Posted by: bankwahabi | April 18, 2008

MENENTANG/MEMERANGI GOLONGAN BID’AH ADALAH WAJIB.

MENENTANG/MEMERANGI GOLONGAN BID’AH ADALAH WAJIB.

Firman Allah SWT dalam surah Ali-Imran ayat ke 104 dan 110; dan banyak Hadith Nabi Muhammad SAW tentang “menyuruh kebaikan dan melarang kemungkaran”; dan banyak kata-kata ulamak tentang “al-amr bil ma’ruf wan nahyu ‘anil munkar” yang masyhur; antaranya Abu Ali Ad-Daqqaq “berdiam diri daripada kebenaran adalah syaitan yang bisu”[1]. Maka memberi amaran terhadap golongan sesat dan menyimpang daripada Syariat Allah SWT, dan golongan yang menipu Al-Quran dan As-Sunnah (Hadith); adalah satu kewajipan dan tidak boleh dipendekkan (senyap,berdiam diri,bertasamuh) [2]. Sekiranya jika terdapat golongan yang menipu terhadap ummat Islam dalam hal-hal dunia mereka seperti berkaitan makanan dan minuman; adalah wajib kita tahzirkan (amaran, peringatan)[3]. Maka terlebih aula (didahulukan) untuk tahzir kepada mereka yang menipu ummat Islam dengan Aqidah Yang Fasad (Rosak, Sesat, Salah)[4], dan fatwa-fatwa yang menyimpang, dan menipu terhadap Ulamak-Ulamak, Al-Huffaz (mereka yang menghafaz hadith yang sampai darjat al-Hafiz), Ulamak Mujtahid, dan menyalahi Ijma’, dan mengharamkan apa yang telah dihalalkan oleh Allah SWT, dan menghalalkan apa yang telah diharamkan oleh Allah.

Telah diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi di dalam Kitab Manaqib As-Syafi’e; sesungguhnya Imam As-Syafi’e telah memberi amaran, peringatan, kepada Hafs al-fard di khalayak orang ramai; dengan berkata “sesungguhnya kamu telah kafir terhadap Allah SWT”. Dan di dalam Kitab Lisan a-Mizan (jilid 1/ ms 182); Imam As-Syafi’e telah berkata kepada Haram bin Uthman yang hidup sezaman dengannya; ketika Haram bin Uthman meriwayatkan hadith dan menipu; lalu Imam As-Syafi’e berkata “riwayat-riwayat dari haram adalah haram”[5]. Begitu juga Imam Malik yang melukakan Muhammad bin Ishaq (penulis kitab al-Maghazi) yang hidup sezaman dengannya; Imam Malik berkata kepadanya “Pendusta” dinukilkan kisah ini dalam Kitab Tahziib at-Tahzib (jilid 9/ ms 41). Dan begitu juga Imam Ahmad terhadap al-Qawadi dinukilkan kisah ini dalam Kitab Tahziib at-Tahzib (jilid 9/ ms 366).

Oleh demikian, kesesatan demi kesesatan yang dibawa oleh golongan Wahabi Mujassimah yang berpandukan Ajaran Ibn Taimiyyah, Muhamad Ibn Abd Wahab, Albani, Bin Baaz, Uthaimin, Dimasyqi, dan pendakwah-pedakwah ajaran baru ini; Wajiblah ditentang, diperjelaskan, dibedah, dibongkar, dibuka, diiklankan; segala kejahatan mereka dalam menipu dan memperbodohkan Ummat Islam dalam hal-hal berkaitan Syariat Islam. Bahkan golongan Wahabi ini sentiasa bertopengkan Salafi agar mereka ini dinobatkan golongan yang benar atau haq; tetapi merekalah golongan yang keluar daripada Agama Islam.


[1] BankWahabi: Mereka yang mengetahui tentang kebenaran sesuatu dan berdiam diri kerana bimbang akan pangkat, nama, wang, anak pinak, takut mendapat musuh; adalah umpama syaitan yang bisu. Kata-kata tersebut melambangkan dan menyamakan individu itu seperti syaitan daripada sikapnya dan bahayanya.

[2]BankWahabi: Dipendekkan bermakna; kita tidak boleh senyap, berdiam diri, mengelakkan diri, bertasamuh, memutarkan kebenaran, mencantikkan kesesatan mereka; dalam menjelaskan dan member amaran pada golongan yang disebutkan di atas.

[3] BankWahabi.

[4] BankWahabi.

[5] BankWahabi: Bermakna; riwayat daripada haram adalah haram hukumnya.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: