Posted by: bankwahabi | Ogos 24, 2007

BUKTI WAHHABI KAFIRKAN ULAMA SALAF

20 August, 2007



WAHHABI KAFIRKAN ULAMA SALAF

Oleh: Abu Syafiq ( 012-2850578)

MUQADDIMAH RINGKAS
Apabila sasterawan dan ilmuan islam mentafsirkan firman Allah ta’ala dalam surah Toha ayat 5: “Ar-Rahman (Allah) Istawa Atas Arasy” dengan tafsiran ‘Istawa’ itu diertikan dengan ‘Istaula’: ( Menguasai tanpa didahului dengan perebutan), kesemua Wahhabi bangkit mengkafirkan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang mentafsirkan atau mentakwilkan sedemikian. Kononnya atas dasar tafsiran ‘Istawa’ tersebut kepada ‘Istaula’ adalah menafikan sifat Allah.
Padahal hakikatnya Wahhabilah yang mengubah erti firman Allah tersebut dengan menta’yikan ertinya ‘Allah Duduk Di Atas Arasy’ dan kenyataan Wahhabi sedemikian amatlah bertentangan dengan akidah islam dan amat bertepatan dengan akidah yahudi.( Rujuk pentakfiran & pengubahan ayat oleh Wahhabi terhadap takwilan dan tafsiran Ahli Sunnah dalam kitab mereka: Syarah Al-Aqidah Al-Wasatiyah oleh Tok Guru Wahhabi Muhammad Al-Uthaimien, Al-Kalimat Al-Hisan oleh Wahhabi Abdul Hadi Wahby, Bid’ah oleh Rasul Dahri dan ramai lagi ).

HARUS TAKWIL ‘ISTAWA’ KEPADA ‘ISTAULA’
Bagi ulama islam yang mentakwilkan ayat Mutasyabihaat dengan Takwilan Ijmaliah, mereka telah mendusuri tafsiran ayat-ayat tersebut berdasarkan bahasa arab yang tulen.
Perkataan ‘Istaula’ dalam bahasa arab datang dengan makna: ‘Qoharo’ iaitu menguasai.
Allah ta’ala sendiri mensifatkan diriNya sebagai Al-Gohir iaitu Maha Menguasai. Firman Allah dalam surah Al-An’aam ayat 18 yang bermaksud: “Dan Dialah(Allah) Maha Menguasai Ke Atas HambaNya”. Perkara ini bukanlah merubah ayat lafaz Al-Quran mahupun merubah maknanya bahkan ianya merupakan satu penerangan ayat berdasarkan tafsiran ayat dengan ayat Allah yang lain dan ini adalah kaedah tafsir yang paling utama.
Apabila takwilan atau tafsiran ‘Istawa’ kepada ‘Istaula’ dimuatkan oleh para ulama tafsir dan ulama hadith juga, hendaklah difahami bahawa ‘istaula’ ketika itu bererti: menguasai (tanpa didahului dengan pergaduhan dan perebutan) dalam erti yang lebih mudah ianya telah diertikan dengan maksud ‘Qoharo’ : menguasai, ini sesuai dengan firman Allah yang mensifatkan diriNya sebagai Maha Menguasai berdasarkan firmanNya dalam surah Ar-Ro’d ayat 16 yang bermaksud: Dan Dialah(Allah) Maha Esa Yang Menguasai”.
Tidak ada kesalahan mentakwilkan ‘Istawa’ kepada erti Menguasai kerana Allah dah sifatkan Ia sebagai Maha Menguasai.

ULAMA SALAF TAKWIL ‘ISTAWA’ KEPADA ‘ISTAULA’
Terlalu ramai ulama islam zaman salaf muktabar (hidup sebelum 300H) yang mentakwilkan firman Allah dalam surah Toha ayat 5 dengan erti ‘Istaula’ iaitu: Menguasai. Antaranya:
1- As-salafi Abdullah Bin Yahya Bin Al-Mubarak yang meninggal pada tahun 237H menyatakan dalam tafsir beliau berjudul Ghoribu Al-Quran Wa Tafsiruhu m/s 113 cetakan Muassasah Ar-Risalah Beirut katanya: “ Firman Allah: ‘Arrahman ‘ala arasyi istawa’ istawa bererti istaula(menguasai)”.
2- Imam Abu Ishaq Ibrahim As-Sarri Az-Zajjaj yang meninggal tahun 311H dalam kitab tafsir beliau berjudul Ma’ani Al-Quran Wa I’robuhu jilid 3 m/s 350 cetakan Alam Al-Kutub Beirut katanya : “ Makna Istawa adalah Istaula (menguasai)”.
3- Imam Abu Mansur Al-Maturidi yang hebat terkenal dengan Imam Ahli Sunnah Wal Jamaah meninggal tahun 333H dalam kitab beliau berjudul Ta’wilaat Ahlu Sunnah jilid 1 m/s 85 cetakan Al-Kaherah menyatakan: “ Firman Allah dalam surah Toha ayat 5 antaranya Istawa bererti Istiila’ (menguasai)”.
Inilah diantara ulama salaf sebenar dapat dijelaskan bahawa mereka mentakwil istiwaAllah bererti istaula iaitu menguasai. Maka kemanakah pengkafiran Wahhabi terhadap Ahli Sunnah Wal Jamaah kononnya atas dasar Ahli Sunnah mentakwilkan ‘Istawa’ kepada ‘Istaula?! Adakah ulama-ulama salaf seperti di atas dan yang lain juga adalah kafir disisi Wahhabi kerana mereka mentakwil?!
Jawapannya sudah tentu Wahhabi mengkafirkan ulama salaf kerana Wahhabi adalah penghidup akidah yahudi: ‘Allah Duduk’.

AZ-ZAHABI KAFIRKAN AKIDAH ‘ ALLAH DUDUK’
Wahhabi dan selain mereka yang menta’yinkan makna ‘Istawa’ dengan bersemayam atau duduk, hakikatnya mereka tidak langsung berlandaskan kaedah tafsiran sebenar samaada tafsiran ayat dengan ayat ataupun tafsiran ayat dengan hadith. Bahkan kenyataan ‘Allah Duduk’ merupakan satu kekufuran sepertimana yang telah dinyatakan dan dijelaskan oleh Az-Zahabi dalam kitabnya berjudul Al-Kabair m/s 157 cetakan Dar Kutub Al-Arabi Beirut. (Sila rujuk demi menilai kebenaran). Wahhabi yang berakidah ‘Allah Duduk’ fanatik terhadap Az-Zahabi pun tidak sedar bahawa Az-Zahabi sendiri kafirkan akidah ‘Allah Duduk’.

Bertaubatlah wahai Wahhabi, Asri, Rasul Dahri, Mat Jahya, Khairi, ahkam.net dan lain-lain.

Semoga Allah memberi kemenangan terhadap Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam memperjuangankan agamaNya yang murni ini.

http://www.abu-syafiq.blogspot.com/


Responses

  1. Assalamualaikum..

    Semoga Allah membantu usaha para ustaz dalam menjernihkan kembali kefahaman org ramai.

    Memang dah sampai masa sangat para ulama dan ustaz turun padang dan memerangi fahaman tajsim ni melalui tulisan, website, kuliah, usrah, taklim, seminar etc. Pendek kata, pada setiap kesempatan yg ada. Kami org kebanyakan ni cuma mampu pakat2 ajak rakan2 pergi dengar dan belajar..Pertolongan Allah jualah yg diharapkan.

    Saya lihat fahaman tajsim ni merebak cepat di kalangan penuntut2 universiti terutama yg terlibat dengan gerakan2 haraki. Usrah, kuliah ni jadi medium menyebarkan fahaman mereka. Penting sangat ustaz2 yg berkemampuan menggunakan kumpulan usrahnya sendiri dalam menarik balik aktivis2 usrah yg tersilap ke pangkal jalan.

    Semoga Allah memberi pertolongan kepada para ulama dan pengikutnya yg haq dan menenggelamkan kebatilan.

  2. salam kenal pak CikGu… saya tertarik dengan web antum, bagus dan penuh semangat…. Tolong bila ada waktu kunjung ke blog kami http://www.abu salay.wordpress.com.
    syukran katsiran… sampai juma

  3. al hamdulillah akhirnya saya menemukan website yang membahas kesesatan wahabiyah. saya sangat senang sekali karena dengan adanya website ini banyak orang yang tau akan kesesatan wahabiyah yang sudah mulai merambah juga ke Indonesia, mudah-mudahan kita dijauhkan dari golongan wahabiyah. amin.
    keberadaan wahabi sangatlah berbahaya, karenanya kita wajib memerangi mereka di manapun mereka berada dengan menjelaskan kepada masyarakat akan kesesatan mereka supaya mereka dijauhi oleh masyarakat.

  4. saya x ada komen, saya baru berjinak-jinak dgn ilmu agama, cuma keliru apa maksud bertaubatlah al-ahkam.net. saya selalu juga pergi website al-ahkam.net, tapi byk yg saya x faham sbb x tau bahasa arab dan istilah2 byk yg saya x fhm. web tu sesat ke? boleh x saya dapatkan profile ust dan bagaimana saya boleh dapatkan maklumat-maklumat berkenaan wahabi yg semakin merebak sekarang ni?

  5. Saiful anwar berkata:
    al hamdulillah akhirnya saya menemukan website yang membahas kesesatan wahabiyah. saya sangat senang sekali karena dengan adanya website ini banyak orang yang tau akan kesesatan wahabiyah yang sudah mulai merambah juga ke Indonesia, mudah-mudahan kita dijauhkan dari golongan wahabiyah. amin.
    keberadaan wahabi sangatlah berbahaya, karenanya kita wajib memerangi mereka di manapun mereka berada dengan menjelaskan kepada masyarakat akan kesesatan mereka supaya mereka dijauhi oleh masyarakat

    Komentar:
    Nggak keliru to mas, setahu saya kelompok mereka itu getol mengadakan kajian-kajian syar’i, sehingga segala geraknya selalu dengan hujjah.
    Sementara kita banyak melakukan amal tanpa ada hujjah, gimana nih… yang sesat mereka apa kita ???????


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: