Posted by: bankwahabi | April 27, 2008

Tuhan tidak bertempat: Menjawab Ajaran Songsang Wahabi

Tuhan tidak bertempat

SOALAN: Saya diberitahu bahawa Allah s.w.t. itu berada di atas Arasy atau di langit kerana Nabi dinaikkan ke langit apabila hendak menerima ibadat solat, dan amalan kita juga diangkatkan ke atas. Jadi Tuhan itu berada di atas dan tidakkah pendapat seperti ini, bererti Tuhan itu bertempat seperti kita pula. Adakah benar pendapat seperti itu atau bagaimana?

– Murni dan Majdi.

JAWAPAN: I’tiqad yang sebenar dan selamat menurut ahli sunah itu, tidak boleh kita mengatakan Allah itu bertempat dan terikat dengan masa atau berpihak, beranggota seperti kita. Ini kerana berdalilkan kepada ayat yang muhkam dari al-Quran yang mengatakan Allah itu, tidak menyerupai sesuatu (maksud ayat 11 dari surah Syura dan ayat 4 dari surah al-Ikhlas). Adapun ayat yang mengatakan Allah bersemayam atas Arasy itu, atau naik kepada-Nya perkataan yang baik-baik itu, adalah dari ayat mutasyabihat yang mana ayat tersebut tidak boleh difaham secara zahir yang tidak layak dengan kebesaran-Nya mengikut mazhab ahli sunah kerana firman Allah bermaksud: Allah menurunkan ke atasmu kitab (al-Quran) yang terdapat daripadanya ayat muhkamat yang merupakan ibu (tempat kembali bagi ayat yang mutasyabih) dan ada juga ayat-ayat lain yang berbentuk mutasyabihat. Maka orang yang ada dalam hatinya penyakit zaigh (songsang dari jalan petunjuk kebenaran) akan terus mengikut apa yang kesamaran dari ayat mutasyabihat tadi kerana mencari fitnah (terutama kalangan orang awam) dan mencari takwilan sahaja, (sedangkan tidak ada siapa yang tahu takwilan itu selain Allah) manakala orang yang rasikh dalam ilmunya (para ulama) akan berkata kami beriman dengannya (segala ayat-Nya) semuanya dari Tuhan kami (al-Imran ayat 7). Mereka terus mengembalikan ayat mutasyabih tadi, kepada ayat yang muhkamat itu, (kepada induknya), dengan mentafsirkannya sesuai dengan makna ayat yang muhkam tadi seperti dikatakannya bahawa, Maha Suci dan Maha Tinggi Allah itu, dari apa yang mereka (sifatkan) sekutukan itu (menyerupai makhluk-Nya) (maksud ayat 68 dari surah al-Qasas dan banyak ayat lain lagi).

Jadi segala ayat atau hadis yang pada zahirnya nampak bersamaan Allah dengan makhluk yang baru ini seperti bertempat, beranggota, dan sebagainya semuanya, dikembalikan kepada ayat-ayat muhkamat yang menjadi induknya (ibunya) tadi. Sebab itu ulama khalaf akan mengatakan bahawa Allah itu, Maha Berkuasa bila terdapat ayat kesamaran seperti tangan. Atau rahmat dan ilmu-Nya, bila ada ayat yang menggambarkan Allah itu hampir dengan hamba-Nya. Atau kuasa pemerintahan-Nya bila terdapat ayat yang mengatakan Allah itu Tuhan di langit dan Tuhan di bumi maksud firman-Nya pada ayat 84 surah Zukhruf. Ini semua sesuai dengan firman-Nya bermaksud: bahawa Allah Amat Berkuasa atas segala-galanya (al-Baqarah ayat 259) dan Dia bersama kamu di mana kamu berada (surah al-Hadid ayat 4) dan banyak contoh lain lagi.

Punca perselisihan adalah kerana mereka tidak mahu menerima ada kalam yang majaz atau berbentuk balaghah dalam al-Quran seperti Imam Ibnu Taimiah yang menolak percakapan berbentuk majaz tasybih dan tamsil dan sebagainya, sedangkan al-Quran itu diturunkan kepada manusia yang penuh mengandungi kalam majazi, tasybih dan balaghi. Mazhab khalaf adalah lebih sesuai dengan orang awam lagi mudah difahami supaya manusia benar-benar dapat mengenali Tuhan-Nya dan tidak akan menyekutukan-Nya atau menyerupai-Nya dengan sesuatu yang lain. Ketahuilah bahawa mereka sendiri sudah terperangkap dengan apa yang mereka takuti dan menuduh kita selama ini (syirik kepada Allah). Ingatlah bahawa tidak ada yang salahnya kalau kita tafsirkan mana-mana ayat mutasyabih itu dengan ayat muhkam malah kita diajar supaya bertindak, demikian dalam ayat 7 surah al-Imran tadi. Kalau mereka kata kita cuba mentakwilkan ayat- ayat Allah, kita jawab: tafsir kita akan ayat mutasyabih dengan yang muhkam tadi adalah disuruh dan dibenarkan. malahan itulah cara orang yang beriman kepada-Nya. Mereka tidak akan sesat selama-lamanya selagi berpegang dengan kitab Allah. Kita hairan kenapa di tempat lain mereka bermati-matian mengatakan ada pula dalam al-Quran atau hadis itu kalam majaz, balaghah dan sebagainya. Contohnya bila mengenai talkin orang mati mereka pakaikan perkataan orang mati (mautakum) itu, kepada orang yang sakit tenat dan hampir mati pula. Kaedah apa yang mereka pakai bukankah, itulah majaz namanya. Inilah tanda kecelaruan dan fitnah dari penyakit zaigh yang lahir bila kita bersikap sombong tidak mahu bertanyakan ulama. Nanti takut taqlid kepada mereka pula, kerana mereka mahu ikut Allah dan Rasul-Nya sahaja. Sedangkan Allah mengarah kita supaya bertanya dan mengikut ulama (surah al-Nahl ayat-43) kerana mereka (ulama) mengikut Allah dan Rasul-Nya. Wallahualam.

http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0427&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm


Responses

  1. Allah tidak bertempat :( dari dalil akal )

    _ tidak boleh meletakkan bahasa manusia kepada Allah
    seperti kalimah ( bagaimana Allah – bila – berapa- “dimana” – kerana kalimah ini (dimana ) ditujukan kepada tempat – sedangkan Allah tidak berhajat kepadanya ,dan setiap yang berhajat kepada sesuatu itu lemah.dan perkara lemah adalah mustahil bagi Allah, sila rujuk kepada surah al- ikhlas.
    – tempat itu perkara baru sedangkan Allah adalah sediakala – dan mustahil Allah jadikan tempat bagi diriNya ,sebagai contoh : “Arasy” lepas itu dia pergi kepadanya untuk bersemayam, berlakulah perpindahan, maka perkara berpindah ini adalah mustahil -kerana pindah dan berubah adalah perkara yang layak untuk mahkluk,tetapi tidak untuk Allah yang maha sediakala.

    – adapun ayat dan hadis yang menunjukan tempat bagi Allah ,adalah ianya merupakan ayat mutasyabihat perlu mengikut golongan salaf yang tawa’qof pada makna dan kaifiat tak perlu memanjangkan dan huraikan makna, hanya perlu beriman kepadanya dengan berkata ” aku beriman kepadanya “rujuk ayat ini diatas.
    – atau mengikut jalan khalaf dengan mentakwilkan ayat tersebut mengikut bahasa arab yang mempunyai makna yang berbagaian – kerana al-quran turun dalam bahasa arab (sila rujuk surah yusof )dalam bahasa arab adanya ilmu ma’ani , bayan, badi’ dan tata bahasanya cukup tinggi lebih tinggi dari bahasa lain

    – persoalan dalam Al-quran dan Hadis banyak tempat ditujukan kepada Allah secara zohirnya seperti dilangit – diarasy – dibumi – dihadapan orang yang sedang sembahyang dan banyak lagi – kenapa hanya pilih makna yang zohir kepada atas sahaja tidak kepada makna dibawah dan disudut…? ,itukan semuanya Al-quran … …??

    – bagi kami , diantara Langit dan Arasy itu adalah dua tempat yang berbeza … persoalan:.. adakah langit itu dipanggil arasy atau arasy itu dipanggil langit …? kerana dalam hadis isra’ dan mi’raj ada disebut dengan jelas bahawa langit itu satu makluk yang berbeza dari arasy ….ianya mempunyai lapisan yang tujuh …kalau mengikut zohir ayat,Allah ada dua tempat , satu tempat dilangit dan satu lagi diarasy,maka ini mustahil bagi Allah yang bersifat sediakala dan bersifat maha kaya .

    – atau adakah pilih mengikut bahasa ,”yang setiap atas itu dinamakan langit…..?. kalau begitu , sebagaimana yang kita maklum, bahawa bumi kita ini bulat , dan hampir setiap sudut bulatan ada penghuninya ,kita sekarang ini mungkin diatas tapi yang bertentangan dengan kita pula bagaimana …adakah mereka dinamakannya atas juga ..? ini mustahil …kerana setiap yang bertentangan sudut misti berlawanan ,satunya dinamakan atas ,dan satu lagi namanya bawah ,
    – jadi……….. dimanakah istilah bagi mereka yang berada dibawah kita…? kalau sekiranaya waktu ini mereka juga isbat tempat diatas bagi Allah ….nescaya akan keluar jawapannya ……..seperti yang anda fikir sekarang ini….???????

    – kalau begitu mana satu kah yang sebenarnya istilah ”diatas” ?
    mana satukah perkatan yang hendak kita terima ? mereka yang mengatakan Allah ITU BERJIHAH DAN BERSUDUT kah …? yang perlu diterima, atau yang mengatakan ALLAH TIDAK BERTEMPAT ???,
    renunglah …saudaraku yang ingin kebenaran…..

  2. bagus god god god

  3. Kalau lu merasa hebat hujat terus manhaj manhaj yang ada pasti banyak pemirsa yang mengunjungi blok elu oke…….


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: