Posted by: bankwahabi | Julai 1, 2008

PENJELASAN PADA MASALAH YG DI BID’AHKAN DAN DISESATKAN OLEH WAHABI

Kenduri Arwah – Syaikh Ahmad Khatib

Syaikh Ahmad Khatib bin ‘Abdul Lathif bin ‘Abdullah al-Minankabawi adalah salah seorang daripada ulama Jawi kita yang diberi kepercayaan menjadi khatib dan imam bagi pengikut mazhab Syafi’i di Masjidil Haram. Beliau dilahirkan di Kota Gedang, Bukit Tinggi, Sumatera Barat pada hari Isnin, 6 Zulhijjah 1276 H / 26 Jun 1860M. Beliau wafat di Makkah pada 9 Jamadilawal 1334 H / 13 Mac 1916 M. Beliau menerima didikan agama daripada ramai guru-guru yang terkemuka pada zamannya, antara guru-guru tersebut adalah Syaikhul Islam Sayyidi Ahmad Zaini Dahlan, Sayyidi Abu Bakar Syatho ad-Dimyathi dan Syaikh Muhammad bin Sulaiman Hasbullah Makki.

Beliau adalah seorang ulama yang luas dan dalam ilmunya serta teguh pendiriannya. Sungguhpun berilmu tinggi, beliau masih tetap berpegang dan bertaklid pada Mazhab Syafi’i dalam hukum-hakam fiqh dan mendokong Ahlus Sunnah wal Jamaah mengikut ajaran Imam Abu Hasan ‘Ali al-Asy’ari dan Imam Abu Mansur al-Maturidi dalam aqidah. Sebagai contoh, dalam pertikaian dua orang muridnya yang berbeza pendapat. Yang seorang berpihak kepada `Kaum Tua’, beliau ialah Syeikh Hasan Ma’sum (1301 H/1884 M-1355 H/1974 M) yang berasal dari Deli, Sumatera Utara. Dan seorang lagi berpihak kepada `Kaum Muda’, beliau ialah Haji Abdul Karim Amrullah (ayah kepada Prof. Dr. Hamka). Syeikh Ahmad Khatib telah berpihak kepada Syeikh Hasan Ma’sum (Kaum Tua). Bahkan dalam satu kenyataannya Syeikh Ahmad Khatib Minangkabau menolak sumber asal pegangan Haji Abdul Karim Amrullah (Kaum Muda) yang menurut beliau telah terpengaruh dengan pemikiran Ibnu Taimiyah (661 H/1263 M – 728 H/1328 M).

Dalam karya beliau “ar-Riyadhul Wardiyyah” beliau memberi penjelasan mengenai amalan “wahsyah” yang menurut keterangan beliau adalah amalan membuat kenduri di rumah orang mati, di mana pada halaman 101 dinyatakan:-

Tanbih:- Bermula memperbuat wahsyah ertinya berhimpun-himpun pada rumah mayyit, tiga malam, kerana mengaji dan menujuh hari dan meratus hari, maka segala itu bid’ah. Dan tiadalah jadi ia haram, melainkan jika diperbuat daripada harta anak yatim atau daripada harta mayyit yang ada atasnya utang. Dan serta keadaannya bid’ah, jika diniatkan dengan makan-makan itu akan sedekah, dan dijadikannya akan pahalanya bagi mayyit, dan dengan bacaan tahlil akan hadiah pahalanya kepada mayyit, maka nescaya sampai pahalanya bagi mayyit.

Maka, diharap sesiapa yang melakukan amalan kenduri arwah untuk menghiburkan diri dan keluarga si mati yang baru kehilangan orang yang dikasihi, juga menghiburkan si mati yang baru sahaja berpindah ke alam barzakh dengan iringan zikir, tahlil, doa dan sebagainya, biarlah dilakukan atas niat yang benar dan betul menurut ajaran para ulama kita yang mulia. Manakala sesiapa yang tidak berhajat untuk melakukan amalan “niga”, “nujuh” dan seterusnya, maka itu adalah hak mutlak kamu, tapi jangan kamu mencela dan mencemoh mereka-mereka yang melakukannya. Bukanlah kamu orang yang boleh mengetahui isi hati orang lain.

http://bahrusshofa.blogspot.com/


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: