Posted by: bankwahabi | Disember 2, 2007

BUKTI WAHHABI ADALAH MUJASSIM


( BUKU WAHHABI YANG TERSEBAR DI SELURUH MALAYSIA TETAPI DIBISUKAN )


( NOM:1 WAHHABI BAWA AKIDAH MUJASSIMAH: ‘ ALLAH BERTEMPAT’. klik pada gambar untuk lebih jelas )


( NOM:2 WAHHABI BERAKIDAH ‘ALLAH BERTEMPAT’ TIPU IBNU TAIMIAH )


( NOM:3 WAHHABI BERAKIDAH SESAT ‘ALLAH BERTEMPAT’ KEMUDIAN DAKWA KONONNYA ITU AKIDAH SALAF)

WAHHABI MENJISIMKAN ALLAH DENGAN MENGATAKAN ALLAH BERTEMPAT
Oleh: Abu Syafiq ( Hp: 006-012-2850578 )

Golongan Wahhabiyah di Malaysia sememangnya membawa akidah bukan Islam iaitu Allah Bertempat. Sedangkan akidah Islam tidak menetapkan tempat bagi Allah kerana Allah adalah Pencipta tempat dan zatNya tidak diliputi oleh tempat. Ini juga kerana Allah sendiri tidak pernah menyatakan diriNya bertempat sama ada dari Al-Quran mahupun lisan Nabinya Muhammad.

Imam Syafie’ berkata: “Mujassimah yang menjisimkan Allah adalah Kafir terkeluar dari islam”. Rujuk nukilan dari Imam Sayuti dalam kitab Asybah Wan Nazoir m/s 441.

BUKTI WAHHABI MENJISIMKAN ALLAH BERDASARKAN TEKS KENYATAAN WAHHABI SENDIRI.

NAMA BUKU: KOLEKSI KULIAH-KULIAH AKIDAH.

KARANGAN: WAHHABI.

1-Kenyataan Sesat Wahhabi Yang Menjisimkan Allah Dari Kitab Tersebut:
“ Ini menunjukkan bahawa yang pemberi wahyu itu Allah bertempat ”. m/s 126
RUJUK SCAN DARI KITAB WAHHABI DI ATAS NOM :2.

* Saya (Abu Syafiq) mengatakan:
Inilah akidah sesat Wahhabi yang sememangnya berakidah Allah itu jisim yang bertempat. Akidah sesat ini tidak harus dibiarkan dan dibisukan begitu sahaja kerana bimbang Nabi tidak mengakui umat baginda kerana kita tidak mencegah kemungkaran.
Ketahuilah bahawa akidah Wahhabi yang mengatakan Allah Itu Jisim Yang Bertempat merupakan akidah yang bukan lagi Islam bahkan terkeluar dari Islam.

2-Kenyataan Sesat Wahhabi Pendusta Kononnya Ibnu Taimiah Berakidah Macam Mereka ‘ Allah Bertempat’:
“ Tuhan mempunyai muka, mempunyai tangan, mempunyai mata, mempunyai jari, berada di langit (Allah)bertempat”. m/s 13.
RUJUK SCAN DARI KITAB WAHHABI DI ATAS NOM :2.

* Saya (Abu Syafiq) mengatakan dalam hal ini:
Kenyataan Wahhabi di atas adalah suatu pendustaan kepada sifat Allah. Allah tidak pernah menyatakan diriNya bertempat tetapi Wahhabi pula menyifatkan Allah itu bertempat. Betapa dustanya mereka.

Disamping Wahhabi mengatakan Allah itu adalah jisim yang bertempat, Wahhabi turut berdusta kononnya akidah mereka sama dengan Ibnu Taimiah. Walaupun Ibu Taimiah seorang yang jenis berbolak balik akidahnya tetapi banyak kenyataan Ibnu Taimiah tidak menetapkan tempat dan penjuru bagi Allah.

Telah menjadi usul agama Wahhabi mempergunakan dan mempesongkan serta berdusta ke atas kenyatan orang lain. Tidak ubah seperti Syi’ah dalam hal ini.
Kerana itulah golongan kafir merupakan millah usul yang sama.

3- Kenyataan Sesat Wahhabi Menipu Akidah Salaf :
Allah itu bertempat ”. m/s 38.
RUJUK SCAN DARI KITAB WAHHABI DI ATAS NOM :3.

Komen saya ( Abu Syafiq ):
Sekiranya Wahhabi sanggup berdusta kepada Allah maka tidak susah bagi mereka berdusta terhadap ulama Salafus Soleh. Wahhabi turut berbohong kononnya akidah Ibnu Taimiah sama dengan mereka sedangkan Ibnu taimiah sendiri tidak menerapkan akidah Allah Bertempat dalam banyak penulisannya.
Ketahuilah bahawa tidak ada seorang pun ulama Islam samaada dari kalangan Salaf mahupun Khalaf yang mengatakan Allah itu bertempat melainkan golongan Mujassimah dan terkini Wahhabi yang menetapkan tempat bagi Allah, mereka adalah Mujassimah Zaman Kini.

PENUTUP
Demikian bukti yang kukuh bahawa Wahhabi mengatakan Allah itu Jisim dilingkungi oleh makhluk ( tempat ).
Semoga Allah memberi hidayah Iman kepada Wahhabi yang masih hidup.

Disediakan oleh: http://www.abu-syafiq.blogspot.com


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: