Posted by: bankwahabi | Februari 14, 2008

AWASI DAKYAH PADERI

HUJAH KELIRU PADERI
Bagi menegakkan benang yang basah. Paderi Lawrence mendakwa, “Bible bahasa Melayu menggunakan Allah untuk God dan ‘Tuhan’ untuk Lord.” Sebenarnya dakwaan ini tidak benar sama sekali. Paderi Lawrence dan Herman Sastri bukan arif dan pakar bahasa. Mereka berdua tidak perlu mengajar Melayu Muslim tentang istilah dan kepenggunaan bahasa yang betul dalam bahasa Melayu?

Sebenarnya, Bahasa Melayu memahami istilah Tuhan merujuk kepada God bukannya Lord. Dalam kes ini, Syed Ali Tawfik (Ketua Pengarah IKIM) mengulas : “Orang Melayu faham bahawa apabila istilah Arab iIah digunakan, ia merujuk kepada istilah Inggeris God dan istilah Melayu Tuhan. Apabila istilah Arab Rabb digunakan, ia merujuk kepada istilah Inggeris ‘Lord’.

Oleh yang demikian, apabila kalimah syahadah diterjemahkan dalam bahasa Melayu, bunyinya Tiada Tuhan melainkan Allah, yang diterjemahkan dalam bahasa Inggeris sebagai There is no God but/except Allah. Sekiranya istilah God diterjemahkan sebagai Allah, maka terjemahan tersebut akan berbunyi Tiada Allah melainkan Allah (”There is no Allah but Allah”). Terjemahan seperti ini tidak pernah berlaku dalam sejarah bahasa orang Melayu.

Ia dilihat satu kontradiksi dengan realiti semasa. Bahkan mengundang kebuntuan dalam memahami agama.

Kesimpulannya, jelas kepada kita bahawa Paderi Lawrence sengaja menggunakan rangkai kata bahasa Melayu tetapi tidak merujuk kepada disiplin bahasa melayu itu sendiri.

Apabila dikhuatiri penggunaan bahasa janggalnya itu dipertikai, beliau mula berpindah ke penggunaan ‘bahasa Malaysia’ dalam terbitan mingguan katholik mereka. Kononnya ia digunakan untuk memenuhi keperluan “ramai penganut Katolik yang bertutur dalam bahasa Malaysia” di negara ini. Langkah ini memanifestasikan kenyataan bahawa beliau sendiri yang mencipta kekeliruan bahasa untuk memerangkap bangsa.

Akhirnya beliau berselindung di sebalik keputusan Jemaah Menteri yang memutuskan bahawa bahasa Melayu dirujuk sebagai ‘Bahasa Malaysia’. Bagi saya, ini adalah satu propaganda dalam menjadikan bahasa sebagai medium terbaru dakwah mereka ke atas Melayu Muslim kita. Apakah golongan kristian sudah ketandusan idea dan miskin bahasa?

DAKWAAN SUMBANG

Paderi Lawrence juga mendakwa, “Kami mengikut Bible,” mengenai penggunaan istilah ‘Allah’ bila merujuk kepada istilah ‘God’. Apakah itu benar? Apakah beliau betul-betul menggunakan Bible sebagai sumber rujukannya? Terjemahan atau versi Bible mana yang beliau rujuk? Rujuk Bible ke buku bahasa Melayu sekolah rendah?

Sebenarnya dalam Last Testament @ New Testament perkataan Tuhan diistilahkan dengan Yahweh, Yehovah, Eloah, El, Elohim dan lain-lain lagi. Penganut Kristian tentu lebih arif tentang nama-nama Tuhan mereka. Justeru, apakah motifnya untuk dipergunakan kalimah Allah dalam kitab Suci dan di gereja mereka. Bukan setakat melayu muslim sahaja keliru. Penganut Kristian katholik pun dikhuatiri keliru dan binggung akibat kenyataan Paderi Lawrence yang membengongkan itu. Jelasnya, beliau tidak merujuk Bible. Tetapi sekadar bermain api bahasa sahaja.

LAFAZ ALLAH DALAM BAHASA ARAB :

Perlu disedari bahawa Islam menggunakan lafaz Allah adalah nama khas. Sedangkan lafaz ‘Tuhan’ (‘God’) adalah istilah umum boleh dikongsi antara kepercayaan. Dan Hanya Islam bersifat eksklusif. Keekslusifan Islam terasing dalam perkongsian tadi.

Penggunaan Lafaz Allah dalam Islam menunjukkan keEsaan, objek tumpuan (al-Somad) kemuliaan teragung (Jal al-Jalaluh), Pencipta (al-Khaleq) dan Pemerintah Alam Semesta (Rabb ‘Alamin).
Justeru, istilah Allah hanya sah untuk Tuhan yang Sebenar iaitu Allah. Istilah inilah yang dibawa Para Anbiya’. Ini kerana semua mereka menyeru kepada Islam. Cuma matang dan lengkapnya Islam di zaman Nabi Kita Muhammad SAW.

Manakala mengikut ajaran Kristian, tidak ada nama khas Tuhan dalam Bible. Oleh kerana nama khas Tuhan tidak disebut dalam Bible, berlakulah suatu kekaburan mengenai siapa yang disembah samada Lord (di syurga), God (Jesus-menunggu wahyu) atau Roh Kudus (turun ke bumi).

Kita sedia maklum, konsep Ketuhanan Kristen boleh dipecah-belah. Tiga dalam Satu. Semacam ramuan syampu atau kopi tertentu. Cumanya cabang fahaman berbeza. Kristian Unitarian percaya Bapa ialah Tuhan sebenar. Jesus dan Roh Kudus adalah lebih rendah darinya.

Kristian Trinitarian pula percaya Bapa, Roh Kudus dan Jesus adalah Tuhan Sebenar. Tiga Peribadi dalam Satu Peribadi. Tapi boleh dipecah-belah dengan 3 watak berbeza.

Walau bgaimanapun, mereka tidak mengistilahkan Tuhan Bapa @ Tiga Peribadi Satu Peribadi itu adalah ALLAH.

Sedangkan di dalam Islam adalah jelas. Tuhan Sebenar adalah Allah sahaja. Dialah yang Esa yang tidak boleh dipecah-belah. Jika fahaman ini dipersamakan (antara Allah dgn Tuhan yang lain) ia menjustifikasikan fahaman Islam Liberal. Iaitu fahaman yang menganggap Satu Tuhan Untuk Semua Agama. Nau’zubillah min zalik.

PENELITIAN :
Lebih lanjut mari kita meneliti secara mendalam apa yang dinyatakan dalam al-Quran mengenai siapa Tuhan? menerusi versi terjemahan Inggeris oleh Abdullah Yusuf Ali : Surah al-Ikhlas : “Allah benar wujud, Yang Maha Esa, Yang Maha Tunggal; Yang Maha Kekal Diperlukan, sunyi dari sebarang keperluan; kepada-Nya bergantung semua perkara, kepada-Nya kembali semua benda; Dia tidak beranak, berbapa atau berpasangan. Bagi-Nya tiada suatu pun tara. (Lihat Abdullah Yusuf Ali, The Meaning of the Holy Qur’an, Brentwood, Maryland: Amana Corporation.)

Kalimah Allah tidak mungkin difahami sebagai memiliki anak atau bapa kerana itu akan memasukkan sifat benda bernyawa dalam kefahaman kita mengenai-Nya; sifat-sifat dan hakikat-Nya tunggal tersendiri tidak ada tara-Nya (ringkasan kepada catatan no. 6296, Abdullah Yusuf Ali, The Meaning of the Holy Qur’an, Brentwood, Maryland: Amana Corporation, 1991, ms. 1714).

Oleh itu, jelaslah bahawa bahagian akhir penerangan tafsir berkenaan, Al-Qur’an secara jelas menyanggah konsep Tuhan Tiga-Bersatu (Trinity) oleh Bible. Jika wujud percanggahan kenapa hendak dipergunakan juga kalimah Allah?.

Jika ada yang mendakwa nama khas Tuhan adalah Lord, kenapa istilah Lord diterjemahkan dengan ‘Tuhan Bapa’. Buktinya :

“…biarlah dunia percaya yang BAPA telah mengutus aku (Jesus).”(Yohanes,17:21)

“Namun akan hari (terjadi)nya (kiamat) atau ketikanya itu tidak diketahui oleh seorang jua pun, baik segala malaikat yang di syurga pun tidak, anak (Jesus) itu pun tidak, HANYALAH BAPA SAHAJA.”(Markus 13: 32)

Justeru, Jika ada yang mendakwa nama khas Jesus ialah ALLAH, kenapa tidak diterjemahkan sedari dulu lagi JESUS ALLAH. Sebaliknya dipergunakan TUHAN JESUS. Ternyata, mereka cuba merencanakan sesuatu yang tidak berfakta dan tidak masuk dek akal.

Responses

  1. […] Artikel diambil dari https://bankwahabi.wordpress.com/2008/02/14/awasi-dakyah-paderi/ […]


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: