Posted by: bankwahabi | Julai 7, 2008

PADA PENJELASAN KEJAHILAN ASRI APADIA: DAJJAL WAHABI YG MENJAWATI MUFTARI MALAYSIA, AGEN SAUDI

ASRI & RAMAI ORANG JAHIL PASAL AL-MUBAHALAH


MUFTI PERLIS DAN RAMAI WAHHABI JAHIL PASAL AL-MUBAHALAH

Amat memalukan seorang yang bergelar MUFTI memutarbelitkan pelbagai kenyataan agama. Khasnya putaran-belit yang dilakukan berkisar masalah yang amat mudah difahami.
Kemudian diselitkan pula dengan kutukan terhadap ulama juga dibawa fakta palsu langsung tak berdalil.

Mari kita rujuk dan jawap kenyataan pening seorang Wahhabi ini:-

( Sila rujuk kenyaatan Mohd Asri Al-Wahhabi sepenuhnya di:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0706&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm )

* Agar jujur dan amanah anda dinasihatkan merujuk teks asal kenyataan Asri Al-Wahhabi juga.

1- Berkata Asri Al-Wahhabi:
” Dalam al-Quran Allah mengajar mubahalah sebagai penyelesaian bagi perbalahan yang tidak diuruskan secara baik dan mengikut peraturan “.

Jawapan/Sanggahan (1):
Takkanlah Nabi Muhammad yang mahu melakukan Mubahalah dengan orang Kristian itu dikatakan Nabi berbalah kerana tidak dapat menguruskannya secara baik??!!
Ini dah menghina Nabi!!

Sebenarnya Mubahalah yang dinyatakan dalam al-Quran bukannya mengajar kita untuk menyelesaikan perbalahan yang tidak diuruskan secara baik seperti yang didakwa oleh Asri Al-Wahhabi, tetapi bertujuan menegakkan kebenaran setelah hujjah diberi kepada pihak yang batil dan bukan untuk menyelesaikan apa-apa perbalahan secara umum.

Buktinya boleh difahami dari ayat surah Aal- Imram ayat 59-61 dan Hadith berkaitan Mubahalah dalam sohih Al-Bukhari serta kisah-kish para ulama berkaitan Mubahalah amat jelas Allah mengajar kita agar melakukan Mubahalah terhadap orang-orang yang sesat atau batil setelah diberikan hujjah dan bukti. Perkara yang sebenar ini amat bercanggah dengan apa yang didakwa oleh Asri Al-Wahhabi.

Amat memualkan apabila kenyataan Asri Al-Wahhabi tadi bercanggah pula dengan apa yang dia sendiri nukilkan dari Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah dalam artikelnya yang sama. Dan tidak pula Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah mendakwa Mubahalah yang diajar adalah untuk penyelesaikan perbalahan yang tidak diuruskan secara baik. Kerana sudah pasti Nabi Muhammad menguruskan apa-apa perbalahan secara baik dan Mubahalah pula adalah cara yang diajar oleh Allah kepada Nabi setelah diberikan hujjah kepada yang dibalahi.

Inilah antara kejahilan Asri Al-Wahhabi tentang MUBAHALAH.

2- Berkata Asri Al-Wahhabi lagi:
” Dalam mubahalah setiap orang akan memohon kelaknatan Allah ke atas dirinya jika dia berada di pihak yang salah. Ini seperti dalam kes tuduh menuduh dalam negara kita sekarang, maka satu pihak diminta menyebut: “Ya Allah! jika aku lakukan apa yang dituduh ke atasku, maka laknatilah aku”. Sementara pihak yang lain menyebut:
“Ya Allah! jika dia tidak lakukan apa yang aku tuduh itu, maka laknatilah aku” “.

Jawapan/Sanggahan (2):
Contoh kesepertian yang diberi oleh Asri Al-Wahhabi amatlah tidak tepat dengan erti Mubahalah sebenar. Pertamanya kerana kes digembar-gemburkan yang berlaku ditanah airkita tersebut tidak dan belum diberikan hujjah oleh mana-mana dari kedua-belah pihak secara rasmi (mahkamah)atau bersemuka dua belah pihak.
Keduanya, Al-Mubahalah sebenarnya bukanlah pada perkara tuduh menuduh seperti yang diberi contoh oleh Asri Al-Wahhabi itu.

Akan tetapi Mubahalah sebenarnya dilakukan pada perselisihan yang berkaitan rapat dan penting dengan syariat Islam, bukan untuk mempertahankan diri sendiri atau marah yang semborono atau kerana perkara dunia.

Amat pelik apabila Asri mengutuk dunia politik dan ahlinya kemudian mengsyorkan tuduh menuduh dalam politik itu diselesaikan dengan cara Mubahalah ‘palsu’!!..Sedangkan tiada kaitan langsung antara melakukan Mubahalah dengan kes yang sedang berlaku. Kecuali ini menunjukkan telah terbit orang-orang jahil mengaku alim memberi pandangan bertopengkan agama demi mencari publisiti murahan kemudian menyelitkan dalam kenyataannya perkara-perkara yang palsu lagi batil!.

3- Asri Al-Wahhabi berkata lagi:
” Al-Imam Muhammad bin Abdul Wahhab (tokoh yang dituduh membawa ajaran Wahhabi) pernah mencabar mereka yang menyanggahinya bermubahalah, namun penentangnya enggan “.

Jawapan/sanggahan (3):
Bila seorang Islam memuji Ibnu ‘Arabi sebagai Syeikh atau Al-Imam akan kedengaran Wahhabi menuduh si pemuji itu sebagai mulhid,hulul,wahdatul wujud dan pelbagai lagi tuduhan dek hanya kerana menyebut Ibnu ‘Arabi sebagai Al-Imam tanpa menyedari bahawa akidah wahdatul wujud dan hulul itu ditolak oleh Ibnu ‘Arabi sendiri dan banyak kitab karangan Ibnu ‘Arabi dipalsukan juga ditokok-tambah.
Akan tetapi Wahhabi tetap mengkafirkan Syeikh Ibnu ‘Arabi dan mengkafirkan sesiapa yang tidak mengkafirkan Ibnu ‘Arabi. Tidak tertinggalan juga ramai ulama Islam yang dihukum kafir oleh Wahhabi seperti Imam Hasan Al-Banna, Al-Asya’irah, seluruh ulama Islam dan umatnya habis dikafirkan semua oleh Wahhabi walaupun kekadang mereka akan nafikan dihadapan khalayak ramai demi menjaga kedajalan mereka berbohong dan berputar-belit.

Nah! apabila Mufti Perlis Mohd Asri Bin Abdul Talib ini yang jelas berakidah salah ( Allah Duduk ) dan menghidupkan pelbagai susunan ilmu salah berteraskan agama Wahhabi seterusnya sering menamakan pengasas Wahhabi sebagai AL-IMAM sudah tentunya (mengikut kaedah mereka sendiri) kita juga boleh menamakan si pengkhianat ini sebagai WAHHABI!

Kemudian dakwaan kamu wahai Asri Al-Wahhabi kononnya Muhammad Bin Abdul Wahhab pernah mencabar ulama yang menyanggahinya agar bermubahalah tetapi ulama-ulama itu atau penentangnya enggan…dimana fakta sejarah ini??! siapa nama mereka yang enggan itu???!dalam kitab apa disebut peristiwa itu??!!
Jangan berbelit nanti anda terlilit!

Saya nantikan jawapan ini dari Asri agar kita sama-sama boleh berkongsi maklumat antara kebenaran fakta dan kebohongan Ibnu Abdul Talib!

ATAU………..

kita berdua ” BERMUBAHALAH ” sahaja!!!

http://www.abu-syafiq.blogspot.com


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: