Posted by: bankwahabi | Januari 20, 2008

Tajuk Yang Pelik…Apa tu?

Benarkah ASRI telah KAFIR?


Oleh: Abu Syafiq ( 012-2850578 )

Pertamanya saya menyahut segala debat ilmiah atas apa-apa perbincangan berkaitan akidah terbit dari ajaran atau agama baru Al-Wahhabiyah Mujassimah. Perkara ini telah lama diutarakan kepada musuh Islam Al-Wahhabiyah samada dalam bahasa Arab mahupun apa-apa bahasa pun. Peringkat kecil-kecilan bersama kanak-kanak Wahhabi telah berlangsung dan keputusannya ramai yg mengakui Wahhabiyah adalah AGAMA BARU.

Keduanya, berkaitan insan yg dek keranananya tercalar institusi Mufti di negara kita ini kerana dialah juga martabat Mufti seolah-olah tidak lagi diiktiraf oleh masyarakat bahkan sering dikaitkan dengan pergaduhan dan perbalahan sahaja yg tidak membawa kepada kesatuan dan kemenangan ummat, yg dimaksudkan adalah si Mohd Asri bin Abdul Talib atau yang lebih suka diglamourkan dengan mem binkan kepada Zainul Abidin.

BENARKAN MOHD ASRI ABDUL TALIB @ ZAINUL ABIDIN INI KAFIR?
Jawapan kepada soalan ini perlulah dijawab mengikut displin ilmu yang diiktiraf.
Cuba lihat pelbagai penyebaran ilmu yg bercanggah dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah dilakukan oleh Dr.Maza ini yang berkaitan dengan aqidah sebagai antaranya:

1- Asri mendakwa Nabi Ibrahim mencari-cari Tuhannya dan Asri menganggap nabi Ibrahim adalah WATAK dalam hal seorang yang sentiasa mencari-cari tuhan, diletakan sebagai objek dan pelbagai lagi. Asri mengambarkan seolah-olah Nabi Ibrahim berakidah bintang itu adalah tuhannya kemudian bulan pula tuhannya dan setelah itu matahari pula tuhannya. Sila rujuk :

http://abu-syafiq.blogspot.com/2007/06/asri-hina-nabi.html

Ini merupakan satu perlekehan dan sandaran syirik terhadap para ambiya dan bercanggah dengan firman Allah yang menafikan Nabi Ibrahim tidak pernah syirik kepada Allah.

2- Asri mendakwa Allah Duduk di Atas SinggahsanaNya. Ini adalah akidah yang tidak pernah dinyatakan oleh ulama Salafus Soleh bahkan Imam Syafie mengkafirkan sesiapa yang mengatakan Allah Dulduk. Dalam Al-Quran tiada perkataan Duduk ( jalasa )bagi Allah, hadith yg sohih juga tidak menyatakan Allah Duduk, maka mengapa Asri sandarkan sifat Duduk bagi Allah?!. lihat buktinya dakwaan tersebut wujud:

http://abu-syafiq.blogspot.com/2007/06/asri-menghidupkan-akidah-yahudi-allah.html

3- Asri menghina ilmu akidah Islam. Asri turut marah ulama Islam yang mengajar bahawa Allah Bukan Jisim. Kenapa marah? apakah yg anda sembah adalah benar-benar jisim?!. Dan ketahuilah bahawa Asri tidak meletakkan hal tersebut pada orang yang baru masuk Islam bahkan Asri turut menghina ilmu Akidah secara terang-terangan tanpa berkaitan dgn muallaf atau tidak.Sedangkan ulama salaf sendiri nafikan Allah berjisim. Sila rujuk penghinaa Asri terhadap ilmu akidah:

http://abu-syafiq.blogspot.com/2007/08/asri-hina-akidah-islam.html
.

4- Asri memperlekehkan hukum murtad. Ini merupakan ketidak adanya amanah dalam menyampaikan hukum Allah. Rujuk:

http://abu-syafiq.blogspot.com/2007/10/asri-perlekeh-hukum-murtad.html

5- Asri berakidah kononnya KESEMUA orang kafir termasuk KRISTIAN, MULHID ( ATHEIS ) dan kesemua orang musyrik adalah beriman kepada Allah. Ini adalah dakyah yg fasid lagi memburukkkan hakikat Islam dibalakangnya terselit unsur LIBERAL yg dia kononnya amat menentang pada hakikatnya adalah sama seperti juga dinafikan dirinya sebagai penyebar agama WAHHABI MUJASSIM hakikatnya semua orang tahu. Rujuk buku tulisannya sendiri berjudul 10 Perkara Batal Iman & Apa Itu Syirik.

Dan pelbagai lagi penyelewengan dalam ilmu akidah yang dilakukan oleh MOHD ASRI BIN ABDUL TALIB ini.

Dengan pembongkaran ajaran Asri tadi terpulang kepada mana-mana jabatan agama Islam utk mengfatwakan kenyataan Asri itu adalah ISLAM ATAU BUKAN ISLAM.
Tetapi bagi saya ( Abu Syafiq ) dalam menjawab Asri ini telah kufur atau tidak kafir saya hanya menyatakan….
Beliau adalah PENYELEWENG AQIDAH ISLAM!

http://www.abu-syafiq.blogspot.com/


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: