Posted by: bankwahabi | Januari 2, 2008

Awas Pada Fitnah Wahabi Terhadap Ulama’ Ahlus Sunnah WalJama’ah: Syeikhul Islam Sayyid Ahmad Zaini Dahlan al-Hasani Radhiyallahu ‘Anhu

Kenali Ulama’ Kita – Siri 4 (Ulama Makkah)

Syeikhul Islam Sayyid Ahmad Zaini Dahlan al-Hasani Radhiyallahu ‘Anhu


Semalam aku [abu zahrah] bersembang di warung kopi dengan seorang kenalan yang aku kenali dari sebuah forum di internet. Kebetulan beliau tinggal berhampiran dengan rumahku. Dalam perbualan tersebut beliau meminta aku untuk menulis mengenai seorang ulama yang bernama Sayyid Ahmad Zaini Dahlan [gambar sebelah]. Katanya beliau mengetahui nama ulama ini melalui penulisan yang dibaca sahaja, terutama apabila menyentuh pertembungan antara kaum Ahlus Sunnah wal Jamaah dengan Wahabi, tetapi tidak mengenali siapakah sebenarnya ulama ini. Aku sekadar mendiamkan diri, tak berani janji takut tidak terkotakan. Maka bila kembali kerumah aku cuba mencari bahan mengenai ulama tersohor ini, demi untuk tidak menghampakan kenalan baruku itu. Tulisan ini sebagai hadiah untuk beliau walaupun agak sukar bagiku. Namun aku bersyukur sahabatku Ustaz Abu Muhammad, rupanya telah menulis mengenai ulama ini sebelumnya diblog beliau Bahrus Shofa. Alhamdulillah, memudahkan aku. Lalu aku kumpul dan susun semula tulisan tersebut dengan sedikit penambahan. [Sidi Abu Muhammad .. izinkan hamba ya] Semoga ianya memberi manfaat kepada para pembaca.

Di kalangan penuntut ilmu dipondok atau pesantren, nama Sayyid Ahmad Zaini Dahlan sudah tidak asing lagi. Namanya harum dan masyhur dikalangan mereka kerana sebahagian besar daripada sanad keilmuan para ulama Nusantara (Malaysia, Indonesia dan Fathoni) bersambung kepada ulama besar ini. Dan di kalangan para ulama ianya sangat terkenal sebagai ulama seorang pembela Ahlus Sunnah wal Jamaah dalam pertembungan dengan Wahabi. Ulama besar ini amat dimusuhi oleh puak Wahabi atau kaum muda[h]. Maka banyak fitnah yang ditaburkan terhadap ulama besar ini agar orang-orang yang jahil macam kita menjauhinya.

Ulama besar inilah yang telah memberi perlindungan kepada Syeikh Rahmatullah bin Khalilurrahman al-Kiranawi al-Hindi al-Utsmani (lahir 1226H/1811M, riwayat lain lahir Jumadil Awwal 1233H/9 Mac 1818M, wafat malam Jumaat, 22 Ramadan 1308H/2 Mei 1891M) ketika diburu oleh penjajah British bahkan memperkenalkan kepada pemerintah Makkah. Seterusnya memberi laluan untuk Syeikh Rahmatullah membuka Madrasah Shaulatiyah.


Sayyid Ahmad Zaini Dahlan adalah merupakan seorang Syeikhul Islam, Mufti Haramain dan Pembela Ahlus Sunnah Wal Jama`ah. Berasal dari titihan yang mulia, ahlul bait Rasulullah صلى الله عليه وسلم melalui susur-galur Sayyiduna Hasan, cucu kesayangan Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Berdasarkan kepada kitab “Taajul-A’raas”, juzuk 2, mukasurat 702 karya al-Imam al-‘Allaamah al-Bahr al-Fahhamah al-Habib ‘Ali bin Husain bin Muhammad bin Husain bin Ja’faar al-‘Aththaas. Nasabnya adalah seperti berikut:-

Al-Imam al-Ajal wal-Bahrul Akmal Faridu ‘Ashrihi wa Aawaanihi Syeikhul-Ilm wa Haamilu liwaaihi wa Hafidzu Haditsin Nabi s.a.w. wa Kawakibu Sama-ihi, Ka’batul Muriidin wa Murabbis Saalikiin asy-Sayyid Ahmad bin Zaini Dahlan bin Ahmad Dahlan bin ‘Utsman Dahlan bin Ni’matUllah bin ‘Abdur Rahman bin Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Utsman bin ‘Athoya bin Faaris bin Musthofa bin Muhammad bin Ahmad bin Zaini bin Qaadir bin ‘Abdul Wahhaab bin Muhammad bin ‘Abdur Razzaaq bin ‘Ali bin Ahmad bin Ahmad (Mutsanna) bin Muhammad bin Zakariyya bin Yahya bin Muhammad bin Abi ‘Abdillah bin al-Hasan bin Sayyidina ‘Abdul Qaadir al-Jilani, Sulthanul Awliya` bin Abi Sholeh Musa bin Janki Dausat Haq bin Yahya az-Zaahid bin Muhammad bin Daud bin Muusa al-Juun bin ‘Abdullah al-Mahd bin al-Hasan al-Mutsanna bin al-Hasan as-Sibth bin Sayyidinal-Imam ‘Ali & Sayyidatina Fathimah al-Batuul رضي الله عنهم اجمعين.

Menurut riwayat, Sayyid Ahmad Zaini Dahlan lahir di Makkah pada 1232H/1816M. Selesai menimba ilmu di kota kelahirannya, ia lantas dilantik menjadi mufti Mazhab Syafi‘i, merangkap Syeikh al-Haram iaitu “pangkat” ulama tertinggi yang mengajar di Masjid al-Haram yang diangkat oleh Syeikh al-Islam yang berkedudukan di Istanbul, Turki.

Beliau sangat masyhur, dan daripada kemasyhuran inilah maka beliau diberi pelbagai gelaran dan julukan antaranya al-Imam al-Ajal (Imam pada waktunya), Bahrul Akmal (Lautan Kesempurnaan), Faridu ‘Ashrihi wa Aawaanihi (Ketunggalan masa dan waktunya), Syeikhul-Ilm wa Haamilu liwaaihi (Syeikh Ilmu dan Pembawa benderanya) Hafidzu Haditsin Nabi – Shallalahu ‘Alaihi wa Sallam – wa Kawakibu Sama-ihi (Penghafal Hadits Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam dan Bintang-bintang langitnya), Ka’batul Muriidin wa Murabbis Saalikiin (Tumpuan para murid dan Pendidik para salik).

Murid beliau Sayyidi Abu Bakar Syatho ad-Dimyathi [gambar atas – kanan] dalam “Nafahatur Rahman” antara lain menulis:-

“Sayyid Ahmad bin Zaini Dahlan رضي الله عنه hafal al-Qur`an dengan baik dan menguasai 7 cara bacaan Qur`an (7 qiraah). Beliau juga hafal kitab “asy-Syaathibiyyah” dan “al-Jazariyyah”, dua kitab yang sangat bermanfaat bagi pelajar yang hendak mempelajari qiraah 7. Kerana cinta dan perhatiannya pada al-Qur`an, beliau memerintahkan sejumlah qari untuk mengajar ilmu ini, beliau khuatir ilmu ini akan hilang jika tidak diajar terus.”

Murid-muridnya
Diantara ulama-ulama Nusantara yang pernah berguru dengan ulama besar ini ialah:-

  • Kiyai Nawawi Banten
  • Kiyai Muhammad bin Abdullah as-Shuhaimi
  • Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathoni menurut satu riwayat
  • Kiyai Muhammad Saleh Darat
  • Syeikh Ahmad Khatib bin Abdul Latif bin Abdullah al-Minankabawi
  • Sayyid Utsman Betawi
  • Tuan Hussin Kedah
  • Syeikh Ahmad Yunus Lingga,
  • Sayyid Abdullah az-Zawawi, Mufti Syafiiyyah, Mekah,
  • Datuk Hj Ahmad Ulama Brunei,
  • Tok Wan Din, nama yang sebenar ialah Syeikh Wan Muhammad Zainal Abidin al-Fathoni,
  • Syeikh Abdul Qadir al-Fathoni (Tok Bendang Daya II),
  • Syeikh Abdul Hamid Kudus,
  • Kiyai Muhammad Khalil al-Maduri,
  • Haji Utsman bin Abdullah al-Minankabawi, Imam, Khatib dan Kadi Kuala Lumpur yang pertama,
  • Syeikh Arsyad Thawil al-Bantani,
  • Syeikh Muhammad al-Fathoni bin Syeikh ‘Abdul Qadir bin ‘Abdur Rahman bin ‘Utsman al-Fathoni
  • Tuan Kisa-i’ Minankabawi [atau namanya Syeikh Muhammad Amrullah Tuanku Abdullah Saleh. Beliau inilah yang melahirkan dua orang tokoh besar di dunia Melayu. Yang seorang ialah anak beliau sendiri, Dr. Syeikh Haji Abdul Karim Amrullah. Dan yang seorang lagi ialah cucu beliau, Syeikh Abdul Malik Karim Amrullah (HAMKA)]
  • Saiyid Abdur Rahman al-Aidrus (Tok Ku Paloh)
  • Syeikh Utsman Sarawak [gambar bawah – kanan]
  • Syeikh Abdul Wahab Rokan dan ramai lagi.


Selain itu ramai ulama di Nusantara yang bersambung sanad keilmuan mereka kepada murid kepada Sayyid Ahmad Zaini Dahlan iaitu Sayyid Abu Bakar Syatho ad-Dimyathi dan Syeikh Ahmad al-Fathoni. Bahkan Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathoni juga merupakan murid kepada Sayyid Abu Bakar Syatho ad-Dimyathi. Dan murid kepada Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathoni yang bertebaran di seluruh pelusuk Nusantara sangatlah banyaknya.

Karangan

Sayyid Ahmad Zaini Dahlan adalah seorang ulama yang produktif Selain melahirkan para ulama beliau beliau juga menghasilkan karangan amatlah banyaknya antaranya adalah:-

  1. al-Futuhatul Islamiyyah;
  2. Tarikh Duwalul Islamiyyah;
  3. Khulasatul Kalam fi Umuri Baladil Haram;
  4. al-Fathul Mubin fi Fadhoil Khulafa ar-Rasyidin;
  5. ad-Durarus Saniyyah fi raddi ‘alal Wahhabiyyah;
  6. Asnal Matholib fi Najati Abi Tholib;
  7. Tanbihul Ghafilin Mukhtasar Minhajul ‘Abidin;
  8. Hasyiah Matan Samarqandi;
  9. Risalah al-Isti`araat;
  10. Risalah I’raab Ja-a Zaidun;
  11. Risalah al-Bayyinaat;
  12. Risalah fi Fadhoilis Sholah;
  13. Shirathun Nabawiyyah;
  14. Mukhtasor Jiddan, Syarah Ajrumiyyah;
  15. Fathul Jawad al-Mannan;
  16. al-Fawaiduz Zainiyyah Syarah Alfiyyah as-Sayuthi;
  17. Manhalul ‘Athsyaan;


Kewafatannya

Setelah menaburkan jasanya di Makkah, Saiyyid Ahmad bin Zaini Dahlan al-Hasani berangkat ke kota Madinah, kerana suasana di kota Makkah kurang aman dan beliau wafat di kota Madinah pada 1304H/1886M dan dimakamkan disana. Semoga Allah sentiasa mengasihi dan merahmati Sayyid Ahmad Zaini Dahlan al-Hasani.


اللهم انشرنفحات الرضوان عليه وأمدنا بالأسرار التي
أودعتهالديه. اللهم صل وسلم على جده النبي الأمين
سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين


Peringatan!!!!

Berhati-hatilah wahai saudaraku dengan fitnah yang ditaburkan oleh puak Wahabi keatas al-‘Allamah Sayyid Ahmad Zaini Dahlan. Janganlah ditelan terus akan dakyah mereka itu. Mereka menuduh al-‘Allamah Sayyid Ahmad Zaini Dahlan sebagai tukang buat fitnah, rafidhi dan lain-lain lagi. Allahu Allah. Itu adalah merupakan jarum halus musuh untuk menghancurkan kebenaran. Tujuan mereka menabur fitnah keatas al-‘Allamah Sayyid Ahmad Zaini Dahlan adalah semata-mata untuk meruntuhkan sanad keilmuan dan pengetahuan sebenar para ulama kita bahkan ulama seluruh dunia, agar kebathilan mereka [Wahabi] diterima. Allahu Allah … apakah tergamak kita mengatakan para ulama kita seperti Syeikh Ahmad al-Fathoni, Syeikh Nawawi al-Banteni, Syeikh Utsman Sarawak, Syeikh Abdul Wahab Rokan, Syeikh Abdul Qadir al-Fathoni dan lain-lainnya itu berguru kepada seorang tukang fitnah? Ingatlah dan renung dalam hati sanubari kita, apa jasa Muhammad bin Abdul Wahhab dengan kita atau dengan nenek datuk kita berbanding dengan Sayyid Ahmad Zaini Dahlan dan para ulama kita terdahulu. Sedangkan anjing lagi tahu mengenang jasa, apakan lagi kita manusia. Fikirkanlah. Cukuplah kukatakan kepada puak Wahabi dan pencinta mereka, bahwasanya anjing yang menyalak bukit, takkan runtuh bukit!

Katakan TIDAK kepada Wahabi.

Sekian.
Salam hormat dari abu zahrah.
Cintailah ulama’ kita

http://al-fanshuri.blogspot.com/


Responses

  1. semoga masyarakat dapat mengenali siapakah wahabi atau dengan nama baru mereka salafi yang sebenarnya.

  2. pikirlah kembali ttg apa yg dperkatakn oleh para WUHABA’ DAALIN, jika mereka sanggup mengatakn ttg kebenaran serta mempersoalkn dan mempertikaikn ulama dahulu yg ada hubungn MUSALSAL dlm ilmu mereka dgn NABI S.A.W bgmnkah pula dng diri mereka sdr??? dr manakah mereka mendaptkn MUSALSAL ilmu mereka??adakh terus dr NABI SAW secara ilhami, sirr @ yaqazah??? sudah tentu tidak, mereka tetap mengambil musalsal dan sanad amalan dr insan yg ada kini yg mempunyai silsilah amalan dr NABI SAW. jd…jgnla mpercayai golongan yg hanya menghukum org lain tanpa mengukur diri sendiri, mereka boleh di ibaratkn sperti “lampu suluh” yg hanya menyluh org lain dgn ilmu mereka….


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: