Posted by: bankwahabi | Julai 9, 2008

APA PANDANGAN ULAMAK

Jawapan Dr. Umar Abdullah Kamil Mengenai Hadith Al-Jariah


Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi Wasallam pernah mengajukan pertanyaan kepada seorang budak perempuan milik Mua’wiyah bin Al-Hakam As-Sulamy sebagai ujian keimanan sebelum ia dimerdekakan oleh tuannya iaitu Mu’awiyah :

Artinya :

Baginda ( Nabi Muhammad Sollallahu ‘Alaihi Wasallam ) bertanya kepadanya :
“Di manakah Allah?”

Jawab budak perempuan : “Di langit.”

Baginda bertanya (lagi) : “Siapakah Aku ..?”.

Jawab budak itu : “Engkau adalah Rasulullah.”

Baginda bersabda : “Merdekakan ia ! .. karena sesungguhnya ia mu’minah (seorang perempuan yang beriman)”.

Hadits dikeluarkan oleh Jama’ah ahli hadits.

Macam mana kita nak tafsir hadis ini.Sedangkan kita tahu Allah wujud tanpa memerlukan tempat.Harap yang alim dapat bantu.

Bismillah…Alhamdulillah…Selawat dan Salam buat Kekasih Allah…

Dr Umar Abdullah Kamil menjelaskan:

Hadis tersebut mempunyai banyak turuq (laluan hadis melalui sanad-sanadnya). Ini membuktikan bahawa, matan (lafaz) hadis tersebut diriwayatkan secara makna oleh para perawinya. Oleh kerana itulah, terdapat pelbagai lafaz matan yang berbeza tentang hadis tersebut, sedangkan peristiwa tersebut berlaku sekali sahaja. Ini menunjukkan bahawa, kebanyakkan daripada lafaz-lafaz hadis yang berbeza tentang satu cerita yang sama tersebut, diriwayatkan secara makna hadis oleh perawinya, bukan secara huruf demi huruf atau secara lafaz.

Maknanya, lafaz-lafaz hadis yang lahir dari pelbagai turuq (jalan hadis) tersebut tidak tepat seperti apa yang sebenarnya berlaku pada ketika itu, dan ianya hanya diriwayatkan secara makna, sedangkan lafaz hadis tersebut tidak tepat dengan apa yang berlaku. Ini kerana, mustahil lafaz-lafaz hadis yang berbeza dari pelbagai jalan-jalan hadis yang berbeza, tentang satu cerita yang sama, merupakan lafaz hadis yang asli, kerana boleh jadi, satu sahaja dari lafaz tersebut yang asli, ataupun keswemuanya hanya diriwayatkan secara maknanya sahaja.

Jika kita lihat hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Muslim tersebut, di mana soalan Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi Wasallam kepada perempuan jariah tersebut tentang di mana Allah? merupakan suatu lafaz dari perawi-perawi hadis yang diambil hadis tersebut oleh Imam Muslim, kerana hadis tersebut diriwayatkan secara makna, di mana, gambaran yang penting dalam cerita tersebut ialah tentang seorang perempuan jariah dimerdekakan oleh Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi Wasallam, setelah terbukti keislamannya.

Adapun lafaz pertanyaan Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi Wasallam “di manakah Allah?”, dalam hadis riwayat Imam Muslim ini, merupakan suatu pertanyaan yang tidak benar dinisbahkan kepada Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wasallam, kerana beberapa alasan yang kukuh.

Pertama: Ia bertentangan dengan aqidah Islam seperti yang diajarkan oleh Al-Qur’an dan As-Sunnah, di mana Al-Qur’an menceritakan bahawa, Allah lah yang menciptakan langit dan bumi. Oleh itu, sebelum Allah menciptakan langit dan bumi, jelaslah Allah wujud tetapi tidak bertempat. Jadi, Allah yang bersifat tidak bertempat dan qadim, mustahil mengambil tempat di atas langit setelah kewujudan langit, kerana Allah yang Qadim mustahil mengambil tempat pada yang baharu seperti langit.

Begitu juga dengan Hadis Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi Wasallam, di mana Baginda Sollallahu ‘Alaihi Wasallam menerangkan Allah tetap sama dari sebelum alam wujud sehinggalah setelah wujud.

Jadi, tidak mungkin persoalan di mana Allah, boleh dinisbahkan kepada Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi Wasallam, sedangkan Baginda Sollallahu ‘Alaihi Wasallam lah yang menceritakan tentang kewujudan Allah tanpa bertempat.

Kedua: Adapun jika kita lihat petunjuk hadis tersebut’ dari jalan-jalan hadis yang berbeza, dan lafaz-lafaznya yang berbeza, kita akan dapati bahawa, ia mengisahkan di mana Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi Wasallam cuba bertanya tentang bukit-bukti menunjukkan perempuan jariah (budak perempuan) tersebut sudah memeluk Islam atau belum.

Jadi, persoalan Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi Wasallam “di mana Allah?” tidak ada kaitannya dalam membuktikan islam atau tidak islamnya seseorang. Ini kerana apabila ditanya tentang di mana Allah, ada di kalangan orang-orang kafir juga yang boleh menjawab Allah di atas langit, kerana kebanyakkan orang-orang kafir musyrik Mekkah mendakwa beriman dengan Allah, namun menyembah selain daripada Allah.

Jadi, adakah soalan, di manakah Allah, dapat membezakan seseorang yang ditanya tersebut adalah seorang muslim ataupun tidak, kerana soalan tidakpun mengandungi unsur-unsur tauhid yang membezakan antara muslim dan kafir.

Jadi, andaian kita bahawa, lafaz persoalan tersebut dari perawi hadis, yang meriwayatkan hadis tersebut secara makna, kerana apa yang ingin disampaikan dalam hadis tersebut, ialah makna hadis tersebut, di mana Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi Wasallam memerdekakan seorang hamba yang telah memeluk Islam.

Adapun lafaz yang sahih, untuk dinisbahkan kepada Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi Wasallam, ialah seperti yang terdapat melalui jalan hadis dan yang lain di mana Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi Wasallam bertanya kepada perempuan tersebut: “Adakah kamu beriman kepada Allah?”, lantas perempuan tersebut menjawabnya dengan lafaz tauhid, bahawa dia beriman dengan Allah, satu-satunya Tuhan yang selayaknya disembah” dan sebagainya. Maka, inilah lafaz hadis yang sahih untuk dinisbahkan kepada Sollallahu ‘Alaihi Wasallam, kerana ianya tidak bertetangan dengan usul Islam dan sampai kepada maksud untuk membuktikan bahawa perempuan itu telahpun memeluk Islam.(Bolehlah rujuk hadis ini, dengan lafaz-lafaz yang berbeza dalam kitab-kitab hadis).

TAMAT.

-Dipetik dari email seorang hambaAllah dan diedit beberapa perkataan seperti S.A.W ditukar kepada Sollallahu ‘Alaihi Wasallam kerana nama Allah tidak sepatutnya diringkaskan. Diedit juga beberapa perkataan yang lain tetapi tidak mengubah kepada makna asal.

http://abu-syafiq.blogspot.com/


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: