Posted by: bankwahabi | Julai 1, 2008

INILAH AQIDAH KAMI YANG BERAGAMA ISLAM; BUKAN AQIDAH WAHABI ATAU SYIAH ATAU LAIN2 YG TERPESONG

‘Aqidah Ulama’ Nusantara [Alam Melayu]

AlhamduliLlah sempena hari Jum’at, penghulu segala hari, hari yang merupakan hari raya bagi kaum Muslimin sebagaimana yang telah disabdakan oleh junjungan kita, Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم, maksudnya:

Daripada Ibnu Abbas رضي الله عنهما katanya: Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم telah bersabda [maksudnya]: Sesungguhnya hari Jum’at ini adalah hari raya yang telah dijadikan oleh Allah untuk kaum muslimin ……. [Hadits riwayat Ibn Majah dengan sanad yang hasan]

Dalam sabdaan baginda RasuluLlah صلى الله عليه وآله وسلم yang lain [maksudnya]: Sesungguhnya hati Jum’at adalah penghulu segala hari, hari yang paling agung disisi Allah berbanding dengan hari Raya Adha dan Hari Raya Fitri. Padanya 5 perkara: Padanya dijadikan Sayyidina Adam عليه السلام, padanya dia [Sayyiduna Adam] diturunkan (dari Syurga), padanya dia wafat, padanya terdapat satu ketika dimana Allah memenuhi permintaan hambaNYA kecuali pada perkara haram dan padanya hari Qiamat terjadi. Tidak ada malaikat yang hampir kepada Allah, begitu juga langit, bumi, angin, gunung-ganang dan lautan, melainkan mereka itu kesemuanya sengat mengambil berat dengan kebaikan hari Jum’at. [Hadits riwayat Ibnu Abi Syaibah, Ibnu Majah dan al-Baihaqi. Al-Hafidz al-Munziri berkata: Hadits ini telah diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Ibnu Majah dengan lafadz yang sama. Dalam sanad kedua-duanya terdapat Abdullah bin Muhammad bin ‘Uqail yang dijadikan Ahmad dan lain-lainnya sebagai hujjah. Ahmad dan al-Bazzar juga telah meriwayatkan melalui jalan Abdullah juga daripada hadits Sa’ad bin Ubadah. Perawi lainnya adalah tsiqah dan terkenal.]


Oleh itu marilah kita merayakan penghulu segala hari ini dengan memperbanyakkan sholawat kepada penghulu sekelian Nabi dan Rasul, junjungan kita Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم

Maka Jum’at ini, ingin aku berkongsi sedikit ma’lumat mengenai aqidah pegangan umat Islam di alam Melayu. Sebagaimana yang kita ma’lum bahwa sejak dari zaman berzaman, di dalam bidang aqidah, majoriti umat Islam seluruh dunia berpegang kepada mazhab Asya’irah dan Maturidiyah. Gololongan inilah yang terbesar sekali. Oleh kerana itulah Sayyid Murtadha az-Zabidi menyebut didalam kitab Ithaf as-Sa’adah al-Muttaqin (Syarah bagi kitab Ihya’ Ulumiddin):

إذا اطلق أهل السنة فالمراد به الأشاعرة والماتريدية

Apabila disebut ahl as-Sunnah wa al-Jama’ah, maka yang dimaksudkan dengannya ialah golongan Asya’irah dan Maaturidiyah.

Tidak sedikit ulama-ulama besar yang berpegang kepada Asya’irah atau Maturidiah antaranya:

  • Syaikhul Islam Ahmad ibn Hajar al-‘Asqalani
  • Syaikhul Ulama Ahl as-Sunnah, al-Imam an-Nawaawi
  • Syaikhul Mufassirin al-Imam al-Qurthubi
  • Syaikhul Islam Ibnu Hajar al-Haitami
  • Syaikhul Fiqh wal Hadits al-Imam al-Hujjah wa ats-Tsabat Zakaaria al-Anshari
  • Al-Imam Abu Bakar al-Baaqilani
  • Al-Imam al-Qashthalani
  • Al-Imam an-Nasafi
  • Al-Imam asy-Syarbini
  • Abu Hayyan an-Nahwi
  • Al-Imam Ibn Juza
  • Al-Imam as-Sayuthi
  • Al-Imam al-Habib Abdullah al-Haddad
  • Dan lain-lain lagi, kesemuanya merupakan tokoh-tokoh yang beraqidah ‘Asya’irah ataupun Maturidiyah.

Di Alam Melayu kita, boleh dikatakan kesemua umat Islamnya adalah bermazhab Asya’irah. [Bahkan satu yang unik dirantau ini dimana umatnya bersatu dibidang aqidah dengan berpegang kepada aliran ‘Asya’irah dan didalam fiqih berpegang kepada mazhab Syafie] Oleh itu tidak hairanlah sejak zaman berzaman tidak kering tinta ulama kita daripada menulis kitab untuk diwariskan kepada generasi selepasnya demi untuk menjaga serta menyelamatkan aqidah umat Islam di Alam Melayu daripada dicemari oleh aqidah-aqidah yang sesat …. menyeleweng ….

Antara kitab-kitab mengenai aqidah yang ditulis oleh ulama Melayu adalah:


  • Ilmu Tauhid oleh Ahmad bin Aminuddin Qadhi Kedah (1032H/1622M)
  • Durarul Faraid bi Syarhil ‘Aqaid oleh Syaikh Nuruddin al-Raniri (1045H/1635M)
  • Syarhu ‘Aqidatil Iman oleh Syaikh Muhammad Zain bin Faqih Jalaluddin Acheh (1170H/1757M)
  • Zahratul Murid fi Bayani Kalimatit Tauhid oleh Syaikh Abdusshomad al-Falimbani (1178H/1764M)
  • Ad-Durrus Tsamin oleh Syaikh Daud bin Abdullah al-Fathoni (1232H/1816M)
  • Warduz Zawahir oleh Syaikh Daud bin Abdullah al-Fathoni (1245H/1829M)
  • Jumanatut Tauhid oleh Syaikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathoni (1293H/1876M)
  • Miftahul Jannah oleh Syaikh Muhammad Thayyib ibn Mas’ud al-Banjari (1247H)
  • ‘Athiyatur Rahman fi Bayani Qawaidil Iman oleh Syaikh Muhammad Azhari bin Abdullah al-Falimbani (1259H/1843M)
  • Munjiyatul ‘Awam li Manhajil Huda minaz Zhalam oleh Syaikh ahmad bin Muhammad Zain al-Fathoni (1293H/1876M)
  • Fathul Majid fi Syarhid Duraril Farid fi ‘Ilmit Tauhid oleh Syaikh Muhammad Nawawi bin Umar al-Bantani (1297H)
  • Tijanud Darari fi Syarhi Risalatil Bajuri oleh oleh Syaikh Muhammad Nawawi bin Umar al-Bantani (1297H)
  • Zari’atul Yaqin fi Syarhi Ummil Barahin / Ad-Durrutun Nadhra ‘alal ‘Aqidatis Shugra oleh Syaikh Muhammad Nawawi bin Umar al-Bantani (1302H)
  • Kitab Shifat 20 oleh Sayyid Utsman bin Abdullah bin ‘Aqil bin Yahya al-‘Alawi al-Husaini (1304H/1887M)
  • Al-Muqaddimatul Kubra allati Tafarra’at minhan Nuskhatus Shugra oleh Syaikh Ismail bin Abdullah al-Minankabawi al-Kholidi (selesai disalin pada 1305H)
  • Muqaddimatul Athfal fi Shifatillahi zil Jalal oleh Tok Kelaba (1305H/1887M)
  • Sabilus Salam fi Syarhi Hidayatil ‘Awam oleh Syaikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathoni (1306H/1888M)
  • ‘Iqdul Juman fi ‘Aqidatil Iman oleh Syaikh Ahmad bin Muhammad zain al-Fathoni (1306H/1888M)
  • Irsyadul Muhtadi ila Syarh Kifayatil Mubtadi oleh Syaikh Abdul Hamid bin Muhammad bin ‘Abdul Qadir al-Khatib Kudus (1306H)
  • ‘Aqidatun Najin fi Ushuliddin oleh Syaikh Zainal ‘Abidin bin Muhammad al-Fathoni 1308H/1891m)
  • ‘Aqaidul Iman oleh Syaikh Muhammad Azhari bin Abdullah al-Falimbani (1309H)
  • Zahratul Murid fi ‘Aqidatit Tauhid oleh Syaikh ‘ali bin Abdur Rahman bin Abdul Ghafur Kutan al-Kelantani (1310H)
  • Hidayatus Sail fi Bayanil Masail oleh Tok Kelaba (1312H/1894M)
  • Nuruz Zhalam fi Ma’rifatillahi wa Rusulihil Kiram oleh Syaikh Abdur Rahman bin Muhammad ‘Ali al-Fathoni (1312H/1894M)
  • Majmu ul Irfan fi Ma’rifatil ‘Aqaidil Iman oleh Haji Nik Wan ‘Abdurrahman bin wan Sulaiman al-Kelantani (1312H)
  • Faridatul Faraid oleh Syaikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathoni (1313H/1895M)
  • Sirajul Huda oleh Syaikh Muhammad Zainuddin as-Sumbawi
  • ‘Umdatul Murid fi Ilmit Tauhid oleh Syaikh Daud bin Ismail al-Fathoni (1317H)
  • Tamrinush Shibyan fi Bayani Arkanil Islam wal Iman oleh Tuan Hussin Kedah (1318H/1900M)
  • Hidayatur Rahman oleh Haji Abdul Lathif bin Haji Muhammad Nuruddin (Haji Tambi) Melaka (1318H/1900M)
  • Irsyadul Anam fi Bayani Qawa’idil Iman wal Islam oleh Hussin bin Muhammad Amin al-Falimbani (1320H)
  • Fathur Rahman fi ‘Aqaidil Iman oleh Syaikh ‘Abdul Qadir bin Shabir Mandahiling (1320H)
  • Ushuluddin I’tiqad Ahlis Sunnah wal Jamaah oleh Syaikh Muhammad Mukhtar bin ‘Atharid al-Bughuri al-Batawi al-Jawi (1323H)
  • ‘Aqidatul Munjiyati fi Bayani ‘Aqidatil Mu’minina wal Mu’minat oleh Syaikh Muhammad ‘alwi bin Abdullah Khatib Endur al-Kampari (1324H/1906M)
  • Isnadul Ghulam fi Bayanil Imani wal Islam oleh Andul Aziz bin Muhammad Nur al-Funtiani (1325H)
  • Kifayatul ‘Awwam oleh Haji Muhammad bin Haji Muhammad Sholih al-Haddad (1326H)
  • Ushuluddin fi Sabilil I’tiqad oleh Haji Muhammad Qasim bin Haji Ahmad Pontianak, Kalimantan (1328H)
  • Syarh Bakuratil Amani oleh Syaikh Wan Ismail bin Wan Abdul Qadir al-Fathoni (1335H/1916M)
  • Bidayatut Tauhid fi ‘Ilmit Tauhid oleh Syaikh Muhammad Basiyuni ‘Imran, Maharaja Imam Sambas (1336H/1918M)
  • As-Sa’adah al-Abadiyah fid Daiyanah al-Muhammadiyah oleh Syaikh Sulaiman ibnu Abdul Jalil Tembusai (1336H)
  • Hidayatul Mutafakkirin fi Tahqiqi Ma’ritati Rabbil ‘Alamin oleh Tuan Hussin Kedah (1337H)
  • Najatul ikhwan fima Yahshulu bihil Islam wal Iman oleh Haji Abdul Mubin bin Muhammad Thayyib Jabbar Syah al-Jarimi al-Fathoni (1337H/1919M)
  • Matnul Jauharah at-Tauhid Gantung Makna oleh Ahmad Abdul Qadir bin Abdurrahman al-Filfulani (1331H)
  • Al-Mudaqqimatut Tauhidiyyah oleh Haji Muhammad Syarif bin ‘Abdurrahman (1338H/1919M)
  • Aqaidul Iman oleh Mufti Haji Abdurrahman Shiddiq bin Muhammad ‘Afifi al-Banjari (1338H)
  • Al-‘Iqdul Farid fi ‘Ilmit Tauhid oleh Qadhi Haji Wan Ismail bin Syaikh Wan Ahmad al-Fathoni (1341H)
  • Fathul Majid fi ‘Ilmit Tauhid oleh Haji ‘Abdul Mubin bin Muhammad Thayyib Jabbar Syah al-Jarimi al-Fathoni (1342H/1923M)
  • Fawaiduz Zain fi ‘Ilmil ‘Aqaid Ushuliddin (1342H) dan Miftahus Shibyan fi ‘Aqaidil Iman (1366H) oleh Haji Muhammad Zain Nuruddin bin Tuan Imam Syaikh Haji ‘Abbas ibn Haji Muhammad Lashub bin Haji Abdul Karim bin Tuan Faqih Negeri, Negeri Batu Bahara Pesisir Dahari (1342H)
  • Dilalatul ‘Awam oleh Haji Ahmad Suraji bin Ismail ibn Muhammad al-Kelantani (1342H)
  • Bidayatut Tholibin ila Ma’rifati Rabbil ‘Alamin oleh Tuan Hussin Kedah (1344H)
  • Ushulut Tauhid fi Ma’rifati Thuruqil Iman lir Rabbil Majid oleh Tuan Hussin Kedah (1346H)
  • Pegangan Yang Terutaman Pada Sedikit Daripada Pangkal Ugama oleh Tengku Mahmud Zuhdi bin Tengku Abdurrahman bin Tuanku Nur bin Raja Belat ibn Raja Datu al-Fathoni al-Jawi (1352H)
  • Tazkiratut Thufuliyah fi Tauhidi Rabbil Bariyah oleh Haji Hasan bin Umar al-Jakani al-Fathoni (1368H)
  • Fathul Jalil wa Syifaul Ghalil oleh Haji Wan Ibrahim bin Abdul Qadir bin Musthofa al-Fathoni (1386H)

[Tahun di dalam kurungan adalah tahun dimana yang paling awal dihasilkan]

Begitulah senarai panjang sebahagian daripada kitab-kitab didalam bidang ilmu ‘aqidah yang ditulis oleh ulama kita di Alam Melayu. Entahkan berapa banyak lagi khazanah tulisan mereka yang tidak sampai ketangan kita. Ini menunjukkan keperihatinan mereka terhadap aqidah yang kita pegang. Dan sebilangan besar daripada mereka adalah ulama yang bertaraf al-‘Alim al-‘Allamah yang pernah mengajar di sekitar Masjidil Haram, yang mengarang puluhan bahkan ratusan buah kitab, yang terkenal dengan kewarakkan, kezuhudan dan sebagainya. Ada dikalangan mereka mengaji puluhan tahun di Mekah di Madinah. Mereka adalah ulama-ulama yang mu’tabar. Tetapi sungguh pelik akhir-akhir ini apabila ada kanak-kanak hingusan yang baru punya BA, MA atau PhD yang ilmunya terlalu dhoif, memperlekehkan ulama-ulama ini. …… Allahu Allah …..

Wahai Saudara-saudaraku yang dikasihi, marilah kita berpegang kepada pesanan baginda RasuluLlah صلى الله عليه وآله وسلم iaitu …..hendaklah kamu mengikuti sawadhul a’zhom (majoriti umat Islam)” (Hadits riwayat al-Hakim daripada jalan ad-Dhiya’ al-Maqdisi) – iaitulah golongan Asya’irah dan Maturidiyah yang merupakan golongan terbesar dalam bidang ‘aqidah sejak zaman berzaman. Jauhilah golongan yang beraqidah tajsim … aqidah yang menyeleweng … aqidah yang sesat. Mereka menuduh kita dengan tuduhan bid’ah, sesat bahkan dengan tuduhan kafir tetapi pada hakikatnya merekalah yang begitu. Pedulikan mereka. Biarkan mereka menyalak. Biarkan mereka terjun dengan labu-labu mereka. Marilah kita bersatu sebagaimana generasi terdahulu, dengan berpegang kepada Asya’irah didalam aqidah dan mazhab Syafie didalam ilmu fiqih. Sekian dari hamba yang faqir lagi haqir – abu zahrah –

[Senarai kitab-kitab diatas diambil dari kertas kerja yang bertajuk Ahli Sunnah wal Jamaah Sebagai Teras Kesatuan Umat Islam di Malaysia yang disediakan oleh al-Marhum Tuan Guru Haji Wan Muhammad Shaghir bin Haji Wan ‘Abdullah bertarikh 4 November 2001. – dengan kebenaran dari Ustaz Wan Muhammad Autad bin Haji Wan Muhammad Shaghir]

Keterangan foto-foto ulama diatas:
Foto 1 [paling atas] – Tengku Mahmud Zuhdi – menjadi Syaikhul Islam di Selangor pada tahun 1935 – 1952
Foto 2 – Tuan Guru Haji Wan Ismail bin Wan Abdul Qadir al-Fathani al-Makki (Pak Da El)
Foto 3 – Tuan Guru Syaikh Muhammad Nur al-Fathani
Foto 4 – Tuan Guru Haji Abdurrahman Shiddiq al-Banjari
Foto 5 – Tuan Guru Haji Hussin Nasir al-Qedahi (Tuan Hussin Kedah)

Tulisan berkaitan: Hakikat Asya’irah oleh Syaikh Muhammad bin ‘Alawi al-Maliki al-Hasani dan berpegang kepada sawadul a’dzhom.

http://al-fanshuri.blogspot.com/


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: