Posted by: bankwahabi | Januari 10, 2008

Mati Mengejutkan Aku…

Assalamualaikum.

 

Pembaca yang dirahmati oleh Allah SWT,

 

Saya memohon maaf kerana masih lagi tidak berkesempatan menulis idea baru dalam membasmi gejala membid’ahkan amalan masyarakat Islam dan juga gejala aqidah tajsim dan tasybih; berpandukan ajaran Wahabi yang kian menular dan kadang-kala terjunam jatuh ke bawah. Insya Allah, saya yakin bahawa yang Haq itu jelas lagi bersuluh terangnya, dan yang Bathil itu jelas kesesatannya; walau sebesar, selebar dan sekukuh mana payung yang melindungi kesesatan mereka; satu masa akan tumbang dan lenyap dengan qudrat dan iradat Allah SWT, Insya Allah.

 

Di akhir tahun Hijrah ke 1428, hati, perasaan, jiwa dan ruh saya kaku apabila satu persatu insan terdekat pulang menemui Rabbul Jalil. Timbul dan wujud satu azam untuk aku sentiasa memikirkan tentang mati pada setiap hari walaupun hanya seminit. Banyak manfaatnya daripada amalan tersebut. Selain itu, Saya sering kali memikirkan kisah tawadhu’ Imam As-Syafie R.A yang tertera di blog CD Abumuhd http://bahrusshofa.blogspot.com/2007/12/kisah-mimpi-imam-syafii.html, kisah tersebut menyedarkan saya yang sangat-sangat haqir lagi faqir, kurang amal ibadah, kurang ilmu agama dan telalu banyak dosa. Saya memikirkan tentang Imam As-Syafie’ yang sangat Tawadhu’ walaupun Imam tersebut menjadi sumber rujukan para Ulama’ dan kebanyakan Ummat Islam mengikut manhaj fiqh beliau, tetapi tidak pernah ada bangga diri malah jauh sekali daripada maksiat; saya pula, 100 trillion jauh jika boleh dibandingkan (sememangnya tidak boleh dibandingkan) tetapi sifat-sifat keji yang batin mahupun zahir sentiasa meliputi ruh dan jiwa saya. Alangkah keji dan zalimnya saya, bagaimana mahu saya bertemu Tuhan Rabbul Jalil, apakah yang akan saya bawa jika mati menjemput tanpa diduga. Sememangnya lumrah muda-mudi berbangga dengan apa yang mereka miliki walaupun ianya hanya bersifat sementara malah perkara tersebut adalah dosa kecil & besar; mereka bangga dengan (arak, perempuan, zina liwat, harta kemewahan, kereta, movie, drama, kuasa, judi, merompak, mencuri, merogol, fitnah, bergaduh, dengki, lesbian gay, rasuah, merokok, tingalkan solat puasa, jadi selebriti, masuk TV), namun mereka tidak sedar bahawa kebanggaan mereka yang hakiki itu adalah kebanggaan menjadi Ahli Neraka. Mungkin mereka sanggup menanggung siksaan api neraka! Mungkin mereka tidak percaya tentang wujudya hari pembalasan. Bila kita fikirkan selalu betapa azabnya siksaan api neraka, mungkin hati yang keras boleh menjadi lembut, hati yang buta menjadi celik. Wahai Tuhanku yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Ampunkanlah segala dosa ku dan ahli keluarga ku, dosa kecil dan besar, zahir dan batin.

 

Para pembaca,

 

Saya juga selalu memikirkan betapa indah menjadi “the chosen one” oleh Allah SWT. Lihatlah para Ulama’, para Auliya’; betapa sedihnya saya tidak dipilih menjadi salah seorang daripada mereka; dahulu niat dan hajat ibu ayah saya mahukan anaknya menjadi daripada golongan tersebut, tetapi saya menukar hala tuju hidupku ketika asyik dilamun cinta duniawi. Pernah satu ketika(baru-baru ini) saya benar-benar dilamun cinta; siang malam insan tersebut dibenak hati dan fikiranku. Alhamdulillah perkara tersebut hanya 3 minggu, saya berdoa siang malam “Ya Allah Ya tuhanku, janganlah biarkan cinta ku pada insan melebihi cintaku pada Mu Ya Allah dan cintaku pada Nabi Muhammad SAW, aku tidak layak mencintai insan jika Cintaku pada insan melebihi Cinta Pada Allah SWT dan Rasullullah SAW, Ambillah insan tersebut dari ku jika aku mengkhianati Cintaku Pada Allah dan Rasullullah. Alahumma Amin“. Alhamdulillah, hilang segalanya permainan jiwa dan fikiranku; inilah satu hidayah yang tidak pernah saya nikmati sebelum ini; saya sedar cinta pada insan hanyalah bersifat sementara manakala cinta pada Allah dan Rasulullah bersifat “eternal” “hakiki”. Berbalik pada kisah para “the choosen one”; Sudahlah mereka ini “insan terpilih”, tidak alpa menunaikan tanggung jawab sebagai hamba dan khalifah Allah swt. Mereka tidak pernah rasa letih dan jemu berdakwah, beribadah; saya pula sebaliknya. Apakah daya saya ini seorang yang amat faqir lagi haqir? Lalu hati saya memikirkan bahawa biarlah saya menjadi pengikut setia golongan tersebut; yang menjadi pewaris Nabi Muhammad SAW. Itu pun sudah cukup bermakna bagi saya yang dhoif ini. Betapa gembiranya para Ulama’ dan para Auliya’ yang sudah dijanjikan ketengan abadi. Ya Allah, daku ini amat faqir lagi haqir; jauh sekali hamba jika dibandingkan dengan insan pilihan Mu Ya Allah, golongkanlah hamba daripada golongan yang layak mendapat syafaat Junjungan Besar Baginda Nabi Muhammad SAW, Syafaat para Shohabat R.A, Syafaat Para Auliya’ R.A dan Para Ulama’ R.A. Allahhumma Amin.

 

Luahan hati penulis. Semoga pengalaman jiwa dapat dikongsi bersama, agar kita sama-sama meningkatkan diri untuk mencapai darjat yang mulia dan diredhoi oleh Allah SWT.

 

Salam Maal Hijrah Ke-1429.

 

“Setiap yang bernyawa itu akan merasai mati”

 

Wassalamualaikum, Wrt Wbkth.

 

Qul:La Lil Wahhabiyy

Say: No To Wahabism

Katakan: Tidak Pada Wahabi

 

bankwahani-Asadullah
(Harib A’duwwallah)


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: