Posted by: bankwahabi | April 27, 2008

BERTASAMUH DENGAN WAHABI???

BERTASAMUH DENGAN WAHABI???

Assalamualaikum,

Saya kerap dihujani dengan komen yang menyuruh kita bertasamuh dengan wahabi.Komen-komen seperti “kenapa sibuk sibuk dengan wahabi,sedangkan banyak lagi perkara penting yang perlu dilihat” sudah lali bagi saya.Mengapa ? Agak panjang hendak ditulis jika mahu penjelasan yang panjang lebar.Saya sendiri agak sibuk dan saya hanya menulis didalam blog ini untuk mengisi masa lapang saya .

Masalah yang dibawa oleh agama wahabi ini bukanlah masalah yang kecil.Sejak dari awal kemunculannya ,terbukti ianya telah banyak mengkucar kacirkan malah membantutkan pembangunan umat Islam sendiri.Beribu ribu umat Islam yang tidak berdosa telah dibunuh, nenek moyang kita yang beragama Islam juga telah dikafirkan.Malah kejatuhan khilafah Uthmaniyah juga disebabkan oleh rompakan puak wahabi yang merampas tanah Hijaz dari tangan khalifah.Kini kita juga dihidangkan dengan pembidaahan dan pengkafiran mereka terhadap umat Islam yang tiada penghujungnya.Benarlah bahawa hadis nabi tentang kemunculan mereka ini dari bumi fitnah Najd.

Ingin sekali saya menyentuh tentang isu tasamuh ini.Kebelakangan ini ,semakin banyak blog yang muncul bagi menentang akidah wahabi.Tahniah diucapkan.Tidak lupa juga kepada blog blog yang telah mula sedar akan kepentingan melawan akidah mujassimah yang dipromosikan oleh wahabi.Bilangan mereka ini semakin bertambah hari demi hari,atas berkat dan hasil usaha ulama ulama yang telah menjelaskan kepada masyarakat awam tentang bahayanya akidah kufur wahabi mujasimah.

Perkara lain yang ingin disentuh ialah kewujudan web site dan blog yang bertasamuh dengan akidah wahabi.Apa itu tasamuh? Tasamuh secara ringkasnya dapat di tafsirkan sebagai bertoleransi.Adakah dalam semua keadaan kita dibenarkan bertasamuh termasuk dalam bab yang berkaitan dengan iman dan Islam?Mana mungkin pendapat ini diterima oleh orang yang berfikiran waras.Mana mungkin dapat bertasamuh dengan orang yang mengatakan Islam adalah sama seperti Yahudi,Kristian,Buddha ,Hindu dan agama lain?Bukankah Allah telah berfirman dalam surah Ali Imran;

ﺇﻦﺍﻠﺪﻴﻦﻋﻧﺪﺍﷲﺃﻹﺴﻼﻢ
” Sesungguhnya agama yang disisi (diredhai) Allah adalah Islam”

Maka kita juga tidak dapat menerima kemunculan agama baru yang bertopengkan salaf yang muncul lebih kurang dua ratus tahun lalu yang dibawa oleh Muhammad ibn Abdul Wahab.Terlalu banyak penyelewengan agama baru ini ,saya listkan sebahagian kecil sahaja.

  1. Mereka berakidah mujassimah seperti mengatakan’ Allah duduk atas arasy’,Mendakwa lagi Allah itu beranggota badan dan juga menetapi tempat dan juga mengatakan Allah itu jisim .
  2. Mereka juga mengkafirkan umat ISlam yang bertawasul dan bertabaruk sedangkan perkara tersebut mempunyai dalil dari Quran dan Sunnah dan bukannya ia benda yang direka-reka untuk merosakkan Islam.Bahkan pandangan yang mengatakan bertawasul dan bertabaruk itu adalah syirik adalah yang sebenarnya merosakkan Islam itu sendiri .
  3. Mereka mengkafirkan ramai ulama muktabar Islam kerana tidak berakidah tajsim seperti mereka .Kita dapat melihat contoh dimana seorang pelajar UIA telah mempromosikan kesesatan akidah ulama tersebut kerana tidak berakidah sperti mereka.
  4. Mufti sumpah-sumpah yang berada di Malaysia ini juga turut mempromosikan akidah wahabi,dan secara tidak langsung membodek pemerintah untuk duduk di bawah ketiak mereka.

Bagaimanakah kita dapat bertasamuh dengan orang yang mengkafirkan umat Islam secara keseluruhan?Persoalan mudah,jika seseorang itu bukan antiwahabi,apakah pegangan dia yang sebenarnya?Saya menjawab “dia sebenarnya adalah penyokong kepada wahabi.Sekalipun dia tidak mengaku akan kebenarannya.Ini kerana dengan tidak menolak wahabi” ,secara tidak langsung seolah olah menyokong kepada berkembangnya agama wahabi (dengan akidah kufur mereka itu) telah menyesatkan akidah umat Islam di seluruh dunia.Tasamuh dalam perkara yang melibatkan Iman dan ISlam adalh satu perbuatan yang tidak boleh diterima.Ini adalah satu kezaliman kerana meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya.Mereka telah bersimpati terhadap pemuka-pemuka mujassim wahabi apabila sesetengah blogger menentang akidah wahabi.Dalam masa yang sama pula membenci bahkan ,menyeru kepada orang ramai untuk memulaukan blog blog yang menentang wahabi.

Saya ingin mengulas satu komen dari mereka yang bertasamuh dengan wahabi :

“:Jangan terlalu fanatik dalam menentang kebatilan Wahabi sehingga melupakan kepentingan hidup bertoleransi antara satu sama lain.”

Si penulis tersebut sendiri telah mengakui bahawa wahabi ada kebatilannya.Tapi dalam masa yang sama seolah olah menafikan kebatilan wahabi dengan mengatakan”

JANGAN TERLALU FANATIK”.

Adakah dengan mempertahankan Islam dengan hujah dan dalil bersumberkan Alquran ,Sunnah,Ijmak dan Qias dalam menentang kebatilan wahabi dianggap sebagai fanatik yang salah?Apakah si penulis faham makna fanatik yang sebenar?

Adakah dengan memboikot barangan belanda kerana mereka menghina Islam dikira fanatik yang salah?Bukankah wajib bagi umat Islam mempertahanan akidah umat Islam apabila dicerca dan ‘dibelasah’ .Menyebut tentang wahabi pula , perkara ini datang dari mereka yang mengaku membawa ajaran Islam,tetapi pada hakikatnya bertentangan dengan ajaran yang dibawa nabi Muhammad SAW.

Wahai umat Islam marilah kita bersatu menentang kebatilan wahabi yang membawa akidah tajsim yang dinyatakan kufurnya oleh imam Syafii dan imam imam yang lain .Jadi tidak perlulah kita bersandar kepada pendapat-pendapat orang kafir seperti Martin Luther,paderi paderi kristian seperti pope benedict dan juga dari Bush.Adakah tidak cukup pandangan dari ulama Islam dalam mempertahankan agama ini dari penyelewengan mujassimah .Allahuakbar!Ya Allah ,jauhkan umat Islam dari kelemahan dalam mempertahankan agamaMu.

Kepada umat Islam terutamanya bloggers ,marilah kita berganding bahu dalam menentang kebatilan-kebatilan yang wujud yang datang dari luar mahupun dari dalam sendiri terutamanya golongan wahabi,mujassimah moden,syiah,qadiani,ayah pin,bahai, anti hadis dan lain-lain yang menggugat akidah umat Islam.

YA ALLAH ,DENGAN BERKAT NABIMU DAN WALI WALIMU DAN JUGA ORANG ORANG YANG SOLEH DARI HAMBAMU ,SELAMATKANLAH AKIDAH UMAT ISLAM DARI BENCANA KEBATILAN AJARAN WAHABI.
WALLAHUA`LAM

bersambung……..

JIHADWAHABI
jihadwahabi.blogspot.com

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: