Posted by: bankwahabi | Februari 26, 2008

PERAKUAN ULAMAK TERHADAP METODOLOGI ‘ASYAI’RAH

PERAKUAN ULAMAK TERHADAP METODOLOGI ‘ASYAI’RAH

Ini Satu kitab berjudul AHLI SUNNAH AL-‘ASYA’IRAH. Kitab ini memuatkan perakuan para alim ulamak kotemporari terhadap Akidah Ulamak ‘Asya’irah. Metodologi ini diguna pakai secara meluas oleh majoriti umat Islam kini. Kitab ini disusun oleh Syeikh Ahmad al-Sinnan dan Syeikh Fauzi al-Anjari. Nak baca isi panjang. Apa kata..kita tengok kulit je. Kira okay la kan. Terutamanya bagi mereka yang memerlukan keyakinan secara ekspress dan kesuntukan masa untuk menelaahnya. Bagi mereka yang ‘alim tesis’ pun boleh boleh merujuk kepada kitab ini. Dan jangan lupa untuk mendapatkan naskahnya yang original. Pastikan yang ori.

Antara alim ulamak yang mengesahkan kebenaran metodologi ‘Asya’irah aialah :

1) Syeikh Prof Dr Muhammad Hassan Haito
2) Syeikh Prof Dr Muhammad Faouzi Faydullah
3) Syeikh Prof Dr Muhammad Sa’id Ramadhan al-Buthi
4) Syeikh Prof Dr ‘Ujail Jasim al-Nesymi
5) Syeikh Prof Dr Ali Jumaat – Mufti Mesir
6) Syeikh Prof Dr Muhammad Abd Ghaffar Syarif
7) Syeikh Prof Dr Wahbah al-Zuhaili
8) Syeikh Dr Abd Fattah al-Bazami – Mufti Syiria
9) Syeikh Dr Hussain Abdullah al-Aliy
10) Syeikh Ali Zainal Abidin al-Jufri

KESIMPULAN :

1) Jika para alim ulamak terdahulu dan terkemudian memperakui metodologi ‘Asya’irah adalah benar, maka tiada alasan atau hujjah bagi kita untuk menyesat, mengkafirkan dan mengeluarkan mereka dari Islam tercinta. JUSTERU, TERIMALAH KEBENARAN DENGAN BUKTI-BUKTINYA.
2) Sesungguhnya mengeluarkan mereka dari Islam merupakan satu jenayah terbesar. Bahkan tindakan ini merupakan satu usaha untuk menghancurkan khazanah Ahli Sunnah Wal Jamaah.
BERSAMA PERTAHAN KETUANAN ULAMAK

Sunday, February 24, 2008

AHLI SUNNAH AL-ASYA’IRAH

Ini satu Fasal
Maksudnya : “Anda hendaklah memperelokkan pegangan anda, memperbaikinya dan meneguhkannya berdasarkan metodologi ‘Golongan Yang Berjaya’. Ia merupakan satu golongan yang amat dikenali dalam Pemikiran Islam. Iaitu golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Dan mereka berpegang dengan apa yang dipegangi Rasulullah SAW dan para sahabatnya RA. Dan anda, jika anda memiliki fahaman yang lurus berdasarkan hati yang suci dalam memahami kandungan al-Kitab dan al-Sunnah yang mengandungi ilmu keimanan dan jika anda menyelidiki sejarah para Salaf Soleh yang terdiri dari kalangan sahabat dan tabi’in anda akan dapati sesungguhnya kebenaran itu terpatri/termaktub dengan golongan ‘Asya’irah. Iaitu satu golongan yang dinisbahkan kepada Imam Abu Hassan al-Asy’ari RHM. Sesungguhnya beliau telah menyusun atur kaedah Akidah yang Benar (Ahli Sunnah Wal Jamaah) dan membentangkan dalil-dalinya. Ia merupakan akidah yang disepakati para sahabat dan golongan yang terplilih selepas mereka. Ia adalah akidah yang benar merangkumi masa dan tempat…”

JUSTIFIKASI :

1) Akidah Asya’irah adalah merupakan pegangan yang benar berasakan peninggalan Nabi SAW, para sahabat dan tabi’in yang terpilih.

2) Dakwaan yang mengatakan bahawa akidah golongan ‘Asya’irah bertentangan dengan Nabi SAW, para sahabat dan tabi’in adalah tidak benar sama sekali. Sebaliknya mereka pejuang Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah semenjak zaman berzaman.
3) Golongan yang mengeluarkan mereka dari lingkungan umat Islam adalah dikira golongan pelampau. Tak kira samada Wahhabiyah, Syiah, Liberal atau aliran yang sewaktu dengannya.
JAUHI FAHAMAN PELAMPAU

‘ASYA’IRAH PELOPOR AHLI SUNNAH WAL JAMAAH

Fokus : Fasal yang Ke-2
Maksudnya : “Apabila dipergunakan lafaz Ahli Sunnah Wal Jamaah maka yang dimaksudkan mereka adalah dari golongan ‘Asya’irah dan al-Maturidiyyah.”

Al-Khayyali mengatakan di dalam Hasyiahnya ke atas Syarh al-‘Aqa’id : Golongan ‘Asya’irah adalah golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Inilah (istilah) yang dikenali secara masyur di negeri Khurasan, Iraq, Syam, kebanyakkan negeri umat Islam dan negeri-negeri di belakang dua sungai (Sg Sehon & Jehon. Iaitu Bukhara, Samarkand, Khawarizmi DLL). Dipergunakan lafaz ‘al-Maturidiyyah’ merujuk kepada para sahabat al-Imam Abu Mansur al-Maturidiy. Antara dua pihak (‘Asya’irah dan al-Maturidiyyah) terdapat perselisihan pendapat pada sebahagian masalah seperti permasalahan sifat Takwin dan lain-lain.”

JUSTIFIKASI :

1) Akidah golongan ‘Asya’irah dan al-Maturidiyyah adalah Akidah yang diwarisi dari Nabi SAW, Para sahabat, tabi’in dan golongan yang mengikuti mereka. Bahakan mereka merupakan pelopor kepada Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan mempertahankan kesuciannya dari dicemari.

2) Majoriti Ulamak dan umat Islam berpegang kepada metodologi ini. Sehinggalah datang beberapa tokoh kontroversi yang mendakwa ‘mereka pengikut Salaf yang sebenar’. Tetapi dalam masa yang sama mengecam ulamak ‘Asya’irah, menyesat dan mengkafirkan mereka. Seterusnya mengeluarkan mereka dari umat Islam. Masya Allah.

3) Sikap suka menyesat dan mengkafirkan umat Islam ini sebenarnya bukan berasal dari golongan SalafusSoleh. Sebaliknya merupakan manifestasi dari ajaran sesat dan menyeleweng dan bertentangan dengan Islam.

KESIMPULAN :

1) Doktrin menyesat dan mengkafirkan ulamak bukan dari ajaran Salaf. Sebaliknya merupakan ajaran salah yang mmenyalahi prinsip Ahli Sunnah Wal Jamaah.

2) Jika Pelampau Wahhabi menjadikan fahaman ini sebagai doktrin asas mereka maka KATAKAN TIDAK PADA WAHHABI.

3) Jauhkan diri anda dari taburan fitnah pelampau agama. Besederhana sebaik-baik jalan untuk kita. Wallahu’lam.


Responses

  1. […] unknown wrote an interesting post today on PERAKUAN ULAMAK TERHADAP METODOLOGI âASYAIâRAHHere’s a quick excerpt PERAKUAN ULAMAK TERHADAP METODOLOGI ‘ASYAI’RAH Ini Satu kitab berjudul AHLI SUNNAH AL-‘ASYA’IRAH. Kitab ini memuatkan perakuan para alim ulamak kotemporari terhadap Akidah Ulamak ‘Asya’irah. Metodologi ini diguna pakai secara meluas oleh majoriti umat Islam kini. Kitab ini disusun oleh Syeikh Ahmad al-Sinnan dan Syeikh Fauzi al-Anjari. Nak baca isi panjang. Apa kata..kita tengok kulit je. Kira okay la kan. Terutamanya bagi mereka yang memerlukan keyakinan secara ekspress dan kesuntukan ma […]


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: