Posted by: bankwahabi | Julai 9, 2008

WAHABI PUNCA UMMAT ISLAM HANCUR: JAKIM

Jakim Mengketogorikan Al- Wahhabiyah Sebagai Pemecahbelah Umat Islam


Fahaman ini berpegang kepada nas Al-Quran dan Al-sunnah semata-mata tanpa mengambil kira pandangan –pandangan ulama dan mazhab-mazhab terutama mazhab yang empat dari segi hukum fekah sebagaimana yang terdapat dalam kaedah perundangan Islam seperti Al-Istihsan, maqasid al-Syar’iah. Contoh berzikir secara beramai-ramai selepas sembahyang lima waktu, bertahlil, bertalqin, mengadakan sambutan Maulidur Rasul s.aw.. Mereka menganggap perkara ini tidak pernah dilakukan oleh Rasulullulah SAW dan tidak perlu dilakukan.”

Ulasan.:

Wahhabiyah menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai slogan untuk menghidupkan ajaran Muhammad Abdul Wahhab. Mengetahui Al-Quran Dan As-Sunnah sebagai sumber dalam pengsyariatan Islam, Golongan Al-wahhabiyah mengambil peluang menjadikan method ini sebagai tipuan kepada umat Islam untuk mengelirukan Umat Islam. Penyelewengan terhadap Al-Quran dan As-Sunnah dengan mentafsirkan dan mentakwilkan tanpa kaedah yang dibenarkan oleh syarak menyebabkan mereka terkeluar daripada kelompok Ahlus Sunnah wal-Jamaah sebagaimana pandangan-pandangan ulamak yang muktabar. Sebagai contoh mentakwilkan Istiwa kepada Jalasa/ julus. Pentakwilan mereka ini bertentangan dengan manhaj asal mereka iaitu ” At-Takwil hua At-Taa’thil”. Keserabutan dan kecelaruan golongan al-wahhabiyah selain daripada membingungkan diri sendiri ,mereka membawa umat Islam supaya jauh daripada Islam.

“Aliran pemikiran wahabi tidak bersesuian dengan suasana di Malaysia yang lebih menjurus kepada mazhab Syafi’e. Islam telah menyediakan garis panduan dalam menjaga kepentingan agama, maruah, diri, harta dan akal dalam maqasid syariyyah yang lima ( kepentingan syarak) begitu juga dengan adab-adab perselisihan pendapat yang mesti dihormati supaya tidak berlaku perpecahan di kalangan umat Islam.”

Ulasan :

Seruan al-wahhabiyah supaya meninggalkan mazhab adalah sebenarnya propaganda golongan yahudiyah bagi melemahkan kesatuan Umat. Tambahan lagi seruan yang berbau hasad dengki kepada Mazhab yang empat itu sebenarnya mempunyai matlamat yang yang tersirat supaya masyarakat meninggalkan mazhab Muktabar dan seterusnya mengikut mazhab baru mereka yang lebih liberal. Taklid kepada mazhab dianggap sebagai syirik tetapi taklid kepada ajaran baru wahhabiyah dianggap sebagai sunnah…Subhanakallahu Buhtanun A’dhzim

Disediakan oleh :
Abu Lehyah Al-kelantany
http://abulehyah.blogspot.com/
0133005046


Responses

  1. perkembangan wahabi di malaysia disebabkan ketidakperihatin JAKIM dalam mengambil tindakan sehingga mereka yang berfahaman ini jadi MUFTI PERLIS -Dr Asri(bekas) tapi gantinya juga WAHABI (Juanda) dan tiada tindakan terhadap Dr Azwira UKM sehingga boleh buat catatan ideanya di Akhbar tempatan….MANA ORANG JAKIM….malang Malaysia ini sebahagian orang yang berada di JAKIM itu sendiri adalah juga Fahaman JAKIM sehingga panel soaljawab dalam JAKIM di internet juga mengatakan WAHABI TIDAK SESAT sedangkan jelas ia berpegang pada aqidah mujassimah


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: