Posted by: bankwahabi | Julai 14, 2008

FATWA MUFTI MELAKA TENTANG AMALAN BERZANJI MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM

FATWA MUFTI MELAKA TENTANG AMALAN BERZANJI MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM

Soalan:

Apakah hukumnya membaca barzanji yang diamalkan di negeri ini? Ada yang mengatakan baik kerana mengingati sejarah Rasulullah, juga memuliakan Rasulullah.

Jawapan:

Adalah dimaklumkan bahawa bacaan barzanji telah menjadi satu tradisi keagamaan bagi masyarakat Islam di sebelah sini dan ia adalah dianggap salah satu cabang kebudayaan Islam. Kitab barzanji yang dibaca itu mengandungi sejarah hidup Rasulullah (Sirah Nabawiyyah) selain daripada puji-pujian bagi Rasul junjungan alam. Membacanya dapat pahala dengan niat hendak mengetahui sejarah hidup Rasulullah yang mana percaya kepada Rasul salah satu Rukun Iman. Orang Islam hendaklah mengetahui Rasulullah, ayahanda dan bonda juga anak-anaknya walaupun kebanyakan umat Islam di negeri ini yang membaca barzanji tidak faham ertinya tetapi bacaan-bacaan mereka betul dan tidak lari dari ayat-ayat yang berkenaan. Oleh itu, membaca barzanji diberi pahala kepada yang membacanya kerana ada kaitan dengan sejarah Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam dan memuliakan Rasul utusan Allah itu, sebagaimana firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan para mala’ikat-Nya mengucap salawat atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah salawat dan salam ke atasnya.”

ULASAN ;

GOLONGAN AL-WAHHABIYAH BUKAN SAHAJA MENOLAK AMALAN FURU’ YANG TIDAK BERCANGGAH DENGAN ISLAM TETAPI MENGKAFIRKAN PELAKU AMALAN TERSEBUT. SELAIN DARIPADA ITU MEREKA MELETAKKAN PENTASHBIHAN DAN PENTAJSIMAN KEPADA ALLAH SEBAGAI TERAS DAN ASAS AQIDAH MEREKA SEPERTIMANA IKTIQOD YAHUDIYAH.ULAMAK-ULAMAK ISLAM YANG MUKTABAR YANG BERSIKAP AMANAH TERHADAP ILMU DAN TIDAK CINTAKAN HARTA DUNIA MEMANDANG SERIUS MASALAH PENTAJSIMAN INI.PENTAHZIRAN SUPAYA BERHATI-HATI DENGAN IKTIQOD KUFUR INI WAJIB HUKUMNYA SUPAYA MASYARAKAT TIDAK TERMINUM “RACUN” DAN “VIRUS” WAHHABIYAH YANG BOLEH MEMBAWA KEBINASAAN DI DUNIA DAN AKHIRAT.

Di Sediakan oleh :
Abulehyah Al-Kelantany
0133005046
http://abulehyah.blogspot.com/


Responses

  1. Yes, hidup Mufti Melaka( Wilayatul Abiy wa jaddiy).

    Alhamdulillah, Mufti Melaka menyokong golongan Ahlusunnah wal Jamaah( golongan Abu Hassan Al-Asy’ari dan Abu Mansur Al-Maturidi shj).

    Apa2 pun, marilah kita bahu-membahu melawan geng Wahabi yg mengaku Salafi itu!!!!

  2. alhamdullilah,sy org melaka.majelis maulid n i melaka rancak bejalan,cadangkan juga supaya habib2 dbwk ceramah dimasjid2 besar,wahabi ada la ckt ti menyorok2 ,

  3. Assalamualikum warahmatullahi wabarakatuh

    Salam kenal dari saya, semoga blog saya yang pertama yang berbayar ini bisa menambah khasanah pemikiran dan wawasan ke-Islam-an kita semua terutama tentang salawat nabi yang sekarang sedang jadi bahasan dalam blog saya

    Dan selamat hari raya Idul Adha 1429 H
    Semoga Allah Memberkahi kita semua

    Dan ( lagi ) ditunggu kunjungannya

    Amin


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: