Posted by: bankwahabi | Januari 22, 2008

Fatwa-Fatwa Mufti Kerajaan Johor: selepas dirumikan. Wahabi Bukan Ahlus Sunnah?

Fatwa-Fatwa Mufti Kerajaan Johor

Yang Telah Difatwakan

Oleh:

Allahyarham Dato’ Sayyid ‘Alawi Bin Tahir Al-Haddad

Mufti Kerajaan Johor

 

(1356H-1381H = 1936M-1961M)

 

Dikumpulkan dan Diterbitkan Oleh:

Bahagian Penerbitan Jabatan Agama Johor

 

Jilid: 1

Muka Surat: 397, 398, 399

 

Perkara: Mengenal Kaum Muda dan Musuh-Musuh Islam.

 

Soalan:

1.      Bagaimanakah dapat dikenal atau diketahui alamat-alamat kaum muda itu?

2.      Adakah kaum muda itu terjumlah dalam golongan Islam?

 

Jawab:

 

1.      Yang dikatakan kaum muda pada pertuturan orang-orang zaman ini; ialah suatu kumpulan orang-orang yang tiada cukup mengerti dan faham tentang agama Islam, mereka bersungguh-sungguh hendak menghampir dan menyatukan agama Islam kepada agama lain. Apa jua perkara yang terbit (yang datang) daripada agama kristian atau majusi; mana yang dipandang mereka molek (cantik) dan elok pada zahirnya, berkehendaklah mereka memealingkan hokum-hukum Islam kepadanya, seperti berkata setengah mereka itu: babi itu satu binatang yang suci; dan berkata yang lain pula: tiada sah rujuk (dalam masalah talak) dengan tiada redha perempuan, dan berkata yang lain pula: Nabi Allah Isa Alaihissalam berbapa seperti perkataan orang-orang kristian atau orang yahudi.

 

Setengah daripada alamat mereka itu: mereka marahkan imam-imam mazhab yang empat dan ulama’ fiqah, mereka mengaku mengetahui Quran dan Hadith Nabawi, mereka membangkang ijma’, menyiarakan(menyebarkan) masalah khilaf di antara umat-umat Islam, supaya menambah porak peranda umat-umat Islam; sebagaimana yang disukai oleh seteru-seteru Islam, apabila mereka melihat orang-orang Islam tiada meneyentuh Quran melainkan kemudian daripada mengambil air sembahyang, mereka berkata: harus menyentuh Quran denagn tiada air sembahyang. Apabila mereka melihat orang-orang Islam tiada membaca Quran melainkan kemudian daripada bersuci daripada hadas besar, mereka berkata: harus membaca Quran kalau ada hadas besar sekalipun. Apabila melihat orang-orang Islam menjauhkan diri daripada najis seperti arak dan babi; mereka berkata: kedua-dua perkara itu suci, mereka mencita-cita supaya orang-orang Islam jadi seperti orang majusi, mereka berlumur dengan lemak babi dan mencurahkan arak kepada bajunya lalu sembahyang. Setengah daripada mereka itu, sepanjang hari memain kemaluannya atau menyentuh kemaluan isterinya beberapa kali; kemudian boleh ia sembahyang dengan tiada payah mengambil air sembahyang lagi, demikian jua kalau ia membuat rantai leher daripada daging babi atau memakai kulit babi yang basah, kemudian pergi sembahyang, nescaya sah sembahyang di sisi mereka itu. Kalau mereka bergelumang dalam reban ayam atau kandang kambing atau lembu dan jadi baunya sebusuk-busuk manusia, kemudian ia sembahyang, sah juga sembahyang di sisi mereka itu. Dan setengah daripada alamat mereka itu, mereka bersungguh-sungguh mengamati dan mengambil susah dalam perkara yang kecil seperti; talqin, tahlil dan seumpamanya, dan tiada menghiraukan perkara-perkara yang besar seperti dosa-dosa besar yang telah membiak, setengah daripadanya; zina, riba, was-was sangka pada Allah dan mengajar kanak-kanak Islam agama yang bukan agama Islam; perkara ini semua tiada disebut dan tiada dihiraukannya. Dan setengah alamat mereka itu, mereka berseteru dan merekakan(mengada-adakan) masalah-masalah fiqh yang ada padanya khilaf. Barangsiapa yang menyalahi akan mereka itu pada satu daripada masalah-masalah fiqh; seperti satu hukum daripada hukum-hukum sembahyang, atau sujud sahwi atau tayammum atau sunat talqin; nescaya mereka jadikan orang itu seteru, terus diingkarkannya. Semuanya ini ialah adapt orang-orang al-Khawarij (orang-orang yang benci akan Saiyyidina Ali Karramallahhuwajhah) dan adat ahli bid’ah yang menyalahi puak-puak Islam, kerana sahabat-sahabat Nabi Shollahu alaihi wasallam, at-Tabi’en, mereka yang kemudian dan imam-imam mazhab yang empat dan sekalian Ulamak mazhab; mereka bersalahan-bersalahan (berbeza pendapat) pada beberapa masalah dalam masalah fiqh, tetapi mereka tiada berseteru di antara setengah dengan setengahnya dengan sebab bersalahan-bersalahan ambilan itu kerana bukannya bersalahan itu pada usul (usul masalah) bahkan pada furu’ (cawangan-cawangan masalah) sahaja.

 

2. Setengah daripada mereka itu ada yang keluar daripada agama Islam, seperti orang-orang yang menyembunyikan ajaran Qadyani dan yang mengi’tiqodkan Nabi Isan a.s berbapa dan setengah daripada mereka ada orang yang mereka-rekakan syariat Islam.

 

*BankWahabi: Jika ada salah silap minta berikan komen. Ini hanya merumikan bahasa jawi. Kerana mungkin antara pembaca moden yang sukar memahami bahasa jawi.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: