Posted by: bankwahabi | November 1, 2007

NASIHAT KEPADA ANTI-MUJASSIMAH WAHABI

Assalamualaikum.

Artikel dibawah ini adalah nasihat rakan saya kepada pendokong ASWJ yang menentang serpiha wahabi mujassimah di Malaysia khususnya.

Sekadar berkongsi dengan para dai’e yang lain.

wslm

Asadullah

BankWahabi

BERLAKU ADIL TERHADAP WAHHABI

Para ulama Ahli Sunnah Wal Jama’ah perlu bertindak terhadap agama baru Wahhabiyah ini secara adil dan terbaik.  Inilah saranan saya kepada semua pejuang Islam yang telah lama menghidu bau ajaran songsang Wahhabiyah ini yang telah tersebar khususnya di negara kita. Segala penyelewengan Wahhabiyah dalam hal berkaitan agama perlu ditangani dengan berdalil dan berbukti. Bukan dengan tindakan melulu tanpa apa-apa kajian langsung.

Ketahuilah bahawa penolakan Islam terhadap ajaran Wahhabiyah adalah kerana penyelewengan Wahhabiyah dalam asas akidah yang tidak langsung berpandukan kepada Al-Quran dan As-Sunnah sebagai contoh Wahhabi sering menyuarakan bahawa “Allah memerlukan kepada duduk dan bertempat di atas Arasy dan kekadang zat Allah pula berada & bertempat dilangit bukan lagi di atas Asray” Rujuk kitab Wahhabi Fathul Majid m/s 356 dan lain-lain.  Ini merupakan penyandaran sifat yang lemah kepada Tuhan yang Maha Gagah.

Begitu juga Wahhabi menyifatkan Allah dengan sifat Al-Khona iaitu Pencela yang bercakap dengan kutukan,hinaan dan perkataan-perkataan yang keji SAHAJA tanpa kebaikan langsung.  Sifat tersebut telah disabitkan oleh Wahhabi kepada Allah dalam kitab yang sama tanpa merujuk kepada mana-mana Hadith nabi pun.Rujuk kitab Wahhabi Fathul Majid m/s 396. Ini semua adalah sifat yang tidak dinyatakan oleh Allah dan Nabi Muhammad bahkan hanya Yahudi dan Kristian sahaja yang menyifatkan Allah dengan sifat jelek tersebut.

Maka kesongsangan akidah Wahhabi seperti ini perlu ditangani secara adil. Bukan dengan seolah-olah meredhoinya. Sebagai contoh lagi Wahhabi dalam kitab yang sama menbawa Hadith yang bukan sahaja Dhoif bahkan MAKZUB dusta langsung daripada Rasulullah dengan mendakwa Allah Duduk Atas Kerusi.Rujuk m/s 356. Disisi ulama Islam bukan kesemua yang disandarkan kepada Allah itu adalah sifatNya.

Kerana itu, untuk bertindak memerangi Wahhabi kita perlu berlaku adil dengan erti mengetahui sumber fakta kesongsangan ajaran Wahhabiyah dan meletakkan dalam timbangan syariat yang sebenar, sekiranya kepesongan Wahhabi pada sumber yang kita ada berkaitan pembatalan Islam dan jatuh ke hukum kufur maka perlu dijelaskan tanpa samar-samar atau berkias panjang.  Ini bagi memudahkan umat Islam memahami secara (jelas/terang/nyata)direct bukan dengan kiasan orang nak meminang anak dara.  Tetapi walau bagaimana pun Ahli Sunnah yang menyedari bahaya Wahhabi ini perlu dan mesti ada bukti dimana terletaknya kesalahan dan kesesatan ajaran ini. Saya bersetuju apabila JAKIM dan jabatan-jabatan agama Islam lain mengharamkan beberapa ajaran yang menyimpang, tetapi alangkah baiknya sekira dinyatakan sekali sumber kesesatan ajaran mereka. Walau bagaimana pun sejak akhir-akhir ini telah mula dijelaskan sumbernya. Permintaan agar sumber itu dijelaskan bukan kerana mempertikai pengharaman ajaran songsang tersebut tetapi hanya mahukan ianya lebih jelas sumber dan dalil serta fakta kenyataan.

NASIHAT KEPADA PEJUANG

Umat Islam yang sayangkan agama murni ini sudah tentu tidak mahukan penyelewengan Islam dilakukan oleh mana-mana pihak pun, samaada dari mereka yang bertaraf mufti atau sesiapa pun. Maka dengan demikian pejuang Islam harus memiliki segala bukti dan mengkaji serta meletakkan di timbangan syariat sebenar dimanakah kesesatan sesuatu ajaran itu.

Penjelasan perihal ajaran Wahhabi perlu dijelaskan dari segi akidah dahulu sebelum hal lain agar orang awam Islam faham mengapa ulama Islam menentang Wahhabi khususnya pentakfiran Wahhabi terhadap ulama dan orang awam itu sendiri.

Nasihat Saudara Seperjuangan


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: