ilmu yang sebenar pada hati yang ada padanya suatu shifat daripada shifat yang tiga itu [tamak, dengki dan takabbur].

Dan sanya telah banyak pada zaman ini beberapa manusia yang mendakwa akan dirinya ‘alim yang mengajar ia akan manusia yang awam dengan pengajaran yang salah dan beberapa i’tiqad dan rahasia yang menyesatkan hamba Allah dan setengah mereka itu berpegang dengan zahir ayat al-Quran yang mutasyabihat atau sunnah [hadits] yang mutasyabihat padahal tiada dilintangkan dengan qawathi’ ’aqliyah dan naqliyah yang muhkamat tetapi berpegang oleh mereka itu dengan zahir ayat yang mutasyabihat maka jatuh mereka itu di dalam laut kufur maka sesat mereka itu dan menyesatkan oleh mereka itu akan menusia yang awam. Maka adalah mereka itu seperti dajjal atau atau terlebih jahat daripada dajjal ……..”

Sebagaimana yang kita sedia ma’lum, golongan wahhabi adalah mereka yang berpegang dengan zahir ayat-ayat al-Quran dan hadits-hadits yang mutasyabihat. Bahkan mereka adalah golongan mentajsimkan Allah. Antaranya mereka mengatakan bahwa:-

  • Allah mempunyai jisim. Bukti dari tulisan Rasul Dahri dalam bukunya bertajuk Koleksi Kuliah-Kuliah Akidah Ahli Sunnah Wal Jama’ah Menurut Manhaj Salaf As-Soleh halaman 130, terbitan Jahabersa). Begitu juga Ben Baz menyebut didalam kitabnya Tanbihat Fi Rod ‘ala Man Taawwal Shifat, halaman 19: “….. penafian jisim dan anggota bagi Allah adalah suatu yang dicela”.
  • Allah bertempat iaitu diatas ‘arasy sebagaimana disebut oleh Syaikh Ben Baz didalam Majalah Haji, bilangan 14, juzuk 11, tahun 1415H, halaman 73 – 74: Allah berada diatas arasy dengan zatNya. Begitu juga Usaimin didalam kitab Fatawa Aqidah.
  • Mengatakan kalam Allah [yang azali] itu berhuruf dan bersuara sepertimana tersebut didalam Fatawa ‘Aqidah oleh Syaikh Sholeh Usaimin dan Nazarat wa Ta’aqubat ‘ala ma fi Kita al-Salafiyah karangan Syaikh Fauzan.
  • Mengatakan bahwa Allah menpunyai had, sebagaimana disebut oleh Syaikh Ben Baz pada ta’liqnya keatas kitab Aqidah Tahawi.
  • Mengatakan Allah bergerak atau berpindah dari atas kebawah sebagaimana disebut oleh Syaikh Sholeh Usaimin didalam kitab Fawawa ‘Aqidah.
  • Dan banyak lagi …..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: