Posted by: bankwahabi | November 16, 2007

BID’AH WAHABI DALAM IBADAH: KEM IBADAH

BID’AH WAHABI DALAM IBADAH: KEM IBADAH 

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله رب العالمين, المكون الأكوان, المدبر الأزمان, الموجود أزلا وأبدا بلاكيف ولاجهة ولامكان , والصلاة والسلام على محمد سيد الأبياء والمرسلين, وعلى ءاله الطاهرين وصحابته الطيبين, اما بعد :-

Para pembaca

Bermula musim cuti sekolah terdapat banyak pihak penganjur yang menganjurkan program-program yang bermanfaat; seperti kem-kem ibadah dan sebagainya.  Alhamdulillah banyak kesedaran daripada masyarakat tentang peri penting aqidah dan ibadah yang tulen.

Merujuk kepada tajuk di atas “Bid’ah Wahabi dalam Ibadah: Kem Ibadah”, saya terdetik untuk menyentuh sedikit sebanyak golongan yang sesuka hati menuduh Umat Islam melakukan Bid’ah dalam Ibadah dan sebagainya.

Kata mereka (wahabi) “ini Rasulullah SAW tak buat, ini pun tak, ini lagi tak, mana ada hadith shohih yang kamu gunakan, yang ulamak-ulamak ASWJ buat selama ini guna hadis maudhu’ (palsu), sandaran ulamak-ulamak dulu hadith dhoif, mana boleh pakai hadith dhoif, dan setiap perkara baru adalah bid’ah sesat masuk neraka, imam-imam mazhab pun bukan maksum, mereka salah ijtihad, mungkin mereka tak jumpa hadith kami gunakan, kenapa kamu nak ikut mazhab, solat yang kamu, nenek moyang kamu dan ulamak-ulamak kamu amalkan selama ini salah sebab tak ikut hadith shohih, ini dia sifat solat nabi albani baru yang benar dan tulen(kononnya), atau kononnya syafie tulen”.

Para Pembaca,

Jika kita mahu melayan kedhoifan ilmu golongan tersebut, satu abad pun tidak selesai. Hal ini kerana, mereka secara mutlak menolak segala pegangan kita seluruh umat Islam daripada Aqidah,Syariah dan jugaTasawwuf. Maka penyelesaian tidak akan menemui penghujungan. Jika kita selidiki fitnah golongan wahabiyyah al-mujassimah yang sebenarnya seperti meludah ke atas muka sendiri.

Pertama, kem ibadah dan daurah sana sini yang dianjurkan oleh gologan ini. Saya amat yakin, tidak pernah dianjurkan kem-kem sebegini di zaman Rasulullah SAW, malah tidak pula ada dalil dan sumber yang shohih menyuruh kita buat kem-kem ibadat. Adakah ini bukan ibadah? atau bid’ah wahabi al-mujassimah ini dibenarkan? Mungkin kita boleh kata kepada mereka, kalau mahu solat kenapa mahu buat daurah-daurah dan kem-kem? Namun bagi kami ASWJ hal ini bukan tergolong daripada bid’ah sesat yang ditemblangkan oleh wahabi.

Kedua, sifat solat albani. Jika kita selidiki golongan ini bersolat hanya mengikut sifat solat albani yang mereka agung-agungkan, dan mereka tidak pula mengikut hadith yang shohih. Prinsip mereka(wahabi) apa jua hadith yang albani sahkan adalah shohih dan apa jua yang dhoif maka itu dhoif. Adakah ini tidak bid’ah? Kenapa mahu sempit sangat fikiran? Kenapa ikut mazhab albani? kenapa tidak ikut mazhab-mazhab para salaf sholih yang telah berabad-abad menjadi ikutan dan panutan umat Islam hingga kini? Kenapa tidak ikut kaifiat solat yang diajar oleh para shohabah yang lebih mengenali Rasulullah SAW? Adakah albani ini tiba-tiba bermimpi mendapat hadith terus daripada Rasulullah, sehinggakan begitu berani mengdhoifkan hadith dan mengshohihkan hadith, kemudian terjemahkan kaifiat solat?

Ketiga, mazhab aqidah dan mazhab fiqh mereka bertunjangkan (IT & MAW). Tidak bid’ah ke mereka panuti ajaran kedua individu tersebut? Kenapa kami sahaja yang bid’ah dan sesat apabila ikut Imam-imam kami? Atau Imam-imam kamu hidup di zaman Rasulullah? Jika kita lihat sejarah, Imam mazhab yang empat hidup lebih awal daripada dua individu tersebut, dan begitu juga imam mazhab aqidah kami hidup lebih awal daripada mereka. Tetapi yang peliknya, mereka sahaja yang benar, tetapi kami ASWJ sesat. Malah jika kita lihat si rasul dahri tulis dan ajaran aqidah di KSA(Saudi Wahabi) “asya’irah antara bid’ah aqidah yang kekal dalam neraka”, nauzubillahhiminzalik. Kami tidak pernah berani menuduh begitu, tetapi bila kami kata Aqidah dan Syariat kamu adalah keluar daripada Islam kerana menyalahi Al-Quran, As-Sunnah, Ijma’, Qiyas. Mereka tuduh kami tidak beradab dengan guru-guru mereka.

Keempat, bid’ah wahabi dalam amalan harian. Jika kita merujuk kepada sumber-sumber syarak, banyak yang menganjurkan agar kita banyak berzikir dan banyak juga yang suruh kita sentiasa dalam berjema’ah. Tetapi apa yang menghairankan wahabi ini buat bid’ah kerana melarang segala amalan secara berjema’ah. Pelik! Adakah yang wahabi pekikkan ini tidak bid’ah? Malah bertentangan dengan Dalil Al-Quran dan AS-Sunnah.

Kelima, bid’ah wahabi dalam melarang membaca Al-Quran untuk si mati. Ini juga bid’ah yang wahabi lakukan apabila melarang segala pembacaan Al-Quran di atas qubur atau di tempat lain untuk si mati. Tidak pernah ada ayat Al-Quran melarang, hadith melarang atau para Ulamak-ulamak ASWJ sepanjang zaman. Daripada mana datang bid’ah wahabi? Adakah ini bukan perkara baru dalam agama, iaitu melarang membaca Al-Quran ke atas orang mati?

Keenam, bid’ah wahabi dalam Aqidah. Pelbagai jenis ajaran Aqidah wahabi yang secara jelas bertentangan dengan syarak. Sebagai contoh pembahagian tauhid kepada tiga, penafian kekal neraka jahannam, penafian bahawa alam ini jadid(suatu yang baharu). Adakah ini bukan bid’ah? Malah ini lebih teruk dan besar akibatnya, kerana boleh memesongkan dari jalan yang benar. Tapi lebih memeranjatkan apabila mereka mendakwa si abu jahal dan si abu lahab ada tauhid juga, malah mereka kata tauhid si celaka dua orang itu lebih ikhlas daripada kita umat Islam seluruhnya.

Para pembaca,

Jika mahu dirungkaikan satu persatu bid’ah golongan pembid’ah umat Islam, sudah tentu berjela-jela panjangnya. Cukuplah secebis ini agar boleh menjadi renungan para pembaca yang benar-benar mencari kebenaran. Bukalah minda, berdoalah agar pintu-pintu hati tidak tertutup daripada menerima hidayah dan kebenaran. Khususnya buat saya sendiri.

Wassalam

Asadullah

BankWahabi

 


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: