Posted by: bankwahabi | Julai 8, 2008

SUARA HIMAR YG SUMBANG DILAKNAT ALLAH: KUTUKAN ASRI APADIA TERHADAP ULAMAK

ASRI TOHMAH ULAMAK

Sewaktu saya di timur tengah, saya diberikan senaskah Mingguan Msia oleh seorang sahabat bertarikh ahad 29 Jun 2008. Naskah ini mengandungi tulisan Dr Asri Mufti Perlis berjudul BOLEH JADI PENYAMUN JUAL PENYANGAK.
Lihat tajuk nampak kelakar. Tetapi menyerlahkan ketandusan idea penulisnya. Kerana seorang Mufti mengambil kata-kata P.Ramlee sebagai bahan penulisan dan dikaitkan pula dengan ketaksuban, kesempitan akal dan senario politik. Inilah sebahagian metod penulisan asri Mufti Perlis. Ulang benda yang sama je. Ia salah satu bukti kekontangan ilmunya. Saya pun tak kisah sangat ulang tanyangnya tu. Yang sedihnya ialah kutukan asri terhadap Imam al-Subki.
TOHMAHAN 1 : ASRI MENDAKWA PENDAPAT AL-SUBKI GANJIL :
Buktinya, selepas menukilkan kata2 Imam Taj al-Subki, Asri mengatakan : “Alangkah GANJIL penilaian yg seperti ini. Dimana pergi penilaian ilmiah tokoh mazhab al-Syafi’ie ini? Jika al-Subki masih hidup pada zaman ini dan melihat Masjid Nabi SAW dipegang oleh mereka yang bermazhab Hanbali, bagaimana pula beliau ingin mengulas? Apakah ini akan membuktikan pula Mazhab Ahmad Bin Hanbal lebih Allah redhai pada zaman ini?…”
Ulasan : Dimana ganjilnya pandangan Imam Taj al-Din al-Subki wahai asri? Kata2 Imam al-Subki : “Adapun Hijaz semenjak mazhab al-Syafi’ie muncul hingga ke hari ini kesemuanya berada di dalam tangan al-Syafi’iyyah. Mereka menguasai jawatan kehakiman, khatib masjid, imam di Makkah & Madinah. Orang ramai semenjak 563H berkhutbah dan bersolat di Masjid Rasulullah SAW atas mazhab (keturunan) sepupu Nabi SAW. Iaitu Imam Muhammad bin Idris al-Syafi’ie. Mereka qunut semasa solat subuh, menjaharkan bacaan basmalah, menunggalkan bacaan iqamah dan berbagai-bagai lagi. Sementara Rasulullah SAW hadir mendengar dan melihat semua itu. Inilah dalil yang paling jelas bahawa mazhab al-Syafi’ie adalah mazhab yang benar disisi Allah.”
Fokus dakwaan Asri ada 3 :
1) Semenjak kemunculan mazhab al-Syafi’ie hingga ke zaman Imam al-Subki sebahagian besar jawatan penting dikuasai oleh ulamak mazhab al-Syafi’ie. Ganjil ke? Salah ke? Bahkan ia memang benar berlaku. Cuba belek sejarah lebih sikit le.
2) Bila orang ramai berqunut semasa solat subuh, menjaharkan basmalah, menunggalkan iqamah DLL..asri jadi pelik. Amalan ni ganjil ke asri? Atau anda menganggap ianya sebagi amalan bid’ah dholalah?
3) Imam al-Subki mengatakan : “Inilah dalil yang paling jelas bahawa mazhab al-Syafi’ie adalah mazhab yang benar disisi Allah.” Kenyataan ni biasa je. Tak ganjil pun. Imam Subki tak kata…mazhab al-Syafi’ie YANG PALING BENAR disisi Allah. Sebaliknya mazhab yang benar disisi Allah. Jadi, sebenarnya kata-kata Imam al-Subki tu tidak ada keganjilannya..Bahkan kamu yang MENGGANJILKAN pandangan ulamak berkenaan. Ternyata, asri mengganjilkan diri sendiri.
TOHMAHAN 2 : MENUDUH IMAM AL-SUBKI SEBAGAI TAKSUB
Buktinya, asri kata : “Al-Subki ketika cuba membuktikan kelebihan mazhab al-Syafi’ie beliau menyatakan semua mujaddid sehingga kurun ketujuh adalah bermazhab al-Syafi’ie…beliau hanya mengiktiraf mereka yang bermazhab al-Syafi’ie sebagai mujaddid dan melupai yang lain.
Ulasan : Kata-kata Imam al-Subki “semua mujaddid kurun ketujuh adalah bermazhab al-Syafi’ie” tu ‘ala sabil aghlabiyyah (dinilai dgn faktor kebanyakkan). Bukannya ditangkap muat secara borong (‘ala sabili ithlaq). Tengok siyaqul kalam la Tok Peti. Tak belajar ke kat Amman tu? Kata ambik lughah Arabiyyah. Takkan fasal Siyaqul Kalam pun tok gheti? Dalam bahasa melayu juga ada penggunaannya. Cth : “Semua Mufti alim-alim belaka”. Namun ada juga yang jahil, barua atau pencacai. Afwan, kerana menggunakan uslub mumathalah (perbandingan).
Ulasan : Betul ke Imam al-Subki hanya mengiktiraf mereka yg bermazhab al-Syafi’ie sahaja dan melupai yang lain? Tak betul sama sekali! Buktinya, Imam Taj Abd Wahhab al-Subki mengatakan : “Mereka dikalangan ulamak al-Hanafiyyah, al-Syafi’iyyah, al-Malikiyyah dan fudhala’ al-Hanabilah al-hamdulillah berada dalam akidah yang satu. Kesemua mereka berada dibawah naungan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Mereka berpegang kepada (metodologi fahaman) agama yang dirintis oleh Shaykh al-Sunnah, Imam Abu Hassan al-Asy’arie dan tidak menyeleweng daripadanya kecuali..segelintir dari ulamak al-Hanabilah yang menyertai ahli Tajsim…” (Taj Abd Wahhab al-Subki, Mu’id al-Ni’am Wa Mubid al-Naqm, hlm 62)
Berdasarkan kpd keterangan di atas, jelaslah bahawa Imam al-Subki mengiktiraf Imam @ mujaddid yang lain dari mazhab2 Empat bahkan lebih dari itu. Beliau menyanjung mazhab al-Syafi’ie kerana di zamannya mazhab al-Syafi’ie lebih mendapat sambutan berbanding yang lain. Namun, itu tidak bermakna meminggirkan @ melupai ulamak yang lain sama sekali. Kalam yang kami nukilkan di atas adalah saksi yang sejelas2nya bahawa asri sengaja memburuk-burukan al-Subki dan mentohmahnya sebagai fanatik. Masya Allah.
TOHMAHAN KE-3 : AL-SUBKI & ULAMAK MEMBUNUH RASIONAL/ILMIAH
Kata Asri lagi : “..tokoh agamawan @ cerdik pandai sebesar mana pun mereka jika diselubungi dgn ketaksuban akan membunuh penilaian yang rasional dan ilmiah.”
Ulasan : Asri semakin bersikap ganjil dan biadap terhadap ulamak apabila menjadikan Imam al-Subki sebagai simbol agamawan @ cerdik pandai yang diselubungi ketaksuban. Baginya, penilaian al-Subki telah membunuh penilaian rasional dan ilmiah. Bagi saya, tidak sepatutnya seorang mufti menulis dengan gaya bahasa yang biadap seperti itu.
Nak tahu kenapa Imam al-Subki dijadikan sasaran. Ini kerana Imam al-Subki merupakan antara tokoh ulamak yang paling lantang mengkritik metodologi Ibn Taimiyyah al-Harrani. Ibn Taimiyyah pula merupakan tokoh pujaan Asri. Justeru, tidak hairanlah jika asri begitu kuat mengecam Imam al-Subki dan menyifatkannya sebagai tokoh ulamak yang tidak rasional dan tidak ilmiah. Soalnya, antara al-Subki dan asri…siapa sebenarnya lebih ilmiah, alim, warak dan takutkan Allah? Bukankah Imam al-Subki seorang tokoh ilmuan besar dalam mazhab al-Syafi’ie. Seorang ulamak mujtahid Fatawa dan terdiri dari ashab al-Nuqqal al-Syafi’iyyah. Bahkan keimamamnya disepakati oleh ulamak al-Syafi’iyyah sendiri.
Kesimpulannya, Jika anda menelusuri tulisan asri dengan sedar dan insaf anda dapati fokus bicaranya hanya berkisar pada kritik ulamak, individu, kritik agensi agama, artis dan politik muzabzab. Dia jarang membentuk manusia. Apatah lagi untuk memandu manusia menuju kepada Allah. Sebenarnya, inilah lambang kesempitan akal sebagaimana yang dicanangkan beliau sendiri. Terlalu ghairah meludah ke langit, akhirnya terjatuh ke muka sendiri.
Apakah wajar apabila asri mentohmah ulamak..kita hanya mendiamkan diri sahaja. Ini adalah sebahagian rudud keatasnya. Semoga beliau sedar dan tidak perlu berbahagia dengan lemparan fitnah di atas. Pengikut asri tak perlu taksub dengannya. Doakanlah, semoga Allah memberi petunjuk kepadanya terhadap apa yang disukai Allah SWT. Aamiin.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: