Posted by: bankwahabi | September 2, 2007

DR. JOHARI MAT TIPU AKIDAH ISLAM LAGI….ADAKAH INI YG DIKATAKAN SALAF! MUSTAHIL 1JUTA KALI!

KOMEN: BANKWAHABI

UST ABU SYAFIQ, MUDAH-MUDAHAN ALLAH MEMBERKATI AMALAN DAN SETIAP PERJUANGAN/JIHAD MENENTANG KEFASADAN AQIDAH.

MAT JOHARI; BERTAUBATLAH ANDA SEGERA, DAN SEMUA KAUM WAHABI TALAFI BERTAUBATLAH ANDA SEMUA KE PANGKAL JALAN YG BENAR(AL-QURAN DAN AS-SUNNAH), BUKAN SEPETI KAMU HEBOHKAN HANYA MENGIKUT TAFSIRAN AKAL KAMU YG PENDEK LAGI JENGKEL.

Pangkat kesarjanaan Phd makin hari semakin menghilang kegemilangannya sepertimana pangkat mufti pun dipandang lemah setelah golongan Wahhabi penyebar ajaran Tajsim memegang sebahagian daripadanya.

Dr. Aminah Wadud PHD, Dr. Asri Muftari PHD dan Dr. Johari Mat pun PHD.
Kekadang saya, dalam pengajian ke peringkat inipun lemah semangat untuk meraihkan kesarjanaan tersebut tetapi kepada Allah jua ku mohon kekuatan demi menjaga agama islam yang suci murni ini.

Kepada penuntut ilmu agama, jadilah insan muslim yang berjihad habis-habisan menentang kebatilan dan kesyirikan serta penipuan terhadap agama Allah ini.Semoga pembaca membuka hati menerima kebenaran dan menolak kebatilan dengan keikhlasan demi kemulian diri, masyarakat dan menjulang nama islam sebenar. Allahu Akbar!.

*Peringatan:
Anda perlu terdahulu membawa artikel saya mengenai Johari Mat sebelum ini bagi memahami lebih lanjut isi kandungan dalam artikel kali ini: http://abu-syafiq.blogspot.com/2007/07/johari-mat-memfitnah-imam-as-syafie.html

JOHARI MAT DAKWA ALLAH SIFATNYA BERJARI
( Rujuk kertas kerjanya dalam himpunan AL-IMAM AL-SYAFI’I KEGEMILANGAN ILMU & PEMIKIRAN m/s 109 )

Kejahilan Johari Mat ini memahami Hadith Nabi merupakan faktor utama sandarannya kepada Allah itu bersifat jari-jemari.

Ketahuilah bahawa bukan kesemua yang dimudhofkan atau yang disandarkan kepada Allah itu adalah sifatNya. Allah ta’ala menyandarkan diriNya kepada ‘roh’ (Rujuk surah Sod ayat 72), akan tetapi ‘roh’ bukanlah sifat bagi Allah bahkan sesiapa yang percaya bahawa roh adalah sifat Allah maka dia bukan islam lagi bahkan itu adalah akidah kristian yang menyatakan ‘Allah itu roh muqaddas’. Begitu juga Hadith yang berbunyi “Asobi’urrahman” ianya tidak langsung bererti sifat Allah itu adalah berjari.

Jari yang disandarkan kepada Allah difahami oleh Johari Mat sebagai jari anggota wal ‘iyazubillah, ini berdasarkan kenyataannya pada m/s 104 iaitu:

“ Nas-nas diterima mengikut zahirnya”.
Ketahuilah bahawa zahir perkataan ‘jari’ adalah anggota disisi ulama bahasa dan istilah, sandaran kepada Allah bersifat jari amatlah terpesong bahkan sesiapa yang menganggap Allah itu berjari anggota maka dia kafir bukan lagi islam kerana anggota adalah sifat makhluk, Imam At-Tohawi dalam kitab Akidah At-Tohawi m/s 3 menyatakan: “ Barangsiapa yang menyifatkan Allah dengan sifat makhluk maka dia kafir”.

Manakala dalam kertas kerja Johari Mat yang sama menyatakan kononnya akidah ‘Allah sifatNya berjari’ adalah akidah Imam As-Syafi’e merupakan suatu pembohongan terhadap Imam As-Syafi’e dan langsung tidak menepati ciri-ciri seorang berkesarjanaan PHD. Seorang yang berkesarjanaan seperti Johari Mat sepatutnya tidak membawa umat kearah menanggotakan Allah ta’ala, sepatutnya membawa kepada penyucian Allah dari segala sifat anggota kerana anggota adalah ciptaan dan makhluk Allah dan Allah pula tidak menyurupai makhlukNya seperti firmanNya yang ma’ruf dalam surah As-Syura ayat 11 dan bukan dengan cara menipu Imam As-Syafi’e dalam hal akidah bagi merialisasikan impian tajsim dan tahsbih!!!

Dalam pada itu Johari Mat langsung tidak menyatakan dalam kitab karangan Imam As-Syafie yang mana satu beliau sebut ‘Allah itu sifatNya berjari’ bahkan sumbernya tidak dinyatakan juga, yang dinyatakan hanya sepotong Hadith yang langsung tidak membawa erti seperti tipuan dan dakwaan dustanya.

AKIDAH SONGSANG JOHARI MAT:
“ALLAH BERADA DI ATAS ‘ARASYNYA YANG BERADA DI LANGIT”.
( Rujuk kertas kerjanya dalam himpunan AL-IMAM AL-SYAFI’I KEGEMILANGAN ILMU & PEMIKIRAN viii m/s 110 )

Perkataan ‘berada’ merupakan satu sandaran tempat bagi Allah. Sekiranya golongan Muktazilah yang mengatakan ‘Allah BERADA dimana-mana’ telah dihukum oleh ulama islam sebagai satu kesesatan kerana telah menetapkan tempat bagi Allah, begitu jua Johari Mat dan Wahhabi yang lain seperti Asri tidak ubah seperti Muktazilah yang menyandarkan tempat bagi Allah.

Sedangkan akidah Nabi Muhammad dan kesemua para ambiya adalah ‘Allah bukan bertempat’. Rasulullah bersabda : “ Engkaulah (Allahlah) yang Al-Zahir maka tiada sesuatu di atas Allah, Engkaulah (Allahlah) yang Al-Batin maka tiada sesuatu di bawahMu”.Hadith riwayat Muslim dalam sohihnya pada kitab Zikir Wa Du’a bab Ma yaqul ‘indal Naum cetakan Dar Fikr Beirut.
Lihat dan renung pemahaman hadith tersebut dan jernihkan penghayatannya. Hadith tersebut menerangkan apabila dinyatakan tiada sesuatu di atas Allah dan tiada sesuatu di bawahNya maka Allah bukanlah di tempat atau mana-mana tempat bahkan ianya amat memberi erti bahawa Allah tidak di tempat.

Begitulah jua pemahaman akidah ulama ahli Hadith dan ulama islam yang lain, buktinya Imam Al-Baihaqi merupaka ulama ahli hadith, beliau dalam meriwatkan hadith yang sama di atas lantas menyatakan: “ Daripada hadith tersebut membuktikan apabila tiada sesuatu di atas Allah dan tiada sesuatu di bawah Allah maka ALLAH BUKAN DI TEMPAT”.

Rujuk kitab Imam Al-Baihaqi berjudul Al-Asma’ Wa As-Sifat m/s 400 cetakan Dar Ihya At-turath Al-Arabi Beirut.

Demikian akidah islam bahawa Allah tidak memerlukan tempat.
Malangnya Johari Mat menyandarkan tempat bagi Allah, selain itu turut berbohong kononnya akidah tersebut adalah akidah Imam As-Syafi’e tanpa menyebut sumber langsung.

PENUTUP
Wa akhiran untuk kali ini saya mengatakan:
Johari Mat ini, selain dia menyebarkan akidah yang palsu seperti Wahhabi yang lain, dia turut berdusta terhadap Imam As-Syafie dengan pelbagai pendustaan tanpa sumber yang tepat.
Setinggi-tinggi sangkaan baik yang boleh saya sangkakan kepada Johari Mat ini adalah dia memetik sandarannya daripada golongan Wahhabiyah Mujassimah zaman kini atau daripada seorang bergelar Al-‘Asyari (w 452h) yang telah dihukum oleh ulama Jarh Wa Ta’dil sebagai Wada’ iaitu penokok tambah dan Mughaffal seperti mana yang telah dinyatakan oleh Az-Zahabi dalam kitabnya Mizan Al-I’tidal juzuk 3 m/s 652 cetakan Dar ma’rifah Beirut.

Selain daripada itu, terjemahan yang amat terpesong sering terbit dari Johari Mat seperti ketiadaan perkataan yang memberi erti ‘berada’ tetapi Johari Mat memasukkan dalam terjemahannya. Begitu juga dinyatakan pada m/s 110 yang berbunyi “ wazakaro syai an” yang terjemah sebenarnya adalah “ dan dia menyatakan sesuatu” tetapi Johari Mat menterjemahkan ayat tersebut dengan terjemahan yang langsung tidak menepati teks asal, diterjemah oleh Johari Mat :“ sambil berzikir”. Amat berbeza terjemahan sebenar: ‘ dan dia menyatakan sesuatu’ dengan terjemahan Johari Mat :‘ sambil berzikir’.

Kelakar pulak saya baca terjemahan seorang yang telah pun berkesarjanaan PHD tetapi jahil dalam bahasa arab. Cukup memalukan pihak Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan (YPTIK) kerana bekas anak muridnya jahil setahap ini. Tetapi saya yakin ianya tidak berpunca dari YPTIK tetapi berpunca dari pengajian lanjutan Johari Mat di tempat Wahhabi selepasnya.

Semoga Allah merahmati kita dan memberi hidayah kepada Johari Mat dan Wahhabi yang lain.
* Saya tunggu panggilan dari anda wahai Johari Mat sepertimana saudara Fauzi menghubungi saya untuk berbincang bersama anda. Tetapi jawab dulu artikel saya ini secara ilmiah dan berdisplin.

Wassalam.

Oleh: Abu Syafiq (012-2850578)


Responses

  1. Kesarjanaan seseorang diukur apabila dia dapat mengajak manusia kembali kepada penghayatan agama yang tulen tanpa penambahan istilah dan sbgainya..melakukan amal seperti ditunjukkan nabi dan berjuang di jalanNya dalam apa jua bidang mengikut seperti apa yang dilakukan nabi dan para sahabah dan generasi awal yang mulia. Moga-moga Allah tempatkan kita bersama sama dengan perjuangan islam. Ameen.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: