Posted by: bankwahabi | Jun 4, 2008

AKIDAH IMPORT LAGI PELIK

AKIDAH IMPORT LAGI PELIK

no 1 : Muka depan Kitab Bada’i al-Fawa’id, Ibn Qayyim al-Jauziyyah w 751H, juz 4, Cet Maktabah Nizar Mustafa al-Baaz : Makkah

No : 2 Dakwaan Ibn Qayyim : Nabi SAW duduk di atas Arasy nukilan secara makzub (dusta) dari Ibn Jarir Thabari, Mujahid, Abi Hasan DarQuthni dan lain-lain.

No : 3 Inilah muka depan Kitab : Sawa’iq al-Mursalah ala al-Jahmiyyah Wa al-Mua’thilah, Ibn Qayyim al-Jauziyyah -murid Ibn Taimyyah al-Harrani- Juz 2, Matbaah al-Salafiyyah : Makkah

No : 4 Garisan ini menandakan teks Ibn Qayyim al-Jauziyyah yang mendakwa Allah duduk di atas Kursi, hlm 217
Terdapat ramai para ulamak mengingatkan kita tentang beberapa pandangan syadz dari Ibn Qayyim al-Jauziyyah. Antaranya Imam Taqiyyuddin al-Subki, Imam Ibn Hajr al-Haitsami, Imam al-Ikhmimi dan lain-lain. Ulamak melayu juga tidak ketinggalan mentahzirkan kita. Antaranya Syeikh Abdullah Fahim, Dato’ Syeikh Tohir bin Alawi al-Haddad, Tok Kenali, Syeikh Abdullah Tahir, Pak Da Eil dan ramai lagi.

Termasuklah para ulamak kontemporari. Antaranya Syeikh Wahbiy Sulaiman Ghawaji, Syeikh Syed Yusuf Hasyim, Dr Umar Abdullah al-Kamel, Syeikh Abd Rahman al-Khalifah, Syeikh Ahmad al-Kuwaiti, Syeikh Mahmud Said Mamduh, Syeikh Ali Jumaah dan lain-lain. Apakah sebabnya. Sebabnya ialah, Syeikh Ibn Qayyim al-Jauziyyah mengetengahkan pandangan yang syadz. Iaitu pendapat yang bertentangan dengan pandangan sahih lagi benar.

Buktinya, Ibn Qayyim al-Jauziyyah secara jelas mendakwa Allah duduk di atas Kursi. Dakwaan ini terdapat di dalam kitabnya ” SOWAIQUL MURSALAH ‘ALA AL- JAHMIYAH WAL MU’ATTILAH “ PADA JUZUK 2, hlm 217, CETAKAN MATBA’AH AS-SALAFIYAH DI MEKAH :Lihat pada paparan scan no: 3 dan 4.
Dalam kitab ini, Syeikh Ibn al-Qayyim mendakwa : Allah duduk atas kerusi sambil menjenguk hamba-hambanya dari arah atas dan Allah turun pergi berjumpa dengan Nabi Muhammad SAW. Lantas berlaku pertemuan antara Allah dengan Nabi Muhammad sekadar dua jarak sahaja.
Dalam kitabnya yang lain, Ibn al-Qayyim pula mendakwa : “Nabi Muhammad pula duduk di atas Arasy” Buktinya melalui Kitab Bada’i al-Fawa’id. Lihat paparan scan no : 1 & 2 di atas.
Sebenarnya, jika diperhalusi…dakwaan Syeikh Ibn Qayyim al-Jauziyyah ini lebih kurang sama dengan akidah golongan Yahudi. Persamaan ini seiras melalui Safar Al-Muluk Al-Ishah 22 nom 19-20 dan dalam Safar Mazamil Al-Ishah 47 nom 8). Tidak syak, ini merupakan ajaran Tajsim (memvisualisasikan) Allah. Subhanallah.
Bukan setakat itu sahaja. Inilah intipati akidah yang diperjuangkan oleh Pelampau Wahhabiy seluruh dunia. Dan mereka begitu taksub dengan Syeikh Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah. Tak kitra..Samada Wahhabiy melayu, Cina, India, Jawa atau bangla. Pelampau tetap melampaui batasan al-Kitab, al-Sunnah dan ijmak. Turunkan temperature anda. Kembalilah ke jalan yang benar.
Oleh itu, Jika anda benar2 Ahli Sunnah Wal Jamaah cubalah mencari satu ayat yang membuktikan ALLAH DUDUK DI ATAS ARASY. Datangkan ketentuan al-Sunnah yang sahih lagi mutawattir yg menyokong pandangan anda itu. Atau apakah akidah Allah duduk di atas Arasay itu merupakan akidah umat Islam. Ternyata…TIDAK SAMA SEKALI. BAHKAN, ALLAH WUJUD TIDAK BERTEMPAT dan TIDAK BERHAJAT KEPADA TEMPAT. SEBALIKNYA DIALAH PENCIPTA KEPADA TEMPAT.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: