Posted by: bankwahabi | November 9, 2007

Penjelasan Tentang Hukum Bagi Sesiapa Menisbahkan, Memberikan, Meletakkan, Mengangap Wujudnya Tempat Bagi Allah SWT.

Bismillahhirrahmanirrahim.

الحمد لله الذي تنزه عن الشبيه والجسم ، والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آلــه وصحبه ومن والاه

Assalamualaikum.

 

Alhamdulillah, dengan ‘inayah dan rahmat Allah SWT, kami akan menjelaskan sedikit sebanyak pandangan jumhur Ulama’ Salaf, khalaf dan hinggalah masa kini; tentang hukum bagi golongan mujassimah yang menjisimkan Allah SWT, wal’iyazubillah.

 

Penjelasan Tentang Hukum Bagi Sesiapa Menisbahkan, Memberikan, Meletakkan, Mengangap Wujudnya Tempat Bagi Allah SWT.

 

Penjelasan tentang permasalahan tajsim ini telah lama wujud; bukan masalah baru dalam sejarah Islam, malah di zaman salaf sudah wujud kaum tajsim ini. Oleh demikian, kami akan bentangkan sebanyak yang mungkin tentang hukum hakam yang telah ditetapkan oleh Jumhur Ulama’ ASWJ yang berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah.

Sesiapa yang ber’itiqad atau beranggapan bahawa Allah SWT tinggal dilangit, atau bersemayam atau duduk di atas arays atau apa jua yang bersangkut-paut dengan tempat, atau arah; maka hukumnya seperti berikut:

 

1.      Imam al-Mujtahid Abu Hanifah an-Nu’man (150H) RAH, dalam kitabnya “Fiqh al-Absat”[1]. Imam Abu Hanifah telah mengkafirkan sesiapa yang menisbahkan atau mengisbatkan tempat bagi Allah. Kata Imam Abu Hanifah; “Barangsiapa yang berkata bahawa dia tidak mengetahui bahawa Allah itu di langit atau pun di bumi, maka dia itu jatuh kafir, dan begitu juga barangsiapa yang berkata bahawa Allah di atas arrays, dan begitu juga jika dia berkata bahawa dia tidak tahu bahawa Allah di atas arrays atau di langit atau di bumi.”

2.      Syeikh ‘Izz Ibn Abdus Salam Rahimahullah (660H); dalam Kitab “Halli ar-Rumuz”[2]. Syeikh ‘Izz juga bersependapat dengan Imam Abu Hanifah dalam menyatakan hukum kafir kepada mujassimah yang menisbahkan tempat bagi Allah. Kata Syeikh ‘Izz  “Sesunnguhnya dengan perkataan tersebut(tidak tahu samada Allah di atas arasy atau di langit atau di bumi) boleh mengwahamkan(membayangkan di kepala dan fikiran) bahawa untuk Allah itu tempat, dan barangsiapa yang membayangkan perkara tersebut, maka dia itu seorang musyabbihah.”

3.      Syeikh Mulla Ali al-Qari al-Hanafiy; dalam Kitab Syarah Fiqh al-Akbar[3]. Syeikh telah berkata “dan tiada syak lagi sesungguhnya bahawa (Syeikh)Ibn Abdus Salam daripada Ulama’ yang diperakui dan agung, maka wajiblah kita mempercayai atas apa yang telah dinaqalkan(nukilkan dalam kitabnya Halli ar-Rumuz tentang kata-kata Imam Abu Hanifah an-Nu’man).”

4.      Imam Al-Hafiz Al-Faqih Al-Hanafi Abu Ja’afar At-Thohawi As-Salafi (321H); dalam matan Aqidah Thohawiyyah yang masyhur dan telah banyak disyarahkan. Tetapi berwaspadalah pada syarah “Abi al-‘Izz Al-Hanafi” kerana telah dicemari dengan pandangan Tajsim dan Musyabbihah. Kata Imam Abu Ja’afar “Barangsiapa yang mengsifatkan Allah dengan makna daripada makna-makna manusia, maka dia telah jatuh kafir.”

5.      Imam Abu Qasim Al-Qusyairiy (465H); dalam Risalah Al-Qusyairiyyah[4]. Kata Imam Abu Qasim “Aku telah mendengar bahawa Al-Imam Abu Bakr Ibn Faurak Rahimahullah telah berkata: Aku Telah dengar Abu Usthman Al-Maghrabi berkata: aku telah ber’itiqad sesuatu tentang hadith jihhah(arah/tempat), dan ketika kami sampai di Baghdad telah pergi perkara tersebut[5](arah/tempat bagi Allah) daripada hatiku, maka aku tuliskan khabar tersebut kepada sahabat-sahabat kami di Makkah: Sesungguhnya aku telah Islam sekarang dengan memperbaharui Islam.”(dengan meninggalkan ‘itiqad yang salah dan mengucapkan syahadatain).

6.      Syeikh Lisan Al-Mutakallimin Abu Al-Mu’in Maimun Ibn Muhammad An-Nasafiy Al-Hanafi (508H); dalam Kitab Tabshirah Al-Adillah[6]. Kata Syeikh “dan sesungguhnya Allah SWT telah menafikan penyerupaan(mumathalah) di antara zat Allah dan sesuatu selainnya, maka kata-kata yang mengisbatkan(menetapkan atau ber’itiqad) tempat untuk Allah adalah ditolak(tidak diterima) kerana dalil daripada Al-Quran <laisa kamithlihi syaiun: tidak ada sesuatu pun yang menyerupai Nya>; oleh kerana kata-kata yang berikut (kata-kata tentang tempat bagi Allah) tidak ada sebarang makna yang lain kecuali makna zahirnya; maka menolak nas/hukum daripada Al-Quran adalah kafir, semoga Allah menjaga kita semua daripada masalah/perkara tersebut.”

7.      Syeikh Zain Ad-Din yang masyhur dengan Ibn Nujaim Al-Hanafi (970H); dalam kitabnya Bahr Ar-Raiq: Pada Bab Hukum Orang-Orang yang Murtad[7]. Kata Syeikh Zain Ad-Din As-Syahir bi Ibn Nujaim “dan telah kafirlah bagi mereka yang menisbatkan/menetapkan al-makan(tempat) bagi Allah, dan jika dia berkata: Allah di langit, jika dimaksudkan tentang kisah apa yang telah di riwayatkan pada zahir al-akhbar(hadith) tidak kafir, dan jika yang dimaksudkan itu al-makan(tempat) maka kafir.”

8.      Syeikh Syihab Ad-Din Ahmad Ibn Muhammad Al-Mishriy As-Syafi’e Al-Asy’arie yang terkenal dengan panggilan Ibn Hajar Al-Haithami (974H); dalam kitabnya Al-Minhaj Al-Qawiim[8]. Kata Syeikh Ibn Hajar Al-Haithami “dan ketahuilah bahawa Al-Qarafi dan lain-lainnya menceritakan bahawa; daripada imam As-Syafi’e dan Imam Malik dan Imam Ahmad dan Imam Abu Hanifah RAH; bahawa kafirlah mereka yang berkata: arah dan jisim dan mereka bermaksudkan hakikat tersebut.”

9.      Syeikh Mulla Ali al-Qari al-Hanafiy (1014H); dalam kitab Syarah Fiqh Al-Akbar[9]. Kata Syeikh “Adalah tersangat zalim seseorang yang menipu Allah SWT dengan mendakwa dengan dakwaan yang tertentu; seperti: menetapkan tempat, keadaan, arah yang bertentangan atau berhadapan, dan menetapkan jarak dan penyerupaan yang seperti berikutnya; maka jatuhlah Kafir tanpa penafian”. Kata Syeikh juga[10] “barangsiapa yang ber’itiqad bahawa Allah SWT tidak mengetahui sesuatu sebelum berlakunya sesuatu; maka dia itu kafir, walaupun ianya dikira daripada golongan pembid’ah, dan begitu juga bagi sesiapa yang berkata: bahawa Allah itu mempunyai jisim dan tempat, dan peredaran masa bagi Allah dan apa juga yang sepertinya; Kafir, kerana tidak ada pada mereka itu hakikat keimanan[11].”

10.  Syeikh Mulla Ali Al-Qari; dalam kitab Mirqatul Al-Mafatih[12]. Kata Syeikh “Bahkan telah bersepakat mereka semua(daripada Ulama’ Salaf) dan daripada Ulama’ Khalaf; bahawa mereka yang beraqidah arah(Tajsim/Musyabbihah) adalah Kafir; sepertimana yang telah dijelaskan oleh Al-‘Iraqi<sesungguhnya kata-kata tersebut adalah daripada Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafie, Imam Asy’arie, dan Imam Al-Baqillani>”

11.  Syeikh Al-‘Allamah Kamal Al-Din Al-Bayadhi Al-Hanafi (1098H); dalam Kitab Isyarat Al-Maram (ms/200). Syarah Syeikh pada kata-kata Imam Abu Hanifah tentang hukum kafir bagi mereka yang beraqidah tajsim.

12.  Syeikh Abdul Al-Ghani An-Nablusi Al-Hanafi (1143H); dalam Kitab Al-Fath Al-Rabbani Wal Al-Faidhu Ar-Rahmani (ms/124). Kata Syeikh “dan sesungguhnya pembahagian kufur itu dengan mengikut syarak ada tiga pembahagian yang menyeluruh dalam pelbagai jenis kekufuran: 1) At-Tasybiih 2) At-Ta’thil 3) At-Takziib…dam maka at-Tasybiih itu adalah ‘itiqad bahawa Allah SWT menyerupai sesuatu daripada makluk Nya, seperti mereka yang ber’itiqad bahawa Allah SWT jisim berada di atas arasy, atau ber’itiqad bahawa Allah mempunyai yadan yang bermaksud jarihahatan(dua anggota tubuh badan ‘tangan’), atau untuk Allah itu penyerupaan dengan sesiapa atau cara/kaifiyat sesiapa, atau cahaya yang boleh digambarkan dengan aqal, atau di langit, atau di satu arah dari arah yang enam, atau di satu tempat daripada tempat-tempat, atau di seluruh tempat, atau memenuhi ruang alam semesta…..”

 

Para Pembaca,

Ada banyak lagi pandangan ulama’ ASWJ tentang hukum bagi mereka yang beraqidah tajsim. Tetapi apa yang saya nukilkan hanya sedikit sangat jika mahu dibandingkan dengan ribuan ulama’ ASWJ yang menjelaskan hukum dan penafian tempat bagi Allah. Bagi para pembaca yang sudah arif, jelas, alim dan yakin bahawa Aqidah tajsim ini sesat dan mengeluarkan individu itu daripada millah, janganlah berdiam diri walaupun ianya pahit, janganlah sentiasa berwaspada sehinggakan secara tidak langsung kita membenarkan masyarakat yang kejahilan terus terjerumus dalam kekufuran Aqidah dengan mengagung-agungkan pelopor tajsim dulu dan kini. Mereka yang sedar dan tahu tentang hal ini; khususnya golongan yang mempunyai authority dalam bidang Aqidah, tidak seharusnya berdiam diri, takut, risau dan ragu-ragu.

Asadullah

BankWahabi




[1] Kitab Fiqh al-Absat; Himpunan Risalah-Risalah Imam Abu Hanifah; dengan Tahqiq Imam Az-Zahid Al-Kauthari (ms/12).

[2] Kitab Halli ar-Rumuz; Syiekh ‘Izz Ibn Abdus Salam; Bersependapat dengan Imam Abu Hanifah dalam No: 1.

[3] Kitab Syarah Fiqh Al-Akbar; Syeikh Mulla Ali Al-Qari; Selepas tamat syarah risalah Fiqh Al-Akbar (ms/198).

[4] Ar-Risalah Al-Qusyairiyyah: Abu Qasim Al-Qusyairiy (ms/5).

[5] Telah aku tinggalkan segala ‘Itiqad tentang tajsim.

[6] Kitab Tabshiroh Al-Adillah; Syeikh Abu Al-Mu’in Maimun Ibn Muhammad An-Nasafiy Al-Hanafi (1/169).

[7] Kitab Bahr Ar-Raiq: Bab Hukum Orang-Orang Yang Murtad; Syeikh Zain Ad-Din, Ibn Nujaim Al-Hanafiy (5/129)

[8] Kitab Al-Minhaj Al-Qawiim; Syeikh Syihab Ad-Din Ahmad Ibn Muhammad Al-Mishriy As-Syafi’e Al-Asy’arie Al-Ma’ruf bi Ibn Hajar Al-Haithami (ms/224)

[9] Kitab Syarah Fiqh Al-Akbar; Syeikh Mulla Ali Al-Qari; Selepas tamat syarah risalah Fiqh Al-Akbar (ms/215)

[10] Kitab Syarah Fiqh Al-Akbar; Syeikh Mulla Ali Al-Qari; Selepas tamat syarah risalah Fiqh Al-Akbar (ms/271-272)

[11] Maksudnya: seseorang yang beraqidah tajsim, hakikatnya tiada iman dalam hati mereka; maka mereka itu Kafir.

[12] Kitab Mirqaatul Al-Mafatih; Syeikh Mulla Ali Al-Qari (3/300).


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: