Posted by: bankwahabi | Disember 18, 2007

Wahabi Kafirkan Aysai’rah

Asyai’rah Kafir?

Soalan: Terdapat golongan yang mendakwa “berilmu tentang al-Quran dan al-Hadith”, bangun mengkafirkan satu kumpulan daripada umat Islam yang dikenali sebagai al-Asya’irah. Apakah hukum mereka yang mengkafirkan golongan Al-Asya’irah ini dan apakah peranan yang telah dimainkan oleh kumpulan Al-Asya’irah ini dalam berkhidmat untuk Islam?

 

Jawapan: Al-Asya’irah adalah pengikut Imam Abu Hasan al-Asy’ari yang mempunyai jasa yang besar dalam membersihkan aqidah Ahlussunnah wal Jamaah daripada kekeruhan yang dicetuskan oleh golongan Mu’tazilah. Kebanyakan pendokong dan ulama ulung umat ini adalah daripada golongan Al-Asya’irah. Sedangkan golongan yang mempertikaikan mereka ini tidak pun mencapai separas buku lali mereka dr segi ilmu, wara’ dan taqwa.

Di antara ulama Al-Asya’irah ialah: Imam al-Haramain, Imam al-Ghazali, al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani, Fakhruddin ar-Razi dan sebagainya. Apakah dosa yang telah mereka lakukan? Adakah kerana mereka bertungkus-lumus untuk membuat penolakan ke atas kekeliruan yang ditimbulkan oleh golongan Musyabbihah berhubung dengan Zat Allah? Golongan Musyabbihah ini cuba untuk menetapkan bahawa Allah SWT mempunyai jisim melalui ayat-ayat mutasyabihat dan hadith-hadith yang menyatakan secara zahirnya bahawa Allah mempunyai tangan, mata, siku, jari-jari dan sebagainya.

Lalu ulama Al-Asya’irah bangun membuat penolakan ke atas kekeliruan mereka itu dengan membawa ayat-ayat dan hadith-hadith tadi kepada makna majaz, kerana golongan Musyabbihah ini tidak menerima prinsip tafwidh (penyerahan makna kepada Allah semata), maka hujah Musyabbihah itu tidak dapat ditolak melainkan dengan menggunakan kaedah ta’wil. Walaupun begitu, mereka (Al-Asya’irah) tetap berpendapat, ‘at-Tafwidh’ dan tidak mendalami untuk mengetahui maksud sebenarnya adalah lebih selamat bagi aqidah.

Syubhah (kesamaran) yang digunakan oleh golongan yang mengkafirkan ulama Al-Asya’irah ini ialah dengan menuduh mereka (Al-Asya’irah) menolak sebahagian sifat Allah kerana golongan tadi menganggap bahawa tangan, kaki, mata adalah sifat-sifat bagi Allah sepertimana qudrah, iradah dan ilmu. Menurut mereka, sepertimana Allah Taala mempunyai qudrah yang bukannya seperti qudrah kita, ilmu yang bukannya seperti ilmu kita; maka begitu juga Dia mempunyai tangan tetapi bukannya seperti tangan kita, mata bukannya seperti mata kita.

Sedangkan tidak sedikit pun tersembunyi, bahawa lafaz tangan, mata dan jari-jari adalah nama-nama zat dan bukannya nama-nama sifat. Sekiranya kita menyebut ‘tangan’, maka yang tergambar dalam benak fikiran kita ialah tangan yang berjasad (mempunyai bentuk) (mempunyai jisim atau tajsim). Tetapi sekiranya kita menyebut ‘qudrah’ (berkuasa), tidaklah tergambar dalam fikiran kita qudrah yang berjasad (yang boleh dirupakan dengan bentuk). Jadi qias yang mereka gunakan itu adalah qias yang tidak tepat.

Oleh itu, melemparkan kejian ke atas ulama Al-Asya’irah yang menta’wil ketika berhadapan dengan golongan Musyabbihah, bererti telah mencabul kemuliaan mereka dan melakukan kezaliman ke atas mereka, serta menolak jasa yang mereka curahkan untuk menjaga aqidah. Apatah lagi sekiranya mereka (Al-Asya’irah) ini dikafirkan. Mereka yang mengkafirkan golongan Al-Asya’irah ini akan digolongkan ke dalam mereka yang dimaksudkan oleh hadith Rasulullah SAW yang bermaksud:

Sekiranya seorang lelaki memanggil kepada saudaranya seIslam, ‘wahai kafir’, maka kata-kata itu akan terkena kepada salah seorang dr keduanya. Jika benar seperti yang dikatakan, maka dia selamat. Sekiranya tidak tepat, maka tuduhan itu akan kembali kepadanya..” (Muttafaq ‘alaihi)

Dan hadith:

Sesiapa yang memanggil seorang lelaki dengan lafaz kekufuran, atau memanggil ‘wahai musuh Allah’, Sedangkan yang dituduh itu bknlah seperti yang dikatakan, maka tuduhan itu kembali kepada yang menuduh..” (Muttafaq ‘alaihi)

Perumpamaan mereka yang mengkafirkan ulama Al-Asya’irah atau Imam Abu Hasan al- Asy’ari sendiri adalah bagaikan seorang pelatih yang baru ditempatkan di hospital untuk belajar dengan seorang doktor pakar yang mempunyai sijil yang tertinggi dalam bidang perubatan dan memiliki gelaran keilmuan yang tertinggi, sedangkan pelajar yang baru tadi sekadar membaca atau belajar cara membalut luka. Kemudian selepas belajar cara membalut luka itu, dia bangun mempertikaikan doktor pakar tadi dan melemparkan tuduhan dengan mengatakan bahawa doktor tersebut tersilap dan jahil, serta meragukan orang ramai pada maklumat yang dimiliki oleh doktor pakar tersebut.

Allahu a’lam..

Sumber: Al-Bid’ah fi al-Mafhum al-Islami ad-Daqeeq (Salah Faham Terhadap Bid’ah), Dr. Abdul Malik ibn Abdurrahman as-Sa’adi

Sumber:
http://mukhlis101.multiply.com/journal/item/156

http://gagasanulamaaswj.blogspot.com/


Responses

  1. salam pak cik, memang wahabi payah diajak bicara dengan hikmah dan billati hiya ahsan…. mereka hanya punya bahasa takfir dan tabdi’…. siapa orang yang tak mekeka kafirkan?! Asya’ari Kafir! Ar razi Kafir! Sunni kafir! Syi’ah kafir! kaum Sufi kafir! masya Allah sungguih kelewat batas. Semoga Allah menyadarkan mereka. Amin.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: