Posted by: bankwahabi | Mac 15, 2008

TURUNNYA SEORANG POLITIKUS: Pendokong Wahabi

TURUNNYA SEORANG POLITIKUS

Dijulang ketika menang. Diturun ketika tidak diperkenan.

BERITA TERKINI :

Radio 24 melaporkan : Kira-kira jam 11 pagi tadi (Jumaat 14 Mac 2008) Dato Seri Shahidan Kassim dan rombongannya telah mengadap KDYMM Sultan Perlis di Istana Siraj untuk mendapat perkenan Tuanku bagi menyambung khidmatnya sebagai Menteri Besar. Usaha ini dilakukan setelah parti pimpinan beliau berjaya meraih majoriti mudah dalam pilihanraya umum ke-12 baru-baru ini di peringkat negeri Perlis.

Saya difahamkan akhbar bahawa Dato’ Seri Shahidan terlebih dahulu telah mendapat restu dari PM untuk terus mentadbir Perlis. Sekaligus disandarkan harapan untuk menyatupadukan UMNO Perlis yang bergolak. Retak menanti belah.

HAJAT TAK TERCAPAI :

Namun, hajat Dato’ Seri tidak kesampaian. Kemengadapan Dato’ Seri ditolak oleh Tuanku Sultan. Sultan Perlis khabarnya betul-betul tidak berkenan Dato’ Seri Shahidan kembali menyambung tugasannya. Kemungkinanan besar Tuanku dah cuak dengan cara dan gaya pentadbiran beliau. Lagipun, beliau sudah begitu lama diberi kesempatan memegang portfolio MB. Perlis tetap sama seperti dulu. Tiada perubahan yang benar-benar nyata dan menguntungkan hamba rakyat jelata. Sebaliknya, ‘Darul Sunnah’ yang direncana beliau dgn Sahibus Samahah Mufti Dr Mohd Asri pula glamour dengan isu-isu yang merugikan ummat. Sunnah Retotik, Sunnah Kulit, Sunnah Tempelan, Sunnah Wahhabi dan macam-macama jolokan kedengaran. Inilah akibatnya jika memahami Sunnah dengan tafsiran yang sempit.

JANGAN LUPA :

Jangan lupa Dato’ Seri, Dato’ Seri pernah mengapi-apikan kepimpinan JAKIM supaya membuang saya dari perkhidmatan ini. Entah berapa kali Dato’ Seri menemui Ketua Pengarah JAKIM bagi membincangkan pemecatan saya. Isunya kerna saya mendedahkan tentang fahaman Wahhabi. Provokasi Dato Seri dan Mufti sedikit sebanyak memberi tekanan kepada saya. Dan saya benar-benar dizalimi. Sekarang, doa dan munajat orang-orang yang dizalimi itu dimakbulkan Allah.

TERIMALAH HAKIKATNYA :

Dato Seri, hati orang mukmin itu tidak gembira dengan apa yang ada. Dan tidak gusar bila terlucut sesuatu ditangannya. Jadikanlah redha itu sebagai santapan hati kita. Bukankah Takdir itu sudah ditetapkannya. Syeikh Abdul Qader al-Jaylani mengatakan : “Wahai kaumku, janganlah meminta yang lebih atau yang kurang. Janganlah terkedepan atau terkebelakang sebab takdir Allah itu meliputi segala sesuatu darimu secara berasingan. Tiada seorangpun diantara kamu melainkan baginya satu kitab (tertulis) yang khusus baginya.”-al-Jaylani, Fath al-Rabbani Wa Faydh Rahmani, hlm 77

Bagi saya, segalanya telah selesai dalam ketetapan Allah SWT. Qadhaknya telah berlalu. Tiada seorangpun yang boleh memprotes keputusanNya. Ucaplah : “Tiada boleh ditanya dari hal apa yang diputuskanNya. Namun mereka nanti akan ditanya.”- al-Anbiya’ 23

Oleh itu, renunglah apa yang telah kita usahakan untuk hari muka. Jika kita menuai pahala kita selangkah kita ke syurga. Jika kita berkhidmat terpalit dosa masih ada ruang untuk kita bertaubat nasuha. Jika tiada, kita sedang mengatur langkah ke neraka. Na’uzubillah min zalik.

Walaupun Dato Seri tidak lagi memegang kuasa, Dato Seri masih berkesempatan untuk berdakwah. Boleh jadi Ustaz. Harta kurang..Tapi pahalanya banyak. Disamping itu, saya nak juga tahu bagaimana nasib Mufti Wahhabi seterusnya.

MANUSIA TIADA SELAMANYA HIDUP KEKAL DGN HARTA, KUASA DAN TAHTA

http://al-ghari.blogspot.com/


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: