Posted by: bankwahabi | April 18, 2008

Fatwa Sayap Kelima: Fatwa al Albani.

Fatwa Sayap Kelima: Fatwa al Albani.

Oleh: Al ‘Allamah al Muhaddith Sayyid Abdul Aziz Siddiq al Ghumari.

Majalah ‘World’ yang diterbitkan di London bertarikh 3 Julai 1993 telah menerbitkan sebuah kenyataan yang bertajuk: Fatwa al Albani Yang Pelik.

Majalah itu dipetik sebagai berkata:
Dunia Islam menerima dengan perasaan terkejut dan marah fatwa yang dikeluarkan oleh tokoh hadith Salafi yang terkemuka, Syeikh Nasiruddin al Albani yang dilaporkan berkata, “Rakyat Palestin perlu meninggalkan Palestin dan menyerahkannya kepada Yahudi serta tinggal di luar Palestin.”

Al Albani turut ditanya mengenai usaha yang dilakukan oleh salah sebuah gerakan jihad Islam di negara-negara yang dijajah, lalu beliau menjawab, “Gerakan itu hanyalah gerakan politik. Usaha yang dilakukan bukanlah jihad dan ia sendiri bukan sebuah gerakan Islam.”

Sumber-sumber media Islam di Jordan pula dipetik sebagai berkata:
Fatwa al Albani tersebut telah selesai dirakamkan menerusi kaset-kaset dan diedarkan. Ia telah menyebabkan timbulnya fitnah yang tidak dapat dibendung serta menerima kritikan hebat daripada golongan ulama’ yang berautoriti dalam bidang Fiqh.
Sampai di sini sahaja berita tersebut…
Ramai yang telah menghubungi saya bertanyakan tentang fatwa ini yang sememangnya dianggap sebagai bencana terhadap gerakan yang menentang penjajahan Zionis-Amerika di bumi Palestin yang setiap hari melenyapkan nyawa ratusan lelaki, wanita dan kanak-kanak: Apakah hukum syara’ terhadap orang yang mengeluarkan fatwa ini?

Saya menjawab di sini: Orang yang mengeluarkan fatwa ini adalah sesat, melencong dan terkeluar dari jalan kaum Muslimin disebabkan fatwanya ini.

Jika anda merujuk kitab-kitab Fiqh Islam dalam pelbagai mazhab, anda akan dapati di dalamnya hukuman ke atas orang yang rela untuk tunduk kepada pemerintahan kuffar serta berusaha untuk menyerahkan bumi kaum Muslimin kepada mereka adalah kafir, murtad dan halal darahnya.

Ini adalah hukuman yang tidak diperselisihkan di kalangan para fuqaha’. Maka ia merupakan ijma’ di kalangan mereka. Di antara kejahilan al Albani menerusi fatwanya ini ialah apabila beliau menghukum usaha yang dilakukan oleh gerakan jihad Islam bukannya jihad tetapi ia hanya usaha politik.
Siapa yang menyatakan kepada beliau (al Albani) bahawa orang yang berjuang untuk membebaskan tanah airnya bukan mujahid? Sedangkan hadith ada menyebut:
Barangsiapa yang terbunuh ketika mempertahankan hartanya, maka dia adalah syahid.

Maka mereka yang terbunuh di Palestin adalah syuhada’ menurut nas hadith ini.
Bukan daripada ajaran agama jika kita meninggalkan politik yang mengatur urusan kehidupan baik ketika aman mahupun ketika peperangan. Bukan juga daripada ajaran agama jika kita hidup secara semberono sahaja tanpa mengambil langkah berhati-hati dan tidak merancang strategi untuk mencapai matlamat yang kita inginkan.
Sama sekali bukan wahai Salafi kurun ke-20!
Islam tidak menyuruh anda supaya meninggalkan politik dan hidup seperti orang kebingungan di muka bumi ini. Kerana itu, Islam mensyariatkan ijtihad dan istinbat (pengambilan) hukum berdasarkan realiti sesuatu zaman.
Sedangkan fatwa anda ini merupakan sebahagian taktik politik, bagaimana anda sendiri menolak politik?!
Sebenarnya apa yang perlu kita ambil perhatian di sini ialah fatwa ini keluar berdasarkan arahan daripada Rumah Putih (White House) yang berpandangan bahawa selepas kematian Kesatuan Soviet (Soviet Union), maka Amerika perlu meluaskan lagi jajahannya bersesuaian dengan kepentingan dan ideologi Kesatuan Soviet. Rancangan ini tidak akan sempurna melainkan dengan menghapuskan setiap penentangan yang menghalang kepentingan dan pelaksanaannya. Rancangan ini juga tidak dapat disempurnakan kerana ia dihalang oleh gelombang penentangan secara besar-besaran yang dipimpin oleh umat Islam di seluruh dunia bagi membebaskan negara-negara yang dijajah daripada cengkamannya. Untuk itu Amerika terus berfikir dan akhirnya berpandangan bahawa sebaik-baik perkara yang boleh dilakukan untuk melemahkan semangat para pejuang pembebasan ini ialah dengan menarik agen-agen yang terkenal dengan keilmuan untuk berdiri di sayap kelima batalion Amerika supaya agen-agen ini boleh berperanan melemahkan semangat perjuangan yang didirikan atas nama Islam dan memandang enteng penjajahan terhadap negara-negara mereka yang dilakukan oleh musuh Islam serta bertindak membasuh otak mereka daripada idea jihad untuk membebaskan tanah air sehingga akhirnya para pejuang ini meletakkan senjata dan membiarkan sahaja Amerika bermaharajalela tanpa sebarang tentangan.
Sejak tahun-tahun kebelakangan ini juga, Amerika telah mengutus delegasi yang membawa agen-agen daripada kalangan ulama’ seperti al Albani untuk menentang al Syahid Sayyid Qutub. Saya pernah terbaca tulisan sebahagian mereka yang menafikan kelebihan dan keistimewaan Sayyid Qutub yang telah meletakkan methodologi bagi generasi ini untuk menentang Imperialisme dan Zionisme.
Untuk menarik agen-agen yang terdiri daripada kalangan ulama’ ini, Rumah Putih (White House) telah membelanjakan wang yang melimpah ruah sehingga melelehkan air liur agen-agen ini serta melenyapkan pemikiran mereka. Kerana itu Abu Tamam berkata di dalam syairnya:
Biawak dhob dan ikan Nun diharapkan boleh berhimpun;
Namun jangan diharap Akal dan Emas boleh berhimpun.

Di dalam hadith sohih ada menyebut:
Binasalah hamba dinar. Binasalah hamba dirham. Binasalah dan terbalik. Apabila dia disengat, maka dia tidak bertindak balas!


Di antara tanda kebinasaan hamba dinar dan dirham ialah apabila dia mengengkari agamanya sendiri seperti orang yang mengeluarkan fatwa ini (al Albani) sehingga sanggup mengkhianati tanah airnya dan tunduk terhadap pemerintahan musuhnya. Segala urusan adalah milik Allah Ta’ala jua.
Saya menterjemahkannya berserta olahan daripada sumber asal:
http://www.alghomari.com/al_makalate/ar15.html

Responses

  1. salam, ana nak bg cdgn skit utk dmuatkan dlm bank wahabi ttg satu maklmat ttg penyelewengan yahudi mengenai ‘dome of rock’ terhadap masjid al aqsa. mereka mengaburi masyrkt dunia dengn dome of rock milik yahudi… apabila media barat bercerita mengenai masjid al aqsa maka dipaparkan imej dome of rock….
    for more details…. please visit
    http://rasulullahsaw.multiply.com/photos/album/8/Masjid_Al-Aqsa


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: