Posted by: bankwahabi | Januari 10, 2008

Sesat?Bid’ah? Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun…Maksudnya?

Awal Muharram

Tirai 1428H akan berlabuh sat lagi, dan insyaAllah kita akan melangkah masuk ke tahun 1429H. Sepertimana biasa umat Islam di Malaysia akan menyambutnya dengan membaca doa akhir tahun pada petang 30 Dhulhijjah 1428 dan akan membaca doa awal tahun apabila masuknya Muharram 1429H.

Dan lagumana biasa, akan kedengaranlah kata-kata [maupun dalam bentuk tulisan] …. Doa akhir tahun bid’ah! …. Doa awal tahun bid’ah!Setiap bid’ah dholalah dan setiap dholalah tempatnya di nereka …. Dan pelbagai ungkapan seumpamanya. Seumpama anjing menyalak bukit … namun bukit tetap utuh!
Biaq pi ka depa lah! Toksah dok peduli ka depa.

Maka hari ini hamba ingin berkongsi sedikit pengetahuan mengenai baca doa awal tahun, akhir tahun dan tradisi buat bubur ‘asyura, yang hamba baca dari kitab yang ditulis oleh ulama besar Nusantara iaitu al-‘Allamah Syaikh Daud bin Abdullah al-Fathoni رحمه الله تعالى. Kitab tersebut bertajuk Jam’u al-Fawaid wa Jawahir al-Qalaid. Adapun tentang sunatnya berpuasa pada hari tasu’a dan ‘asyura maka tiadalah hamba sentuh kerana telah maklum semuanya.

Disini hamba bawakan sedikit maklumat mengenai kitab tersebut sebagaimana yang di tulis oleh Tuan Guru hamba al-Marhum Syaikh Haji Wan Muhammad Shaghir bin Wan Abdullah رحمه الله تعالى


Kitab ini selesai penulisannya di Makkah al-Mukarramah pada Jumaat, 27 Jumadilawal 1239H. Di antara manuskrip salinan yang baik dan lengkap yang ditemui ialah salinan oleh ‘Abdus Shamad Mahmud Jala, tinggal di Kampung Pusin, Fathoni. Tarikh selesai penyalinan pada Ahad selepas Asar, 8 Rabiulawal 1286H. Tempat melakukan penyalinan di Kampung Pusin, Patani.

Cetakan pertama oleh Mathba’ah al-Miriyah al-Kainah, Makkah, 1303H atas usaha dan tashhih Syeikh Ahmad al-Fathoni رحمه الله تعالى. Ada beberapa lagi edisi cetakan lainnya di antaranya oleh Mathba’ah al-Maimuniyah, Mesir, di Zuqaq Saiyidi Ahmad Dardir, berhampiran Jami’ Al-Azhar Al-Munir, pada Zulkaedah 1311. Daripada cetakan pertama hingga terakhir dicantumkan pada bahagian tepinya ‘al-Fawaid al-Bahiyah’ karya Syeikh Nuruddin ar-Raniri رحمه الله تعالى, membicarakan pelbagai hadits. Pentashhih pertama Syeikh Ahmad al-Fathani, cetakan 1311H ditashhih oleh Syeikh Muhammad Tahir bin Muhammad Jalaluddin al-Minankabawi رحمه الله تعالى.


Kandungan secara umum membicarakan pelbagai ilmu pengetahuan: sejarah, aqidah, fiqh, tasawuf, akhlak, hadits, tafsir, doa dan sebagainya. Kandungan dimulakan halaman depan cetakan 1311H tercatat nama al-‘Allamah al-Imam Bahjah Din al-Islam, kalimat ini jika diterjemahkan, maksudnya ialah ‘yang sangat alim, imam keindahan agama Islam’. Sesudah kalimat itu, disambung dengan nama beliau iaitu asy-Syeikh Daud ibn as-Syeikh ‘Abdullah al-Fathani رحمه الله تعالى.


Pada mukadimah Syeikh Daud as-Syeikh ‘Abdullah al-Fathoni رحمه الله تعالى menulis: “Maka inilah beberapa faedah yang amat nyata, dan beberapa kalimah yang tinggi dan beberapa nasihat yang amat nyata, dan beberapa hikayat bagi ahlillah, dan sholihin yang elok. Telah mengasihani Allah akan seseorang yang mengira-girakan barang yang tersebut dalamnya dan iktibar, dan mengamalkan dengan barang yang terkandung padanya, dan mencubakan daripada beberapa hikmah yang dibangsakan daripada Tuhan, dan beberapa nasihat yang amat nyata. Telah aku pungut akan dia daripada beberapa kitab kaum ahli tasawuf daripada beberapa hadits Nabi صلى الله عليه وسلم, dan perkataan sahabat, dan ahli al-wilayat.”

Pada halaman 129, dibawah bab فضل عاشوراء وفضل صوم يومه, al-‘Allamah al-Imam Bahjah Din al-Islam Syaikh Daud bin Abdullah al-Fathoni menulis:

Ini suatu bab pada menyatakan kelebihan hari ‘asyura dan kelebihan berpuasa pada harinya. (Ketahui) olehmu, makna ‘asyura, hari yang kesepuluh daripada bulan Muharram. Kata qil hari kesembilan daripada Muharram, kata qil hari yang kesebelas Muharram. Dan qaul yang shohih, hari yang kesepuluh dinamakan hari ‘asyura dan hari yang kesembilan dinamakan tasu’a.

(Dan) dibaca pada awal tahun iaitu awal bulan Muharram seperti kata Syaikh Jamaluddin Sibth ibn al-Jawzi تغمده الله برحمة, katanya telah mengajar akan daku Syaikh ‘Umar ibn Qudamah al-Maqdisi akan doa akhir tahun dan doa bagi awal tahun katanya sentiasa guru kami berwasiat mereka itu dengan doa ini dan membaca akan dia dan tiada meluputkan daku sepanjang umurku. (Maka adapun) doa awal tahun, maka iaitu:

اللهم أنت الابدى القديم الاول وعلى فضلك العظيم وكرم جودك المعول وهذه عام جديد قد أقبل أسألك العصمة فيه من الشيطان الرجيم وأوليائه والعون على هذه النفس الامارة بالسوء والاستقبال بمايقربني اليك زلفى ياذا الجلال والاكرام


(Dibaca akan dia tiga kali) maka bahwasanya syaithon berkata sanya meminta aman daripada dirinya pada barang yang tinggal daripada umurnya dan wakil Allah dengan dia akan dua malaikat mengawal keduanya daripada syaithon dan tenteranya.

(Dan kata) Syaikh Abu al-Yasiir al-Qatthaan khalifah asy-Syaikh Karim ad-Din al-Khalwati daripada Mirdaas رحمه الله تعالى [Syaikh Karim al-Din Muhammad ibn Ahmad al-Khalwati. Seorang ahli sufi kurun ke-10H berasal dari Khurasan. Wafat.986H di Mesir. Wallahu a’lam – tambahan dari abuzahrah] bahwasanya barangsiapa membaca ayat al-Kursi pada awal Muharram pada pertama tahun, tiga ratus enam puluh kali dengan بسم الله pada awalnya tiap-tiap kalinya dan pada tatkala tamamnya [sempurnanya] dibaca doa ini:

اللهم يا محول الاحوال حول حالنا إلى أحسن الاحوال بحولك وقوتك ياعزيز يامتعال وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم


Maka dipelihara akan daripada barang yang dibenci akan dia dan telah dicuba, maka sah ia.


(Dan adapun) doa pada akhir tahun maka dibacakan doa ini, iaitu:

بسم الله الرحمن الرحيم اللهم ما علمت في هذه السنة مما نهيتني عنه ولم أتب وحملت فيها عني بفضلك على عقوبني ووعدتني التوبة من بعد جراءتي على معصيتك فإني أستغفرك فاغفرلي وماعلمت فيها مما ترضاه ووعدتني عليه الثواب فأسألك أن تقبله عني ولا تقطع رجائي منك ياكريم


(Dibaca) tiga kali maka bahwasanya syaithon berkata ia telah kami fitnah sepanjang-panjang tahun maka dibinasakan dia di dalam satu saat.


Dalam bulan yang Muharram ini iaitu pada hari ‘Asyura antara yang menjadi kebiasaan kita dikampung-kampung adalah membuat bubur ‘asyura. Maka didalam kitab Jam’u al-Fawaid wa Jawahir al-Qalaid, pada halaman 132:

(Dan kata) Syaikh Ajhuuri dan aku lihat bagi orang yang lain nashnya bahwasanya [Nabi] Nuh [عليه السلام] tatkala turunnya dari safinah [bahtera] dan orang yang sertanya mengadu kepadanya dengan lapar dan telah habis segala bekal mereka itu. Maka menyruh akan mereka itu bahwa mendatangkan dengan barang yang lebih daripada bekal mereka itu. Maka mendatangkan ini dengan segenggam gandum, dan ini dengan kacang ‘adas dan ini dengan kacang ful [pol] dan ini dengan setapak tangan kacang himmasun [kacang kuda] hingga sampai tujuh biji-bijian bagi jenisnya dan adalah iap ada hari ‘asyura, maka mengucap Nabi Nuh عليه السلام dengan bismillah dan dimasakkan dia, maka sekaliannya dan kenyang mereka itu dengan berkat Sayyidina Nuh عليه السلام . Firman Allah Ta’ala:

قيل يا نوح اهبط بسلام منا وبركات عليك وعلى أمم ممن معك وأمم سنمتعهم- سورة هود:48


[Maksudnya] Dikatakan: Hai Nuh, turunlah olehmu dengan sejahtera daripada Kami dan berkat atasmu dan atas umam [umat-umat] sertamu dan umam [umat-umat] yang Kami sukakan mereka itu.

(Dan) adalah demikian ini pertama-tama makana yang dimasakkan diatas muka bumi kemudian daripada taufan. Maka mengambil segala manusia akan dia sunat pada hari ‘asyura dan adalah padanya itu pahala yang amat besar bagi orang yang mengerjakan yang demikian itu dan memberi maka segala fuqara [orang-orang yang faqir] dan masaakin [orang-orang yang miskin], maka dinamakan bubur ‘asyura. Dan jika bid’ah sekalipun, [maka ia] bid’ah hasanah dengan qasad itu.

http://al-fanshuri.blogspot.com/


Responses

  1. pada saya, nak baca doa, bacalah apa jua, nama pun doa. tapi kalau ada golongan yang kata macam paksa doa, itu saya tolak.
    dan kalau orang nak kata haram berdoa itu dan ini, tu ada yg tak kena atas kepala dia. itu saya tak tolak tapi saya terajang bagi jatuh.

  2. salam..betapa beraninya mereka mnghina amalan yg mendektkn diri kpd ALLAH, apa nama org laaaa org ke setan??? sambutn ni mengengkn hijrah NABI dr mekah ke madinah…Woi wahabi, klu NABI xhijrah, islam yg korng kp ni pun xtau cmner….sambut tahun sdr pun dckp bida’ah… sambut tahun baru org kafir x salah plk??? anaxde dengar plk fatwa dr golonan wahabi yg membida’ahkn samutn tahun baru, sbbnya tu la time utk WAHABI sesat nk enjoi, joli n lain2 tul tak?? bodoh punya wahabi..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: