Posted by: bankwahabi | April 19, 2008

Pendapat Para Ulama’ terhadap Ibn Taimiyah

Pendapat Para Ulama’ terhadap Ibn Taimiyah

Berdasarkan kpd bbrp masalah yg telah dicetuskan oleh Syeikh Ibn Taimiyah, para ulama’ masing2 mengemukakan pendapat ttg beliau. Selain daripada ijma’ ulama’ yg mengkafirkan sesiapa yg beri’tiqad dg Qidam al-’Alam, batasan dan binasanya neraka. Kita juga akan dpt melihat pandangan ulama’ ttg beberapa masalah yg lain yg menjadi pegangan beliau. Secara ringkasnya, kami bawakan pandangan bbrp ulama’ ttg beliau dibawah ini:

(1) Imam al-Hafiz ibn Hajar al-Asqalani berkata di dlm kitabnya “al-Durar al-Kaaminah” (ketika menterjemahkan pribadi Ibn Taimiyah), m.s. 144, jld. berbunyi:

“para ulama’ telah menggelarkan Ibn Taimiyah dg tajsim berdasarkan apa yg telah beliau tulis di dlm kitabnya “al-Aqidah al-Wasithiyah, al-Hamawiyah” dan lain2nya. Sebagai contoh, beliau berpendapat bhw tangan, kaki, betis dan wajah adl sifat2 hakikat bagi Allah Ta’ala, Allah beristiwa’ ditas ‘arasy dg zat-Nya..”

Imam Ib Hajar menambah lagi:

“Dia dihukum dg munafiq kerana perkataannya (kritikan) terhadap Sayidina Ali..”

Katanya lagi:

“Ibn Taimiyah juga dihukum zindiq kerana berpendapat bhw tdk boleh beristhighathah (meminta pertolongan) daripada Nabi saw”

Di dlm kitab Fath al-Bari, m.s. 66, jld. 3 pula, beliau menegaskan:

“…Hasilnya, mereka telah berpegang dg pendapat Ibn Taimiyah ttg haramnya bermusafir utk menziarahi maqam Rasulullah saw dan kami mengingkarinya. Inilah seburuk2 masalah yg dinuqilkan daripada Ibn Taimiyah.”

(2) Imam al-Hafiz al-Zahabi berkata di dlm kitabnya Zaghl al-Ilmu, m.s. 23 (ulasan oleh Imam al-Kauthari, dicetak oleh percetakan al-Taufiq 1347H, Damsyik):

“Sesungguhnya aku telah melihat sesuatu yg telah menimpa Ibn Taimiyah. Beliau telah disingkir, dihukum sesat dan kafir serta tdk dipercayai antara kebenaran dg kebatilan. Sebelum beliau menceburi bidang ini (falsafah), beliau merupakan cahaya yg menerangi kehidupan, lebih2 lagi ttg al-Salafnya. Kemudian cahayanya itu menjadi gelap gulita..”

(3) Imam Taqiyuddin al-Husni (pengarang kitab Kifayah al-Akhyar) berkata di dlm kitabnya “Daf’u Syabah man Syabbaha wa Tamarrad”, m.s. 123, (cetakan Isa al-Baabi al-Halabi) berbunyi:

“Syeikh Zainuddin Ibn Rajab al-Hanbali adl salah seorang daripada ulama’ yg menghukum kafir Ibn Taimiyah. Dia mempunyai penolakan keatas Ibn Taimiyah. Dia juga pernah mengangkat suara dg keras mengkufurkan Ibn Taimiyah di dlm beberapa majlisnya. Disamping itu, Imam al-Subki juga mempunyai hujah utk mengkufurkannya..”

Pada halaman yg lain, beliau mengatakan:

“banyak masalah2 yg dilakukan oleh Ibn Taimiyah menyimpang daripada kebenaran.”

(4) Imam al-Subki berkata di dlm kitabnya “al-Durrar al-Madiyah fi Rad ‘ala Ibn Taimiyah: “kesemua perkataan beliau diatas tadi berkenaan dg masalah usul merupakan kekufuran yg amat jelas disamping byk lagi masalah cabang yg lain.” Lihat al-Taufiq al-Rabbani karangan Jama’ah ulama’, m.s. 31.

(5) Imam Ibn Hajar al-Haitami berkata di dlm kitabnya “al-Fatawa al-Hadithiyah” berbunyi:

“Ibn Taimiyah ialah seorg hamba yg dikecewa oleh Allah, disesatkan-Nya, dibodohkan-Nya, dibutakan-Nya dan dihina-Nya. Dg alasan inilah para ulama’ tampil utk menjelaskan betapa rosak keadaannya dan betapa dusta perkataannya. Sesiapa yg ingin mengetahui keadaan ini, maka hendaklah mengkaji perkataan Imam al-Mujtahid yg disepakati keimamamannya iaitu Abi Hasan al-Subki, anaknya al-Taj al-Subki, Syeikh al-Imam al-I’z Ibn Jama’ah dan para ulama’ lain yg sezaman dg mereka yg terdiri daripada al-Syafi’ieyah, al-Malikiyah dan al-Hanafiyah..”

(6) Imam Waliyuddin al-Iraqi berkata di dlm kitabnya “al-Ajubah al-Mardiyah an al-A’silah al-Makkiyah” [23] berbunyi:

“Syeikh Ibn Taimiyah sebagaimana yg diketahui, ilmunya mengatasi akalnya. Keadaan ini membawanya kpd ijtihad yg mencarikkan ijma’ dlm masalah yg banyak. Dikatakan mencapai 60 masalah.” “Dengan masalah tersebut, maka ramai orang memperkatakan ttg dirinya, mencela dan mengujinya. Para ulama’ yg sezaman dengannya pula segera tampil menolak pendapat Ibn Taimiyah menjelaskan kepincangannya dan membid’ahkannya.” Beliau mati di dlm penjara kerana perbuatannya itu. Penyokong2 Ibn Taimiyah menganggap bhw beliau adl seorang daripada ulama’ yg mengatakan dg tegas bhw tdk ada kemudharatan sekiranya terdapat perselisihan pendapat di dlm masalah furu’ jika perkara itu terhasil daripada ijtihad. Tetapi org yg berselisih pendapat dg beliau mengatakan bhw beliau bukan sahaja berselisih pendapat di dlm masalah furu’, bahkan byk lagi masalah2 usul yg bertentangan dg pendapatnya. Tdk semua perkara furu’ boleh berselisih apabila telah disepakati oleh para ulama’.

(7) Imam al-Kattani pula di dlm kitab “Fahras al-Faharis”, m.s. 201-2, jld. 1, mengatakan:

“Seburuk2 dan sejahat2 apa yg dinuqilkan daripada Ibn Taimiyah ialah perkataannya terhadap hadith “turun Tuhan kita pd satu pertiga malam..” seperti turunnya aku ini.

( 8)Imam Ahmad Muhammad al-Siddiq al-Ghumari di dlm kitabnya “Ali al-Imam al-’Arifin” menjelaskan sedikit sebanyak kedangkalan pendapat Ibn Taimiyah terhadap Sayyidina Ali r.hu. Pada m.s. 55, beliau menegaskan dg katanya:

“Apa yg telah dijelaskan oleh Ibn Taimiyah terhadap Sayyidina Ali r.hu itu menunjukkan bhw beliau seorang ketua munafiq pd zamannya.” Hal ini terbukti mengikut apa yg dijelaskan oleh Baginda saw kpd Ali r.hu di dlm satu hadith sahih yg diriwayatkan oleh Imam Muslim, maksudnya:

“Tidak ada org yg menyintaimu melainkan dia seorang yg beriman. Tdak ada yg membencimu melainkan dia seorang yg munafiq.”

(9) Imam al-Kauthari di dlm kitab “Maqalat” m.s. 35 menyifatkan bhw Ibn Taimiyah adl seorang pengikut Ibn Malikan, ahli falsafah yahudi apabiila beliau (Ibn Taimiyah) menisbahkan suara kpd Allah Swt dan pendapatnya yg mengatakan menjelmanya benda2 yg baharu pd zat Allah Swt. Pada m.s. 241 pula, beliau mengkritik tindakan Ibn Taimiyah yg menuqilkan hasil2 penulisan al-Mujassimah ke dlm kitabnya. Manakala pd m.s. 242 beliau mengemukakan beberapa contoh nuqilan Ibn Taimiyah yg menunjukkan kpd aqidah al-Tasybih.

(10) Syeikh Mansur ‘Awais pula menyifatkan pendapat Ibn Taimiyah ini lebih cenderung kpd tajsim. Sebagai contoh, di dlm kitabnya “Ibn Taimiyah Laisa Salafiyan” (Ibn Taimiyah bukanlah seorang Salafi, m.s. 216), beliau secara tegas mengemukakan satu bab yg khusus berbunyi “Ibn Taimiyah menuju ke arah tajsim.”

Sebenarnya byk lagi pendapat ulama’ dan hukuman yg dikenakan keatas beliau. Tetapi, sudah memadai dg beberapa ucapan yg jelas daripada ulama’ yg mu’tabar. Penjelasan Sultan Qolaawoon, perbicaraannya dg ulama’ di mahkamah sehingga beliau dihukum penjara, fatwanya tentang talak, serta fatwa dpd fuqaha mazhab yg empat cukup utk membuktikan kpd kita ttg kontroversinya.

Sungguhpun Ibn Taimiyah salah seorang ulama’ ahl al-sunnah wa al-jama’ah, namun kredibiliti beliau sbg seorang tokoh dipertikai oleh para ulama’. Bahkan mereka mengenakan hukuman yg berat thdp beliau. Hukuman yg sebegini pula tdk akan berlaku sekiranya berkisar ttg perkara yg kecil atau masalah furu’iyyah (cabang). Apa yg nyata, tentunya Ibn Taimiyah melakukan satu kesilapan yg amat besar sehinga beliau menerima hukuman yg sedemikian.

Namun begitu, dlm beberapa penilaian, kita akan mendapati penyokong Ibn Taimiyah tetap berpegang teguh dan ta’sub kpd pendapatnya. Manakala penentang beliau akan terus menentang kerana kebatilannya yg menyalahi ijma’ dan pandangan ulama’ besar yg lain.

Natijahnya, perlulah bagi kita membuat pertimbangan yg wajar antara pro dan kontra terhadap pemikiran Ibn Taimiyah utk mencari jalan penyelesaiannya. Masih ramai lagi para ulama’ muslimin yg mu’tabar utk diijadikan qudwah atau ikutan. Pendapat Imam Mujtahid Mutlak dlm mazhab yg empat amat sesuai dipraktikkan. Begitu juga dg kredibiliti dan kreativiti syeikh2 mazhab itu sendiri. Tinggalkanlah pembawa masalah dan pencetus kesamaran kerana aqidah itu perlu dibina diatas dasar yg mantap. Hal ini penting supaya kekuatan dalaman kita dpt dicernakan bagi menyemarkkan kefahaman yg mampan dan semangat jihad dlm saf perjuangan Islam. Wallahu a’alam.

_____

[23] Kitab tulisan tangan ini masih terdapat di Maktabah Dzohiriyyah Damsyik, Syria.

***

Referensi:
* [Zamihan, 2001]

Artikel terkait:
* Siapa bilang Ibnu Taimiyah Ahlusunnah? (Bag. I)
* Siapa bilang Ibnu Taimiyah Ahlusunnah? (Bag. II)
* Siapa bilang Ibnu Taimiyah Ahlusunnah? (Bag. III)
* Ibnu Taimiyah dan Khawari

http://abaizzat.wordpress.com/2008/01/21/pendapat-para-ulama-terhadap-ibn-taimiyah/


Responses

  1. visit my new site, u can post ur articles there too!


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: