Posted by: bankwahabi | September 3, 2007

Selangor tetap Tarawih 20 rakaat-WAHABI NAK LAPAN JER-

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Monday/Mukadepan/20070902234502/Article/

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor mengarahkan semua masjid dan surau di negeri ini mengerjakan solat Tarawih sebanyak 20 rakaat sepanjang bulan Ramadan kali ini, tidak termasuk solat Witir tiga rakaat.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, berkata kerajaan negeri juga membuat ketetapan tidak membenarkan masjid dan surau mengadakan tazkirah bagi mengelak perpecahan dan kekeliruan di kalangan masyarakat Islam.

Beliau berkata, ketetapan itu juga bertujuan memastikan umat Islam tidak berdebat mengenai jumlah rakaat solat tarawih serta sama ada tazkirah boleh diadakan ketika Tarawih.

“Kita kena ingat siapa kita dan adakah dengan melakukan solat Tarawih lapan rakaat ia sudah dikira sempurna. Namun, jika dilakukan 20 rakaat jangan pula imam baca ayat laju sangat, sehingga sebutannya tak jelas dan akhirnya tak beri manfaat kepada kita.

“Kita tidak benarkan tazkirah ketika Tarawih sebab kita digalak kurangkan bercakap, banyakkan berzikir, membaca al-Quran dan bersedekah, selain berpuasa sepanjang Ramadan,” katanya ketika merasmikan majlis penyampaian moreh kepada masjid dan surau seluruh negeri di sini, semalam.

Hadir sama ialah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Belia dan Mesra Rakyat negeri, Datuk Abdul Rahman Palil; Mufti negeri, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Mohammed Khusrin Munawi.

Tahun ini, kerajaan negeri memperuntukkan RM1.2 juta untuk moreh dengan setiap masjid menerima RM1,000 dan surau, RM400. Ada 359 masjid dan lebih 1,800 surau di seluruh Selangor.

Dr Mohamad Khir berharap tiada lagi penyalahgunaan fungsi surau dan masjid dan semua pihak menjadikan isu solat dua imam di Surau Ar-Rahman di Seksyen 8 di sini baru-baru ini, sebagai pengajaran.

Sultan Selangor baru-baru ini mengarahkan surau itu ditutup sementara apabila penduduk mengadakan solat dua imam kerana tidak puas hati dengan pelantikan ahli jawatankuasa baru surau. Bagaimanapun, ia diselesaikan selepas kumpulan bertelingkah itu, berkompromi.

Dr Mohamad Khir juga menegur khatib yang tidak membuat persediaan sebelum menyampaikan khutbah Jumaat sehingga menyebabkan mereka selalu tersasul.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: