Posted by: bankwahabi | Oktober 16, 2007

Bukti menunjukkan Wahhabi bukan Muslim

Soalan: Ada orang bertanya, “Adakah dibenarkan mencela (orang Islam, seperti) Wahhabiyy?”

Jawapan: Adalah dibenarkan mencela orang kafir. Dibenarkan juga mencela orang Islam yang melakukan ma^siat (dosa) untuk memberi amaran kepada orang lain mengenainya. Imam Ahmad berkata: “Adalah dibenarkan mencela Yazid[1]. Ini adalah kerana beliau melakukan banyak dosa dan seorang yang(Fajr) / penzina /(akhlaknya tidak baik). Akan tetapi tidak dibenarkan untuk mencela orang Islam selain dari itu. Nabi sallallahu ^alayhi wa sallam bersabda: “La^nu-l-Muslimi ka-qatlihiyy”Bermaksud: <<“ mela^nat orang Islam adalah seperti membunuhnya”>>(riwayat ibn Hibban).

 

Oleh itu , melaknat orang Islam tanpa alasan adalah berdosa besar. Akan tetapi Wahhabiyyah[2] percaya bahawa Allah mempunyai jisim ( tubuh badan) yang duduk di atas ^Arsh, mereka tidak mengetahui Allah. Tidak wujud jisim (tubuh badan ) yang duduk di atas ^Arsh. ^Arsh merupakan Ka^bah bagi malaikat yang mana mereka mengelilinginya[3]. Mereka bertawaf padanya, seperti kita bertawaf[4] pada Ka^bah[5] di Makkah dan mereka bersolat mengadapnya. Tidak ada satu benda pun yang hidup duduk di atas ^Arsh. Wahhabiyyah adalah jahil tentang Pencipta mereka. Mereka tidak tahu mengenai Pencipta mereka.

Bagaimanakah perbuatan menyembah jisim (tubuh badan) yang duduk di atas ^Arsh yang mana kita tidak nampak dan tidak mendapat faedah darinya boleh dikatakan betul?. Sedangkan semua makhluk yang lain boleh melihat matahari dan mendapat faedah darinya. Walaupunbegitu kita tidak dibenarkan untuk menyembah matahari. Jika dibolehkan untuk menyembah jisim, maka bolehlah juga menyembah matahari, akan tetapi ini tidak dibenarkan.

 

Kenapa?

Ini adalah kerana jisim (tubuh badan), tidak kira betapa besar atau kecilnya ia, dalam apa jua bentuk sekalipun memerlukan Sesuatu untuk mewujudkannya dalam ukuran tersebut. Adalah tidak dapat diterima oleh akal bahawa benda-benda boleh menciptakan diri mereka sendiri. Adalah tidak munasabah juga bahawa matahari boleh menciptakan dirinya sendiri dalam bentuk bulat, ataupun berwarna putih dan dengan sifat panas. Adalah mustahil matahari boleh mewujudkan dirinya sendiri (dalam keadaan begitu). Akan tetapi ia mempunyai pencipta yang menciptakannya dengan ukuran, bentuk dan sifat yang sedemikian. Begitu juga dengan ^Arsh, manusia serta biji sawi memerlukan Pencipta untuk menjadikan mereka berukuran sedemikian rupa. Biji sawi tidak mewujudkan dirinya dengan ukuran yang tertentu; ia tidak memilih untuk memiliki ukuran tersebut. Samalah juga dengan manusia yang tidak memilih untuk berukuran tersebut (4 hasta tinggi dan sehasta lebar), akan tetapi mereka mendapati diri mereka dalam berkeadaan sedemikian.

Maka yang menciptakan manusia, matahari dan yang lainnya sudah pasti tidak mempunyai ukuran.Wahhabiyyah percaya bahawa Allah mempunyai jisim (tubuh badan) dengan kaki dan tangan yang mana duduk di atas ^Arsh , turun serta naik setiap malam dari ^Arsh ke langit pertama pada sepertiga malam terakhir dan berada disitu sehingga terbitnya fajar dan kemudiaannya naik kembali ke ^Arsh. Mereka tidak mengetahui Allah. Mereka adalah kafir.

Adalah telah dinyatakan di dalam Hadith : “Inna Rabbana yanzilu kulla laylatin ‘ila-s-Samai’-d-dunya hina yabqa thuluthu-l-layli-l-akhir wa-yaqul: [man dhalladhiyy yad^uniyy fa-’astajiba lahu man dhalladhiyy yastaghfiruniyy fa-’aghfira lahu man dhalladhiyy yas’aluniyy fa-’u^tiyahu] hatta yanfajira-l-fajr” Bermaksud: <<“Sesungguhnya Tuhan kami memerintahkan malaikat-malaikat untuk turun setiap malam ke langit yang pertama pada sepertiga malam terakhir. Mereka berkata : “Tuhan kamu berkata, barangsiapa yang berdoa pada Ku akan AKU kabulkan doanya. Barangsiapa yang memohon ampun pada KU ,akan AKU ampunkannya. Barangsiapa yang meminta padaKU akan AKU kurniakannya ,” sehinggalah terbitnya fajar >> Riwayat Muslim ,

Hadith asalnya di dalam al-Bukhariyy[6] Sabda nabi, “Yanzilu rabbuna kulla laylatin ila-s-sama’i-d-dunya,” bermaksud bahawa <<Allah memerintahkan malaikat-malaikatNYA untuk turun setiap malam ke langit pertama>>.

Menurut bahasa Arab, tatabahasa ayat ini adalah diketahui umum. Dalam bahasa Arab , ayat “Bana al-amiru al-madinah,” bermaksud, “Amir (pemerintah) yang membangunkan bandar itu”. Yakni, dia memerintahkan pekerja-pekerjanya untuk membangunkan bandar itu , kerana beliau tidaklah dengan sendirinya melakukan pekerjaan itu dengan mengangkat batu-batu untuk membuat bangunan. Ini bermaksud dia memerintahkan kepada pekerjanya , dan mereka lah yang melakukan pembangunan. Perbuatan membangunkan ini dirujuk kepada Amir (pemerintah) kerana dia yang memberikan arahan tersebut , bukan lah bermaksud beliau sendiri yang pergi melakukan kerja-kerja pembangunan.

Begitu jugalah dengan Hadith “Yanzilu rabbuna kulla laylatin ila-s-sama’i-d-dunya,” bermaksud bahawa <<Allah memerintahkan kepada malaikat-malaikatNYA untuk turun setiap malam ke langit pertama>> dan mereka melakukan seperti apa yang telah diperintahkan oleh Allah .

Adalah diketahui umum dalam bahasa Arab mengenai hal ini atau yang lainnya:Perbuatan sesuatu itu dirujuk kepada pemerintah akan tetapi bermaksud yang melakukannya adalah mereka yang diperintah.Maka , maksud ‘Yanzilu rabbuna’ adalah << “ Turunnya malaikat-malaikat Allah”.>> Malaikat-malaikat adalah terlalu banyak bilangannya dan mereka turun dengan perintah Allah. Malaikat-malaikat turun ke setiap tempat mengikut setiap langit masing-masing, kerana malam dan siang berlainan pada setiap negeri. Tengahari di satu negara bersamaan dengan awal atau akhir malam di satu negara yang lain. Maka , setiap bahagian malam atau siang yang melalui sesebuah negara akan menjadi sebahagian malam atau siang di negara yang lain.

 

Jika merujuk kepada kepercayaan Wahhabiyyah, Allah tidak mempunyai perbuatan lain kecuali turun dan naik, kerana malam dan siang berlainan bagi setiap negara di bumi ini. Pentafsiran Wahhabiyyah ini adalah tidak diterima oleh akal, tidak seperti pentafsiran Ahlu-s-Sunnah[7]. Ahlu-s-Sunnah berkata bahawa malaikat turun dengan perintah dari Tuhan kita dan menyampaikan dari Allah bahawa “Tuhan kamu berkata: ‘Barangsiapa yang berdoa pada KU, Aku akan makbulkan doanya…..’” sehinggalah terbitnya fajar. Kemudian apabila terbitnya fajar, mereka (malaikat-malaikat) naik ke atas langit pertama-iaitu ke langit kedua, ke tiga, ke empat, ke tujuh atau ke al-Kursiyy. Wahhabiyyah mentafsirkan Hadith ini secara salah.

 

Firman Allah ta^ala : “Ar-Rahmanu ^ala-l-^Arshi-stawa”Surat Taha, ayat 5Bermaksud: {“(Allah) Yang Maha Pemurah, menguasai[8] ^Arsh” }

 

Wahhabiyyah mentafsirkan ayat ini sebagai ‘duduk atau bersemayam’. Ini satu penghinaan pada Allah kerana duduk merupakan sifat manusia, lembu, jinn, anjing, babi dan serangga. Bagaimana Allah boleh bersifat duduk, sedangkan duduk merupakan sifat benda yang dicipta? Wahhabiyyah tidak mengetahui dan mengenali Allah. Mereka adalah kafir. Kerana mereka tidak beriman dengan ayat ini. “Laysa ka-mithlihiyy shay’” Surat ash-Shura, ayat 11 Bermaksud: { “Tidak ada sesuatupun yang sama denganNYA”. }

 

Mereka (Wahhabiyyah) menyamakan Allah dengan banyak benda. Akibat dari perkataan mereka, maka Allah mempunyai jisim , mereka membandingkan Allah dengan terlalu banyak jisim. Manusia adalah jisim dan ^Arsh adalah jisim juga. ^Arsh adalah besar dari segi ukuran dan biji sawi adalah kecil dari segi ukuran. Manusia lebih besar dari biji sawi , pokok lebih besar dari itu dan gunung lebih besar lagi. Langit lebih besar dari semua ini dan ^Arsh yang terbesar sekali. Allah tidak menciptakan sesuatupun yang lebih besar dari ^Arsh dari segi ukuran (walaupun IA mampu untuk menciptakan yang lebih besar jika IA kehendaki). Maka sudah tentu Pencipta segala benda-benda ini tidak mempunyai ukuran.[9] Jika seseorang itu mengikut kepercayaan Wahhabiyyah, nescaya para penyembah matahari akan mengajukan soalan sebagai berikut kepada mereka:

o Penyembah matahari akan berkata: “Aku menyembah suatu badan yang cantik dan mempunyai banyak faedah. Kita dapat melihatnya. Kita dapat faedahnya. Bagaimanapula yang engkau sembah berhak untuk menjadi tuhan apabila engkau berkata’ ‘Yang aku sembah adalah badan yang duduk di atas ^Arsh’ ? Samada engkau ataupun aku tidak melihatnya dan dapat faedah darinya. Bagaimana pula menyembah matahari, yang mana aku sembah boleh menjadi satu kesalahan/ tidak betul sedangkan menyembah badan yang dibayangkan boleh menjadi betul?

o (Apa yang Wahhabiyyah akan jawab! ) Mereka akan berkata: “Allah ta^ala berkata …..’

o Penyembah matahari akan berkata: ‘Aku tidak percaya dengan kitab engkau. Beri aku bukti yang dapat diterima oleh akal’

 

Wahhabiyyah tidak mempunyai bukti yang dapat diterima oleh akal, maka mereka dikalahkan oleh para penyembah matahari. Adalah mustahil Allah mempunyai ukuran yang besar (mahupun apa-apa saiz). Walaupun seseorang itu percaya bahawa Allah adalah berjuta-juta kali ganda lebih besar dari ^Arsh, ini masih lagi tidak benar. Adalah mustahil Allah mempunyai ukuran samada besar atau kecil atau diantaranya.

Kita sebagai Ahlu-s-Sunnah, mengalahkan penyembah matahari dengan berkata:“Matahari ini sebagaimana yang engkau katakan adalah merupakan satu jisim yang cantik dan mempunyai banyak manfa^atnya. Akan tetapi siapa yang menetapkankannya dengan ukuran, bentuk dan sifat ini?. Kenapa tidak ia (matahari) lebih besar dari bentuknya sekarang?. Kenapa tidak lebih kecil bentuknya.? Kenapa warnanya tidak merah atau hitam? Kenapa bentuknya bulat, tidak empat segi, tidak tiga segi atau dalam bentuk yang lain?. Matahari memerlukan Sesuatu yang mewujudkannya pada bentuk dan ukuran tersebut. Sesuatu yang mewujudkannya pada bentuk atau ukuran sudah pasti wujud tanpa bentuk ukuran. Ini lah yang kita sembah. Dia lah Allah. KewujudanNYA tidak seperti kewujudan yang lain”.

 

Inilah jawapan Sunniyy. Dengan cara ini kita dapat mengalahkan hujah penyembah matahari. Akan tetapi Wahhabiyyah dikalahkan oleh mereka.

 

Allah ta^ala berfirman: “Awalam yanzuru fiyy malakuti-s-Samawati wal-Ard wama khalaq-Allahu min shay’”Surat al-A^raf, ayat 185 Bermaksud: {“ tidakkah mereka melihat pada kerajaan langit-langit dan bumi dan semuanya itu telah diciptakan oleh Allah?. } Allah ta^ala memerintahkan pada kita supaya memikirkan mengenai makhluk ciptaanNYA supaya kita mengetahui bahawa ALLAH tidak seperti makhluk ciptaanNYA..

 

Akan tetapi Wahhabiyyah menghalang dan tidak melakukan ini. Ayat ini menyuruh kita berfikir. Ini diperlukan untuk mencerminkan makhluk ciptaan Allah kerana perkara ini menambahkan lagi keyakinan pada kewujudan Allah, kuasaNYA dan pengetahuanNYA. Akan tetapi memikirkan tentang Zat[10] Allah adalah dilarang. Kenapa? (kerana) ALLAH tidak seperti sesuatupun. Bagaimana boleh kita bayangkan ALLAH didalam fikiran kita? Ini adalah tidak munasabah[11].

 

▪Barangsiapa yang membayangkan ALLAH mempunyai ukuran seperti ^Arsh, atau lebih besar dari ^Arsh, maka mereka tidak mengenali Allah.

▪Barangsiapa yang membayangkan ALLAH mempunyai ukuran yang kecil seperti manusia, mereka juga tidak mengenali Allah.

▪Barangsiapa membayangkan ALLAH mempunyai ukuran yang mengarah ke atas, mereka tidak mengenali Allah.

▪Barangsiapa membayangkan ALLAH mempunyai ukuran yang mengarah ke bawah , mereka tidak mengenali Allah.

▪Barangsiapa membayangkan ALLAH meliputi semua arah seperti mana ^Arsh, bumi dan langit-langit didalamnya , mereka tidak mengenali Allah.

 

Maka adalah haram bagi kita memikirkan mengenai Zat Allah. Kita tidak mampu dan tidak boleh membayangkan Allah , kerana ALLAH tidak seperti sesuatupun. Akan tetapi kita boleh memikirkan mengenai makhluk ciptaanNYA. Perhatikan keadaan bumi. Pada musim sejuk, adalah sejuk pada sentuhan dan pada musim panas adalah panas pada sentuhan. Kita berkata: “Apakah yang membuatkan ia berubah dari satu keadaan ke keadaan yang lain? Bumi ini sendiri tidak mampu untuk berbuat demikian. Akan tetapi ada Sesuatu yang merubahkannya dari satu keadaan ke keadaan yang lain.
Samalah juga, langit ini melalui perubahan keadaan, seperti mana manusia , pokok-pokok serta tanaman-tanaman. Memang sudah ada kepastian bahawa Pencipta yang merubahkan keadaan mereka, dan juga adanya kepastian tentang Pencipta yang mewujudkan mereka dari keadaan tidak wujud kepada keadaan wujud”

Inilah sebabnya kenapa kita diperintahkan supaya memikirkan tentang makhluk Allah. Kita merenungi diri kita sendiri. Jika seseorang itu hendak memberikan bukti tentang kewujudan Allah, maka dia akan berkata: “Aku wujud selepas aku tidak wujud; dahulu aku tidak wujud sekarang aku wujud. Apa-apa sahaja yang wujud selepas tidak wujud sudah pasti memerlukan Pencipta untuk mewujudkannya. Maka sudah teranglah , aku mesti mempunyai Pencipta yang menciptakan aku dari keadaan tidak wujud kepada keadaan wujud. Pencipta yang menjadikan aku dari keadaan tidak wujud kepada keadaan wujud dikenali sebagai ‘Allah’. KewujudanNYA tidak seperti kewujudan yang lain walau apa cara pun. ALLAH bukan seperti cahaya, kegelapan, manusia, malaikat, matahari, bulan tidak juga seperti bintang-bintang.” Dengan pemahaman dan pemikiran sebegini maka seseorang itu mampu memberikan bukti (tentang wujudnya Pencipta).

Allah memerintahkan kita supaya memikirkan tentang makhluk ciptaanNYA. Akan tetapi memikirkan tentang Zat Allah yakni hakikat sebenarNYA, adalah dilarang . Ini adalah kerana barangsiapa yang cuba membayangkan Allah tidak akan sama sekali dapat mencapai jawapan yang betul. Kita adalah dilarang dari memikirkan tentang Zat Allah.

Kita berkata: “ALLAH wujud dan tidak menyamai sesuatu pun. ALLAH tidak menyamai alam ini dalam apa jua bentuk pun. ALLAH tidak berukuran besar mahupun berukuran kecil. ALLAH tidak pula berwarna putih, hitam, hijau, biru ataupun perang. ALLAH tidak pula bergerak , ataupun diam, kerana sebahagian dari makhluk adalah sentiasa bergerak atau sebahagiannya pula sentiasa diam ataupun sebahagian bergerak dan sebahagiannya diam. Alam ini adalah sebagai contohnya. ^Arsh dan tujuh lapis langit adalah sentiasa diam (tidak bergerak). Bintang-bintang adalah sentiasa dalam keadaan bergerak. Manusia, malaikat dan binatang kadang-kadang bergerak dan kadang-kadang diam (tidak bergerak). ALLAH yang menciptakan ciptaan ini dengan ciri-ciri tersebut sudah pasti tidak menyamai dengan apa jua pun dikalangan ciptaanNYA. ALLAH tidak berada di dalam keadaan bergerak ataupun diam (tidak bergerak). ALLAH Maha Suci dari kedua-duanya kerana ciri-ciri tersebut merupakan sifat ciptaanNYA.”

 

Imam Ahmad , semoga Allah meredainya, mentafsirkan ayat ini: “Wa Ja’a Rabbuka wal-Malaku saffan saffa”Surat al-Fajr, ayat 22. Beliau berkata maknanya adalah: “ Perintah Allah akan datang”. Dalam riwayat yang lain pula, beliau berkata, “Kuasa Allah akan datang”. Ini bermaksud adalah mustahil Allah bergerak samada turun atau naik, sebagaimana mungkin berlaku pada makhluk ciptaanNYA. Walaubagaimanapun, para malaikat akan datang pada Hari Qiamat.dengan pergerakan. Para malaikat yang berada di tujuh lapisan langit adalah ramai, akan tetapi jumlah malaikat yang mengelilingi ^Arsh adalah lebih ramai lagi. Adalah mustahil bahawa Allah bergerak dan mempunyai pergerakan. Adapun perkataan “datang” yang merujuk kepada Allah dalam ayat ini bermaksud perintah Allah yang akan “turun”. Yakni perintah yang besar itu amat menakjubkan akal pada Hari Qiamat.

 

Walaubagaimanapun, para malaikat merupakan sebahagian dari makhluk yang turun dengan pergerakan. “datang” yang mana merujuk kepada Allah adalah bukan dengan pergerakan kerana ALLAH tidak bergerak dan tidak pula diam (tidak bergerak) sebagaimana makhluk NYA.. Sebahagiannya sentiasa bergerak dan sebahagian lainnya sentiasa diam (tidak bergerak). Yang lain pula kadang kadang bergerak dan kadang kadang diam(tidak bergerak), seperti manusia dan malaikat.

 

Imam ash-Shafi^iyy, Imam Ahmad and Imam Dhu-n-Nun al-Misriyy, yang dari kalangan Salaf dan yang hidup pada 2 abad pertama selepas Hijrah berkata: “Mahma tasawwarta bi-balik fallahu bi-khilafi dhalik” Bermaksud: “ Apa-apa sahaja yang terbayang difikiran kamu , Allah berlainan dari itu”. Makna ini selari dengan ayat: “Laysa ka-mithlihiyy shay’” Surat ash-Shura, ayat 11. Bermaksud: {“Tiada sesuatupun yang sama denganNYA”. } Barangsiapa yang percaya bahawa Allah duduk di atas ^Arsh, maka dia telah menyamakan Allah dengan banyak benda.

Allah yang memberi petunjuk dan padaNYA kita bertawakkal.

 


[1] Adalah kerana ‘Yazid Ibn Mu^awiyyah’ , merupakan seorang yang jahil dan peminum arak.

[2] Wahhabiyyah adalah pengikut Ibn ^Abdil­Wahhab dan Ibn Taymiyyah yang mana menolak Tawassul dan para ulama menggelarkan mereka Nufah (golongan yang menolak). Ulama juga menggelarkan mereka sebagai Mujassimah dan Mushabbihah kerana mereka menyamakan Allah dengan makhluk ciptaanNYA. Kumpulan-kumpulan ini secara salahnya telah menggelarkan diri mereka sebagai salaf sempena ulama yang hidup pada 3 abad pertama Hijrah. Mereka tidak boleh dipanggil Salafiyyah kerana mereka tidak menghormati salaf dan mereka juga tidak meniru ulama salaf dalam hal ^ibadah ataupun dalam ^aqidah mereka. Akan tetapi mereka mempuyai agama mereka sendiri , yang mana muncul 250 tahun dahulu. Mereka menggunakan istilah yang dihormati untuk mengelirukan Ummat Nabi Muhammad. Semoga Allah melindungi ummat Nabi Muhammad dari apa yang baginda takuti.

[3] Setiap lapisan langit mempunyai ka^bahnya sendiri. Para malaikat yang mendiami setiap lapisan langit bersolat menghadap ka^bah masing masing. Samalah juga , ^Arsh merupakan Ka^bah bagi malaikat yang mengelilingi nya.

[4] Tawaf adalah mengelilingi ka^bah (ikut putaran jam) sebanyak 7 kali, bermula dari Hajar Aswad. Dari segi hikmah perbuatannya, ketika orang Islam bertawaf adalah seperti berkata:

“Ya Allah, walaubagaimana aku mengelilingi dan walau ke mana aku pergi, aku akan sentiasa berpegang teguh dalam menyembahMu”.

[5] Ka^bah adalah bangunan batu empat segi terletak ditengah tengah Masjidul Haram di Makkah. Orang Islam bersolat menghadapnya . Asalnya dibina oleh Nabi Adam dan dibina semula oleh Nabi Ibrahim, semoga Allah meredai mereka berdua.

[6] Yang mana bermula dari “Yanzilu rabbuna kulla laylatin ila-s-sama’i-d-dunya, ….”

[7] Istilah ini merujuk kepada orang yang benar benar mengikut al-Qur’an, Nabi dan ijma^ ulama dan merupakan golongan majoriti umat Islam.

[8]Di antara makna perkataan/kalimah “istawa” adalah menguasai. Ulama memilih untuk menyifatkan Allah dengan makna ini kerana makna kalimah ini selari dengan salah satu nama Allah: “al-Qahhar” . Ini bermaksud: “ (Allah ) Penguasa/Penunduk, Yang mempunyai kuasa yang sempurna dan tidak lemah pada sesuatupun”

[9] Nota penterjemah: ini adalah kerana perkara ini akan menunjukkan persamaan dengan benda yang dicipta.

[10] Zat Allah bermaksud Hakikat sebenar Allah yang mana tidak menyerupai mana-mana hakikat pun.

[11] Ibn ^Abbas, maka , berkata, “ Fikirlah tentang Makhluk ciptaan Allah dan jangan fikir tentang dhat Allah” (riwayat al-Bayhaqiyy).

 

DI EDIT OLEH: http://www.bankwahabi.wordpress.com


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: