Posted by: bankwahabi | Oktober 18, 2007

Perbezaan: Ahlus Sunnah Wal Jama’ah dan Wahabi

Assalamualaikum

Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah SWT kerana kita masih lagi dalam Aqidah Ahlus Sunnah Wal Jama’ah (Asya’irah dan Maturidiyyah).

Para pembaca,

Di sini saya sertakan jawapan Dr. Ust Uthman El-Muhammady yang menjawab Kenyataan songsang Ex-Pilot Hafiz Firdaus (Wahhabiah Pembelaannya oleh Hafiz Firdaus) yang masyhur dengan kumpulan PROTAZ; kononnya golongan professional juga boleh menjadi “mufti, mengambil hukum terus dari nas-nas asal(Al-Quran dan As-Sunnah), beramal tanpa perlu mengikut mazhab, boleh alim dengan hanya semata-mata membaca dari buku, membuat tajdid(songsang), menjadi mujaddid, boleh mempersoalkan hukum-hakam yang telah di ijma’ kan oleh Jumhur Ulama’ ASWJ, boleh membawa Aqidah dan Syariat songsang”. Cukuplah sedikit sebanyak kriteria tersebut yang menjadi lambang kepada Model PROTAZ yang tidak pernah henti daripada menyongsangkan masyarakat umum yang kefakiran Ilmu Agama. Mereka boleh menipu dengan mudah, tetapi berwaspadalah, Allah SWT akan mempersoalkan setiap kejahatan yang golongan ini lakukan terhadap Ummat Islam.

KOMEN BANKWAHABI:

Ex-Pilot seolah-olah memandang sinis terhadap Ulama’ ASWJ yang muktabar. Apabila dia berkata ” Apabila fahaman ini membicarakan Islam berdasarkan metodologi ilmiah, akan terbongkar kesilapan, kedongengan dan kepalsuan apa yang selama ini disampaikan oleh para agamawan tersebut”. Nauzubillah himinzalik. Berani sungguh menuduh para ulama’ dengan fitnah tersebut.

Cukuplah apabila Dr Uthman El-Muhammady apabila saya tanya pada dia tentang ex-pilot ini, Dr Uthman berkata; dia (ex-pilot) seorang yang penipu dan tidak telus dalam menyampaikan sesuatu. Saya lebih mengambil kata-kata orang yang saya thiqah, kenal keperibadian lebih 20 tahun, daripada orang yang tidak tahu kepala ekor tiba-tiba mahu dikatakan ulama’.

Beginilah sikap wahabi yang tidak langsung menghormati para Ulama’ dan juga tiada Amanah dengan ilmu.

Intaha.

 

Jawapan Dr. Ust. Uthman El-Muhammady Kepada Ex-Pilot Hafiz Firdaus

 

Ex-Pilot:”Pertama: Fahaman ini memandang Islam sebagai suatu agama yang berdasarkan ilmu. Oleh itu ia tidak membicarakan Islam melainkan dengan metodologi ilmiah yang tinggi lagi berdisiplin. Fahaman ini menolak bicara Islam yang berdasarkan mitos, khayalan, cerita-cerita dongeng dan apa-apa yang seumpama. Dalam
suasana umat Islam yang semakin meningkat kedudukan mereka dari sudut ilmu, mereka mula beralih kepada Islam yang berdasarkan ilmu, yakni dalil dan hujah.”

Jawapan Dr. Ust. Uthman El-Muhammady: “Pengamatan saya (Muhammad Uthman El-Muhammady pada 29 Nov.2006): Wahabiah memandang Islam dengan pandangan yang bukan berdasarkan metodologi ilmu sebagaimana yang disepakati dalam Ahlussunnah wal-Jamaah mengikut Qur’an, Sunnah, ijma’ dan Qias mereka yang muktabar dalam umat. Dalam Ahlussunnah, golongan yang diakui selamat itu, sebagaimana yang ada dalam hadis-hadis sohih, menggunakan kaedah-kaedah ini dalam akidah, Syariat, dan ajaran berkenaan dengan pembersihan jiwa dan peribadi manusia. Inilah wacana ilmu yang ada zaman salaf dan dalam tujuh abad Islam tanpa gangguan. Pemikiran Wahhabi tidak pernah muncul melainkan kebelakangan ini, dikemukakan oleh beberapa orang yang boleh dibilang dengan jari sebelah tangan. Wacana ilmu dengan metodologi yang diiktiraf oleh pusat-pusat pengajian Sunni di seluruh dunia adalah berlainan daripada apa yang dikemukakan oleh para pejuang Wahhabi. Sebab itulah ulama muktabar abad ke 20 seperti Abu Zaharah, antara lainnya; menolak, sebagaimana yang boleh dilihat dalam bukunya ’Tarikh al-madhahib al-Islamiyyah’.”

 

Ex-Pilot:”Kedua: Fahaman ini meningkatkan lagi penghayatan umat Islam terhadap agama Islam. Jika sebelum ini umat hanya mengenal Islam berdasarkan hafalan “fardhu
ain”, kini umat mula mengenal Islam berdasarkan dalil dan hujah. Umat Islam mula mengenal kenapa mereka beribadah dengan tatacara sekian-sekian, hikmah di sebalik sesuatu ibadah, tujuan di sebalik sesuatu hukum dan objektif yang ingin dicapai oleh syari’at kepada manusia.”

Jawapan Dr. Ust. Uthman El-Muhammady:”Pengataman saya (uem): Penghayatan Islam dalam umat Islam bukannya dijayakan oleh golongan Wahhabi, sebab penghayatan Islam zaman agungnya berlaku bukan dalam zaman Wahhabi; Wahhabiah hanya muncul dalam abad ke 18 Masehi; adakah hendak ditafsirkan bahawa penghayatan Islam tidak ada sebelum itu? Huraian Islam berdasarkan dalil dan hujah dilakukan oleh para imam mujtahid dan ulama Ahlussunnah bukannya oleh ulama Wahhabi abad ke 18 dan kemudiannya. Teks-teks fundamental dalam ilmu-ilmu Islam seperti tafsir Qur’an, hadith-hadith, usul al-din, fiqh, sirah dan seterusnya, bahkan ilmu-ilmu bahasa dan lainnya dilakukan oleh ulama Ahlussunnah bukannya oleh ulama Wahhabi yang baharu muncul di abad ke 18. Hikmah disebalik amalan-amalan Islam juga sudah dihuraikan oleh ulama Ahlussunnah, yang terakhir antaranya, dalam abad ke 18 ialah oleh ahli hadith terkenal Syah Waliyyu’llah al-Dihlawi dalam ’Hujjatullahil-Balighah’nya.Dan beliau bukannya Wahhabi.”

Ex-Pilot: Ketiga:”Fahaman ini memberi penekanan kepada usaha tajdid, iaitu usaha membersihkan agama Islam dari pelbagai pencemaran sehingga ia kembali tulen.
Ketulenan ini adalah sesuatu yang benar-benar asing kepada masyarakat sehingga mereka menganggap ia adalah sesuatu yang baru, sekali pun ia sebenarnya sudah
wujud sejak lebih 1400 tahun yang lalu. Usaha tajdid memberi nafas yang baru kepada umat Islam. Mereka mula melihat keindahan, kemudahan dan kesyumulan Islam
sebagaimana yang dilihat oleh generasi pertama yang menerimanya secara tulen daripada Rasulullah s.a.w.”

Jawapan Dr. Ust. Uthman El-Muhammady: “Pengamatan saya (uem): Usaha ’tajdid’ yang dilakukan oleh kelompok Wahhabi ialah menggelarkan orang lain ’bid’ah’ tidak ada usaha tajdid dalam erti yang ada dalam hadith Abu Daud, yang menyebut kemunculannya di awal seratus tahun itu, yang menghidupkan semula amalan Islam yang dilupakan, atau yang terbengkalai, bukan yang dilakukan oleh golongan wahhabiah terdiri daripada perbuatan membid’ah atau menyesatkan bahkan mengkafirkan orang lain yang bukan sefahaman dengan mereka. Para mujaddid dalam sejarah Islam bukannya termasuk golongan Wahhabi itu. Imam-imam yang muktabar dalam sejarah Islam dan usaha tajdid tidak termasuk ke dalamnya ulama Wahhabi yang mula muncul abad ke 18 itu.Mereka itu(Wahhabi) digunakan oleh British dan Perancis, secara tidak langsung, untuk memusnahkan khilafah Uthmaniah. Subhana’llah.”

 

Ex-Pilot: Keempat:”Fahaman ini menyentuh isu-isu terkini lagi relevan dengan suasana umat Islam. Sebagai contoh, apabila fahaman yang lain masih memberi perhatian
kepada hukum berwudhu’ dengan air perigi, fahaman ini memberi perhatian kepada hukum berwudhu’ dalam kapalterbang. Apabila fahaman lain memberi perhatian
kepada cara berzikir di atas pokok, fahaman ini memberi perhatian kepada cara beribadah di atas kenderaan moden seperti LRT, Monorail, Komuter dan sebagainya. Oleh itu tidak asing juga apabila didapati antara yang kehadapan dalam menangani isu-isu masakini ni liberalisme, pluralisme, feminisme dan athiesisme adalah tokoh-tokoh yang disandarkan kepada fahaman ini.”

Jawapan Dr. Ust. Uthman El-Muhammady: ”Pengatatan saya (uem): Isu-isu fahaman menyeleweng umat dibicarakan oleh para ulama yang berfikiran jauh seperti Syaikh Hasan al-Banna, Abul Hasan Ali Nadawi dan lainnya yang seperti mereka, bukannya oleh ulama Wahhabi yang membid’ahkan orang lain dan menimbulkan perpecahan di mana mereka berada, bahkan sampai membawa kepada pertumpahan darah di Asia Tengah antara lainnya.”

Ex-Pilot: Kelima: ”Fahaman ini tidak membataskan ahli-ahlinya kepada jamaah tertentu. Tidak ada sistem mendaftar keahlian, berbai’ah kepada amir, perlantikan ahli
jawatan kuasa tahunan dan lain-lain yang biasa ditemui dalam jamaah-jamaah Islam. Seseorang itu boleh sahaja mengikuti fahaman ini dan pada waktu yang sama terus
bergiat aktif dengan jamaah yang dianggotainya. Hanya saja fahaman ini mengingatkan umat Islam agar membetulkan tujuan mereka bergiat aktif di dalam
sesuatu jamaah. Hendaklah tujuan tersebut demi kebaikan Islam dan umatnya, bukan demi memelihara maruah jamaah dan menjaga kedudukannya sebagai yang terbaik berbanding jamaah-jamaah yang lain.”

Jawapan Dr. Ust. Uthman El-Muhammady:” Pengamatan saya (uem): Tentang tidak ada amir-amir itu tidak menjadi persoalan sekarang ini; yang menjadi persoalan ialah umat Islam hendaklah berada dalam Ahlussunnah wal-Jamaah yang mempunyai aturan-aturan dalam huraian pengetahuannya, dan janganlah seseorang itu, berdasarkan agamanya kepada fikiran sendiri. Kalau dalam profesi duniawi pun manusia dikehendaki supaya mengikut aturan-aturan menjaga kesahihan amalan dan tindakan, maka dalam hukum dan fahaman agama ini lebih-lebih lagi dikehendaki; sebab itu Qur’an mengajarkan kita supaya ’jangan sesat’ ertinya jangan lari daripada nas; dan nas itu pula huraiannya mestilah mengikut kaedah-kaedahnya, bukannya mengikut apa pang difikirkan oleh orang-orang yang belum menentu kredibiliti ilmiahnya.”

Ex-Pilot: ”Di Mana Salahnya Dengan Fahaman Wahabi? Secara umum, tidak ada yang salah dengan fahaman Wahabi kecuali namanya. Memang, ada segelintir orang
yang mengikuti fahaman ini dengan semangat yang mendahului ilmu dan kematangan sehingga mereka berlebih-lebihan dalam mengkritik dan mencela. Namun
tindakan segelintir tidak boleh dijadikan hujah untuk menghitamkan keseluruhan fahaman ini dan majoriti yang mengikutinya berdasarkan ilmu dan kematangan.

Fahaman Wahabi bukanlah sesuatu yang asing dalam Islam atau terkeluar dari Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah. Malah ia lebih mendekati Islam yang sebenar dan Ahl
al-Sunnah wa al-Jama’ah yang tulen. Terkecuali adalah nama “Wahabi” yang disandarkan kepada fahaman ini, ia adalah nama yang sengaja digunakan oleh sebahagian
agamawan sebagai senjata untuk menakutkan orang ramai dan menjauhkan mereka daripada fahaman yang murni ini. Kenapakah perlu ditakut dan dijauhkan orang ramai daripada fahaman ini? Paling kurang ada dua sebab utama: ”Sebab Pertama: Apabila fahaman ini membicarakan Islam berdasarkan metodologi ilmiah, akan terbongkar
kesilapan, kedongengan dan kepalsuan apa yang selama ini disampaikan oleh para agamawan tersebut. Dalam menghadapi suasana ini, para agamawan terbahagi kepada
dua kategori: Pertama adalah mereka yang bekerjaya dalam jurusan agama berdasarkan sikap jujur lagi amanah. Mereka membetulkan apa yang pernah disampaikan
sebelum ini seandainya ia sememangnya tidak tepat. Kedua adalah mereka yang bekerjaya dalam jurusan agama kerana maruah dan status. Mereka sukar untuk mengakui
bahawa apa yang mereka sampaikan sebelum ini adalah tidak tepat. Maka mereka mencari helah untuk menakutkan orang ramai dan menjauhkan mereka dari
kebenaran tersebut. Helah tersebut adalah: “Berhati-hatilah dengan fahaman Wahabi kerana ia terkeluar dari Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah……”

”Sebab Kedua: Fahaman ini benar-benar mendapat sambutan daripada umat Islam sehingga kuliah-kuliah pimpinan tokohnya dibanjiri oleh hadirin daripada pelbagai
latarbelakang. Suasana ini bertolak belakang dengan kuliah-kuliah pimpinan para agamawan yang semakin lengang sehingga akhirnya ia dibatalkan oleh pihak
penganjur. Dalam menghadapi suasana ini, sekali lagi para agamawan terbahagi kepada dua kategori: Pertama adalah mereka yang memiliki sikap yang positif dimana
dengan sikap tersebut mereka berusaha untuk mempertingkatkan mutu kuliah yang disampaikan, selari dengan kehendak para hadirin. Kedua adalah mereka yang
memiliki sikap yang negatif dimana mereka enggan mempertingkatkan mutu kuliah yang disampaikan. Pada waktu yang sama mereka tidak boleh berdiam diri kerana
semua ini melibatkan sumber pendapatan mereka. Dengan berkurangnya jemputan, berkuranglah juga pendapatan. Maka mereka perlu mencari helah untuk menjanakan
kembali sumber pendapatan dengan berkata: “Berhati-hatilah dengan kuliah orang-orang Wahabi, mereka itu ditaja oleh pihak Barat……”

 

Jawapan Dr. Ust. Uthman El-Muhammady:”Pengamatan saya (uem): Tentang golongan Wahhabi ditaja oleh Barat, itu tidak menjadi persoalan kepada orang yang mengetahui sejarah Abdullah Philby, Lawrence of Arabia, dan unsur-unsur tertentu dalam hubungan pihak-pihak tertentu dengan Barat sekarang ini. Demikian pula minat Barat untuk membesar-besarkan unsur-unsur yang boleh memecahkan otoriti wacana ilmiah Ahlussunnah yang teguh itu; mereka berminat untuk memusnahkannya dengan pelbagai cara. Antaranya ini jelas dari Rand Cotrporation Report. Ini jelas juga kepada mereka yang membaca ’Tarikh Najdin’ dan ’Unwan al-Majdi’. Maka lebih baik, dan selamatlah orang-orang yang terus menerus berpegang kepada aliran arus perdana Islam yang diterima oleh ulama yangf terkenal dalam sejarah Islam yang terpandu dengan metosologi dalam tafsir, hadith, fiqh, akhlak, sejarah, nahu dsan saraf dan seterusnya. Dan dalam golongan ini pula dipupuk persaudaraan Islam dan beradab dalam perbezaan pendapat, berbeza daripada golongan Wahhabi, yang menganggap pihak-pihak yang berlainan daripada mereka sebagai sesat, atau kafir, serbaimana yang ada dalam ’Kitab Kasyf al-Syubuhat’ oleh Muhammad Abdul Wahhab, dan kitab ’Hal al-Muslim Mulzam bittiba’ madhhabin mu’ayyanin minalMadhahib al-Arba’ah’ oleh al-Khojandi al-ma’sumi itu, antara lain-lainnya.”

Pengamatan saya (uem) : Wahhabiah banyak menyalahi pendirian wacana Ahlissunnah: pembahagian tauhid kepada tiga yang menjadi wasilah kepada mengkafirkan orang yang melawat kubur orang solih, menghalalkan darah mereka, menghalalkan merampas harta mereka, akibat kafirnya; pengharaman dan pengkafiran (ber)tawasul; perbuatan memanggil negeri yang lain daripada yang mempunyai fahaman mereka sebagai ’dar al-harb’, mengharamkan taklid imam-imam mazhab, mengharamkan amalan-amalan yang mereka anggapkan bid’ah pada fahaman mereka, walhal itu tidak diharamkan oleh ulama lain.Mereka menikmbulkan perpecahan di mana mereka berada, bahkan menimbulkan pertumpahan darah; mereka tidak mentaati uli(l)-amri negeri-negeri Islam, dan seteru(s)nya. Ini semua menjadikan gerakan Wahhabi sebagai gerakan yang mesti diawasi dan ianya jangan dibiar berkembangan.Sebab itulah Imam Abu Zahrah menyatakan bahawa kalau mereka berada dalam negeri mereka itu tidak mengapa, tetapi bila merela merebak ke negeri lain, akan timbul masalah besar. Wallahu a’lam.

Pengamatan berhubung dengan (gejala) murtad; saya (uem) menyatakan: Dalam hubungan dengan gejala murtad sesetengah Orang di Malaysisa, kalau hendak ditafsirkan bahawa gejala itu selesai dengan orang masuk Wahhabi, maka itu sukar dipertahankan, sebab di kalangan Orang Wahhabi perlaksanaan agama yang berkurangan juga berlaku, dan gejala murtad juga berlaku termasuk di Asia barat. Maka perlu dicari sebab-sebabnya mengikut fakta-fakta yang objektif dan bukannya dengan senang menyebut bahawa golongan Wahhabi penghayatan agamanya lebih daripada orang lain.

Kemudian kalau ada orang yang menakut-nakutkan orang dengan laknat Allah kerana tidak menyetujui Wahhabiah, [dengan merujuk surah Hud 11, ayat 18-22], maka boleh disebutkan bahawa golongan Wahhabi yang mencaci-maki umat Islam dan ulama Ahlussunnah wal-jamaah itu melakukan perbuatan yang menjemput kebencanaan. Ini adalah, antara lainnya berdasarkan fahaman daripada hadith sohih al-Bukhari yang menyebutkan antaranya ’Sesiapa yang bermusuh dengan seorang wali-Ku maka Aku isytihar perang terhadapnya’ maka siapa tahu kalau ke dalam waliKu itu termasuk ulama Ahlussunnah yang dicaci dan dimaki itu. Subhana’Llah.


Responses

  1. Astaghfirullah. Kenapalah keceluparan yang menjadi dakwat-dakwat wahhabiyyah ini?

    Tidakkah mereka terfikir merekalah yg sebenarnya menyusahkan org dalam beramal ibadat? Bukankah selama ini golongan inilah yg sibuk-sibuk membicarakan balik perkara-perkara yg sudah habis dibahas oleh ulama terdahulu?

    Fatwa-fatwa kontemporari selama inipun bukannya datang dari kalangan wahhabiyah yg beriktikad Tuhan itu jalis, tapi dari ulama Ahlus ASWJ.

  2. Nice Article…

    http://mbelgedez.wordpress.com/2007/10/07/96/

  3. Mungkin juga ramai konservatif ASWJ di Malaysia yg tidur dalam permasalahan ummah khususnya muamalah, maka Allah uji dengan serangan fahaman ekstrim wahabi dan syiah di malaysia.

    Ulamak dan agamawan tradisional kena tanya diri sendiri kenapa fitnah ini terjadi. Jangan cepat nak melenting.

    Sekurang-kurangnya ada positif dari desakan kritikal dari wahabi ini iaitu ramai ustaz semakin berhati-hati dalam hujah dan dalil. Tidak sembrono menggunakan hadith dan dalil tanpa ikhlas menguasainya.

    Yang pasti , mereka yang taksub, riak, dan dangkal acap mudah berseteru baik dari manhaj wahabi, syiah mahupun majoriti ASWJ..

    Mereka yg ikhlas akan mudah bermuzakarah dengan adab dan matang. Maka dekatilah org org yang ikhlas dari ulamak dan org soleh. Bukan dari kalangan ULAR DALAM SEMAK atau AL-USTAZ/PROTAZ CARIK MAKAN. Subhanallah.

  4. Pertama sekali Masyarakat dan ilmuan islam wajib tanam dlm diri mereka bahawa ajaran wahabiah ini bukannya dari Islam dan kita harus sedar dan bangkit menentang ajaran Wahabiah habis-habisan.Itulah lambang kita mengucap dua kalimah syahadah.Ajaran Wahabiah ini adalah satu rekaan n jarum daripada pihak musuh kita iaitu kuffar untuk memecah belahkan ummat Islam.
    Albani!!Siapakah sebenarnya Nasiruddin Albani????klu kita tengok sejarah dia, dia xde guru y muktabar apatah lg nk memiliki sanad ilmiah dr masyaiekh y muktabar, dia hanya seorang pengkaji hadis y buta hadis tp nk kaji hadis jugak, xdikatakn bodoh klu gitu??dia menghabiskan masanya dlm maktabah bertahun2 kerana nk kaji hadis tanpa ta’lim dan talaqqi dgn tok2 guru y muktabar.siapakah guru2nya?tidak lain tidak bukan ialah para2 iblis dan syaitan laknatullah a’laihim.Nabi bersabda “Sesiapa y belajar ilmu tanpa berguru maka syaitan adalah gurunya”.Maka jelas lagi bersuluh kepada kita bahawa kita patut menolak segala fatwa Albani berkaitan dgn ilmiah agama terutamanya dlm bidang hadis.
    klu masalah akidah dan furu’..eemm,byk diterangkan dan dibahaskan oleh kebanyakan ulamak muktabar..sila rujuk kitab “Mizanul Adil Li Tamyizil Haq minal batil:syeikh Abd Kadir Isa Diyab”, “Al-Mausu’ah Yusafiah fi bayani adillati sufiah:syeikh Yusuf Khatar Muhammad”.
    Akidah WAhabiah adalah dasarnya@metodologi diambil dari akidah Mujassimah jd akidahnya xlari dari akidah Mujassimah maka kita kene faham bahawa akidah Wahabi ini adalah akidah Mujassimah juga, sebijik sama hanya tukar nama je..
    Barangsiapa y mati di atas(berpegang)akidah Wahabi@ dgn nama lain ialah akidah Mujassimah maka dia kufur, tidak perlu di mandikan, tidak perlu di kapankan dan haram disembahyangkan serta haram juga di semadikan di perkuburan Islam.boleh rujuk naqalan ini dlm kitab “Al-Irsyad fi raddi Syubhat bi bayanil Mu’taqidat:ittifaq dari jam’iyyat Ulamak Fatani darus salam”.
    Maka saya menyeru kepada mereka y masih berpegang teguh kepada akidah Wahabi@nama lain Mujassimah supaya segera bertaubat dan kembali kepada akidah y tulin lagi sebenar y sahih datang dari Nabi s.a.w y telah di susun@di pelopori oleh Asya’irah dan Al-Maturidiah.salam

  5. Pertama sekali Masyarakat dan ilmuan islam wajib tanam dlm diri mereka bahawa ajaran wahabiah ini bukannya dari Islam dan kita harus sedar dan bangkit menentang ajaran Wahabiah habis-habisan.Itulah lambang kita mengucap dua kalimah syahadah.Ajaran Wahabiah ini adalah satu rekaan n jarum daripada pihak musuh kita iaitu kuffar untuk memecah belahkan ummat Islam.
    Albani!!Siapakah sebenarnya Nasiruddin Albani????klu kita tengok sejarah dia, dia xde guru y muktabar apatah lg nk memiliki sanad ilmiah dr masyaiekh y muktabar, dia hanya seorang pengkaji hadis y buta hadis tp nk kaji hadis jugak, xdikatakn bodoh klu gitu??dia menghabiskan masanya dlm maktabah bertahun2 kerana nk kaji hadis tanpa ta’lim dan talaqqi dgn tok2 guru y muktabar.siapakah guru2nya?tidak lain tidak bukan ialah para2 iblis dan syaitan laknatullah a’laihim.Nabi bersabda “Sesiapa y belajar ilmu tanpa berguru maka syaitan adalah gurunya”.Maka jelas lagi bersuluh kepada kita bahawa kita patut menolak segala fatwa Albani berkaitan dgn ilmiah agama terutamanya dlm bidang hadis.
    klu masalah akidah dan furu’..eemm,byk diterangkan dan dibahaskan oleh kebanyakan ulamak muktabar..sila rujuk kitab “Mizanul Adil Li Tamyizil Haq minal batil:syeikh Abd Kadir Isa Diyab”, “Al-Mausu’ah Yusafiah fi bayani adillati sufiah:syeikh Yusuf Khatar Muhammad”.
    Akidah WAhabiah adalah dasarnya@metodologi diambil dari akidah Mujassimah jd akidahnya xlari dari akidah Mujassimah maka kita kene faham bahawa akidah Wahabi ini adalah akidah Mujassimah juga, sebijik sama hanya tukar nama je..
    Barangsiapa y mati di atas(berpegang)akidah Wahabi@ dgn nama lain ialah akidah Mujassimah maka dia kufur, tidak perlu di mandikan, tidak perlu di kapankan dan haram disembahyangkan serta haram juga di semadikan di perkuburan Islam.boleh rujuk naqalan ini dlm kitab “Al-Irsyad fi raddi Syubhat bi bayanil Mu’taqidat:ittifaq dari jam’iyyat Ulamak Fatani darus salam”.
    Maka saya menyeru kepada mereka y masih berpegang teguh kepada akidah Wahabi@nama lain Mujassimah supaya segera bertaubat dan kembali kepada akidah y tulin lagi sebenar y sahih datang dari Nabi s.a.w y telah di susun@di pelopori oleh Asya’irah dan Al-Maturidiah.salam


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: