Posted by: bankwahabi | Jun 4, 2008

KENALI SIMPTON WAHHABIY

KENALI SIMPTON WAHHABIY

Simpton Wahhabi 1 : Kangkang luah-luah
Simpton ke 2 : Wajibkan Jubah atas buku lali
Simpton ke 3: Wajib letak Tangan ataih dada (letak lain dikira tidak sunnah, bid’ah DLL)
Simpton ke 4 : Hanya serban Mandili sahaja, serban ‘Imamah (putar) dikira tiada hadis sahih. Dianggap bid’ah sesat, tiru singh DLL.
Ada pihak tertanya-tanya. Bagaimana caranya untuk kita mengenali individu atau jamaah yang menganut aliran fahaman Wahhabiy Ghuluw secara paling mudah?. Jawapannya ialah dengan melihat fahaman, pegangan atau amalan individu atau jamaah itu sendiri. Antara simpton Wahhabiy yang termudah dikesan ialah dengan memerhatikan cara mereka mendirikan solat.
Sewaktu hendak melakukan solat, mereka melipat seluar mereka melebihi paras buku lali. Begitu juga bagi mereka yang memakai jubah. Jubah tersebut pasti disingkatkan. Menurut mereka, jika kaki seluar atau jubah berada diparas buku lali dikira bid’ah dholalah.
Sewaktu qiyam, mereka mengangkang agak luas. Bertakbiratul ihram di paras dada dan meletakkan kedua tangan di atas dada menghampiri leher. Lihatlah kedudukan mereka sebagaimana yang disertakan pada paparan di atas. Hairannya, golongan Wahhabiy Ghuluw ini membid’ahkan sesiapa yang meletakkan kedua tangan (lps takbiratul ihram) atas perut bawah dada sebagaimana amalan dalam mazhab al-Syafi’ie kita. Sila lihat anjuran bersolat letak tgn atas dada oleh Syeikh al-Albaani dalam Sifat al-Solat Nabi m/s 88.
Dalam mazhab al-Syafi’ie, Hal ini telah diperjelaskan para ulamak al-Syafi’iyyah. Antaranya, al-Hafiz Ibn Hajr al-Asqalani mengatakan : “Ibn Khuzaimah meriwayatkan hadis dari Wail b Hujr bahawa Nabi SAW meletakkan kedua tangannya pada dadanya (‘ala sadrihi: bukan di atas dadanya). Sedang menurut riwayat al-Bazzar( ‘inda sadrihi), pada dadanya.” (Fath al-Bari m/s 224 juz 2)
Ulasan : Yang dimaksudkan di atas dada bukan secara zahirnya. Tetapi maksudnya ialah berhampiran dada. Kenyataan zahir ini boleh difahami dgn lafaz (‘inda sadrihi) pada riwayat al-Bazzar. Kata ulamak : “Menghimpunkan riwayat lebih baik jika ia memungkinkan.”
Imam al-Tirmidzi menjelaskan ketika membicarakan riwayat Wail bin Hujr, Ghatif al-Harith, Ibn Abbas, Ibn Mas’ud dan Sahl bin Saad r.a : “Hadis ini menjadi amalan para ulamak dari kalangan sahabat Nabi SAW, Tabiin dan golongan sesudah mereka. Mereka melihat seseorang melakukan solat dengan meletakkan tangan kanan di atas tangan kiri semasa (qiyam dlm solat). Sebahagian mereka meletakkan kedua tangannya di atas pusat. (mazhab al-Syafi’ie & Hambali) Manakala sebahagian yang lain meletakkan tangan mereka di bawah pusat. Dan kesemua itu (dilakukan secara) terbuka dikalangan mereka”. (mazhab Hanafi dan Maliki)
Kesimpulannya, Sunat meletakkan tangan kanan atas tangan kiri di atas pusat (melepasai pusat) di bawah dada selepas takbiratul ihram. Ia bukanlah bid’ah dholalah sebagaimana di dakwa pelampau agama. Golongan yang memaksa kita meletakkan kedua tangan di atas dada sebenarnya mengambil pemahaman hadis secara zahir. Dan pemahaman zahir ini keluar dari ketentuan mazhab Empat yang muktabar. Justeru, tidak sepatutnya mereka memaksa kita mengikuti pendapat mereka.
Ternyata, pendapat ini lebih merupakan PENDAPAT BEBAS al-Albaani yang digunapakai secara ghuluw. Sedangkan al-Albaani bukan dari kalangan mujtahid. Dan sesekali tidak berhak untuk membatalkan pandangan Mujtahid Muthlaq.
Akhirnya, ketahuilah bahawa jika tuan-puan melihat petanda seperti di atas, jelaslah bahawa individu atau jamaah tertentu sudah dijangkiti virus Wahhabiy Ghuluw. Awas, Jauhilah.

Responses

  1. alamak, kat tempat ana ada juga orang yang buat macam tu. kangkang luas2. kita solat sebelah dia rasa tak selesa sebab kaki dia asyik himpit kaki kita jer.

    minta tolong anta jelaskan lagi dengan lebih terperinci pasal kain di atas buku lali. sebab ada kawan2 ana yg dari satu jamaah suka buat macam tu. ana ada terbaca juga hadis fasal benda tu, tapi masih rasa was-was lagi. harap anta tolong ana ya.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: