Posted by: bankwahabi | Februari 28, 2008

Wahabi Sesat?

JOHOR AKTIF BANTERAS FAHAMAN EKSTREM WAHHABIYYAH

Wajah kebangkitan Ahli Sunnah Wal Jamaah Original
di Pusat Islam Iskandar, Johor Darul Ta’zhim
Kelihatan Syeikh Dr Umar Abdullah Kamil – Ulamak dari Arab Saudi (sedang memegang tongkat), disebelahnya ialah Syeikh Dr Abdullah al-Baitiy al-Yamani dan Syeikh Muhammad Ismail Zayn al-Makki.

MUFTI CEMERLANG JOHOR GEMILANG
Jabatan Mufti Johor menganjurkan Multaqa Ulamak Yaman & Arab Saudi bagi memberi penjelasan terhadap isu-isu yang dibangkitkan oleh Wahhabi Jadian M’sia. Multaqa ini berlangsung pada Selasa 20/2/2008 di Pusat Islam, Iskandar Johor Bahru.

Para pembentang memaparkan tentang fenomena Salafiah Wahhabiyyah, Isu Khilafiah-Bid’ah, Pemecahan Tauhid kepada 3 (Uluhiyyah, Rububiyyah dan Asma Wa Sifat) , tanggung jawab umat Islam terhadap agamanya dan lain-lain. Pendedahan ini sederhana ini sekaligus merungkai segala syubhat yang ditimbulkan oleh golongan yang berfahaman ekstrem.

Peserta yang hadir dianggarkan melebihi 2000 orang. Mereka terdiri dari Guru-guru agama Kementerian Pelajaran, Guru-guru J-Qaf, Guru-guru agama Kerajaan Negeri, Kakitangan Kerajaan dan orang awam yang berpendidikan. Bravo! Dato’ Noh. Seorang Mufti yang berani mempertahankan kebenaran Ahli Sunnah. Mufti Cemerlang Johor Gemilang.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: